Selasa - 09.02.2016
Muzium dan Terowong Sungai Lembing
Aku pegi try tanya kat kaunter, boleh naik atas dengan kereta sendiri tak ke terowong tu. Dia kata boleh. So kami pun teruskan je naik ke atas mengharap semoga masih ada kesempatan untuk meneroka terowong tersebut.
Jalan arah ke terowong ni berbukit. Boleh jalan kaki juga. Tapi bagi yang tak berapa berdaya saing tu agak mengah juga nanti. Ada juga shuttle bas disediakan untuk naik ke atas. Masa aku nak naik tu dah takde bas sebab dah dekat nak tutup.
Sampai di atas terus pegi ke kaunter. Waktu tutup pukul 6.00 petang. Aku sampai pukul 5.00 petang. Ada masa sejam lagi. Jadi kami putuskan masuk juga ke dalam terowong tu.
Mula-mula aku sangka tiket ke muzium termasuk sekali dengan terowong. Rupanya tidak. Kena beli tiket lain untuk masuk ke terowong. Harga tiket RM15.90 seorang. Boleh tahan mahal juga pada aku.Tapi bayar je lah sebab nak tau jugak apa yang ada kat dalam tu.
Perjalanan bermula dengan menaiki gerabak keretapi kecil untuk masuk ke dalam terowong. Satu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan buat kami. Terasa seperti benar-benar merasai pengalaman sebagai seorang pelombong yang ingin memulakan tugas.
Tapi sedih perjalanan hanya dekat saje. Tak lah jauh mana. Lepas tu kena berjalan kaki untuk teruskan perjalanan. Jangan takut! Keadaan di dalam terowong tu takde lah gelap sangat. Sepanjang terowong diterangi dengan cahaya-cahaya lampu. Suasana di dalam juga agak sejuk dan basah. Sesekali terasa air menitik dari atas. Jalan agak basah dan lembab disebabkan air bukit yang mengalir.
Terowong ini dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.
Sepanjang laluan terowong ini terdapat patung-patung pelombong dan peralatan lombong bersama penerangan mengenainya. Sampai di satu kawasan akan jumpa satu lubang angin semulajadi. Daripada lubang inilah masuknya angin luar ke dalam terowong dan juga air bukit. Sangat sejuk. Ala-ala air-cond semulajadi.
Sampai di satu kawasan lain pulak akan jumpa satu lubang yang dikenali sebagai Lubang Sejuta Ringgit. Kenapa lubang itu dinamakan sedemikian? Menurut audio yang ada di situ, pada tahun 1987, satu usaha melombong bijih timah secara besar-besaran telah dilakukan di dalam lubang ini, tidak lama selepas lombong ini ditutup.
Dipercayai satu kumpulan lebih kurang seramai 20 orang pelombong yang sehingga itu belum dibayar gaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada waktu malam.
Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000 setiap malam untuk satu jangka masa yang lama sehingga jumlah keseluruhan bijih timah yang diambil bernilai sekitar satu juta. Bijih timah yang dilombong ini dipercayai dipecahkan dengan lesung batu di rumah sebelum dijual di pasaran gelap.
Lubang ini telah dilombong sehabis-habisnya sehingga struktur dinding menjadi tidak selamat. Nasib perlombong dan bijih timah yang dikeluarkan oleh mereka masih belum diketahui sehingga kini. Begitulah kisahnya.
Teruskan perjalanan lagi sampai ke tempat simulasi lif. Kena naik anak tangga untuk naik ke atas. Akan jumpa satu kotak simulasi dipanggil 'The Kiew'. Pengunjung boleh masuk untuk merasai pengalaman bagaimana menaiki lif seperti yang dilakukan oleh para pekerja lombong untuk turun ke tingkat-tingkat bawah.
Masa on the way nak ke guesthouse aku sempat singgah di Time Capsule Retreat Sungai Lembing. Saje nak melawat kawasan. Mula-mula aku plan nak stay kat sini tapi full house pulak. Last minute plan kan. Memang nampak privasi kalau stay kat sini.
Sekejap je aku kat situ, lepas tu aku terus gerak ke guesthouse. Sampai di guesthouse dalam pukul 6.30 petang. Settle kan hal check in, lepas tu terus mandi dan solat Asar. Rehat sekejap sementara tunggu Maghrib. Lepas solat maghrib keluar untuk dinner.
Dinner di gerai kat pekan Sungai Lembing saje. Abis dinner terus balik guesthouse, settle kan apa yang patut lepas tu terus tido. Esok nak kena bangun awal pagi untuk aktiviti seterusnya. Bersambung hari kedua....
Sebelum ni aku tak penah dengar pasal Sungai Lembing. Ini semua angkara sepupu aku bila mana dia postkan gambar semasa lawatannya ke sini. Paling menarik perhatian aku sekali adalah gambar di Rainbow Waterfall. Betul-betul bikin rusuk kiri ku bergetar.
Tanpa buang masa aku pun terus cari maklumat di Lebai Google. Segalanya kan ada di situ. Dari hari ke hari aku plan tapi memandangkan musim hujan tak sesuai untuk datang ke sini. Disebabkan tak tau nak pergi mana, tiket flight pun mahal-mahal belaka, akhirnya sempena cuti Tahun Baru Cina aku dan wife pergi melawat ke Sungai Lembing, di Pahang selama 2 hari satu malam.
Kami bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi. Untuk ke Sungai Lembing kami gunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) keluar di Plaza Tol Kuantan. Dari Tol Kuantan jalan terus sampai traffic light ambil simpang kanan. Jalan terus, jarak dalam 30km dan lebih kurang mengambil masa dalam 30 minit akan sampai di pekan kecil Sungai Lembing. Kami sampai lambat sekitar pukul 3.00 petang sebab singgah lama di RNR, Bentong.
Sungai Lembing adalah sebuah pekan kecil. Ala-ala pekan koboi dengan bangunan-bangunan lama. Suatu waktu dahulu sangat terkenal sebagai tempat perlombongan bijih timah dan merupakan pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang.
Plan pertama kami adalah melawat ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini terletak di atas bukit berdekatan dengan pekan Sungai Lembing. Waktu operasi dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk hanya RM 2 sahaja untuk seorang dewasa.
Sangat sesuai dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai perlombongan bijih timah dan merasai serba sedikit pengalaman bagaimana mereka ketika itu menjalankan aktiviti perlombongan tanpa menggunakan teknologi moden.
Tanpa buang masa aku pun terus cari maklumat di Lebai Google. Segalanya kan ada di situ. Dari hari ke hari aku plan tapi memandangkan musim hujan tak sesuai untuk datang ke sini. Disebabkan tak tau nak pergi mana, tiket flight pun mahal-mahal belaka, akhirnya sempena cuti Tahun Baru Cina aku dan wife pergi melawat ke Sungai Lembing, di Pahang selama 2 hari satu malam.
Kami bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi. Untuk ke Sungai Lembing kami gunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) keluar di Plaza Tol Kuantan. Dari Tol Kuantan jalan terus sampai traffic light ambil simpang kanan. Jalan terus, jarak dalam 30km dan lebih kurang mengambil masa dalam 30 minit akan sampai di pekan kecil Sungai Lembing. Kami sampai lambat sekitar pukul 3.00 petang sebab singgah lama di RNR, Bentong.
Muzium ini mula dibuka kepada pengunjung pada tahun 2001. Bangunan ini asalnya adalah sebuah banglo pengurus Eropah yang tinggal di sini. Muzium ini mempamerkan peralatan-peralatan berkaitan perlombongan bijih timah, bagaimana proses perlombongan dijalankan dan mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya.
Lebih kurang sejam juga kami berada di dalam muzium ni. Setelah habis satu bangunan ni dijelajah, kami ambil keputusan keluar dari sini. Plan nak terus pegi ke Terowong Sungai Lembing tapi tengok masa dah hampir nak tutup. Rasa macam tak sempat je.
Aku pegi try tanya kat kaunter, boleh naik atas dengan kereta sendiri tak ke terowong tu. Dia kata boleh. So kami pun teruskan je naik ke atas mengharap semoga masih ada kesempatan untuk meneroka terowong tersebut.
Jalan arah ke terowong ni berbukit. Boleh jalan kaki juga. Tapi bagi yang tak berapa berdaya saing tu agak mengah juga nanti. Ada juga shuttle bas disediakan untuk naik ke atas. Masa aku nak naik tu dah takde bas sebab dah dekat nak tutup.
Shuttle bus untuk naik ke Terowong Sungai Lembing
Pintu gerbang
Tiket masuk terowong
Terowong Sungai Lembing merupakan salah satu tinggalan sejarah British yang telah menjadikan Sungai Lembing pada satu ketika dahulu sebuah pekan yang masyhur. Dikendalikan oleh Syarikat PCCL sejak dari kurun ke 18 lagi. Terowong bawah tanah yang dalamnya lebih dari 1,000 kaki ini pernah menjadi terowong paling besar, paling dalam dan paling panjang di dunia.
Perjalanan bermula dengan menaiki gerabak keretapi kecil untuk masuk ke dalam terowong. Satu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan buat kami. Terasa seperti benar-benar merasai pengalaman sebagai seorang pelombong yang ingin memulakan tugas.
Di sini bermulanya pengembaraan
Tempat keretapi berhenti
Memulakan perjalanan
Laluan dalam terowong
Sepanjang laluan terowong ini terdapat patung-patung pelombong dan peralatan lombong bersama penerangan mengenainya. Sampai di satu kawasan akan jumpa satu lubang angin semulajadi. Daripada lubang inilah masuknya angin luar ke dalam terowong dan juga air bukit. Sangat sejuk. Ala-ala air-cond semulajadi.
Laluan semulajadi angin dari luar. Rasa sejuk seperti air-cond
Yang putih tu adalah bijih timah
Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000 setiap malam untuk satu jangka masa yang lama sehingga jumlah keseluruhan bijih timah yang diambil bernilai sekitar satu juta. Bijih timah yang dilombong ini dipercayai dipecahkan dengan lesung batu di rumah sebelum dijual di pasaran gelap.
Abe-abe tengah buat keje. Seksi
Tak tau lubang ape
Naik tangga ke simulator
Simulator
Berada di kedalaman 600 meter bawah tanah
Selesai bersimulasi bermakna telah habislah seluruh terowong ini dijelajah. Untuk keluar kena patah balik ikut laluan masa masuk tadi.
Laluan masuk menggunakan keretapi
Pintu masuk lombong laluan lama
Kasi can abe nak relax jap
Keluar daripada terowong terus gerak nak check in. Trip kali ini aku booked guesthouse berdekatan dengan pekan Sungai Lembing iaitu Tiara Atsari Guest House untuk satu malam dengan harga RM130. Aku ambil bilik standard yang ada sekali dengan bilik air.
Masa on the way nak ke guesthouse aku sempat singgah di Time Capsule Retreat Sungai Lembing. Saje nak melawat kawasan. Mula-mula aku plan nak stay kat sini tapi full house pulak. Last minute plan kan. Memang nampak privasi kalau stay kat sini.
Hati-hati hari2mau
Ruang muat-muat untuk tido sahaja
Penginapan aku kali ini
Bahagian reception
Bilik agak besar dengan bilik air sekali
Ruang tamu
mohon copy gambar tuan rumah
ReplyDeleteNak copy gambar yang mana satu?
Delete