Total Pageviews

South Korea - Day 5


Rabu - 28.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Seoraksan National Park, Sokcho


Hari ke 5. Hari yang paling ditunggu-tunggu. Harap dapat main salji memandangkan dah 4 hari di Korea masih tak dapat rasa salji turun. Check weather forecast di Sokcho akan turun salji. Alhamdulillah. Dah nampak bayang-bayang hajat akan termakbul.

Ingatkan nak keluar awal naik bas yang terawal sekali. Biar cepat sampai. Boleh lama sikit di sana. Kalau ada masa boleh jalan-jalan di Bandar Sokcho. 

Wife aku dah siap awal. Tapi aku yang melengah-lengahkan masa. Rasa malas nak keluar awal tu kuat sangat. Breakfast makan biskut dan milo je hari ni.

Untuk ke Seoraksan National Park atau Mount Seorak kena ambil bas berhenti di Sokcho Intercity Bus Terminal. Dari Apartment, aku naik train di Sindap Station Line 2 (Hijau) kena transfer di Seongsu Station masih Line 2 (Hijau). Dari Seongsu Station aku ambil train line yang sama ke Gangbyeong Station. Di Gangbyeong Station keluar Exit 4. Melintas ke Dong Seoul Bus Terminal untuk beli tiket ke Sokcho. 


Dong Seoul Bus Terminal

Sampai terus ke tiket kaunter. Harga tiket 17,300 won. Kalau tak tau nak beli tiket di mana, tanya orang di situ. Dorang sedia membantu. Dorang akan bawa kita ke kaunter tiket. Dorang sangat helpful.

Kaunter tiket

Tiket bas

Kebetulan aku tak lama tunggu. Lepas beli tiket bas dah nak gerak. Naik bas pukul 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Tempat duduk bas sangat selesa. Besar dan lembut. Ada tali pinggang keselamatan. Kena pakai. Tapi aku tak pakai pun.

 Jadual bas ke Sokcho

Sepanjang perjalanan aku banyak tido. Biasalah, bila travel kita memang tak cukup tido. Waktu macam ni lah kita curi tido.

Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi aku sampai di Sokcho Intercity Bus Terminal. Kalau tak confident kat mana nak turun, bagitau pada driver mana kita nak turun. Bila dah sampai destinasi dia akan inform kita. Tak susah. Dorang sangat membantu.

Sampai di Sokcho Intercity Bus Terminal jalan sikit ke depan tu ada bus stop. Bus stop depan convenience store. Ambil bas no. 7-1 untuk ke Mount Seorak. Harga tiket bas 1,100 won. Aku naik bas pukul 11.30 pagi. Di Korea semua bas jalan ikut jadual. Tu yang best.

Jadual local bus. 

Sampai sini salji halus dah mula turun. Excited sangat. First time rasa salji turun walaupun halus je. Alhamdulillah. Hajat termakbul juga.

Masa aku tunggu bas, sambil tengok penduduk tempatan jalankan aktiviti harian mereka. Termasuklah tengok dorang naik bas. Nampak dorang guna kad. Oh! Mesti boleh guna T-Money. Bagus juga. Bila bas aku sampai, naik terus aku touch dengan T-Money. Driver tu terus kata no no no. Aku memula pun tak faham apa yang dia maksudkan. Dah banyak kali dia kata no no no baru aku perasaan yang dia cuba bagitau T-Money tak boleh guna untuk local bus. Yang penumpang lain guna tu kad lain. Hahaha....so bayarlah guna cash.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit. Sampai Mount Seorak dalam pukul 12.00 tengahari. Lambat sikit daripada jadual sebab keluar lambat. 

Sampai je di Mount Seorak aku sangat teruja. Salji penuh. Ya Allah! Cantiknya. Dapat juga aku merasai salji akhirnya. Alhamdulillah. Sebelum beli tiket aku beli besi tapak kasut untuk jalan di atas ice bagi mengelakkan tergelincir. Almaklumlah jalan licin bila bersalji. Sebelum jatuh berdebuk macam nangka busuk lebih baik aku beli untuk keselamatan diri.

Aku beli besi tu dengan harga 10,000 won. Sebenarnya boleh dapat lebih murah di Namdaemun Market. Aku ada jumpa masa malam pertama aku ke Namdaemun Market tapi aku tak beli..huhu...rugi...rugi. Hari kedua aku ke Namdaemun Market aku tak sempat lak nak cari gerai tu balik sebab kejarkan masa nak ke Namsan Tower. Bila dah sampai sini aku nampak ada jual so beli je lah walaupun harganya mahal sikit.

Ke entrance ticket counter

Pokok, pagar dan salji

Bayar tiket masuk ke Mount Seorak 3,500 won seorang. Jalan masuk ke dalam dah leka asyik dengan ambil gambar salji. Cantik sangat. Jakun lah sikit. Sikit ke? Macam banyak pun ada. Ala...biasalah, first time tengok real snow.

Masuk ke Mount Seorak

Entrance ticket

Map Mount Seorak

Banyak beruang di sini kot sebab tu jadi mascot Mount Seorak.

View salji lagi

Daun-daun dan salji

Pokok togel dan bukit bukau

Pokok kering, bukit bukau dan salji lagi

Masuk dalam bayar tiket cabel car 9,000 won. Kalau tak nak naik cable car pun boleh. Kenalah mendaki. Sesiapa yang minat adventure boleh cuba. Kerana kesuntukkan masa lupakanlah niat nak mendaki. Naik cable car sekejap je dah sampai.

Aku naik cable car ke atas dalam pukul 1.15 tengahari. Tengok! Kat bawah ni saja dah ambil masa satu jam. Bergambarlah bagai.


Kaunter tiket cable car

Tiket cable car

View dari cable car

Awan berarak mendung

Lepas berhenti di cable car station atas tu, kena juga jalan dan mendaki anak tangga sedikit untuk ke puncak Mount Seorak. View sekeliling memang cantik. Penuh dengan salji tebal. Lorong jalan kaki pun agak licin. Kena berhati-hati. Ada juga yang jatuh berdebuk. Macam biasa sepanjang jalan leka ambil gambar. Teruja sangat! Pertama kali dalam hidup dapat tengok dan merasai salji sebenar.

Salji di atas dedaun

Pekerja pecahkan kayu bagi kurangkan licin di tangga

Salji di atas dahan dan batang pokok

Salji tebal

Daun dan salji

Bila bertemu salji tebal macam ni sudah semestinya perasaan teruja tu datang. Aku apa lagi terus baring di atas salji. Buat ala-ala snow angel. Melompat-lompat kegirangan. Secara automatik perangai keanak-anakan pun terkeluar. Tak peduli dengan orang sekeliling. Asalkan aku bahagia....hehe..

Aku ambil masa 45 minit nak naik ke puncak Mount Seorak. Sibuk bergambar dan main salji sepanjang perjalanan naik.

Gunung Seorak adalah puncak tertinggi dari Rangkaian Pergunungan Taebaek, terletak di daerah Gangwon sebelah timur Korea Selatan. Ianya juga merupakan salah satu tapak warisan dunia yang diwartakan oleh UNESCO. Gunung Seorak merupakan gunung ketiga tertinggi di Korea Selatan setelah Gunung Halla di Jeju Island dan Gunung Jiri di Gyeongsang Selatan.

Batang pokok yang bersepah di puncak

View di puncak Mount Seorak

Information board

Sampai di atas puncak, SubhanAllah! Lagi cantiknya. Aku main salji sepuas-puasnya. Tetiba salji halus turun dan makin lebat. Ya Allah! Syukur Alhamdulillah! Aku dapat merasai salji turun. Terima kasih Ya Allah atas peluang dan rezeki yang Engkau berikan.

Nasib baik waktu aku di puncak cuaca tak terlampau sejuk. Angin pun takde. Alhamdulillah. Aku takut bila angin kuat yang akan buat rasa sejuk yang amat. Sebab tu aku boleh stay lama kat puncak ni.





Bila mana sedang asyik menikmati pemandangan yang sangat indah ini membuatkan diri merasa insaf. Betapa hebatnya ciptaanNya dan betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya. Syukur pada Allah yang telah memberikan aku peluang untuk menjejaki negara orang untuk melihat dan menikmati kehebatan ciptaanNya ini yang tak ada di tempat kita. 



Bila dah terlampau teruja, perut pun takde terasa lapar. Aku cuma minum milo panas yang aku bawa. Memang nikmat minum milo panas di atas puncak Mount Seorak. Alhamdulillah! 

Sebelum aku ke Mount Seorak, aku ada berhajat semoga cuaca hari ini cerah dengan langit biru. Bila aku sampai cuaca agak mendung. Rupanya awan mendung tu adalah petanda salji nak turun. Bertambah girang. Sesungguhnya perancanganNya adalah yang paling terbaik untuk kita. 











Orang dah semakin kurang. Salji halus semakin lebat. Hari pun dah petang. Rasa berat hati nak turun pulang. Rasa tak puas menikmati keindahan pemandangan dan salji ciptaan Tuhan. Tapi apakan daya masa begitu mencemburui aku. Jam sudah menghampiri pukul 3.00 petang jadinya aku terpaksa turun. Takut terlepas last cable car. Tertinggal nanti nak turun macam mana. Jauh juga kalau turun jalan kaki.

Tak tau bangunan apa ni. Mungkin temple dorang kot

Ramai pelancong dari China tengah tunggu cable car

Sampai di cable car station, aku beli wafle untuk isi perut . Apapun sedap bila lapar. Sampai bawah jalan-jalan kawasan sekitar. Ada banyak juga tempat menarik yang cantik di bawah ni. Ada temple. Ada patung budha besar. Ada kedai-kedai makan dan cenderahati. 

Di bawah rasanya suhu lebih sejuk dari di atas. 






Awas! Ada beruang di sini!

Jalan yang diseliputi salji. Cantik. Putih je

Hari dah semakin gelap. Aku pun gerak nak balik. Masa tunggu bas jumpa family dari Malaysia sama-sama tunggu bas. Borak-borak dengan dorang. Naik bas sama tapi turun lain-lain. Aku terus balik ke Sokcho Intercity Bus Terminal. Dorang bermalam di Sokcho.

Kalau ikut plan lepas ke Mount Seorak nak jalan-jalan di Bandar Sokcho tapi memandangkan hari dah makin gelap buat keputusan terus balik Seoul. Takut tertinggal bas nanti.

Sampai Bus Terminal terus beli tiket bas balik ke Seoul. Sepanjang perjalanan tido keletihan. Sampai Seoul terus balik Apartment. Makan maggi dan apa yang ada. Rehat dan tido dalam keadaan kegembiraan kerana puas hati dapat rasa salji. Misi berjaya. Alhamdulillah.

Esok sambung aktiviti hari keenam. Perjalanan lagi jauh dari hari ini. Bersiaplah wahai badan.


10 comments:

  1. cantik view-view kat puncak tu...

    ReplyDelete
  2. nak tnya, hrga tiket 17,300 won tu sehala or round-trip ya?

    ReplyDelete
  3. salam tumpang tanya...ada tak loker utk simpan bag kat area masuk ke seoraksan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,

      Tak perasan ada locker atau tidak, sebab saya bawak bagpack je...so tak cari lah locker.

      Delete
  4. salam, rasanya pertengahan december tempat ni buka tak? agaknya bersalji tak masa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tempat ni sentiasa buka. bersalji tu saya tak pasti. mungkin ada sebab tempat tinggi. salji ni macam hujan, tak dapat dijangka.

      Delete