Total Pageviews

South Korea - Day 4


Selasa - 27.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Bukchon Hanok Village, Gate Sungnyemun, Namdaemun Market & Namsan Tower


Hari ke 4. Bangun pagi ku lihat jendela. Langit terang biru bercahaya. Indah sungguh hari ini dengan cahaya matahari memancar terik. Mesti kurang sejuk hari ini.

Itinerary hari ni tukar kepada jalan-jalan di sekitar Seoul. Sebab nak cari winter jacket tebal sebelum pegi ke tempat yang lebih sejuk. Harap misi hari ini akan berjaya.

Macam biasa breakfast awal-awal di Apartment. Makan biskut dan roti yang di bawa dari Malaysia. Dah tak lalu nak makan benda yang sama sebenarnya tapi demi mendapatkan tenaga aku telan juga.

Selesai makan terus keluar Hotel dalam pukul 8.30 pagi. Wife aku pakai seluar selapis je pagi ni sebab sangat yakin cuaca tak berapa sejuk hari ini memandangkan matahari terik kat luar. Sekali keluar dari pintu Apartment je, terus patah balik masuk Apartment tambah seluar. Terlampau sejuk cuaca di luar. Jangan tertipu dengan mentari yang terik. Check weather apps -6 celcius. Ya Allah! Patutlah sejuk!

Perjalanan pertama hari ini ke Bukchon Hanok Village kena berhenti di Anguk Station Line 3 (Orange) yang terdekat. Dari Apartment aku ambil train dari 
Sindap Station Line 2 (Hijau) sebab malas nak jalan jauh. So dari Sindap Station kena transfer line di Euljiro 3(sam)-ga untuk tukar Line 3 (Orange) berhenti di Anguk Station. Exit berapa dah tak ingat tapi ada je signboard boleh follow. Senang je.

Keluar je daripada Station dah boleh nampak signboard direction ke Bukchon Hanok Village. Jadi follow je. Aku sampai sana lebih kurang 9.30 pagi. Jalan cari Tourist Information nak dapatkan map Bukchon. Boleh follow map. Dalam tu ada tunjuk 8 photo spot yang boleh kita pegi kalau nak. Macam ala-ala treasure hunt gitu.

Sedikit infomasi diberikan. Ada soalan boleh tanya.



Bukchon Hanok Village adalah sebuah perkampungan traditional yang masih dikekalkan tradisinya terletak diantara Gyeongbukgong Palace, Changdeokgung Palace dan Jongmyo Royal Shrine dan telah pun berusia lebih 600 tahun. Rumah ini ada yang masih berpenghuni dan ada juga yang telah dijadikan sebagai galeri, restoran, kedai cafe dan kedai-kedai cenderahati. 


Sepanjang perjalanan akan melalui lorong-lorong kecil serta akan jumpa kedai-kedai yang comel dan cantik. Jalan ikut map yang diberikan tadi. Kadang-kadang boleh follow. Kadang jumpa tapi macam tak sama. Kadang lain yang dicari lain pulak yang dijumpai. Sesat tu sudah pasti ada. Bila sesat kita akan jumpa macam-macam benda. Tapi sekitar situ je kalau sesat pun dan ramai yang senasib dengan kitaorang. View village ni memang cantik dan kemas.

Lorong ke Bukchon Hanok Village. Ada kedai-kedai jual cenderahati dan barang keperluan

 Coffea Cafe yang sangat stylo

Dessert cafe ni pun cantik


Masa jalan dan sesat untuk cari lokasi photo spot terjumpa pula sekolah winter sonata ini. Di sekolah inilah pengambaran winter sonata dibuat. Cantik sekolahnya. Masa aku datang ni waktu persekolahan so tak boleh masuk dalam. Ambil gambar luar je. Kalau waktu cuti boleh masuk ambil gambar di dalam sekolah. Takde rezeki nak masuk. Hmmm...


Jalan punya jalan akhirnya jumpa juga photo spot. Memang cantik view photo spot dan tempat tu jugalah ramai orang nak bergambar.

Kawasan ni berbukit bukau. Semput juga bila kena mendaki. Menguji stamina. Waktu ni cuaca tersangatlah sejuk sampai ke tulang. Lebih sejuk bila angin bertiup. Rasa kulit seperti dicucuk sembilu bisa. Tapi gagahkan juga mengharung kesejukan hanya demi sekeping gambar.







Tengok jam dah pukul 12.30 tengahari. Rasa macam dah lama sangat kat kawasan ni. So decide keluar dari sini untuk ke tempat seterusnya. Jalan mengikut langkah kaki dan signboard.



Banyak Tourist Information di jalan besar

Tourist Information lagi

Jalan kaki dalam cuaca sejuk membeku sambil layan permandangan sekitar bandar. Bandar Seoul memang bersih dan kemas. Kagum! Langit biru cantik sangat.



Rumah Tradisional Hanok yang sudah dijadikan restoran

Polis korea ni berdiri tegak macam patung di situ je. Dah la sejuk. Dedikasi sangat.

Aku plan nak cover semua palace di Seoul hari ni. Masa tukar itinerary semalam tak perasan pulak hari ni hari Selasa. Bila lalu depan Muzium ni baru teringat. Alamak! Kebanyakkan Palace dan Muzium di Seoul tutup hari Selasa. Makanya misi masih tak berjaya lagi. Kecewa. 

Muzium Palace tutup hari selasa

Cantik bangunan ni


Jadinya tukar lagi plan. Tukar pegi ke Namdaemun Market nak cari winter jacket yang masih tak berjaya dibeli. 

Dah tengahari, perut pun dah lapar. Berhenti di bas stop. Makan bekal roti dan serunding serta pelbagai jenis biskut yang ada. Minum milo panas yang aku bawak. Fuh! Memang terbaiklah minum milo panas dikala cuaca sejuk macam ni.

Selesai makan lebih kurang pukul 1.40 petang aku naik bas ke Namdaemun Market. Tambang bas 800 won. Masa dalam bas aku ada ternampak Sungnyemun Gate. Tak jauh dari Namdaemun Market. Seberang jalan je. 

Information Board

Photo spot

View dari photo spot

Tower crane tu buat spoil

Sungnyemun Gate

Sungnyemun Gate

Jalan-jalan dan ambil gambar di Sungnyemun Gate. Dah pukul 2.45 petang terus gerak ke Namdaemun Market tujuan nak cari winter jacket. Hari tu pegi dah tutup. Nak cari yang murah kena cari gerai yang jual kat tengah lorong tu. Macam jual longgok. Kat situ memang boleh dapat harga yang sangat murah. Kualiti pun ok. 

Gigih tengok Ahjumma dah bongkok tiga ni masih gagah berjalan. Kagum!

Namdaemun Market di waktu siang

Masa tengah jalan cari winter jacket ternampak ramai orang Malaysia di satu gerai yang ada tanda halal. Rupanya Ahjumma dan Ahjussi ni jual kuih tak tau apa namanya tapi macam sarang gula. Kalau kat belakang kotak tu ada tulis namanya. Kuih ni adalah kuih traiditional Korean dipanggil Taffy-TA-RAE. Ada 3 perisa iaitu almond, peanut dan coklat. Harga 5,000 won kecuali coklat 6,000 won. Rasanya memang sedap tapi manis sikit. Aku beli perisa almond satu untuk rasa. 

Mau brape order?

Cara buat gulung-gulung saja

Inilah rupa kuihnya. Sedap. Must try!

Sarang gula

Akhirnya aku dapat juga winter jacket yang murah dan kualitinya ok dengan harga 25,000 won. Beli glove yang waterproof untuk main salji harga 3,000 won. Dah dapat barang yang aku nak, perut pun dah lapar so aku pegi cari makanan dulu. Hari dah nak senja walaupun baru 4.15 petang. Kena cari makanan yang simple untuk isi perut je. Aku teringat yang kat sini ada kedai kebab halal. Cuba cari sendiri tapi tak jumpa. Tak nak buang masa so pegi tanya kat tourist guide yang ramai berlegar-legar. Ikut direction yang dorang bagi. Akhirnya jumpa. Harga 4,000 won. Makan share je untuk isi perut.

Kebab stall

Tanpa buang masa terus cari teksi untuk ke Namsan Tower. Sebenarnya dari Namdaemun dah tak jauh nak ke Namsan Tower. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi kena mendaki sikit sebab Namsan Tower ni terletak di atas bukit. 

Dalam cuaca yang sejuk teramat sangat ni memang tak sangguplah nak jalan kaki naik ke atas bukit tu. Tambahan angin bukit lagi kuat. Kang mati beku nak naik atas tu. Lebih baik ambil teksi. Cepat dan selamat. Tambang tak lah berapa mahal sangat. Cuma 3,500 won.

Sampai di Namsan Tower pukul 4.45 petang. Hari dah senja. Terus cari kaunter tiket nak beli tiket cable car. Harga return 8,500 won. Ada tiket sehala tapi samada turun atau naik kena jalan kaki. 

Wife aku memang plan nak turun jalan kaki. Tapi bila mengenang cuaca yang terlampau sejuk memang tak sangguplah. Kena lupakan niat tu. Lain kali kalau datang ke Korea boleh lah cuba. Akan datang lagi ke?

Tiket cable car

Matahari dah mula nak tenggelam. Disebabkan hari ni cerah matahari dan cahaya senja tu terlalu cantik. SubhanAllah! MasyaAllah! Cantik sangat!

Dari dalam kabel car naik ke Namsan Tower

Sekejap je dah sampai atas. Keluar-keluar je, Ya Allah cantiknya view dengan warna senja. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Cantik walaupun pokok daun dah togel-togel. Permandangan sebenar lebih cantik daripada gambar. Jadi layan je gambar yang ada.

View

View

Sunset

Tu dia dah nampak the tower

Exercise naik tangga

Naik tangga sikit dah boleh nampak kunci cinta yang banyak. Ramai rupanya orang di atas ni. Di atas ni ada kedai jual mangga yang mana boleh ditulis dengan ayat-ayat cinta masing-masing dan gantungkan dimana yang diingini. Kebanyakkannya yang muda-mudi paling ramai buat benda ala ni. Aku pun plan nak buat juga. Tapi bila dah sampai sini macam malas plak. Tengok orang buat saje lah. At least jimat gak duit aku.

Mountain of love lock

Love lock

Note magnet

Note book

Cuaca lagi sejuk kat atas ni. Angin pun kuat. Memang tak tahan aku mengigil. Sejuk sampai ke tulang. Muka wife aku dah merah. Hidung jangan cakaplah. Rasa macam dah frost. View cantik, gagahkan juga. Nak ambil gambar pun rasa tak larat. 

Bandar Seoul dari celah ranting

Di sebalik tembok

Namsan Tower

Namsan Tower di sebalik ranting

Moden dan tradisional

Tower, Temple and Moon

My heart still go on

Pokok-pokok mangga

View Bandar Seoul dari Namsan Tower

Pemandangan waktu malam Bandar Seoul.

Dah terlampau sejuk rasanya kat atas ni. Anggaran sejuk hampir nak cecah -10 celcius. Sebelum keras beku kesejukkan lebih baik turun. Lebih kurang pukul 6.30 petang aku turun sebab tak larat nak menanggung kesejukkan lagi. 

Harap senanglah dapat teksi. Tak sanggup nak tunggu luar lama-lama. Alhamdulillah. Keluar je dari cable car terus ada teksi. Masuk teksi dah cukup lega. Ada heater. Dapat sikit panaskan badan.

Minta driver teksi turunkan kat mana-mana subway station yang terdekat. Driver teksi tu turunkan aku di Chungmuro Station.

Malam ni plan nak dinner daging kambing panggang dari Australia di YangGood Restaurant, Gangnam. Restoran ini ada tanda halal. Nak ke restoran ni kena berhenti di Yeoksam Station. Dari Chungmuro Station ada dua Line, so kena ambil Line 3 (Orange) kena berhenti di Seoul National University of Education Station transfer Line 2 (Hijau) berhenti di Yeoksam Station. 

Direction ke restoran tu dari Yeoksam Station ambil exit 6. Jalan terus dan masuk kiri lepas jumpa jalan pertama lepas tu masuk kanan. Jalan terus lepas tu masuk kiri lagi. Terus nampak restoran tu. Jalan kaki lebih kurang 2 ke 3 minit je dari Station.

Restoran YangGood

Restoran Halal

Rasa lega bila dapat masuk restoran ni. Sejuk sangat kat luar tu. Dapat gak panaskan badan sikit. Aku pilih restoran ni sebab konsepnya lain dari yang lain. Takde kat Malaysia. 

Harga makanan sedikit mahal. Aku order yang paling murah. Aku order kambing dan sup kambing satu. Pelayan akan grill kan daging tu atas meja kita. Macam biasa side dishes dapat percuma dan air kosong. Daging kambing tu memang sedap sangat. Terbaik! 

Lamb ready to grill

Grill in progress

Ni hasilnya

Sup kambing dorang memang berbeza. Lain dari yang lain. Rasanya memang superb! Sedap. Mesti kena try. Lagi makan panas-panas di waktu sejuk macam ni. Fulamak! Memang heaven lah. 

Sup kambing

Selesai makan minta bil sekali harga total makan 16,000 won. Alamak murah jugalah pada aku. Kalau tau aku tambah je menu lain lagi. Apa yang aku makan tadi pun dah cukup kenyang. Datang dari jauh kenalah makan sepuas-puasnya.

Lepas makan, perut dah kenyang terus balik Apartment. Esok nak jalan jauh. Dari Yeoksam Station nak balik ke Apartment aku naik satu train je terus ke Sindap Station sebab line yang sama. Sambung hari kelima.



No comments:

Post a Comment