Total Pageviews

Bandung, Indonesia - Day 1

Sabtu - 14.03.2015

Shopping Till You Drop : Bandung - Toko Tiga


Bandung bukanlah destinasi pelancongan pilihan aku. Sebab aku ni bukannya kaki shopping. Aku lebih berminat melihat alam semulajadi ciptaan Allah. Aku pegi ni pun sebab Company Trip wife aku. So aku follow je.

Masa aku pegi ni currency makin jatuh. So aku dapat sejuta Rupiah bersamaan RM287.00 duit kita. Harap duit ringgit akan naik lah.

Kali ni aku pegi ke KLIA2 dari rumah aku bawa kereta kemudian parking di Putrajaya Sentral. Aku naik ERL dari Putrajaya Sentral terus sampai ke KLIA2 dengan tambang sehala RM6.20 seorang.

Tiket ERL

Flight pukul 2.45 petang naik Malindo Air. Sepatutnya flight pukul 12.00 tengahari tapi delay lebih 2 jam. First time aku naik Malindo. Terus keluarkan daripada senarai untuk jadi flight pilihan. Kalau servis macam ni memang takde lah lepas ni lagi. 

Yang bestnya, bila dah sampai airport pukul 9.30 pagi baru tau delay. So aku berumah dekat 5 jam kat KLIA2. Sabarlah....huh...!

Menunggu boarding

Pukul 2.45 petang flight berlepas. Badan pun dah letih sebab menunggu. Masing-masing bising sebab bila sampai nanti mesti dah lewat petang tak sempat nak bershopping nanti.

Perjalanan ambil masa 2 jam. Biasanya bila kita ke luar negara dalam flight akan diberi borang declaration dan arrival. Tapi dalam flight tadi pihak Malindo bagitau borang diisi bila dah sampai Airport. Aku dah nampak kat situ akan berlaku kelewatan untuk urusan immigration nanti.

Sampai di Bandara Hussein Sasteranegara Bandung Airport pukul 4.45 petang. Waktu di Bandung lambat 1 jam dengan waktu Malaysia.

Selamat mendarat 

 Barisan kapal terbang

 Bandung Airport 

 Entrance Arrival

Airport Bandung sangat kecil dan takde sistematik. Keadaan seperti kelam kabut sikit. Airport ni sebenarnya airport tentera dan bukan airport untuk penerbangan komersil. Sebab tu keadaan sangat serabut. Kat situlah arrival, kat situlah check immigration dan kat situlah ambil baggage kita. Nampak tak betapa serabutnya.

 Semua sibuk isi declaration and arrival form

Tu dia! sampai duduk kat lantai fill up form 

Masuk pintu terus immigration & baggage 

Macam terminal bas kan. Tapi ini adalah Airport

Sampai...tour guide dah tunggu. Ada dua bas disediakan. Aku naik bas 'A' bersama bos-bos wife aku.

Bas kami

Disebabkan masing-masing dah kelaparan, tour guide bawak kitaorang semua pegi late lunch di Kampiun Bistro. Sampai kat restoran tu makanan dah disediakan. Nasib baik makanan sedap. Alhamdulillah....atau sebab masing-masing dah kebulur. So semua benda jadi sedap. 

 Restoran late lunch kami

Makan time 

Bosses & Family 

 Sebahagian dari menu

Lepas makan solat jamak kat restoran tu juga. Ada surau kecil. So sembahyang dalam keadaan bersempit-sempit. Surau tu campur lelaki dan perempuan. Tapi kitaorang gilir-gilir lah. Lelaki sembahyang dulu. Selesai giliran yang perempuan pulak. 

Selesai solat semua terus bergerak ke Toko Tiga. Toko Tiga ni kedai jual jeans original. Segala jenama jeans ada di sini termasuklah yang paling popular sekali Levi's.

Tapi pada aku harga lebih kurang kat J.P.O (Johor Premium Outlet) je. J.P.O lagi murah kot. Aku cuma beli satu jacket Levi's perempuan untuk wife aku dan T-shirt Captain America. Harga jeans jacket tu 325,000 Rupiah. Tu memang murah berbanding harga kat Malaysia. 

Toko Tiga






Kami diberi masa sehingga 8.30 malam untuk shopping di Toko Tiga dan kawasan sekitar. Ada juga kedai-kedai lain tapi seperti tidak memikat hati. Nak jalan sangat pun rimas sebab penjaja jalanan dan penjaja kaki lima asyik duk usha beli barangan diorang.

Bila semua dah berkumpul, bas pun bergerak ke lokasi seterusnya pegi makan malam. Dorang bawak kami semua ke Restoran Praoe Seafood. 





Makanan sedap. Yang aku perasaan dah dua kali makan mesti ada sayur ala-ala sup untuk kuah. Mungkin sayur asam kot. Aku tak pasti.


Lepas makan kami semua di bawa balik ke Hotel untuk check in. Kami menginap di Hotel Golden Flower di pusat bandar Bandung. Jalan agak jem juga sebab ada perayaan sambutan Chinese New Year. 

Sampai Hotel selesai hal check in terus masuk bilik. Bilik agak besar juga lah. Tapi kebersihan bilik air bukan standart untuk 4 star pada aku. Setel kemas-kemas barang. Terus tido sebab letih lama menunggu hari ni. 



Ok sambung perjalanan hari kedua pulak.




No comments:

Post a Comment