Total Pageviews

Bandung, Indonesia - Day 3


Isnin - 16.03.2015

Shopping Till You Drop : Bandung - Kartika Sari, Donatello


Hari ketiga. Turun bawak semua beg-beg. Masing-masing datang satu beg, bila balik dah beranak pinak beg semua orang. Siap ada yang tak cukup beg lagi. Tulah penangan Bandung. Aku check out dulu lepas tu breakfast. 




Lebih kurang pukul 8.30 pagi bas gerak ke Kartika Sari. Kartika Sari ni ada jual bermacam-macam jenis makanan untuk dijadikan ole-ole bawak balik Malaysia. 

Sepatutnya sebelum ke Kartika Sari singgah di Kilang Sate tapi disebabkan ada tunjuk perasaan di depan bangunan kerajaan terpaksa menyimpang ke jalan lain dan terus ke Kartika Sari.



Di Kartika Sari benda yang wajib kita beli ialah brownies, bagelen perisa butter, chesse dan chocolate, almond cookies, kerepek pisang salai dan macam-macam lagi . Kek lapis pun ada tapi aku tak beli kat Kartika Sari. Aku dah beli dengan tour guide kitaorang. Kek lapis baru buat. Panas dari oven lagi.


Aneka kuih muih 

Khidmat pembungkusan

Selesai shopping di Kartika Sari terus gerak ke Donatello. Donatello ni kedai jual barangan kulit original. Ada kasut perempuan, kasut lelaki dan barangan aksesori seperti handbag, dompet dan tali pinggang. Semuanya barangan daripada kulit.

Harga memang murahlah kalau untuk standard kulit original. Design pun cantik-cantik. Aku beli kasut, selipar dan tali pinggang. Duit Rupiah dah abis sebenarnya time ni. Aku bayar guna kredit kad je. 









Sebelah dan seberang jalan kedai Donatello ada juga rumah mode. Jual baju-baju. Aku tak pegi sebab tak sempat. Tapi bagus juga. Nanti makin banyak plak duit dibelanjakan.

Selesai, semua pun dah ada, terus gerak ke Airport. Kena sampai Airport pukul 11.00 untuk check in.

On the way ke Airport lalu kawasan penempatan padat penduduk Bandung. Ruang jalan hanya muat untuk satu motor sahaja. Kalau selisih dengan motor lain memang tak muat. Salah satu kena berhenti dulu untuk bagi laluan pada yang satu lagi. Bayangkan kalau lah ada berlaku kebakaran mesti api cepat merebak ke rumah lain. Harap perkara seperti itu tak berlaku.

Lihat betapa padatnya rumah-rumah dorang


Sampai Airport, flight Malindo delay lagi. Kaunter check in pun tak bukak lagi. Pukul 12.00 baru bukak. Letak beg je dulu siap-siap depan kaunter. Tour guide kitaorang tolong jagakan. 

Counter check in untuk Malindo Air


Sibuk susun bagasi masing-masing


Di Airport ada servis wrapping beg. Kalau sayang takut beg kotor masa dalam kargo bolehlah wrap. Tapi bukan free ye. Kena bayar satu beg 10,000 Rupiah.

Wrapping in progress or posing in action

Bagasi-bagasi yang di wrapped dengan plastik

Ni bukan timbang sayur. Ni timbang beg anda supaya tak over limit

Sementara nak tunggu kaunter bukak, aku pegi makan tengahari kat luar Airport. Harga boleh tahan mahal gak. Selesai makan kitorang balik ke Airport check in. 



Lepas check in lepak kat Airport sampai pukul 3.45 flight baru berlepas. Berumah lagi di Airport....huh!

Airport Bandung


Masa tengah tunggu nak boarding tetiba aku dengar nama aku dipanggil diminta datang ke kaunter boarding. Terkejut aku. Rupa-rupanya dorang nak tukar tempat duduk aku daripada seat belakang ke seat depan dengan alasan flight berat dibahagian belakang. Nak bagi balance. Hehe....

Tangkuban perahu dari Airport. Nampak tak ada rupa macam perahu terbalik.


Flight tak ramai passenger masa balik. Sebab tu dorang re-arrange seat nak bagi balance. Sepanjang perjalanan cuaca agak berawan. Disebakan flight Malindo ni kecik so bila langgar awan akan rasa bergegar. Cuak jugak lah. Doa dan berzikir sepanjang masa mohon selamat perjalanan.

View dari flight. Gunung ganang

View lautan dari flight

Pramugari sedang menjalankan tugas

Flight information. Dah boring layan movie.

Ada satu masa aku terlelap juga. Terjaga bila dengar announcement daripada pilot bagitau kita berada di ketinggian 40,000 ribu kaki dan keadaan luar berawan. Terasa gegaran. Terus aku teringat dan terbayang QZ. Doa mohon selamat.

Selisih dengan MAS masa nak landing. Kita race sapa sampai dulu ye...

Alhamdulillah, sampai di KLIA pukul 7.00 malam. Terus balik naik ERL sampai Putrajaya Sentral.. 


Bayar parking kereta RM10.00 untuk 3 hari 2 malam. Balik singgah dinner kat area rumah aku. Rindu nak makan sup ekor. Walaupun makanan kat sana sedap-sedap tapi rasa ada sikit manis. Mana aku pegi pun makanan Malaysia tetap aku akan paling rindu sekali. Lepas makan terus balik rumah. Tak bukak beg semua terus rehat. Badan dah letih. Esok kerja.


1 comment:

  1. Maaf bertanya syarikat KartikaSari ini kepunyaan orang Islam ke? t. K

    ReplyDelete