Total Pageviews

Bandung, Indonesia - Day 2


Ahad - 15.03.2015

Shopping Till You Drop : Bandung - Tangkuban Parahu, Hot Spring, Pasar Baru, Rumah Mode


Hari kedua kami semua kena berkumpul di depan Hotel jam 8.30 pagi. Tepat jam 8.30 pagi kami bergerak ke Tangkuban Perahu

Sebelum ke Tangkuban Perahu aku nak cerita sedikit tentang keselamatan di Bandung. Bila kita berada di Bandung kita kena berhati-hati dengan barangan peribadi kita. Kena sentiasa alert. Beg kena sentiasa berjaga dan jangan sangkut di belakang atau tepi. Sebab kat sini banyak pickpockets.

Kadang-kadang dorang buat keje ni secara berkumpulan. Ada yang cuba curi perhatian kita, masa kita sedang leka, satu pihak lagi akan buat keje mencuri. Contohnya ada orang ni samada jual barang atau pun buat sesuatu. Kita pun leka memerhatikan, datang lagi sorang dari belah lain datang menyeluk tanpa kita sedar.

Lagi satu kawasan Hotel aku ni tak boleh nak jalan sendiri. Sebab akan ada kumpulan datang kacau dan mencuri atau merompak kita. Kalau kita cuba lari ke arah lain, kumpulan lain dah tunggu stand by. Sila lah berhati-hati di sini.

Aku ada dapat info terdapat kampung pencopet (perkampungan pencuri) di Indonesia ni. Perkampungan pengemis pun ada. Tapi dorang ni semua hidup senang dan kaya. Kebanyakkan mereka hanya balik pada hari perayaan. Hari-hari biasa buat keje ni di bandar-bandar.

Berkenaan pengemis pula, sebenarnya dorang ni bukannya orang miskin pun. Tapi sebab malas bekerja, nak cari duit dengan cara senang makanya mengemislah keje yang dorang pilih. Ada yang pura-pura cacat, ada yang pura-pura buat muka terbakar dan macam-macam lagi. 

Lagi satu banyak juga yang menngunakan nama badan kebajikan seperti anak yatim dan sebagainya untuk meminta bantuan atau derma.

Kerajaan Indonesia ada buat operasi pembersihan pengemis-pengemis ni dan mereka ada offer pada pengemis ni wang saraan setiap bulan sebanyak 900,000 Rupiah sebulan. Tapi mereka menolak dan lebih rela mengemis sebab mereka boleh dapat jauh lebih banyak daripada itu. So fikir-fikirkan lah sendiri.

Info ini bukan untuk memburuk-burukkan Indonesia tapi sebagai pengetahuan untuk kita agar berhati-hati bila berada di sini. Ok, kita kembali kepada catatan perjalanan aku hari ini.

Warning!

Tangkuban Perahu ialah gunung berapi yang masih aktif. Ada mitos berkaitan dengan asal usul nama Tangkuban Perahu. Nak tau kena la google sebab panjang sangat kalau nak cerita di sini. 

Bentuk gunung Tangkuban Perahu ni seperti perahu yang terbalik. Sebab tu dikaitkan dengan mitos tersebut.

Perjalanan mengambil masa 2 jam dari bandar Bandung. Sepanjang perjalanan tour guide beri sedikit penerangan dan kisah berkenaan Tangkuban Perahu dan Bandung. 

Sepanjang perjalanan juga kita disajikan dengan pemandangan ladang teh, peniaga arnab dan penjaja-penjaja jalanan.

Cara dorang jual arnab tu agak menarik perhatian aku. Dorang biarkan arnab dalam keadaan bebas dan terbuka je di atas macam ala pangkin tanpa ada kandang. Arnab tu tak lari. Sebab arnab takutkan tempat tinggi rupanya. Arnab tu takkan ke mana. Sebab tu dorang pun biar kan macam tu je.

Harga parking

Entrance fees

Bau sulfur di Tangkuban Perahu agak kuat juga. Macam bau longkang busuk. Sesiapa yang tak tahan boleh lah pakai mask. Ada banyak penjual mask. Boleh je beli dengan mereka. Harga kena pandai tawar. Kalau tak memang kena tekan senang-senang dengan penjual tu.

Bas hanya akan turunkan kita dibahagian bawah. Untuk naik ke atas, kena naik van yang memang siap disediakan.

Kebetulan masa aku datang ni, Tangkuban Perahu baru saja dibuka semula kepada pengunjung. Ini kerana telah berlakunya sedikit letusan dan gunung berapi tersebut telah mengeluarkan gas beracun pada bulan Disember 2014. Bila keadaan sudah kembali pulih dan selamat baru dibuka semula kepada pengunjung dan penduduk sekitar.

Sampai di Tangkuban Perahu, turun je dari van, kita semua dah dikelilingi penjual-penjual. Kadang-kadang sampai dikelilingi 10 penjual pun ada. 

Macam-macam dorang ni jual

Penjual mengekori pengunjung

Aku terus pegi bergambar di signboard Tangkuban Perahu dan merayau-rayau sekeliling. Pertama kali tengok gunung berapi. 

Susah nak dapat gambar kosong ni. Aku siap tahan orang

Gunung berapi

View  kawasan sekitar

View sekitar lagi

Ada banyak gerai-gerai jual cendermata, kedai makan dan pelbagai lagi. Tapi lagi ramai penjaja jalanan yang akan mengerumuni kita kemana saja kita pegi. Memang rimas. Tak dapat nak menikmati pemandangan dan suasana dengan tenang.

Deretan gerai cenderamata

Penjaja jalanan

Cantik kayu ni

Dorang akan mengekori kita sepanjang masa. Bukan satu tapi ramai. Dorang akan cuba usha kita beli barangan dorang. Walaupun kita dah bagitau tak berminat dorang tetap akan usha sampai kita rimas. Tapi apa yang boleh kita buat kalau dorang masih nak usha dan follow kita. So bersabar je lah...


Tips untuk membeli, sila tawar sehabis gila. Tawar sehingga 90%. Sebab kita orang luar so dorang memang letak harga tinggi. Kalau pandai dapat harga murah. Dan satu lagi jangan buat muka terlampau nakkan barang tu. Nanti memang tak banyaklah dapat kurang harga.

Aku ada singgah satu kedai ni saja nak tanya harga jaket kulit. Bukan nak beli pun. Memula dia letak harga 500,000 Rupiah. Lepas tu dia offer sendiri kurang sampai 450,000 Rupiah. Tapi sebab aku memang tak minat nak beli masa aku nak blah dia boleh offer sampai 100,000 Rupiah. Tengok! Berapa tingginya dorang letak harga pada orang luar.

Nak duduk relax pun tak senang

Dikelilingi penjaja

Penjual strawberi dan blueberries pun ada. Aku tak beli sebab kalau ikutkan plan akan pegi ke ladang strawberi. So aku boleh petik dan beli di situ je.

Lagi satu, strawberi yang dorang jual tu memang manis kalau korang rasa. Daun strawberi pun manis. Memang terbaik strawberi Bandung ni. Dengan daun-daun pun manis.

Tapi itu semua tipu sebab dorang dah celup dengan air gula. Nasib baik aku tak beli.

Naik atas lagi tengok valcano lebih dekat dan tengok kalau ada apa-apa yang menarik lagi.

Volcano lagi

View lagi

Tangga

Rasa macam dah takde apa yang menarik lagi, aku turun ke bawah balik. Jalan-jalan kat bawah.

Surau

View bukit bukau

Sebab dah rimas dengan keadaan sekeliling so aku terus balik ke van nak balik ke bas. 

Patung kepala harimau. Hari-hari mau

Patung nurito

Kepala arnab pun ada

Topi pun ada

On the way nak ke van singgah beli jagung bakar. Harga satu 150,000 Rupiah. Aku sesaje minta tawar dapat 100,000 Rupiah. Makanan pun aku minta tawar. Memang tak patutkan....hahaha. Jagung sedap dan besar.

Jagung dan pulut bakar

Tour guide

Sampai kat bas kena tunggu semua ada dulu. Bila semua dah ada, so terus gerak ke Hot Spring. 

Sampai di Hot Spring takde apa yang menarik. Cuma rendamkan kaki sekejap dalam air panas. Sapa yang nak urut ada disediakan khidmat urutan. Bayaran 50,000 Rupiah sekali urut.

Kolam rendam air panas

Map kolam air panas

Penjual ais krim

Nak bergambar sila bayar tips

Muka seram

Kuih traditional

Sessi merendamkan kaki membuang toksin

Urut kasi longgar urat saraf yang tegang

Selesai semua balik ke bas nak gerak ke Strawberry Farm. Nak balik ke bas sambil diiringi penjaja jalanan.

Diekori penjaja lagi

Usha jangan tak usha

Dari Kolam Air Panas kitaorang dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Tapi aku tak ingat nama restoran tu. Sampai makanan dah siap terhidang. Datang tinggal ngap je. Suasana restoran ni pun cantik. Makanan pun sedap. 

Wife aku yang tak makan ikan darat, masa kat Bandung ni boleh plak dia makan ikan talapia ni. Padahal dia memang tau tu ikan talapia tapi dia masih belasah makan juga. Hairan bin ajaib aku dibuatnya.

Selesai makan kami semua solat terlebih dahulu sebelum bergerak ke destinasi lain.

Menu hari ini

Sepatutnya lepas makan tengahari kitaorang pegi ke Strawberi Farm. Di situ kita boleh beli dengan cara memetik sendiri strawberi yang kita nak. Itu memang paling aku nantikan.

Tapi sedihnya terpaksa dibatalkan sebab ramai yang nak pegi shopping di Pasar Baru. Senang nak kemas packing malam nanti. Esok dah nak balik. Kalau ikut plan pegi Pasar Baru pada hari terakhir.

Agak sedih sedikit aku disitu sebab tak dapat beli strawberi. Takpelah takde rezeki. So gerak ke Pasar Baru jalan sangat macet (jem). Sampai di Pasar Baru pukul 4.00 petang. Pasar Baru tutup pukul 5 petang. Drag pun sampai pukul 5.30 petang. So kitaorang semua ada 1 jam 30 minit je untuk shopping.

Peminta sedekah di jalan yang macet. Si buta dan Si celik

Sampai di Pasar Baru kami semua dibahagi kepada beberapa kumpulan dan dibawa oleh tonto ke kedai mana yang kita nak pegi.

Tonto terus bawak ke kedai telekung. Ramai sangat kat situ dan susah nak memilih. Aku minta budak tu bawak aku ke kedai telekung lain. Wife aku tawar sehabis boleh telekung sulam. Minta 80,000 Rupiah. Memula budak kedai tu kata tak boleh. Wife aku cuba jugak minta. Last-last budak tu telefon bos tanya akhirnya dapat jugak harga 80,000 Rupiah sepasang. Wife aku beli 14 pasang. Beli banyak kena lah bagi banyak diskaun.

Lepas tu minta budak tonto tu bawak kitorang kedai kain pasang. Dia bawak ke mana ntah. Bahagian atas sekali tempat parking di ceruk mana ntah ada satu kedai baru bukak. Tapi sedih kat kedai ni banyak jual kain lace. Orang nak kawin boleh la. Wife aku beli gak kain pasang siap sulam 3 pasang. Harga 110,000 Rupiah sepasang.

Pelbagai telekung

Pilih jangan tak pilih

Masa dah suntuk, so budak tu bawak kitaorang balik ke bas. Shopping dalam keadaan kelam kabut dan kejar masa memang tak best langsung. Banyak benda tak dapat nak tengok dan cari sebenarnya.

Bas datang terus bawak kitaorang pegi ke Rumah Mode. Rumah Mode ni ialah outlet-oulet barangan berjenama yang reject. Sebab tu harganya murah. Takde beli ape pun sebab takde yang menarik hati. Kalau ada pun harga boleh tahan mahal. Macam tak berbaloi.

Rumah Mode

Selesai di Rumah Mode kami dibawa makan malam di Kampung Daun. Kampung Daun ni tempat golongan atasan. Tapi kebanyakkan rumah di sini tidak dihuni. Ada yang disewakan. Kebanyakkan owner nya tinggal di bandar seperti di Jakarta. Dorang cuma balik waktu perayaan. Macam balik kampung.

Kalau siang boleh tengok view cantik sepanjang perjalanan di kawasan ni. Tapi malang time kitaorang lalu ni malam so tak nampak ape. Tambah dengan hujan lagi.

Makan di Kampung Daun ni memang puas hati. Tempatnya cantik. Makanannya pun sedap. Best sangat kat sini. Kalau siang mesti lagi best sebab nampak view.

Entrance

Walking path

Suasana dalam restoran

Buffet area

Lepas makan dorang buat birthday celebration untuk mereka yang lahir bulan Mac. Kek sedap. Aku tambah banyak kali...hehe.

Celebrate baby-baby besar bulan Mac

Selesai makan jalan-jalan sekejap ambil gambar kawasan sekitar sambil survey souvenir.

Air terjun pun ada

  Pondok-pondok tempat makan. Romantik

  Cenderahati

Menarikkan...

Suasana

Habis jalan-jalan semua naik bas, terus gerak balik ke Hotel. Balik Hotel kemas semua barang-barang yang dah dibeli siang tadi siap-siap. Esok dah nak balik. Seriously tak cukup 3H2M nak bershopping di Bandung ni. Tido dalam keadaan kecewa sedikit...aku ok je...wife aku kot kecewa sikit...hehe. Sambung hari ketiga hari balik ke Malaysia. 





No comments:

Post a Comment