Isnin - 24.12.2012
Trip ke Krabi
Petang 23hb Disember (Ahad), dalam jam 6.00 petang aku sudah keluar dari rumah untuk pergi ke rumah kakak aku di Kepong. Hari ni bermula percutian aku bersama family kakak aku ke Krabi, Thailand. Parking kereta kat rumah kakak aku dan ambil teksi ke KL Sentral. Dalam 7.30 malam teksi sampai terus gerak ke KL Sentral.
Percutian kali ini aku plan naik keretapi. Dari KL Sentral aku ambil train KTM ke Padang Besar. Aku booking 2 minggu sebelum pergi dan ambil Kabin Kelas Satu. Nasib baik masih ada lagi dengan harga RM140 satu kabin private. Train bertolak 9.30 malam dan dijangka tiba di Padang Besar dalam lebih kurang pukul 8.30 pagi pada 24hb Disember (Isnin).
Kabin Kelas Satu
Sepanjang perjalanan takde aktiviti sangat. Lepak kat bilik dan kadang-kadang pegi lepak kat cafe dalam train. Perjalanan ke Padang Besar akan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Tiba di stesyen Padang Besar, imigresen checking lepas tu kena tunggu pula train Thailand untuk ke Haytai. Dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa sejam.
Tiba di Stesyen Keretapi Hatyai, kitaorang mencari perkhidmatan shuttle van ke Krabi, tanya pada driver tok-tok yang berada disekitar kawasan itu dan dia bawa ke sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan shuttle van ke Krabi. Nama syarikat tersebut Mawin Tour. Harga 500 baht seorang. Agak mahal juga tapi nak buat camna perjalanan kena diteruskan. Dalam 1.30 petang van sampai dan bertolak ke Krabi. Perjalanan mengambil masa 6 jam termasuk berhenti rehat di RnR.
Stesyen Keretapi Hatyai
Tiba di Hotel Ascot Krabi sudah pukul 8.00 malam. Hotel ini berada di kawasan Aonang Muang dan berdekatan dengan Aonang Beach, aku dapat harga bilik RM450 untuk 4H 3M. Settle check in dan kemas beg lepas tu apa lagi kuar lah cari mana-mana restoran halal sekitar Krabi untuk makan malam. Mujurlah ada restoran halal dekat dengan hotel. Kitaorang makan di restoran Lacasa Krabi.
Takde aktiviti sangat untuk malam pertama di Krabi ni. Hanya ronda-ronda kejap dan lepas itu balik ke hotel. Perjalanan dari Hatyai ke Krabi mengambil masa lama dan letih masih tidak hilang lagi. Sambung aktiviti untuk hari kedua pula.
No comments:
Post a Comment