Total Pageviews

Krabi, Thailand - Day3

Rabu - 26.12.2012

Trip ke Krabi : 4 Island Hoping Tour

Aktiviti hari ketiga ini bersama family kakak aku pula. Hari ini kitaorang pegi 4 Island Hoping Tour. Lepas sarapan dihotel, lebih kurang pukul 8.00 pagi tour guide dah sampai untuk jemput kitaorang. Kitaorang ambil pakej satu hari naik Long Tail Boat. Harga 450 Baht seorang.

Ramai juga pelancong lain yang join tour ini. Van yang menjemput kitaorang tadi banyak pula singgah di hotel lain untuk ambil mereka-mereka yang join tour untuk pagi ini. Tiba di satu kawasan lupa nama dah, kita akan di beri briefing oleh Tour Guide. Dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi baru lah pegi ke bot. Lambat juga start tour ini, mungkin sebab nak kumpulkan ramai-ramai dulu kot.


Tour guide sedang beri taklimat

Pakej tour ini sekali dengan makan tengahari dan snorkeling. Untuk tour ini kitaorang akan dibawa ke Poda Island, Tub Island, Chicken Head Island dan Phranang Island. Bot yang kitaorang naik ni share dengan pelancong lain, kebanyakkannya mat salleh je.

Long Tail Boat





Tempat pertama kitaorang dibawa ke Poda Island. Permandangan sangat cantik di pulau ini, terdapat bukit batu ditengah-tengah laut di pulau ini. Kawasan sekitar yang cantik dikelilingi hutan dan bukit batu kapur. Kitaorang siap layan snorkeling lagi kat area pulau ini.

Poda Island





Penjaja Long Tail Boat...macam2 makanan derang jual

Tanda amaran tsunami di Poda Island ini..

Seterusnya kitaorang dibawa ke Chicken Head IslandPulau ayam juga dikenali sebagai Hua Khawan Island atau Poda Nok Island. Batu berbentuk seperti kepala ayam jantan di bukit batu kapur 'Chicken' adalah tarikan menarik di laut Krabi ini. Di pulau ini tiada tempat untuk bot berlabuh, jadi di sini kita akan di beri masa untuk bersnorkeling sahaja.





Seterusnya kitaorang dibawa pula ke Tub Island. Tub Island juga dikenali sebagai Tab Island atau Thap Island adalah salah satu daripada pulau yang wajib dikunjungi. Ketika air hampir surut akan kelihatan daratan pasir di antara pulau bersebelahan Tup Island ini. Ketika air pasang kita juga boleh menyeberang ke pulau tersebut seolah-olah seperti berjalan diatas air laut. Di pulau ini kita akan berhenti rehat untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan ala-ala buffet, sedap dan sudah semestinya halal.







Destinasi seterusnya kitaorang dibawa pula ke Phra Nang Island. Terdapat sebuah gua dipulau ini dikenali dengan Phra Nang Cave. 








Mengikut lagenda mengenai Phra Nang ini ada yang mengatakan seorang puteri dari India terbunuh apabila kapalnya karam berdekatan pulau ini dan rohnya tinggal di dalam gua tersebut. Ada pula yang mengatakan Phra Nang ini isteri kepada nelayan tempatan yang hilang dilaut, si isteri menunggu kepulangan suaminya di pulau tersebut sehingga lah ke akhir hayatnya. Entahlah tak tau yang mana satu cerita yang betul, yang pastinya tempat ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Krabi.

Kawasan sekitar pulau ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang cantik dan unik. Ramai juga pelancong buat akitiviti rock climbing di sini. 







Lama juga kitaorang lepak kat pulau ni, sambil merayau kawasan sekitar dan sempat gak beli 'Thai Pancake' dari penjaja Long Tail Boat tu. Pancake ni lebih kurang sama macam roti canai je cuma diatas tu derang letak sos strawberri atau coklat ikut selera masing-masing. 



Thai Pancake...sedap..!!

 


Phra Nang Island merupakan destinasi terakhir tour ini. Lebih kurang pukul 5.30 petang tour ini tamat dan dalam perjalanan layan permandangan bukit-bukit batu kapur di laut Krabi ini. 





Pukul 6.00 petang bot tiba di jeti dan van sudah pun tunggu untuk hantar semula ke hotel. Makan malam di restoran tomyam kat pekan Krabi ini, lepas tu ronda-ronda cari t.shirt dan souvenir. Maklumlah malam ini terakhir di Krabi, esok nak ke Hatyai pula. Hari keempat.

No comments:

Post a Comment