Total Pageviews

Pulau Sipadan, Sabah - Day 2


Rabu - 04.06.2014


Hari kedua. Bangun awal pukul 5 pagi dah subuh kat sini. Pas solat tak tido. Lepak kat balkoni sambil tunggu sunrise. Memang damai gile. Breakfast pukul 7 pagi baru ada. So dok melepak je.

 Lanun tengah skodeng

 Sunrise dari balcony bilik

Layan sunrise lagi 

Jiran Kitorang 

Sunrise lagi

Dalam pukul 6 lebih mandi and bersiap. Pukul 7 pagi kuar pegi breakfast. Sambil breakfast sambil layan view. Tengok budak-budak banjau tangkap ikan, main dan berperahu pun ada. 

Breakfast orang diet kononnya

 View sambil makan

Oh ya, budak-budak banjau ni ada yang tangkap ikan pastu akan usha pengunjung resort beli ikan mereka. 

Sambil makan sambil tengok budak bajau mancing. Nah ni hasilnya


Ada jugak yang minta-minta duit. Tapi dorang ok kalau korang nak ambik gambar dorang. Agak kesian tengok cara kehidupan mereka ni. Tak bersekolah. Bila tanya alasan tak pandai. Mereka hanya orang laut. Bila besar jadi pelaut. Hmmmm.....






Lepas breakfast lepak dekat snorkeling centre sambil tunggu 2nd trip snorkeling pukul 9 pagi. Ada yang dah snorkeling kat depan resort ni je. Aku pun apa lagi, buat lah aksi terjun tiruk yang tak berapa nak tiruk sangat tu.

Aku sepatutnya pegi ke port snorkeling di sipadan island tapi limit dah penuh. Port ni agak terhad mungkin sebab dorang nak jaga ekosistem dekat situ. Snorkeling kat sini tak termasuk dalam package ye. Ni additional. Kena bayar tambahan. Harga aku pun dah lupa berape.

Pukul 9 pagi boat sampai. Bawak pegi ke port snorkeling pun tak berapa nak jauh dari resort. Lebih kurang tak sampai 10 minit perjalanan je. Port ni banyak penyu. Penyu besar-besar. Tapi laut agak dalam dan arus pun agak kuat. Penat jugak lah nak meredah arus kuat tu. 

Snorkeling Centre

Snorkeling equipment.

Snorkeling kat situ lebih kurang dalam satu jam. Pastu balik resort dan sambung snorkeling di resort. Pada aku, snorkeling di resort lagi best dan puas hati.

Dekat nak tengahari aku naik dan balik bilik untuk mandi dan siap-siap untuk lunch.

Lepas lunch kitaorang jalan ronda-ronda sekeliling pastu balik bilik lepak jap. Lepas zohor kitaorang jalan-jalan ke daratan. Jalan sekitar perkampungan nelayan dan resort mewah sebelah.

Perkampungan Nelayan




Sampan budak-budak bajau.




 Mabul Water Bungalow Resort



Ular air...




Habis jalan-jalan aku pegi ke snorkeling centre nak sewa kayak. Kayak tak termasuk pakej. So kena bayar sejam RM30.00. Aku kayak sekeliling resort. Lepas kayak sambung lagi snorkeling depan resort.







Dah petang kitorang naik, mandi dan bersiap-siap untuk sunset dan dinner pulak.



Lepas dinner pegi beli survenior pastu balik bilik lepak di balkoni.

Percutian ni agak relaks sikit. Tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat. Tapi aku tetap sangat berpuas hati sebab dapat menikmati view yang cantik mcm ni dah cukup untuk aku.

Malam tido dan tamat aktivit hari ke dua. Hari ketiga


No comments:

Post a Comment