Khamis - 05.06.2014
Hari ketiga. Hari check-out.
Pagi solat subuh. Lepak kat balkoni sambil tunggu sunrise. Main-main dengan ikan. Bagi ikan makan. Ambik gambar. Tu je aktiviti hari ni sambil menunggu waktu untuk breakfast.
Pukul 7 pagi pegi breakfast sambil lepak lama sikit. Ambik gambar sekitar resort. Pastu balik bilik lepak santai sambil sambung bagi makan ikan dekat balcony.
Ada gak yang snorkeling keliling resort
Port diving kat depan balcony kitorang je
Helikopter askar buat rondaan
Balik bilik kemas barang-barang. Pukul 12 tengahari check-out pastu pegi lunch.
Pukul 1 petang boat sampai dan bertolak ke Jeti Semporna untuk ke Bandar Tawau. Sedih sangat nak tinggalkan Pulau Sipadan. Cantik sangat Pulau ni. Rasa nak tinggal lagi di sini.
Jeti
Lambai Selamat Tinggal. Semoga bertemu lagi...
Sampai Jeti Semporna lebih kurang pukul 1.45 petang. Van dah tunggu terus bertolak ke Bandar Tawau. 2 jam perjalanan. Kami minta driver terus hantar ke hotel. Kami plan nak jalan-jalan di Tawau dan makan seafood sebelum balik ke KL. Lebih kurang pukul 3.30 sampai ke Hotel Promenade.
Check-in. Solat. Lepak kejap rehat-rehatkan badan.
Check-in. Solat. Lepak kejap rehat-rehatkan badan.
Pukul 4.45 petang aku keluar jalan-jalan ke Pasar naik teksi. Teksi mahal. Sekali jalan kena RM15. Jarak 5 minit ke 10 minit je. Beli kepak ayam. Balik hotel.
Pukul 8 keluar. Plan nak pegi makan seafood. Teringin nak makan lobster. Ambik teksi, pegi makan kat Restoran Sri Titingan (Isnaji).
Ramai orang makan kat restoran ni.
Siput apa ntah lupa namanya. Kenyal dan liat. Susah nak makan. Tak sedap
Tapi takde lah hebat mana makanannya. Harga dinner RM 46.00 je.
Aku paling sedih tak dapat makan lobster sebab kat restoran tu takde jual lobster. Kena pegi restoran tempat lain. Ini semua angkara pakcik teksi tak kasi kitaorang makan kat restoran cina tu. Padahal seafood je pun. InsyaAllah halal. Bukannya dia jual 'cardbury' atau binatang yang perlu disembelih ke. Hmmmm....sabar je lah. Misi tak berjaya. DUKACITA YANG AMAT!!
Pastu call teksi minta ambik kitaorang hantar ke Hotel. Balik terus tido. Sambung hari ke empat.
Brapa ya budget utk pergi sini?
ReplyDelete3H2M di Sipadan Water Village kami ambil yang harga RM1,232 seorg. pakej termasuk transport dari airport ke jeti, boat, makan dan 2 kali snorkeling. Flight tak termasuk.
Delete