Isnin - 23.12.2013
Trip Ke Saigon : Saigon Notre-Dame Basilica, Saigon Central Post Office, Independence Palace
Hari ketiga di Vietnam, kami melawat beberapa bangunan bersejarah dan muzium di bandar Ho Chi Minh ini. Kami naik Vinasun Taxi yang merupakan salah satu teksi bermeter utama di bandar Ho Chi Minh ini. Memandangkan kami ramai jadi kena ambil dua teksi.
Lokasi pertama pada hari ini ialah melawat bangunan Saigon Notre-Dame Basilica iaitu merupakan sebuah gereja yang dibina antara tahun 1863 dan 1880 yang menampilkan ciri-ciri unik senibina Perancis. Kitorang tak masuk pun dalam gereja ni. Hanya singgah ambik gambar dari luar sahaja.
Saigon Notre-Dame Basilica
Seterusnya kami ke Saigon Central Post Office yang hanya bersebelahan dengan gereja tadi. Pejabat pos ini dibina pada tahun 1886-1891 dan masih dibuka sehingga sekarang. Salah satu tempat yang wajib dilawati jika ke Ho Chi Minh. Dalam pejabat pos ini terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati dan poskad. Untuk dijadikan kenang-kenangan aku beli poskad dan dan setem untuk di poskan atas nama isteri aku ke alamat rumah aku di Malaysia. Nampak romantik tak?!
Saigon Central Post Office
Destinasi seterusnya kami ke Independence Palace. Oleh kerana, kawasan bangunan bersejarah dan muzium di Ho Chi Minh ni berdekatan, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja ke tempat-tempat yang nak dilawati. Cuaca cerah dengan cahaya matahari tapi tak rasa panas dan terik sangat. Malah berangin sejuk lagi.
Untuk ke Independence Palace kitorang lalu semula ke arah gereja tadi dan melintas ke taman di seberang jalan saje. Dalam perjalanan nampak ada sesi fotografi model-model Vietnam dengan pakaian tradisional dorang, aku ambil lah beberapa shot derang....hehehe.
Model Cun Vietnam
Tiket masuk ke Independence Palace 30,000 VND seorang. Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace merupakan bekas kediaman Presiden Vietnam Nguyen Van Thieu ketika perang dahulu. Terdapat juga beberapa buah kereta kebal, helikopter dan jet pejuang USA diletakkan di sekitar luar kawasan istana ini untuk tujuan pameran.
Independance Palace
Dalam kawasan istana ini terdapat banyak bilik-bilik dengan hiasan dalaman yang menarik. Terdapat bilik operasi ketenteraan di bawah tanah iaitu bilik yang menempatkan radio untuk komunikasi ketenteraan. Jika naik di bahagian atas istana ini kita akan dapat melihat ke bawah iaitu kawasan bom (tanda bulat) yang telah dijatuhkan semasa perang bersebelahan istana ini.
Tapak bom dijatuhkan bersebelahan istana
Bilik Radio Komunikasi Tentera
Destinasi seterusnya kami ke War Remnants Museum yang berada di kawasan District 3. Dari Independence Palace kami jalan kaki je untuk sini. Boleh tahan jauh tapi sebab nak tengok sekeliling bandar Ho Chi Minh ini, maka perjalanan tak rasa letih sangat. Tiket masuk ke War Remnants Museum 15,000 VND seorang. Dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Kami tiba agak lewat sebab sesat gak mencari muzium ni, maklumlah jalan kaki je.
Di luar muzium ni banyak menempatkan kereta kebal, helikopter dan jet pejuang milik USA yang tentera vietcong telah berjaya tawan semasa perang dunia ke-2. Disebelah kanan muzium utama terdapat contoh sebuah bilik tahanan perang yang digunakan oleh tentera USA untuk mengurung, menyiksa dan menyoal siasat tentera vietcong. Penjara ini dikenali dengan nama "Tiger Cages".
Di dalam muzium utama terdapat banyak contoh senjata, bom, peralatan perang dan foto-foto kesan dari peperangan antara USA dan Vietnam. Banyak foto-foto mengambarkan kekejaman tentera USA terhadap tentera vietcong dan rakyat vietnam. Tentera USA menggunakan bom kimia semasa perang ini, kesan daripada itu ramai rakyat vietnam mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini.
Memandangkan sampai lewat tadi, aku tak dapat nak melawat keseluruhan muzium ini. Rasanya ada 5 tingkat muzium ini. Apa-apa pun aku dapatlah lihat sejarah sebenar peperangan serta kekejaman tentera USA terhadap tentera vietcong dan rakyat Vietnam.
Dari district 3 ini aku ambil teksi balik semula ke district 1 untuk ronda-ronda dan mencari restoran halal untuk makan malam. Malam ni aku cadang nak cuba makanan vietnam di Salima Halal Restaurant di kawasan district 1. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun penah datang di restoran ini.
Popia Seafood Vietnam...memang sedap
Pho Beef Noodle Sup
Aktiviti untuk hari ini dah setel.....jom tengok aktiviti aku hari keempat pula.
No comments:
Post a Comment