Total Pageviews

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 4

Selasa - 24.12.2013
Trip Ke Saigon : Mekong River Tour, Water Puppet Show

Aktiviti kami hari keempat adalah ke Mekong Delta River Tour. Kami minta pihak hotel uruskan tour ini dengan harga 260,000 VND seorang. Tour ini mengambil masa 8 jam. Pukul 8.00 pagi bas sudah tiba di hotel dan ambil kitaorang. Dalam bas ada ramai lagi pelancong lain yang join sekali tour ini.


RnR Mekong


Tour Guide sedang beri penerangan

Asal nama sungai Mekong dari bahasa etnik Tai iaitu Mae Nam Khong. Mae Khong bermaksud Sungai Khong, induk kepada segala sungai. Mekong adalah sungai trans-sempadan di Asia Tenggara. Ia adalah sungai ke-12 terpanjang di dunia dan ke-7 terpanjang di Asia. Panjangnya dianggarkan 4,350 km. Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggil dengan nama Sungai Me Kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama sekali para petani. Lebih 140,000 km persegi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong. Mekong Delta River Tour ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib anda lakukan jika datang Ho Chi Minh ini. 

Jeti untuk Mekong Delta River Tour



Bot-bot yang disediakan utk Mekong River Tour

Di kawasan Mekong River ini terdapat beberapa pulau-pulau kecil. Untuk tour ini kitaorang akan dibawa melawat ke pulau-pulau tersebut. Setiap pulau ada tarikannya tersendiri. Tempat pertama dikunjungi adalah Hoa Nhan iaitu tempat pembiakan lebah madu. Sampai di sana kita akan diberi untuk mencuba kerepek dan minuman berasaskan madu lebah. Kita juga boleh mencuba pegang sarang lebah madu itu. 




Awek vietnam tengah siapkan minuman campuran madu lebah

Destinasi seterusnya kitaorang akan dibawa ke satu kawasan untuk menikmati buah-buahan tempatan sambil dihiburkan oleh gadis-gadis vietnam. Yeke...gadis? ada nampak macam makcik pun ada....hehe.


Makcik-makcik sedang menghiburkan kami

Selepas selesai makan buah, kitaorang dibawa ke belakang kawasan tersebut. Kenapa ye?? Rupa-rupanya ini merupakan laluan untuk ke jeti kecil untuk naik sampan dan menyusuri sungai kecil ala-ala paya bakau. Satu pengalaman yang menarik.








Seterusnya sampan tadi akan bawa kitaorang semula ke bot. Destinasi seterusnya kitaorang dibawa ke Diem Tham Quan iaitu kawasan pembuatan gula kelapa (coconut candy) dalam bahasa vietnam derang panggil Que Dua. Disini kita akan diberi untuk mencuba rasa gula-gula tersebut dan melihat proses pembuatannya. Aku ada lah beli 3 paket gula-gula kelapa ini sebagai ole-ole untuk di bawa balik ke Malaysia.

Kilang pembuatan 'Coconut Candy'




Minyak ular tedung dan kala jengking pun ada jual kat sini...

Seterusnya kami dibawa ke sebuah restoran di salah sebuah pulau tersebut untuk makan tengahari. Amat menyedihkan makanan tengahari yang disediakan sangat-sangat menyakitkan hati. Sepatutnya kenalah sediakan makanan tengahari yang bersesuaian dengan harga pakej untuk pelancong beragama islam. Tour ini dikendalikan oleh syarikat Kim Travelco.Ltd. Dah perut kebulur, makan je lah apa yang derang bagi.

Makanan tengahari Mekong Tour kitaorang...hampeh

Di kawasan restoran ini ada disediakan basikal untuk pelancong guna. Memandangkan masih ada masa lagi di sini, jadi aku, wife dan anak buah aku ambil basikal tu pegi lah ronda-ronda kejap di sekitar kampung di sini. Tour ini tamat pada pukul 4.00 petang. Sampai di hotel apa lagi kakak aku komplen lah kat pihak hotel pasal kes makanan tengahari tadi.

Aktiviti kitaorang lepas ini nak pegi tengok Water Puppet Show. Tempat ini diberi nama Golden Dragon Water Puppet Theatre dan berada di kawasan Nguyen Thi Minh Khai Street, Ben Thanh Ward, District 1. Pertunjukkan akan bermula pukul 5.00 sampai 6.30 petang. Harga tiket 50,000 VND seorang. Kitaorang pegi sini jalan kaki je dari hotel, tak berapa jauh sangat pun.

Boneka air (Vietnam: Mưa nước, makna kasar: "boneka yang menari di atas air") adalah satu tradisi yang bermula sejak sejauh abad ke-11 apabila ia berasal di kampung-kampung kawasan Delta Sungai Merah di utara Vietnam. Vietnam boneka air hari ini adalah variasi yang unik pada tradisi boneka Asia purba. Boneka yang diperbuat dari kayu dan dicat. Pertunjukan dilakukan dalam kolam air setinggi pinggang. Sebuah batang besar mendukung wayang dalam air dan digunakan oleh tok dalang yang bersembunyi di sebalik layar untuk mengendalikan mereka. Jadi boneka-boneka nampak bergerak diatas air.







Mereka-mereka yang kendalikan Water Puppet Show

Lepas habis tengok puppet show, kitaorang pegi lah ronda-ronda kat kawasan District 1 ini. Takde apa sangat untuk dilihat, badan pun dah letih balik je lah ke hotel. Aktiviti hari keempat dah setel dan kita tengok apa aktiviti aku pada hari kelima pulak.

No comments:

Post a Comment