Total Pageviews

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 1

Sabtu - 21.12.2013
Trip ke Saigon : Ben Thanh Market

Bermulalah kisah trip bersama family kakak aku. Kali ni percutian kami ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 6H5M. Pukul 9.00 pagi aku keluar dari rumah dan drive ke stesen LRT Putra Universiti Bangsar. Sampai sana aku cari parking kosong sekitar area flat situ. Alhamdulillah dapat parking free. Ini kes malas nak menyusahkan orang tolong hantar aku ke airport. 

Dah settle, aku terus ambik LRT ke KL Sentral. Sarapan pagi di KL Sentral sambil tunggu family kakak aku. Diorang sampai agak lewat. Bila semua dah ada, kami terus gerak ambik KLIA Express (ERL) dari KL Sentral terus ke KLIA.

Sampai di KLIA kami terus check in and boarding flight Vietnam Airlines jam 12.30 tengahari. Disebabkan kami check in agak lewat, rezeki aku dan wife dapat tiket business class.



Makanan yang dihidangkan dalam pesawat...menarik dan sedap

Perjalanan dari KLIA ke Ho Chi Minh Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam. So dalam pukul 1.15 petang waktu Vietnam kami selamat mendarat.

Airport Ho Chi Minh

Suasana di airport. Lengang je, mungkin tak ramai datang Ho Chi Minh waktu tengahari

Sebelum ke Ho Chi Minh, kami sudah minta pihak hotel uruskan pengangkutan van dari Airport ke Hotel. Lebih jimat masa dan mudah lah sikit tak perlu nak cari teksi untuk ke Hotel.


Dalam perjalanan ke Hotel nampak Billboard Visit Malaysia 2014 ini..

Di Ho Chi Minh City kami menginap di A & EM Corp, The Petit Hotel, District 1. Harga semalam RM182.00 untuk bilik Deluxe Double. Pada aku harga tu oklah dengan keadaan bilik yang selesa dan cantik. Aku booking melalui www.booking.com.

A & EM Corp, The Petit Hotel, District 1

Bilik Hotel

Bilik Air 

Bilik Air lagi...

Settle checked in kitorang ronda-ronda di Ben Thanh Market. Jalan sekeliling Ben Thanh Market sambil survey harga kain-kain dan baju. Oh ya...kalau pegi ke Ho Chi Minh City ni kenalah tahan sabar sikit sebab setiap kali ronda-ronda kat bandar, penjaja-penjaja kecil ini akan usha pelancong untuk beli barang jualan mereka. Ada yang siap paksa-paksa lagi tu. Adus! Sabar je lah...


Jalan-jalan dan perut pun dah lapar. Sambil jalan tu kitorang cari jugak restoran halal. Akhirnya jumpa Restoran Serai. (Tips bagi mereka yang ingin melancong ke Ho Chi Minh City, sebaik-baiknya booking hotel di sekitar District 1, sebab di sekitar kawasan ini banyak terdapat restoran-restoran halal).



Antara menu yang ada di Restoran Serai. Harga boleh tahan mahal 
sikitlah pada aku

Lepas makan malam, kitorang sambung jalan-jalan di Ben Thanh Market dan ronda-ronda hampir seluruh area District 1 ini.

Kain murah di Ben Thanh Market

Salah satu hotel yang terdapat di District 1. Mungkin si owner suka kucing
pasal tu bagi nama hotel dia macam tu atau dalam hotel ni ada banyak kucing kot...

Macam comel je helmet ni.....


Sambil ronda-ronda jumpa beberapa lagi restoran halal sekitar District 1

Bagi yang pertama kali menjejak kaki di bumi vietnam ni macam aku, mesti akan terkejut dengan sistem lalulintasnya. Motor lebih banyak daripada kereta. Nak melintas jalan pun rasa cuak giler sebab terlampau banyak motor.




Oh, sebelum aku lupa...kepada sesiapa yang berjalan-jalan di sini kena berhati-hati dengan barang-barang berharga anda. Sebab di sini memang banyak kes kecurian. Tidak digalakkan mengambil gambar menggunakan handphone sebab banyak kes kecurian handphone berlaku ketika sedang leka mengambil gambar. Tengok, betapa terdesaknya hidup mereka sampai sanggup buat macam tu sekali kan. 

Ok, hari pertama aku di Ho Chi Minh City dah settled. Jom tengok apa aktiviti kitorang pada hari kedua pulak.


No comments:

Post a Comment