Total Pageviews

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 2

Ahad - 22.12.2013
Trip Ke Saigon : Cu Chi Tunnel, Handicap Handicrafts 

Hari kedua di Vietnam, kami melawat ke Cu-Chi Tunnel yang terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi. Kira-kira 70km dari Ho Chi Minh City. Kami minta pihak hotel yang uruskan pakej ini. Harga lebih kurang dalam RM62 seorang.

Inilah bas kami untuk pakej ke Cu Chi Tunnel

Sebelum tiba di Cu Chi Tunnel, kami singgah dulu di Handicapped Handicrafts iaitu kilang membuat kraftangan. Kilang ini dibina khas oleh kerajaan Vietnam untuk memberi pendapatan kepada orang kurang upaya (OKU) untuk memasarkan produk kraftangan mereka. Orang kurang upaya (OKU) disini adalah dikalangan mereka yang mengalami kecacatan akibat daripada kesan peperangan Vietnam-Amerika semasa perang dunia ke-2.

Kilang Kraftangan

Sangat kreatif....kulit telur digunakan sebagai bahan kraftangan

Hasil kraftangan menggunakan kulit telur





Kraftangan lain yang terdapat di kilang ini

Akhirnya kami tiba di Cu Chi Tunnel. Cu Chi Tunnel ini merupakan terowong bawah tanah yang dibina oleh gerila vietcong sewaktu perang dunia ke-2, ianya dianggarkan sejauh 200km di mana kedalamannya di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah. Perjalanan dari Ho Chi Minh City mengambil masa kira-kira 2 jam setengah untuk sampai ke sini.

Laluan masuk ke kawasan Cu Chi Tunnel

Kawasan sekitar Cu Chi Tunnel


Antara contoh-contoh jerangkap samar yang terdapat di sini

Bagi mereka yang datang ke sini mesti cuba masuk ke dalam lubang kecil dan sempit yang merupakan laluan rahsia gerila vietcong untuk keluar masuk ke dalam terowong. Memula tu rasa cuak jugak kalau-kalau aku tak lepas nak masuk terowong ni. Nasib baik badan aku muat masuk. Maklumlah, lubang tu cuma muat-muat badan je. Lagi-lagi orang vietnam ni kurus-kurus. Kiranya aku ni masih dalam kategori kuruslah kan.



Lagi satu kalau ke sini jangan lepaskan peluang untuk cuba menembak di Shooting Range. Inilah peluangnya untuk rasa menggunakan senjata AK47, M16, Mesingan, Carbine dan yang sewaktu dengannya. Harga peluru boleh tahan mahal. Tapi memandangkan peluang ini hanya sekali dan memang tak boleh dapat kat Malaysia, maka haruslah kena buat budget lebih hanya untuk beli peluru.





Memang tak puas berada di Cu Chi Tunnel ni. Ingat macam nak teroka je seluruh terowong tu. Tapi memandangkan tempoh 'tour' sudah tamat, terpaksalah aku akur dengan pakej program ni. Tu yang kadang-kadang aku malas nak ikut tour. Kena ikut time dorang. 

Selesai 'tour' kami dihantar ke hotel penginapan semula. Apa lagi sambung ronda-ronda sambil mencari restoran halal yang lain di sekitar District 1. Masa jalan-jalan tu, kami terjumpa satu gerai nama Amin Halal. Gerai ni kecik dan ada 2-3 meja je. Menu pun simple je. Tapi makanannya sedap dan harga pun pada aku agak murah dan berpatutan.



Nasi ayam dan sup. Sup dia mmg sedap. Superb!

Ada lagi beberapa restoran halal sekitar kawasan District 1 berhampiran dengan Gerai Amin dan Restoran Serai yang ditemui.




Selesai makan kitorang jalan-jalan kawasan sekitar sambil survey harga kain dan souvenir.

Hari kedua 'tour' ke Cu Chi Tunnel dah setel. Jom lihat aktiviti kami pada hari ketiga pulak.


No comments:

Post a Comment