Total Pageviews

Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 5

Rabu - 25.12.2013
Trip Ke Saigon : Saigon SkyDeck

Hari kelima buat aktiviti masing-masing. Wife aku plan nak gi shopping kain dan telekung kat area Ben Thanh Market. Macam biasa sarapan dulu dihotel, roti dan telur. Itu je sarapan pagi yang rasa yakin untuk di makan dihotel ini. Dari hotel nak pegi Ben Thanh Market sangat lah dekat, tapi hari ini aku rasa nak ikut jalan lain pula untuk ke sana. Sambil jalan tu ternampak satu lagi restoran halal The Daun Restaurant.


Sampai kat area Ben Thanh Market, beli souvenir dan fridge magnet. Wife aku pula tak jumpa kain dan telekung yang dia perkenan kat sini. Jadi kitaorang pegi ke jalan yang banyak terdapat restoran halal tu. Kat situ banyak juga kedai kain dan telekung. Ada yang dia perkenan kat situ, jadi dapatlah beberapa pasang kain dan telekung dia beli kat situ. Kalau tak silap nama kedai tu Jamilah Collection Wholesale, Retail & Processing. Urusniaga disini mereka boleh menerima duit Ringgit Malaysia. Jadi kalau tak cukup duit Dong Vietnam, boleh lah bayar guna duit RM je. Satu lagi yang mudah mereka boleh bertutur bahasa melayu, jadi mudah untuk berkomunikasi. Harga telekung bersulam bagi aku sangat murah berbanding di Malaysia, sangat berbaloi. Sebab kawasan ini ramai pelancong Malaysia yang datang, jadi mereka gelarkan sebagai 'Malaysian Street'.

Pintu utama Ben Thanh Market




Selesai shopping kitaorang balik semula ke hotel untuk hantar semua barang-barang tadi. Lepas tu kuar sambung lagi ronda-ronda kat bandar Ho Chi Minh ini. Kitaorang cadang nak pegi Saigon SkyDeck. Sebelum ke Saigon SkyDeck kitaorang naiklah bot untuk melihat suasana persisiran sungai bandar Ho Chi Minh. Harga kalau tak silap 100,000 VND satu bot. Menyusuri sungai dalam lebih kurang 30 minit, tapi takde apa yang menarik sangat untuk dilihat. Biasa-biasa saje.




Selesai naik bot, lepas tu kitaorang pegi ke Saigon SkyDeck untuk melihat keseluruhan bandar Ho Chi Minh ini. Harga tiket 200,000 VND seorang. Saigon SkyDeck ini juga dikenali sebagai Bitexco Financial Tower. Dek pemerhatian berada di tingkat 49 bangunan ini. Ianya merupakan bangunan tertinggi di bandar Ho Chi Minh ini dengan ketinggian 262 meter dan ke-5 tertinggi di dunia. 








KLCC bangunan ke-9 tertinggi di dunia


Kedai cenderahati yang terdapat diatas skydeck ini

Lama gak kitaorang kat atas ni dari petang sampai malam. Perut dah lapar apa lagi pegi lah cari semula The Daun Restaurant yang kitaorang jumpa pagi tadi. Makan malam di sini, harga boleh tahan tapi makanan sedap. 



Lepas makan kitaorang ronda-ronda sekitar kawasan District 1. Tengok dan mengambil foto suasana malam di bandar Ho Chi Minh ini. Bersebelahan Ben Thanh Market juga ada bazaar malam. 







Satu lagi yang anda harus cuba iaitu kopi Vietnam. Memang terbaik rasa kopi ini. Bila anda ronda-ronda waktu malam di bazaar bersebelahan Ben Thanh Market ini, ramai penjual berbasikal berbaju merah menjual kopi ini. Kopi ini halal diberi nama Lam Hang Coffee. Kopi ini satu cup derang jual 20,000 VND. Bila minum kopi ais ni rasa macam nak lagi je, boleh dikatakan kerap jugak kitaorang beli kopi ni kalau ronda malam-malam kat area District 1 ini. 


Vietnam Coffee...memang sedap...

Pelbagai jenis kopi yang dijual di Ben Thanh Market

Malam ini malam terakhir di Ho Chi Minh, jadi aku sempat lah lagi bershopping beli jersi-jersi yang murah di sini. Esok hari keenam, hari terakhir di Ho Chi Minh.

No comments:

Post a Comment