Hiking - Bukit Broga
Khamis - 14.02.2018
Sempena cuti Chinese New Year yang panjang, kami ambil kesempatan mendaki Bukit Broga. Lama sudah berhajat nak ke Broga ni. Akhirnya tercapai juga. Bila tahu yang Broga dibuka semula untuk orang ramai, tanpa fikir panjang kami pilih tarikh ini ke Broga sebelum balik kampung.
Seawal pukul 4.15 pagi kami bangun bersiap. Pukul 5 lebih kami bertolak dari rumah. Perjalanan ke Broga mengambil masa hampir sejam juga. Kami makan roti dan air milo dalam kereta bagi memberi tenaga sebelum mendaki.
Sampai di Broga, kelihatan beberapa kereta sudah ada di parking. Bermakna ramai juga yang sudah mula naik ke atas. Kebetulan tak lama lepas kami sampai, azan berkumandang, jadi kami tunaikan solat subuh di parking kereta saje dengan beralaskan surat khabar.
Selesai solat kami mulakan pendakian. Seingat aku waktu ni lebih kurang pukul 6.30 pagi. Dengan berbekalkan lampu suluh kami mendaki demi mengejar matahari terbit di puncak. Aku tak dapat nak jalan laju sangat sebab ini merupakan kali pertama wife aku mendaki. Jadi kena bagi masa untuk dia.
Aku pula sudah agak lama telah meninggalkan dunia pendakian. Lebih 10 tahun juga. Dulu masa muda-muda, inilah aktiviti utama aku. Merata-rata gunung di dalam negara telah berjaya ditawan. Rindu dengan aktiviti ini. Bila wife aku mengutarakan keinginannya ingin cuba mendaki, aku sangat gembira.
Pendakian kami untuk menghampiri Puncak 1 mengambil masa 30 minit. Trek agak mudah pada aku. Alhamdulillah, kami berjaya sampai walaupun bukan betul-betul di puncak. Ini kerana kami tidak mahu tertinggal detik matahari terbit.
Kebetulan cahaya fajar telah keluar. Sangat cantik cahayanya waktu ini. Kami terus ambil tempat untuk menikmati dan mengambil gambar.
Bukit Broga terkenal dengan pemandangan matahari terbit yang cantik. Disebabkan itu, ramai pendaki yang naik awal pagi bagi menyaksikan keindahan matahari terbit dari puncak.
Lama juga kami di sini. Sampai matahari betul-betul bulat menonjolkan dirinya.
Suasana dan pemandangan sekitar nampak sangat cantik. Sampai susah wife aku nak move on untuk gerak sambung semula pendakian ke puncak.
Seriously, banyak kali aku ajak. Susah betul dia nak move on. Asyik minta kejap je lagi. Hmmm...
Selepas beberapa kali aku ajak dan puas bergambar, kami mulakan semula pendakian ke puncak. Menuju ke Puncak 1, trek semakin curam dan agak mencabar pada wife aku.
Ada bahagian tertentu perlu mengunakan tali. Alhamdulillah, dia berjaya menempuhnya dengan baik. Orang kata, tak cuba tak tau. Dah cuba baru kita tahu tahap kemampuan kita. Sebenarnya kita sememangnya mampu buat apa saje asalkan ada keinginan dan azam.
Sesekali toleh ke belakang tengok view sangat cantik. Pemandangan gunung dan bukit bukau yang berkabus, burung berterbangan, oh! sungguh indahnya pagi itu.
Sesekali melakukan aktiviti seperti ni baik untuk badan dan kesihatan. Aktiviti ini juga mampu meningkatkan stamina kita. Disamping itu kita juga dapat menghirup udara segar di pagi hari.
Bila matahari sudah mulai tegak, cuaca pun semakin panas terik. Sebab itu ramai yang mendaki di Broga pada waktu pagi atau lewat petang. Walaupun panas pemandangan jadi lebih cantik dengan cahaya matahari dan langit biru.
Sampai di Puncak 1, datarannya agak luas mendatar.
Pemandangan sekitarnya nampak cantik juga dengan pemandangan kampung dan bandar, ladang kelapa sawit, hutan serta bukit bukau.
Selepas menikmati pemandangan dan bergambar di Puncak 1, kami sambung semula pendakian ke Puncak 2 pula.
Bukit Broga terletak di Broga, sebuah bandar kecil di Semenyih di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan dengan jarak 50km dari Kuala Lumpur dan 33km dari Seremban. Broga adalah salah satu tempat terbaik untuk mendaki bagi sekitar lembah kelang.
Dengan ketinggian 400 meter (1,312 kaki), treknya agak mudah dan boleh dinaiki dalam masa 30 minit hingga satu jam bergantung stamina individu. Walaupun mudah, ianya mampu membuat degupan jantung berdenyut laju. Bukit Broga juga merupakan satu-satunya bukit di Semenanjung Malaysia yang diliputi dengan rumput lalang di bahagian atasnya.
Jauh juga jarak dari Puncak 1 ke Puncak 2. Treknya agak mudah.
Sambil daki sambil ambil gambar.
On the way naik ke Puncak 2, kami berhenti dibeberapa perhentian untuk melepak sambil bergambar dan menikmati pemandangan situ.
Matahari semakin menegak. Cuaca jadi semakin terik menjadikan pemandangan lebih cantik.
Sambung semula pendakian ke Puncak 2.
Di Puncak 2 juga datarannya agak luas mendatar. Selesa untuk bergambar. Terdapat batu-batu besar boleh dijadikan tempat melepak untuk menghilangkan lelah seketika.
Selepas bergambar di puncak 2 kami sambung pendakian ke Puncak 3 pula.
Ke puncak 3 ada 2 laluan. Satu laluan tegak berbatu dan lebih mencabar. Satu laluan lagi ada disediakan tali untuk naik ke atas. Kami ambil yang ada tali.
Sampai di puncak 3 kami berehat sekejap sambil makan balance roti dan air milo yang dibawa. Kemudian tunggu giliran untuk ambil gambar di signboard Puncak Broga kerana ruang di puncak ini agak kecil dan berbatu.
Sambil berehat dan tunggu giliran sambil ambil gambar pemandangan dari puncak tertinggi.
Yang tak bestnya ada anjing melepak. Wife aku allergic pulak tu dengan anjing. Memang dia tak kacau tapi rimas bila dia jalan dekat kita. Tak selesa jadinya. Dari mana datangnya anjing ni. Jauh kau mendaki ye.
Dari Puncak 3, kalau nak teruskan ke Gunung Tok Wan pun boleh. Jarak dari sini lebih kurang 3.1km dengan ketinggian 675m. Kami tidak sambung sebab wife aku tak nak. Kalau ikut aku, ok je. Dengar kata orang yang dah pernah pergi, Gunung Tok Wan ni takde pemandangan di puncak.
Bila orang dah berkurangan di signboard puncak, baru kami pergi bergambar untuk kenangan dan sebagai bukti yang kami dah berjaya menawan puncak Bukit Broga untuk diri sendiri.
Lepas ambil gambar kami terus turun ke bawah. Sambil turun sambil ambil gambar lagi.
Sila berhati-hati ketika turun kerana trek sedikit berpasir yang boleh menyebabkan licin ketika musim kering.
Jika nak mendaki sila bawa bersama air minuman, snack terutama energy bar, topi kalau nak berlindung dari panas matahari, jangan lupa juga sapu sunblock untuk protection, sila pakai kasut yang sesuai. Bukan selipar atau kasut jalan ye. Sebab aku tengok ada juga yang pakai kasut jalan. Sangat tak sesuai.
Selepas minum atau makan sila bawa turun bersama botol kosong, plastik dan apa saje sampah untuk menjaga kebersihan. Aku ada nampak beberapa botol mineral water dibuang merata-rata. Sila jaga kebersihan demi alam sekitar kita dan kebaikan semua.
Masa datang tadi masih awal pagi. Jadi gelap gelita. Memang tak nampak ape sangat. Bila turun dah siang baru nampak pemandangan hutan. Jadi baru boleh ambil gambar sepanjang perjalanan turun.
Yang aku tahu ada sedikit bayaran masuk dikenakan kalau nak mendaki di sini. Tapi takde orang jaga masa datang dan masa kami balik. Jadi free of charge.
Biasanya di bawah ni sebelum sampai di tempat letak kereta agak meriah dengan warung-warung kedai pada hujung minggu dan cuti umum. Memandangkan hari ni masih dikira hari bekerja jadi semua warung ni tutup.
Sampai di parking pukul 10.30 pagi. Parking ni terletak di tengah-tengah kawasan pokok kelapa sawit. Sebelum balik buat stretching sikit, semoga kaki tak sakit kemudian nanti.
Kami singgah di Restoran D'Bawal Bangi untuk brunch. Order nasi putih, ayam dan ikan bawal goreng panas-panas. Walaupun simple saje menu tapi sangat menyelerakan.
Selesai makan terus balik ke rumah. Settle down semua, tak lama lepas tu kami hanyut dibuai mimpi yang indah. Pukul 3 baru bangun untuk zohor.
Kemana kita mendaki selepas ini? Tunggu.....
Seawal pukul 4.15 pagi kami bangun bersiap. Pukul 5 lebih kami bertolak dari rumah. Perjalanan ke Broga mengambil masa hampir sejam juga. Kami makan roti dan air milo dalam kereta bagi memberi tenaga sebelum mendaki.
Sampai di Broga, kelihatan beberapa kereta sudah ada di parking. Bermakna ramai juga yang sudah mula naik ke atas. Kebetulan tak lama lepas kami sampai, azan berkumandang, jadi kami tunaikan solat subuh di parking kereta saje dengan beralaskan surat khabar.
Selesai solat kami mulakan pendakian. Seingat aku waktu ni lebih kurang pukul 6.30 pagi. Dengan berbekalkan lampu suluh kami mendaki demi mengejar matahari terbit di puncak. Aku tak dapat nak jalan laju sangat sebab ini merupakan kali pertama wife aku mendaki. Jadi kena bagi masa untuk dia.
Aku pula sudah agak lama telah meninggalkan dunia pendakian. Lebih 10 tahun juga. Dulu masa muda-muda, inilah aktiviti utama aku. Merata-rata gunung di dalam negara telah berjaya ditawan. Rindu dengan aktiviti ini. Bila wife aku mengutarakan keinginannya ingin cuba mendaki, aku sangat gembira.
Pendakian kami untuk menghampiri Puncak 1 mengambil masa 30 minit. Trek agak mudah pada aku. Alhamdulillah, kami berjaya sampai walaupun bukan betul-betul di puncak. Ini kerana kami tidak mahu tertinggal detik matahari terbit.
Kebetulan cahaya fajar telah keluar. Sangat cantik cahayanya waktu ini. Kami terus ambil tempat untuk menikmati dan mengambil gambar.
Kemana kita mendaki selepas ini? Tunggu.....
No comments:
Post a Comment