Halong Bay - Bamboo Boat & Heaven Cave
Isnin - 05.02.2018
Di hari ke tiga, pukul 6
pagi kami bangun untuk bersiap. Pukul 7 pagi turun bawah untuk breakfast. Kami
makan roti, scramble egg dan buah-buahan.
Tepat pukul 7.30 pagi tour guide datang jemput untuk naik bas ke Halong Bay. Kena jalan kaki ke jalan besar sebab hotel kami berdekatan dengan pasar. Macam-macam bau ada.
Hari ni kami ambil one day trip ke Halong Bay. Plan asal nak ambil tour 2 hari 1 malam dan bermalam di cruise. Terpaksa tukar plan sebab nak ke Ninh Binh. Takpe, janji dapat tengok Halong Bay kira ok. Tercapai juga hajat.
Tour ni aku ambil terus dengan hotel. Malas nak mencari-cari. Biarpun ada yang kata mahal sikit tapi tak kisahlah. Asalkan ada. Untuk tour one day trip ada dua jenis. Satu harga USD45 dan satu lagi harga USD55. Aku ambil pakej deluxe dengan harga USD55. Bezanya harga murah ramai orang, harga mahal kurang ramai, sedikit privasi dalam cruise dan semua kos tiket sudah termasuk dalam harga tersebut.
Kami ke Halong Bay menaiki bas kecil. Dalam bas tu hanya kami berenam saja. Kami berdua dan couple dari Kanada ambil tour dari hotel yang sama. Satu couple lagi dari Jepun dari hotel lain. Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa 4 jam.
Selepas dua jam, bas akan berhenti selama 40 minit di Hong Ngoc Humanity Centre. Boleh luruskan badan sikit. Penat duduk lama dalam bas. Sejuk-sejuk macam ni biasanya cari toilet dulu.
Di sini, kami dibawa melawat dan melihat orang kurang upaya (OKU) menghasilkan lukisan dengan cara jahitan. Halus dan cantik hasil lukisannya. Mereka menjahit berdasarkan gambar yang diberikan. Masa yang diambil bagi menyiapkan lukisan ini bergantung pada saiz dan tona warna yang digunakan. Ada yang mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk disiapkan. Lagi banyak tona warna digunakan dan saiz lagi lama untuk disiapkan.
Kagum dengan hasil kerja mereka. Harga lukisan-lukisan ini agak mahal. Berbaloi dengan tenaga dan masa yang dilaburkan bagi menyiapkan semua lukisan. Kalau banyak duit boleh juga beli. Takde duit, hanya mampu tengok saje.
Selain lukisan, ada juga barangan kraftangan lain, baju-baju dan makanan ringan dijual di sini. Kebanyakkan makanan ringan yang dijual ada tanda halal dan harganya sedikit mahal sikit. Mungkin sebab imported.
Selepas 40 minit, bas bergerak semula menuju ke Halong Bay. Sepanjang perjalanan kami banyak habiskan masa dengan tidur. Mungkin tak cukup tidur masa hari pertama tu yang mata senang sangat terlelap.
Setelah sejam lebih perjalanan, dah boleh nampak Halong Bay dari jauh. Sebelum sampai di perlabuhan, bas akan berhenti di Ha Long Pearl Workshop untuk melihat bagaimana mereka menghasilkan mutiara.
Dengan meletakkan biji mutiara di dalam tiram, kemudian tiram tersebut akan diletakkan semula ke laut bagi tempoh-tempoh tertentu.
Tak semua tiram ni akan hidup lama. Tiram yang masih hidup dalam tempoh-tempoh tertentu akan dinaikkan semula dan akan menghasilkan mutiara yang bermutu bergantung bentuk dan saiz.
Mutiara yang matang dan telah digredkan akan dijadikan aksesori barang kemas. Tempat pameran barang kemas juga ada di sini. Kalau berkenan boleh beli. Kami hanya mampu tengok saje.
Selepas 20 minit, bas bergerak semula menuju ke Tuan Chau International Marina, iaitu salah satu jeti perlabuhan untuk Halong Bay Tour.
Sampai saje di sini, tour guide akan daftarkan kami semua dan berikan tiket kepada setiap orang. Kena simpan tiket tu. Nanti dorang akan minta tiket untuk ditebuk.
Kemudian kami semua ikut tour guide naik ke cruise masing-masing.
Masuk cruise, kemudian terus duduk di meja makan. Dalam cruise kami hanya 13 orang saje. Group kami satu bas berenam, campur dengan group lain 7 orang. Bila semua dah naik, cruise pun mula berlayar.
Tak lama kemudian, makanan mula dihidangkan. Dari awal kami beritahu yang kami hanya makan seafood dan sayuran. No chicken, meat and pork. Jadi menu yang dorang hidangkan semuanya seafood dan sayuran. Ada satu saje menu ayam goreng tepung. Yang ni kami tak makan.
Penuh satu meja makanan. Satu meja dikhaskan untuk 4 orang. Hanya meja kami 5 orang. Rasa makanan boleh tahan sedap. Sambil makan sambil berbual. Banyak juga kami makan. Dalam pakej makan tengahari ni tidak disediakan air minuman. Jadi kena bawa air sendiri atau boleh beli air dengan orang cruise. Pandai tak dorang cuba nak buat bisnes.
Tak lama lepas makan, cruise berhenti di satu kawasan untuk aktiviti berkayak atau naik bamboo boat. Ikut pilihan masing-masing.
Kami pilih naik bamboo boat sebab malas nak penat-penat mendayung. Kali ni nak relaks saje dan menikmati pemandangan.
Satu boat naik 4 orang. Kami dibawa menaiki boat selama 30 minit melalui gua-gua batu yang terdapat di sekitar kawasan ini. Alhamdulillah cuaca cantik ketika ini.
Cantik pemandangan di sini dengan formasi batu-batu tinggi di sekitar laut. Indahnya ciptaan Tuhan.
Sesekali pendayung akan menawarkan diri mengambil gambar kami di spot yang cantik dan menarik.
Habis dibawa melawat sekitar kawasan, kembali semula ke cruise.
Kemudian cruise bawa kami semua ke Thein Cung Cave. On the way ke gua kami naik di atas deck untuk menikmati pemandangan Halong Bay dari tempat terbuka.
Pemandangan sangat indah dengan formasi batu-batu tinggi di merata-rata sepanjang perairan ini.
Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site dan juga tersenarai dalam New Seven Natural Wonder of the world. Menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular dan utama di Vietnam.
Juga dikenali dengan emerald waters and islands. Keluasan Halong Bay adalah sekitar 1,553km persegi termasuk ribuan pulau yang kebanyakkanya adalah pulau batu kapur. Pulau batu kapur ini telah terbentuk berjuta tahun dahulu.
Ada pelbagai jenis tour yang ditawarkan untuk ke Halong Bay dari Hanoi. Bermula dari one day trip, 2 day 1 night trip hingga 3 day 2 night trip. Semuanya bergantung kepada budget dan masa masing-masing. Sebelum memilih tour yang hendak diambil mesti pastikan pakej yang ditawarkan, makanan dan juga cruise yang akan kita naik. Setiap agent menawarkan harga berbeza.
Tak lama berlayar, kami sampai ke gua yang dikatakan gua yang paling cantik di sini. Sebelum masuk ke dalam gua, kita dikehendaki memanjat 200 anak tangga. Naik perlahan-lahan sambil menikmati alam sekitar. Insyaallah tak terasa lelah. Tau-tau dah sampai.
Gua ni memang nampak cantik dengan pelbagai bentuk-bentuk stalagtit dan stalagmit yang menyerupai beberapa objek mengikut imaginasi mereka.
Menurut sumber, gua ini ditemui oleh sekumpulan nelayan yang mencari tempat berteduh dari ribut semasa menangkap ikan di sekitar Halong Bay. Sekarang menjadi tumpuan pelancong.
Kami masuk pintu gua lain dan keluar di pintu gua lain. Cruise telah tunggu semua di tempat kita keluar.
Di pintu keluar ni ada gerai jual cenderahati dan makanan ringan. Singgah tengok fridge magnet tapi takde yang berkenan sebab kurang berkualiti. Lagi pun kami dah ada banyak fridge magnet Vietnam. So, tak kisah sangat.
Sepatutnya kami semua terus naik cruise untuk balik ke pelabuhan. Tapi kami kena tunggu sekejap disebabkan salah seorang dari group kami telah kehilangan handphone masa dalam gua tadi. Bagi masa sikit untuk dia pergi cari. Malangnya tak jumpa. Kesian kat dia. Dalam handphone ada macam-macam terutamanya gambar kenangan.
Tak lama kemudian, kami semua naik cruise dan berlayar kembali ke pelabuhan. Kami naik ke deck sekali lagi untuk menikmati pemandangan sepuas-puasnya.
Dekat nak sampai, kami turun duduk di bawah hingga sampai ke pelabuhan.
Boat sampai ke jeti dan kami terus ke bas. Dalam 2 jam perjalanan bas berhenti sekali lagi di Hong Ngoc Humanity Centre selama 20 minit. Kemudian sambung semula perjalanan.
Selamat sampai Hanoi pukul 8.30 malam. Terus balik hotel. Malam tu kami makan maggie saje. Settle hal sepatutnya terus tidur. Sambung hari ke empat.
Tour ni aku ambil terus dengan hotel. Malas nak mencari-cari. Biarpun ada yang kata mahal sikit tapi tak kisahlah. Asalkan ada. Untuk tour one day trip ada dua jenis. Satu harga USD45 dan satu lagi harga USD55. Aku ambil pakej deluxe dengan harga USD55. Bezanya harga murah ramai orang, harga mahal kurang ramai, sedikit privasi dalam cruise dan semua kos tiket sudah termasuk dalam harga tersebut.
Kami ke Halong Bay menaiki bas kecil. Dalam bas tu hanya kami berenam saja. Kami berdua dan couple dari Kanada ambil tour dari hotel yang sama. Satu couple lagi dari Jepun dari hotel lain. Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa 4 jam.
Di sini, kami dibawa melawat dan melihat orang kurang upaya (OKU) menghasilkan lukisan dengan cara jahitan. Halus dan cantik hasil lukisannya. Mereka menjahit berdasarkan gambar yang diberikan. Masa yang diambil bagi menyiapkan lukisan ini bergantung pada saiz dan tona warna yang digunakan. Ada yang mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk disiapkan. Lagi banyak tona warna digunakan dan saiz lagi lama untuk disiapkan.
Selepas 40 minit, bas bergerak semula menuju ke Halong Bay. Sepanjang perjalanan kami banyak habiskan masa dengan tidur. Mungkin tak cukup tidur masa hari pertama tu yang mata senang sangat terlelap.
Setelah sejam lebih perjalanan, dah boleh nampak Halong Bay dari jauh. Sebelum sampai di perlabuhan, bas akan berhenti di Ha Long Pearl Workshop untuk melihat bagaimana mereka menghasilkan mutiara.
Tak lama kemudian, makanan mula dihidangkan. Dari awal kami beritahu yang kami hanya makan seafood dan sayuran. No chicken, meat and pork. Jadi menu yang dorang hidangkan semuanya seafood dan sayuran. Ada satu saje menu ayam goreng tepung. Yang ni kami tak makan.
Bentuk seekor kucing
Kepala naga
Tak lama kemudian, kami semua naik cruise dan berlayar kembali ke pelabuhan. Kami naik ke deck sekali lagi untuk menikmati pemandangan sepuas-puasnya.
Assalamualaikum saudara. Best juga membaca catatan kembara saudara bersama-sama isteri ke Hanoi ni. Bila nak sambung untuk kembara hari keempat ye? hehehe......
ReplyDeleteWsalam. Terima kasih sudi baca blog ini. Hari ke empat sudah ada lama.
Deletehi, bley share number tour guide? tq
ReplyDeletehi. maaf takde no tour guide. kami ambil tour dengan pihak hotel
Delete