Cuti Diwali - Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Isnin - 28.10.2019
Di hari ke dua di Jerantut, memandangkan aktiviti via ferrata telah dibatalkan, selepas subuh kami sambung balik tidur. Terasa sakit-sakit badan selepas hiking Red Forest semalam. Pukul 7.30 pagi baru kami bangun dan bersiap untuk sarapan dan buat aktiviti pagi.
Pukul 8.00 lebih sepupu aku ambil kami di reception untuk pergi ke kedai Warisan Pak Din Roti Canai di Pekan Jerantut. Kami naik satu kereta saje.
Meriah juga di kawasan ini dengan gerai-gerai makanan. Anak sepupu singgah beli kuih muih di salah satu gerai di sini.
Manakala aku dan sepupu terus ke kedai Pak Din nak rasa roti canai Jerantut.
Kami order roti canai, roti telur bawang, roti boom dan kuah kari kambing. Rasa roti canai dan kari kambing sedap. Cuma sayangnya saiz roti canai tu agak kecil. Memang tak cukup makan satu. Kena tambah order.
Selesai makan kami terus bergerak menuju ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.
Masa kami sampai takde orang jaga di pondok pintu masuk. Mungkin masih awal lagi. Jadi kami terus masuk ke dalam menuju ke gua tanpa bayar tiket masuk.
Dari pondok pintu masuk, kami teruskan perjalanan menuju ke penghujung jalan. Dalam perjalanan ke destinasi, kami jumpa Gua Tongkat. Cantik guanya seperti lalu di bawah pintu gerbang.
Tak lama kemudian jumpa pula Gua Terang Bulan. Menarik nama guanya. Tunggu ye, nanti kami singgah. Kami masih teruskan perjalanan hingga ke hujung jalan.
Kami berhenti di hujung jalan. Lepas park kereta, kami jalan kaki menuju ke arah anak tangga untuk masuk ke dalam Gua Balai.
Kaki masih sakit sebab hiking semalam. Bencinta rasa nak naik tangga. Tapi gagahkan juga. Dah alang-alang ada di Jerantut, haruslah teroka apa yang ada di sini.
Masuk saje gua nampak macam takde ape yang menarik. Saiznya tak berapa besar. Tapi kami tetap cuba menikmati dan mengamati apa yang istimewanya gua ini.
Gua Kota Gelanggi ini sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Menurut sumber ada terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular dan singa. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu.
Kami cuba mengamati bentuk-bentuk batu yang dinyatakan dalam gelap. Tapi tak nampak pun. Kecewa. Hah! itu gunanya kalau ada tour guide.
Menurut sumber juga Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan pernah berlindung dan bertapa di gua ini. Asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.
Gua ini juga dikaitkan dengan kisah mitos yang kononnya ia berasal dari sebuah kota yang dibina di kawasan itu sebelum disumpah Sang Kelembai menjadi batu.
Sumpahan ini terjadi apabila Raja Mambang yang memerintah Lipis telah murka dan meminta bantuan Sang Kelembai untuk memusnahkan Kota Gelanggi menjadi batu setelah anaknya mati dibunuh disebabkan pergaduhan dengan anak Raja Usul dari Bera kerana berebut puteri Raja Gelanggi.
Tak lama pun kami di sini. Selepas kami meninjau suasana dalam gua dan bergambar, kami pun beredar keluar untuk ke gua seterusnya.
Sampai di luar sepupu aku dan anaknya si adik nak pergi ke toilet. Jadi kami menikmati sebentar suasana di luar Gua Balai tadi.
Seperti berada di dalam hutan rimba.
Sebab tunggu dorang lama sangat tak keluar-keluar, aku dan wife bersama si kakak ambil keputusan jalan kaki ke depan menuju arah Gua Terang Bulan.
Jalan kaki sambil dihurungi nyamuk sehingga sampai di Gua Terang Bulan.
Tengok suasana seperti agak terbiar. Tak pasti selamat atau tidak nak masuk. Aku pergi naik atas kejap nak riki keadaan dulu. Wife dan si kakak tunggu bawah. Takut nanti sepupu aku tak tau kitorang di mana.
Agak tinggi anak tangga nak sampai ke pintu masuk. Lepas tu ada nampak laluan berkayu yang nampak sangat usang. Aku sendiri tak pasti selamat ke tak nak teruskan.
Akhirnya aku ambil keputusan batalkan niat nak teroka Gua Terang Bulan. Tapi sayang juga sebab aku dengar cerita gua ni paling best dan menarik.
Masa aku turun sepupu aku masih tak sampai lagi. Makna tak settle lagi la tu. Kami sambung jalan kaki ke hadapan lagi sambil menikmati pemandangan hutan dan ditemani nyamuk yang banyak berterbangan mengerumuni kami.
Tak lama kemudian sepupu aku sampai dan kami naik kereta menuju ke Gua Tongkat. Tengok jam waktu ni dah pukul 11.00 pagi. Tak boleh nak berlama-lama di sini sebab aku kena balik ke hotel untuk check-out.
Sampai di Gua Tongkat terus bersiap-siap untuk bergambar.
Gua Tongkat ini nampak lebih menarik sebab terletak di tepi jalan dan sebahagiannya seperti pintu gerbang pada jalan raya.
Formasi batu di gua ini pun nampak cantik dan menarik.
Masa ni hanya kami saje berada di sini. Jadi berposing bagailah kami dengan gaya ala-ala shooting cover album gitu.
Gua ni taklah besar mana tapi lama juga kami di sini melihat formasi batunya.
Di Gua Kota Gelanggi ni ada terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.
Tapi jika kita melawat sendiri di sini, kita hanya dapat melawat Gua Balai, Gua Terang Bulan dan Gua Tongkat sahaja.
Sebenarnya ada banyak lagi gua tersembunyi di dalam hutan ini seperti Gua Kepala Gajah, Gua Angin, Gua Sanding dan Gua Gelap.
Tapi nak teroka gua-gua ini semua kena join tour minimum 4 orang dengan harga RM35.00 seorang. Pada aku harga tu ok. Pengalaman yang kita bakal dapat tu lebih mahal.
Tak puas hati juga tak dapat explore gua ini secara menyeluruh sebab kesuntukan masa. InsyaAllah ada rezeki kami nak datang lagi ke sini dan cuba join tour pula.
Selesai bergambar kami pun beredar sebab nak kejar balik hotel untuk check-out. Nanti kena bayar extra charge pula.
Sebelum keluar kami kena bayar tiket masuk RM5.00 seorang di pondok masuk sebab masa kami datang tadi takde orang jaga lagi di situ.
Sampai di hotel betul-betul pukul 12.00 tengahari. Dah tak boleh masuk bilik sebab dorang dah set sampai pukul 12.00 saje. Minta tolong housekeeping bukakan. Masuk terus mandi dan kemas cepat-cepat. Sempat check-out sebelum pukul 1.00 petang.
Selesai check-out singgah ke chalet sepupu aku tumpang solat zohor. Sepupu aku masih stay lagi di sini sampai Selasa. Lepas solat kami keluar terus ke Kedai Kak Nora Station nak makan ikan patin tempoyak.
Ok juga rasa makanannya.
Lepas makan kami berpisah membawa haluan masing-masing. Sepupu aku terus balik hotel. Kami singgah di Murtabak Ferry nak tapau murtabak untuk di bawa balik.
Selesai tapau terus beredar balik. Seperti yang dijangka trafik perlahan bermula dari Bentong kemudian di Karak sehingga Tol Gombak.
Kami selamat sampai di rumah pukul 8.30 malam. Hampir 6 jam perjalanan termasuk sangkut dalam jem.
Sekian percutian pendek kami di Jerantut. Semoga diberikan rezeki dan kesempatan untuk datang kembali. Banyak lagi tempat yang kami nak teroka di Jerantut. Next ke mana kita lepas ni...
Akhirnya aku ambil keputusan batalkan niat nak teroka Gua Terang Bulan. Tapi sayang juga sebab aku dengar cerita gua ni paling best dan menarik.
Sampai di Gua Tongkat terus bersiap-siap untuk bergambar.
Selesai check-out singgah ke chalet sepupu aku tumpang solat zohor. Sepupu aku masih stay lagi di sini sampai Selasa. Lepas solat kami keluar terus ke Kedai Kak Nora Station nak makan ikan patin tempoyak.
Sekian percutian pendek kami di Jerantut. Semoga diberikan rezeki dan kesempatan untuk datang kembali. Banyak lagi tempat yang kami nak teroka di Jerantut. Next ke mana kita lepas ni...
No comments:
Post a Comment