Cuti Diwali - Red Forest @ Bukit Buluh
Ahad - 27.10.2019
Sempena cuti sambutan Deepavali yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari Isnin, kami plan nak bercuti sambil jalan-jalan cari makan di sekitar Kuantan, Pahang. Tiba-tiba pada awal bulan Oktober, sepupu aku call dan ajak hiking di Red Forest di Jerantut, Pahang. Kami tak pernah dengar nama Red Forest ni dan terus google. Tengok nampak menarik jadi tanpa fikir panjang terus kami kata on.
Kemudian terus plan hiking Red Forest pada hari Ahad dan esoknya buat aktiviti memanjat batu via ferrata di Paya Gunung yang juga terletak di Jerantut.
Tetapi beberapa hari sebelum pergi, aku terpaksa batalkan aktiviti via ferrata disebabkan anak buah aku baru saje selesai buat major operation buang ketumbuhan di buah pinggangnya, jadi aku kena balik awal nak melawat anak buah aku nanti di HUKM.
Kembali semula kisah perjalanan, selepas solat subuh kami terus bersiap dan akan jumpa sepupu aku di R&R Genting Sempah. Pada mulanya kami janji jumpa di R&R pukul 8.00 pagi. Tapi sepupu aku minta lewatkan sikit sebab tak sempat nak bersiap awal. Sepupu aku ni baru balik daripada tunaikan umrah semalam dan hari ni dah buat aktiviti lasak. Gila kan. Ye, sepupu aku ni memang gile sikit.
Kami sampai di R&R Genting Sempah pukul 8.15 pagi. Kemudian terus cari gerai untuk sarapan. Tak lama kemudian sepupu aku sampai tapi 2 orang anaknya nak makan McDonald's, jadi sepupu aku makan di sana. Selesai makan dan pergi toilet baru kami ke McDonald's jumpa mereka di sana.
Tak lama kemudian kami mulakan perjalanan menuju ke Jerantut, Pahang melalui Lebuhraya Pantai Timur 1. Perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam. Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar.
Dari highway LPT1, kami keluar ikut Exit Temerloh. Kebetulan hari ni hari Deepavali, dapat diskaun tol 10%. Hanya bayar RM5.40 berbanding hari biasa RM6.00. Kemudian ikut jalan biasa menuju ke Felda Padang Piol di mana terletaknya Red Forest yang juga dikenali nama lain iaitu Bukit Buluh.
Masa kami sampai di Pekan Jerantut, tengok jam dah pukul 11.00 lebih dan dijangka akan mendaki sekitar pukul 12.00 tengahari kemudian akan sampai di bawah semula sekitar pukul 3.00 petang. Jadi kami ambil keputusan makan tengahari awal agar perut tidak terlalu lapar nanti.
Tak jauh nak sampai di Felda Padang Piol ternampak ada sebuah gerai kecil. Kami singgah di situ dan makan ape yang ada untuk alas perut. Lauk pauk biasa saje tapi Alhamdulillah kenyang.
Selesai makan, kami terus gerak semula dan tak sampai 10 minit kami sampai di Felda Padang Piol. Nampak ada kereta lain parking di tepi jalan, kami pun parking kereta di situ juga. Kebetulan masa kami sampai ada beberapa pendaki lain baru selesai mendaki. Temuramah sikit dorang dan kemudian kami bersiap untuk hiking.
Kami mula mendaki tepat pukul 12.00 tenghari. Dari tempat ruang letak kereta tadi, kena melintas jalan dan kemudian masuk ke ladang kelapa sawit. Ayuh kita mulakan pendakian yang dijangka mengambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak.
Untuk sampai ke kaki bukit, di permulaan trail kami kena melalui ladang kelapa sawit dan tanah merah.
Kemudian akan jumpa satu kawasan agak lapang iaitu laluan di bawah sebuah pencawang. Selepas itu baru kami mulai masuk ke dalam kawasan hutan. Kami ikut saja laluan yang ada di situ.
Setelah memasuki hutan maka bermulalah pendakian yang mencabar. Pada mulanya pendakian hanya melalui curam yang biasa.
Semakin tinggi kami mendaki laluan semakin tegak dan mencanak. Betul-betul menguji stamina kami.
Laluan curam ini menjadi semakin licin selepas dilalui oleh ramai pendaki. Jadi sila berhati-hati ketika menaiki atau menuruni laluan ini.
Ketika melalui laluan curam, boleh berpaut pada akar-akar pokok bagi membantu dalam pendakian.
Sepanjang pendakian, kami kerap bertembung dengan pendaki lain yang sedang turun. Setiap kali itu juga kami kerap bertanya baki jarak sampai ke puncak. Jawapan yang diterima berbeza-beza. Ada yang jujur dan ada yang cuba berselindung. Mungkin tak nak bagi kami patah semangat.
Pendakian kami kali ni mengambil masa sangat lama disebabkan melayan kerenah dan drama anak sepupu aku yang sorang ni (si adik). Dia kurang minat aktiviti adventure tapi kena paksa. Jadi bermacam drama dan hiburan kami kena hadapi.
Lagi-lagi bila dia kena daki laluan curam. Muka tension kena mendaki. Apa pun kami semua setia menanti, memberi kata semangat dan galakan untuk dia teruskan pendakian.
Di laluan yang tegak mencanak, ada disediakan tali untuk membantu mendaki dan menuruni laluan berbukit itu. Bagi nak mengelakkan tangan melecet boleh guna sarung tangan untuk memegang tali. Kami ada bawa sarung tangan tapi tak guna.
Memang jenuh menghadap laluan mencanak yang tak berkesudahan ni. Aku rasa inilah bukit paling mencabar. Lebih dasat daripada naik Bukit Gasing.
Tengok anak sepupu yang sorang lagi (si kakak) ni pulak ok sebab dia student UPNM. Jadi aktiviti lasak memang menjadi rutin dia. Badan kurus, rilek tengok dia naik.
Yang paling tak boleh lupa dengan si adik ni, masa dalam hutan nilah dia buat hal. Rasa nak terkencinglah, sakit perutlah lepas tu nak terberak pulak. Hah! Beraklah kat hutan ni kalau berani. Sanggup ke istinjak guna daun. Korang rasa dia berani tak berak dalam hutan ni?
Ok, kita lupakan hal berak. Ya Allah, sungguh mencabar gile pendakian Bukit Buluh ni untuk sampai ke Red Forest. Tak berkesudahan rasanya menempuh laluan mencanak dan licin.
Sambil naik sambil membayangkan kepayahan yang bakal ditempuh masa turun nanti. Cabaran lebih sukar bakal dihadapi. Bersiap sedialah.
Disebabkan banyak menunggu seorang demi seorang naik menggunakan tali, jadi degupan jantung tu hanya laju sekejap dan kembali normal semula kerana banyak masa berehat. Sesekali kena tunggu giliran pendaki lain turun pula. Memang banyak masa rehat.
Setelah menempuh laluan yang sangat mencabar, akhirnya kami jumpa pokok buluh. Rasa gembira sangat sebab orang cakap kalau jumpa pokok buluh tu petanda yang kami hampir nak sampai ke puncak bukit. Lega rasanya.
Perjalanan diteruskan dengan perasaan tak sabar dan teruja nak tengok pokok merah.
Tapi jangan tertipu. Rupanya cabaran pendakian curam masih belum berakhir.
Sambung lagi pendakian.
Kemudian kami jumpa lagi kawasan rimbunan pokok buluh yang ke dua. Patutlah bukit ni diberi nama Bukit Buluh. Rupanya banyak pokok buluh di atas ni.
Teruskan lagi pendakian.
Sehingga kami menemui laluan curam terakhir.
Kemudian akhirnya kami berjaya sampai ke puncak. Maka terbentanglah di depan mata kami keindahan dan keunikan pokok-pokok berwarna merah.
Inilah pendakian bukit paling lama sepanjang aku naik bukit yang mengambil masa 2 jam dengan pelbagai drama anak sepupu yang menjadi hiburan sepanjang pendakian tadi dan juga cabaran melalui trail yang curam. Namun segala penat lelah tadi berbayar dengan pemandangan indah di depan mata.
Di atas puncak ni ada sebuah beirut. Ini bukan Beirut ibu negara Lubnan ye. Beirut atau 'bay-route' adalah sebuah struktur besi berbentuk segitiga dan berkaki empat. Ada juga yang panggil nama manja dengan ketupat besi. Beirut ini biasa terdapat di puncak gunung dan bukit. Ia dibina sebagai penanda sebuah puncak dan juga digunakan untuk tujuan pengukuran atau pemetaan.
Red Forest atau Bukit Buluh ini terletak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang dengan ketinggian 371 meter. Yang istimewanya, di puncak bukit ini terdapat kira-kira 20 pokok yang batang dan dahannya berwarna merah.
Menurut sumber, nama pokok ini adalah Gelam Merah. Kulit pokoknya berwarna merah, lembut dan mudah tanggal. Akar pokoknya berserabut dan menjadikan tanah di puncak bukit ini agak lembut seperti memijak span. Tanah di sekitarnya juga berwarna merah.
Dengan keunikan warna dan bentuk dahan pada pokok-pokok ini menjadikan ia satu panorama yang sangat misteri, unik, cantik dan menarik.
Bayangkan bagaimana hanya satu kawasan pokok berwarna merah boleh berada di atas sebuah puncak bukit yang di kelilingi dengan pokok hutan berwarna hijau. Sangat menakjubkan bukan ciptaan Tuhan untuk kita sebagai manusia menyaksikan sendiri akan kebesaranNya.
Red Forest ini sebenarnya masih belum cukup dikenali ramai lagi. Malah kami sendiri dan ada juga penduduk tempatan lain masih belum tahu akan kewujudan pokok-pokok merah di puncak bukit ini.
Mungkin tak lama lagi bukit ini akan semakin dikenali selepas tambahan pendaki-pendaki baru yang melihat sendiri kewujudan pokok ini dan berkongsi pengalaman di laman sosial dan internet yang bakal menarik lebih ramai pendaki lain datang ke sini.
Kami betul-betul tidak menyangka di dalam hutan negara kita ada juga pokok berwarna merah seperti ini. Jika sebelum ini kami hanya melihat alam semulajadi pelik-pelik seperti ini di luar negara saje.
Semoga keindahan dan keunikan Red Forest ini kekal terpelihara dan dilindungi daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan agar para pencinta alam terus dapat menikmati alam semulajadi daripada generasi ke generasi akan datang.
Jadi, kepada para pengunjung dan pendaki semua mari bersama menjaga kebersihan hutan kita. Jangan buang sampah merata-rata. Jika bawa botol air sila bawa botol kosong turun bersama dan buang di tong sampah sama ada di rumah atau di mana-mana.
Sedih dan kecewa sangat dengan sikap pendaki yang tak endah dengan kebersihan dan meninggalkan botol-botol air mineral kosong sama ada di puncak atau di kawasan hutan. Bersamalah kita menjaga kebersihan. Done membebel.
Hampir dua jam juga kami menghabiskan masa di puncak. Bergambar sakan dengan pelbagai pose dan lokasi. Pukul 4.00 petang kami semua beredar dari puncak dan mula menuruni bukit.
Turun bukit melalui laluan cerun curam tadi sebenarnya lebih susah dan mencabar berbanding mendaki naik ke atas. Dengan menggunakan tali kami turun secara reverse lebih mudah, yakin dan selamat.
Perjalanan pulang kami mengambil masa 1 jam untuk sampai ke tempat kereta sebab kurang drama sepanjang perjalanan. Yang kuat drama tadi paling laju ok.
Sampai di kereta, selesai apa yang patut kami pun beredar.
Tak lama lepas kami bergerak, hujan lebat turun membasahi bumi Felda Padang Piol. Alhamdulillah, hujan turun setelah betul-betul pendakian kami selesai.
Nak naik lagi tak Red Forest? Cukuplah sekali. Kami tak nak repeat lagi walaupun pemandangan puncaknya sangat cantik. Tak sanggup rasanya nak menghadapi trailnya yang sangat mencabar tu.
Destinasi seterusnya, kami pergi ke Pizza Kayu Api Anak Dol yang terletak di Taman Temin Utama, Jerantut (bersebelahan dengan SMK Temin). Sampai di kedai kami menjadi tumpuan orang sebab sepupu aku dengan dua orang anaknya nampak sangat kotor. Mana tidaknya, siap gelongsor masa turun bukit. Aku dan wife saje nampak bersih macam tak mendaki.
Di kedai piza tadi, kami kena beratur untuk order makanan. Kemudian nombor akan dipanggil apabila makanan dah siap dan kena ambil di kaunter. Perut dah lapar sangat waktu ni.
Orang memang ramai. Lambat juga nak dapat piza. Kami order pizza chicken with mushroom, pizza beef with mushroom, pizza sambal hitam dan mushroom soup. Doh pizzanya lembut sangat dan isinya penuh. Alhamdulillah semua pizza licin dan rasanya sedap.
Selesai makan kami terus ke Jerantut Hill Resort tempat penginapan kami malam ini dengan harga semalam RM79.20. Kami booking melalui agoda.com. Sampai terus check-in. Masuk bilik terus mandi dan solat maghrib.
Hotel ni agak lama dan tak berapa maintain. Atas bilik kami ada restoran. Bunyi bising orang tarik kerusi boleh dengar dengan jelas dari bilik kami. Bising sangat. Komplen dekat reception bising dan switch plug pula banyak yang rosak. Terus minta tukar dan dapat bilik sebelah, kecil sikit daripada tadi.
Lepas solat Isyak kami keluar semula untuk makan malam. Kali ni hanya si kakak anak sepupu aku yang ikut. Sepupu aku dan si adik tak ikut sebab tak larat. Padahal petang tadi dorang ni yang beria nak keluar makan sate. Jadi hanya kami bertiga pergi ke Satay Temin, di Pekan Jerantut.
Lokasi kedai sate ni berhadapan McDonald's bersebelahan kedai tayar. Sebab masa kami datang sini google maps dan waze bawa kami laluan belakang dan beritahu destinasi kami di sebelah kanan. Padahal kanan kami adalah sebuah tembok berbukit.
Memang lokasinya di situ tapi kena jalan masuk simpang di depan lagi kemudian kena cari di celah deretan lot bangunan. Di sebabkan kami tersesat cari kedai ni, jadi kami sampai agak lewat. Masa sampai sate pun dah habis. Perut dah lapar jadi kami order ala-carte saje.
Service cepat dan makanan pun sedap. Perut dah kenyang kami terus balik ke hotel. Sampai hotel terus tido sebab keletihan amat sangat.
Bersambung hari ke dua. 👈
Kemudian terus plan hiking Red Forest pada hari Ahad dan esoknya buat aktiviti memanjat batu via ferrata di Paya Gunung yang juga terletak di Jerantut.
Tetapi beberapa hari sebelum pergi, aku terpaksa batalkan aktiviti via ferrata disebabkan anak buah aku baru saje selesai buat major operation buang ketumbuhan di buah pinggangnya, jadi aku kena balik awal nak melawat anak buah aku nanti di HUKM.
Kembali semula kisah perjalanan, selepas solat subuh kami terus bersiap dan akan jumpa sepupu aku di R&R Genting Sempah. Pada mulanya kami janji jumpa di R&R pukul 8.00 pagi. Tapi sepupu aku minta lewatkan sikit sebab tak sempat nak bersiap awal. Sepupu aku ni baru balik daripada tunaikan umrah semalam dan hari ni dah buat aktiviti lasak. Gila kan. Ye, sepupu aku ni memang gile sikit.
Tak lama kemudian kami mulakan perjalanan menuju ke Jerantut, Pahang melalui Lebuhraya Pantai Timur 1. Perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam. Alhamdulillah perjalanan hari ini lancar.
Dari highway LPT1, kami keluar ikut Exit Temerloh. Kebetulan hari ni hari Deepavali, dapat diskaun tol 10%. Hanya bayar RM5.40 berbanding hari biasa RM6.00. Kemudian ikut jalan biasa menuju ke Felda Padang Piol di mana terletaknya Red Forest yang juga dikenali nama lain iaitu Bukit Buluh.
Selesai makan, kami terus gerak semula dan tak sampai 10 minit kami sampai di Felda Padang Piol. Nampak ada kereta lain parking di tepi jalan, kami pun parking kereta di situ juga. Kebetulan masa kami sampai ada beberapa pendaki lain baru selesai mendaki. Temuramah sikit dorang dan kemudian kami bersiap untuk hiking.
Hotel ni agak lama dan tak berapa maintain. Atas bilik kami ada restoran. Bunyi bising orang tarik kerusi boleh dengar dengan jelas dari bilik kami. Bising sangat. Komplen dekat reception bising dan switch plug pula banyak yang rosak. Terus minta tukar dan dapat bilik sebelah, kecil sikit daripada tadi.
Lokasi kedai sate ni berhadapan McDonald's bersebelahan kedai tayar. Sebab masa kami datang sini google maps dan waze bawa kami laluan belakang dan beritahu destinasi kami di sebelah kanan. Padahal kanan kami adalah sebuah tembok berbukit.
Memang lokasinya di situ tapi kena jalan masuk simpang di depan lagi kemudian kena cari di celah deretan lot bangunan. Di sebabkan kami tersesat cari kedai ni, jadi kami sampai agak lewat. Masa sampai sate pun dah habis. Perut dah lapar jadi kami order ala-carte saje.
Bersambung hari ke dua. 👈
assalamualaikum.nak tnya bdak 5 and 7 tahun ok ke nak daki red forrest ni?plan nak bawa anak2.thank youuuu
ReplyDeleteWaalaikumusalam, cuba dulu mendaki bukit biasa utk tengok dan menilai stamina anak2. Red Forest ada tempat yang perlu panjat guna tali, perlukan kekuatan tangan.
Delete