Total Pageviews

Perak : Day 3

Trip Merdeka - New Hollywood Ipoh & Home Sweet Home


Isnin - 02.09.2019


Di hari ke-tiga trip, kami masih berada di Ipoh. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami turun ke bawah untuk sarapan pagi. Makan awal sebab nak sambung tidur.

Selamat Pagi Ipoh!

Ada dua pilihan breakfast disediakan. Satu asian style di Old Town White Coffee dan satu lagi continental breakfast di Myth Eatery & Bar. Pilihan kami continental breakfast. Sebelum tu kena ambil coupon di kaunter terlebih dulu.



Pilihan menu buffet untuk continental breakfast simple saje. Tapi boleh lah mengenyangkan juga perut kami. Alhamdulillah.



Selesai makan jenguk sekejap sekitar restoran.






Kemudian kami kembali semula ke bilik nak sambung beradu. Inikan percutian yang santai-santai saje dan dah banyak kali ke Ipoh. Jadi banyak tempat di Ipoh telah dilawati.


Lebih kurang pukul 11.00 pagi baru kami berkemas dan bersiap untuk check-out. 




Lepas check-out, aku pergi ke bengkel kereta sekejap untuk check break kereta. Memang break ada masalah sebab tak boleh pam. Jadi angin tak masuk. Tak tau kenapa boleh jadi macam tu.

Lepas selesai repair kereta, perut pun dah lapar, jadi kami terus ke New Hollywood Ipoh. Kunjungan sebelum ni tak dapat datang ke sini sebab hari yang plan nak pergi kedai ni tutup.


Sampai di kedai, banyak makanan yang kami nak makan dah habis. Jadi order pan mee sup, nasi ayam dan wantan goreng. Alhamdulillah semua makanannya rasa ok dan mengenyangkan perut kami. 


Selesai makan kami terus balik. Tak singgah di mana-mana pun sebab tak nak balik lewat. Takut ramai yang balik hari ni dan traffic jem.


Alhamdulillah perjalanan agak ok juga. Hanya kadang kala kenderaan banyak jadi aliran trafik jadi perlahan dan kemudian kembali normal. Begitulah berulang kali sehingga selamat sampai di rumah. Kali ni perjalanan kami ditemani jerebu yang kemudian semakin teruk melanda negara.


Kami selamat sampai di rumah sebelum maghrib. Berakhir sudah trip merdeka kali ini sempena cuti Hari Kemerdekaan dan sambutan Awal Muharam. Semoga ada rezeki lagi untuk trip dalam Malaysia selepas ini (sambil selak kalender tengok bila cuti panjang lagi). Oh, dua minggu berturut cuti, tapi aku kerja. 


No comments:

Post a Comment