Trip Passport Baru - Angkor Silk Farm, War Museum, Lotus Flower Farm & Sunset at Tonle Sap Lake
Ahad - 05.01.2020
Lama tak travel luar negara. Setahun lebih tak ke mana-mana. Walaupun tahun 2019 kami tak keluar negara, tapi kami ada beli tiket dua destinasi untuk tahun 2020 ni. Passport dah bertukar baru, target nak cop banyak-banyak pada passport kali ni. Harap wang dan masa mengizinkan.
Tiket flight ke Siem Reap, Cambodia kami beli masa promotion Airasia bulan Jun 2019 tahun lalu. Kami dapat harga RM512 untuk dua orang.
Kami takde buat persediaan sangat untuk trip ke Siem Reap ni sebab tak banyak tempat nak pergi. Tarikan utama di sini ialah Angkor Wat, yang lain tu tambahan sikit. Wife bagi list tempat yang dia nak pergi, kemudian aku susun itinerary untuk dijadikan guideline di sana nanti. 3 hari penuh cukup cover banyak tempat. Ni pun kira trip paling relaks bagi kami.
Apa yang penting perlu kita tahu sebelum ke Cambodia atau Kemboja, bagi orang Malaysia yang nak masuk ke sana hanya perlukan passport yang sah saje. Tak perlu apply visa. Waktu di Cambodia lewat sejam dari Malaysia.
Urusniaga di Cambodia menggunakan USD dan Riel. Tapi bagi pelancong, hampir semua urusniaga menggunakan USD, jadi kena sediakan duit USD. Masa kami nak pergi, duit USD1 bersamaan RM4.13.
Untuk jalan-jalan di sana kami gunakan transport yang dipanggil 'tuk tuk'. Tuk tuk ni merupakan transport paling popular di Cambodia. Kami booking tuk tuk dan kereta melalui Facebook Tuk Tuk Muslim. Ada juga transport lain yang digunakan seperti kereta, van dan bas.
Kami gunakan tuk tuk untuk bersiar-siar di sekitar bandar Siem Reap manakala kereta untuk ke Phnom Kulen National Park.
Tuk tuk aku booking untuk dua hari dengan harga USD13 sehari. Tapi driver tuk tuk beritahu, kalau ada orang tanya kena cakap USD15 sehari. Kereta pula kami dapat harga USD55 sehari daripada harga asal USD60 sehari untuk ke Phnom Kulen National Park.
Cambodia ni agak berdebu, sesiapa yang rasa tak selesa atau sensitif dengan habuk sila pakai mask. Seeloknya pakai kasut atau selipar dengan stokin bagi mengelakan kaki cepat kotor. Juga sebaiknya elakan pakai kasut berwarna putih juga bagi mengelakkan mudah kotor.
Aku rasa itu saje sedikit info berkaitan Cambodia dari segi persediaan. Kembali semula kisah trip hari pertama kami di Siem Reap.
Seawal pukul 4.00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral untuk ambil train ERL pertama ke KLIA2 pukul 4.51 pagi dengan tambang RM9.40 seorang.
Kami sampai di KLIA2 pukul 5.12 pagi dan terus masuk ke balai perlepasan untuk urusan immigration. Selesai urusan immigration kami terus ke Gate 9 untuk menunggu waktu boarding dan waktu Subuh.
Nasib baik gate kami dekat dengan Surau. Tepat pukul 6.06 pagi masuk waktu Subuh, kami bergilir menunaikan solat. Selesai solat terus boarding. Tepat pukul 6.50 pagi flight berlepas menuju ke Siem Reap dan perjalanan mengambil masa dua jam.
Tak sempat flight berlepas kami dah hanyut dibuai mimpi. Mengantuk gile. Sepanjang flight kami tidur sampai crew tak beri kami Arrival Card dan Declaration Form.
Selamat sampai di Siem Reap International Airport 10 minit awal dari jadual. Cuaca masa ni agak sejuk dan awan biru. Airport Siem Reap ni kecil saje. Turun dari flight, jalan kaki masuk ke bangunan Terminal. Masuk pintu terminal saje terus jumpa immigration.
Disebabkan kami tertidur sepanjang flight dan terlupa minta arrival form, jadi kami ambil arrival form dan isi masa di dalam airport. Selesai isi form baru kami beratur untuk immigration.
Selesai hal immigration, terus keluar dan driver tuk tuk sudah tunggu ketibaan kami. Atas kesilapan aku sendiri yang tak update itinerary terkini dengan driver tuk tuk, jadi kami terpaksa ikut itinerary awal sepertimana masa mula-mula deal dulu.
Destinasi pertama kami di Siem Reap pada hari pertama ialah melawat Angkor Silk Farm. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Masuk saje, kami disapa oleh tour guide. Dia akan bawa kami melawat sekitar kawasan ini dan beri penerangan. Luas tempat ini sekitar 8 hektar dan di sini kita akan dibawa melihat bagaimana sutera dihasilkan.
Di sini kami ditunjukkan semua peringkat yang terlibat dalam proses pengeluaran sutera. Bermula dari kebun pokok mulberry, kemudian melihat pembiakan ulat sutera dan seterusnya proses ulat sutera menghasilkan sutera hingga mati sampailah ke peringkat proses tenunan yang masih mengekalkan cara tradisi.
Sutera berasal daripada kepompong rama-rama (cocoon). Terhasil daripada ulat putih (ulat sutera) yang memintal kepompong sutera. Kepompong akan dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih kemudian dipintal menjadi benang.
Setiap kepompong akan menghasilkan 300 hingga 900 meter panjang benang dan dengan benang tersebut akan ditenun menjadi kain.
Angkor Silk Farm merupakan milik Artisan Angkor iaitu sebuah social-business enterprise yang bertujuan menghidupkan semula warisan budaya Khmer disamping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Kemboja terutamanya bagi golongan muda yang tinggal di kawasan luar bandar.
Selesai lawatan, kami masuk ke kedai melihat hasil sutera yang dijual. Tapi harganya bukan calang-calang, sangat mahal. Hanya mampu tengok saje.
Selesai lawatan kami di Angkor Silk Farm, kami terus bergerak menuju ke War Museum pula.
Kena bayar tiket masuk harga USD5.
War Museum Siem Reap ni merupakan muzium perang terbesar di Cambodia. Tujuan muzium ini dibina untuk menyimpan episod kenangan penting dalam sejarah Kemboja dan mengekalkan koleksi ini untuk generasi baru.
Di sini ada dipamerkan kenderaan, senjata dan barang-barang peninggalan semasa perang Kemboja.
Koleksi ini telah dikumpulkan dari lokasi tempat pertempuran berlaku seperti Anlong Veng, Siem Reap, Bau Meanchey dan merupakan koleksi gabungan perkakasan dari China, Amerika Syarikat dan Soviet.
Terdapat pelbagai kenderaan, artileri, persenjataan dan peralatan yang dipamerkan. Antara yang boleh dilihat adalah mesin perang seperti tangki T-54, pesawat perjuang jet MiG-19, helikopter Mil Mi-8 dan senjata meriam medan 85-mm pistol bahagian D-44.
Turut dipamerkan pakaian seragam, bendera dan gambar-gambar beserta maklumat berkaitan perang Kemboja.
Tempat ini sangat menarik. Lebih menarik lagi kalau ada guide yang boleh beri penerangan. Sebenarnya ada saje maklumat di tampal di setiap pondok-pondok. Cuma bila ada pelawat lain baca lama, kita pun terpaksa tunggu lama. Dah makan masa kat situ.
Di hujung kawasan ni ada satu ruang pameran yang mempamerkan peralatan pensenjataan lain dan kisah sedih serta gambar-gambar mangsa akibat kesan peperangan yang berlaku.
Kemudian kami keluar dan pergi meninjau di bahagian kanan pula. Di bahagian ini banyak dipamerkan senjata api, peluru, bom dan kenderaan yang digunakan semasa peperangan.
Matahari semakin terik dan langit cantik biru waktu ni. Cantik ambil gambar. Nasib baik banyak pokok-pokok rendang di sini. Sekurangnya ada tempat redup boleh berteduh.
Perut dah lapar pedih. Macam nak kena gastrik rasanya time ni. Jadi kami cepat-cepat selesaikan lawatan. Sebelum keluar ada kotak donation untuk sesiapa yang bermurah hati nak derma pada mangsa perang.
Selesai lawatan di War Museum, kami terus beredar menuju ke Muslim Family Kitchen Restaurant. Dalam perjalanan ke sana kami singgah beli tiket Phnom Kulen National Park untuk esok. Tapi bila sampai di tempat tiket, kaunter dah tutup. Staff dah keluar lunch. Kena datang balik selepas pukul 1.00 petang. Jadi kami sambung semula perjalanan ke Muslim Family Kitchen untuk makan tengahari.
Sampai saje di Muslim Family Kitchen, kami order makanan tempatan yang popular dan wajib dicuba iaitu lembu naik bukit atau 'beef climb mountain'. Kemudian kami tambah telur dadar dan order air tembikai. Harga makanan di sini semua dalam USD.
Bila makanan sampai, ya ampun! banyak portionnya untuk kami berdua. Semua menu yang tertera dalam buku menu tu dah termasuk nasi. Menu lembu naik bukit ni amat sesuai untuk dimakan 2 atau 3 orang dewasa.
Untuk menu lembu naik bukit, pelayan akan masakkan menu tersebut di depan kita. Menu daging dimasak bersama butter dan kemudian dicampur dengan sayuran. Selesai masak, apa tunggu lagi, jom makan.
Rasa lembu naik bukit tu memang sedap dan dagingnya lembut. Cuma lama-lama makan, wife aku rasa kembang tekak sikit mungkin sebab guna butter. Aku ok je.
Selesai makan, kami terus ke hotel untuk check-in. Tapi sebelum tu, kami singgah di kaunter tiket tadi sekali lagi nak beli tiket masuk Phnom Kulen National Park. Selesai beli tiket, kami sambung semula perjalanan ke hotel.
Di Siem Reap kami menginap di Angkor Pearl Hotel untuk 4 hari 3 malam dengan harga USD90 bersamaan RM377.37. Booked dengan www.booking.com. Lokasi hotel ini tak jauh dari Night Market tapi jenuh juga kalau jalan kaki. Sebaiknya ambil tuk tuk.
Sampai di hotel, janji dengan driver tuk tuk ambil kami pukul 3.15 petang untuk melawat ke destinasi lain petang nanti.
Selesai hal check-in terus masuk bilik, solat jamak dan selesaikan apa yang patut.
Selepas segarkan diri semula dan bersiap, pukul 3.15 petang kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Lotus Flower Farm. Harga tiket masuk 2,000 Riel seorang bersamaan USD 0.50.
Nasib kami kurang baik sebab masa ni takde bunga teratai. Pokok teratai dah tua. Sebenarnya ada farm lain kami nampak masih ada bunga teratai. Tapi driver kami kata tak boleh pergi situ. Mungkin hanya farm ni yang dia biasa deal. Boringkan.
Tapi tempat ni tetap nampak cantik sebab ada bunga-bunga lain di sini.
Pemandangan di sini juga nampak menarik dengan adanya kolam-kolam dan pondok-pondok beratap. Pengunjung boleh lepak di pondok-pondok ini sambil makan dan minum serta layan pemandangan sekitar.
Kami tinjau ke dalam lagi dan kali ni nampak pokok bunga matahari. Terus teringat masa trip ke Lopburi, Thailand. Kami ke sana semata-mata nak menikmati ladang bunga matahari sendiri.
Walaupun bentuk bunga matahari di sini kurang menarik berbanding masa kami lihat di Lopburi, tapi kami tetap teruja dan layankan saje. Dah alang-alang ada.
Tak lama selepas tu kami tinjau ke depan lagi.
Nampak kincir air di tengah kolam di hujung laluan berkayu. Menarik dan cantik view dari sini. Tapi sayangnya matahari terik di sebelah sini, ambil gambar nampak gelap sikit.
Kemudian kami lalu di jambatan melengkung ke bahagian seberang sana pula. Ada jumpa pasangan pengantin baru sampai nak buat wedding photo shot. Tempat cantik macam ni memang sesuai dijadikan sebagai lokasi photo shot.
Di seberang sana, kami nampak padi menghijau di bahagian belakang pondok-pondok. Kami singgah situ ambil gambar.
Sini pun nampak cantik dan menarik. Dengan padi menghijau rasa tenang mata melihatnya.
Tak lama sangat kami di sini. Tapi sebab nak kejar sunset, driver kami datang ajak beredar. Selesai ambil gambar sikit, kami beredar dan sambung perjalanan menuju ke Tonle Sap Lake.
Tonle Sap Lake ni terletak kira-kira 15 kilometer di selatan bandar Siem Reap. Tujuan kami ke sini pada waktu petang sebab nak tengok sunset dari tasik ini. Waktu sunset di sini sekitar 5.30 petang. Awalkan.
Sampai di Jeti Tonle Sap Lake, kami terus ke kaunter tiket. Bayar harga bot USD15 seorang. Driver kami ikut sekali naik bot bersama tanpa dikenakan bayaran. Selamat.
Selesai bayar tiket, kami turun ke bawah untuk naik bot.
Meriah dengan bot-bot di bahagian jeti bawah ni yang kebanyakkannya tengah bersiap sedia nak bawa pelancong.
Hanya kami bertiga dan pemandu bot dalam satu bot. Di sini kita tidak dicampurkan dengan yang lain.
Kami dibawa menyusuri tasik sambil disajikan penempatan di persisir tasik dan aktiviti-aktiviti petang penduduk sekitar.
Kebanyakan mereka yang tinggal di sini bekerja menangkap ikan dan pertanian.
Kami dibawa menuju ke Floating Village dan perjalanan mengambil masa 15 ke 20 minit.
Meriah dengan bot-bot lain yang sama menuju ke Floating Village.
Kami juga didatangi kanak-kanak bersama ular mencari wang. Wife aku pengeli ular, memang tak la.
Matahari sudah mula berwarna senja. Pemandangan nampak cantik.
Semakin jauh menyusuri tasik, kami disajikan pula pemandangan tasik yang sangat luas seumpama berada di lautan.
Tonle Sap Lake merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara dan turut tersenarai dalam UNESCO Biosphere. Uniknya dimensi tasik ini berubah bergantung musim monsun dan musim kering.
Semasa musim hujan dari bulan Jun hingga Oktober, tasik ini dipenuhi dengan air yang mengalir dari Sungai Mekong dengan kedalaman 14 meter dan keluasannya mengembang sehingga boleh mencecah 10,000 kilometer persegi.
Pada musim kemarau dari bulan November hingga Mei, saiznya mengecil sehingga 3 kilometer persegi dengan kedalaman 2 meter disebabkan aliran air keluar dari tasik ke Sungai Mekong.
Kemudian kami dibawa ke sebuah restoran terapung.
Di sini ada terdapat kedai cenderahati dan kedai makanan. Aku beli 2 fridge magnet kat sini.
Selain itu ada satu kolam buaya dan ikan keli untuk tontonan para pelancong yang datang.
Ada juga peniaga yang menjual daging buaya untuk dimakan. Menurut driver kami, orang Cambodia tak makan daging buaya. Mereka hanya jual untuk pelancong yang berminat nak mencuba saje.
Ada juga kanak-kanak bersama ular mencari wang dengan cara cuba menarik perhatian pelancong.
Kami naik ke atas bumbung iaitu port terbaik dan sesuai untuk menikmati sunset.
Di tasik ini terdapat lebih 300 spesis ikan air tawar, ular, buaya, kura-kura dan lebih 100 jenis burung air antaranya bangau, pelican dan sebagainya.
Majoriti nelayan yang tinggal di Floating Village adalah berbangsa Khmer dan bangsa lain seperti muslim dan Vietnam juga ada tinggal di sini. Rumah-rumah di sini akan bergerak menurun ikut sama aliran air dan pergerakan ikan-ikan.
Selepas matahari terbenam mula menghilangkan cahayanya, kami semua kembali ke bot masing-masing untuk kembali ke jeti semula.
Sepanjang perjalanan pulang, kami hanya melayan perasaan masing-masing sambil menikmati baki cahaya matahari terbenam.
Sampai di jeti terus naik kenderaan dan pulang ke bandar Siem Reap. Dalam perjalanan tiba-tiba tuk-tuk kami di tahan dan keadaan di situ agak kecoh sikit. Risau juga kami takut ada pergaduhan. Rupanya ada kematian sami buddha mereka, jadi kena bagi laluan.
Kemudian sambung kembali perjalanan pulang dan kami terus menuju ke Family Muslim Kitchen Restaurant sekali lagi untuk makan malam. Kali ni kami order nasi goreng seafood dan tomyam.
Selesai makan, kami terus balik ke hotel dan berehat. Sambung hari ke-dua.
Perbelanjaan hari pertama :-
Tiket flight ke Siem Reap, Cambodia kami beli masa promotion Airasia bulan Jun 2019 tahun lalu. Kami dapat harga RM512 untuk dua orang.
Kami takde buat persediaan sangat untuk trip ke Siem Reap ni sebab tak banyak tempat nak pergi. Tarikan utama di sini ialah Angkor Wat, yang lain tu tambahan sikit. Wife bagi list tempat yang dia nak pergi, kemudian aku susun itinerary untuk dijadikan guideline di sana nanti. 3 hari penuh cukup cover banyak tempat. Ni pun kira trip paling relaks bagi kami.
Apa yang penting perlu kita tahu sebelum ke Cambodia atau Kemboja, bagi orang Malaysia yang nak masuk ke sana hanya perlukan passport yang sah saje. Tak perlu apply visa. Waktu di Cambodia lewat sejam dari Malaysia.
Urusniaga di Cambodia menggunakan USD dan Riel. Tapi bagi pelancong, hampir semua urusniaga menggunakan USD, jadi kena sediakan duit USD. Masa kami nak pergi, duit USD1 bersamaan RM4.13.
Untuk jalan-jalan di sana kami gunakan transport yang dipanggil 'tuk tuk'. Tuk tuk ni merupakan transport paling popular di Cambodia. Kami booking tuk tuk dan kereta melalui Facebook Tuk Tuk Muslim. Ada juga transport lain yang digunakan seperti kereta, van dan bas.
Kami gunakan tuk tuk untuk bersiar-siar di sekitar bandar Siem Reap manakala kereta untuk ke Phnom Kulen National Park.
Tuk tuk aku booking untuk dua hari dengan harga USD13 sehari. Tapi driver tuk tuk beritahu, kalau ada orang tanya kena cakap USD15 sehari. Kereta pula kami dapat harga USD55 sehari daripada harga asal USD60 sehari untuk ke Phnom Kulen National Park.
Cambodia ni agak berdebu, sesiapa yang rasa tak selesa atau sensitif dengan habuk sila pakai mask. Seeloknya pakai kasut atau selipar dengan stokin bagi mengelakan kaki cepat kotor. Juga sebaiknya elakan pakai kasut berwarna putih juga bagi mengelakkan mudah kotor.
Aku rasa itu saje sedikit info berkaitan Cambodia dari segi persediaan. Kembali semula kisah trip hari pertama kami di Siem Reap.
Seawal pukul 4.00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral untuk ambil train ERL pertama ke KLIA2 pukul 4.51 pagi dengan tambang RM9.40 seorang.
Nasib baik gate kami dekat dengan Surau. Tepat pukul 6.06 pagi masuk waktu Subuh, kami bergilir menunaikan solat. Selesai solat terus boarding. Tepat pukul 6.50 pagi flight berlepas menuju ke Siem Reap dan perjalanan mengambil masa dua jam.
Selesai hal immigration, terus keluar dan driver tuk tuk sudah tunggu ketibaan kami. Atas kesilapan aku sendiri yang tak update itinerary terkini dengan driver tuk tuk, jadi kami terpaksa ikut itinerary awal sepertimana masa mula-mula deal dulu.
Ingatkan naik ini
Rupanya yang ini. Moden sikit.
Ulat sutera
Kepompong
Kepompong dalam air panas dan mengeluarkan benang
Benang yang terhasil
Untuk menu lembu naik bukit, pelayan akan masakkan menu tersebut di depan kita. Menu daging dimasak bersama butter dan kemudian dicampur dengan sayuran. Selesai masak, apa tunggu lagi, jom makan.
Selesai makan, kami terus ke hotel untuk check-in. Tapi sebelum tu, kami singgah di kaunter tiket tadi sekali lagi nak beli tiket masuk Phnom Kulen National Park. Selesai beli tiket, kami sambung semula perjalanan ke hotel.
Di Siem Reap kami menginap di Angkor Pearl Hotel untuk 4 hari 3 malam dengan harga USD90 bersamaan RM377.37. Booked dengan www.booking.com. Lokasi hotel ini tak jauh dari Night Market tapi jenuh juga kalau jalan kaki. Sebaiknya ambil tuk tuk.
Sampai di hotel, janji dengan driver tuk tuk ambil kami pukul 3.15 petang untuk melawat ke destinasi lain petang nanti.
Tonle Sap Lake ni terletak kira-kira 15 kilometer di selatan bandar Siem Reap. Tujuan kami ke sini pada waktu petang sebab nak tengok sunset dari tasik ini. Waktu sunset di sini sekitar 5.30 petang. Awalkan.
Kemudian sambung kembali perjalanan pulang dan kami terus menuju ke Family Muslim Kitchen Restaurant sekali lagi untuk makan malam. Kali ni kami order nasi goreng seafood dan tomyam.
Perbelanjaan hari pertama :-
- War Museum - USD5 x 2 = USD10
- Derma - USD1
- Makan tengahari - USD9.50
- Tiket Kulen National Park - USD20 x 2 = USD40
- Lotus Farm - USD1
- Tiket Tonle Sap Lake - USD15 x 2 = USD30
- 2 Fridge Magnet - USD2
- Makan malam - USD6
Total = USD99.50
No comments:
Post a Comment