Trip Passport Baru - Kulen Mountain National Park & Night Market
Isnin - 06.01.2020
Hari ke dua di Siem Reap, pukul 7.30 pagi, kami turun ke cafe hotel untuk breakfast sambil tunggu driver kereta yang akan sampai pukul 8.00 pagi.
Tepat pukul 8.00 pagi, driver kami sampai dengan kereta Toyota Camry. Tanpa berlengah kami terus naik kereta dan mulakan perjalanan menuju ke Kulen Mountain National Park. Perjalanan mengambil masa satu jam setengah ke 2 jam.
Kulen National Park ni merupakan taman negara yang terletak di gunung besar Phnom Kulen di Wilayah Siem Reap. Untuk ke Kulen Mountain National Park digalakkan naik kereta sebab perjalanannya jauh dan kondisi jalan di Kemboja yang kurang elok.
Naik tuk tuk harga lebih murah, tapi ambil masa lama nak sampai. Dengan kondisi jalan tak berapa elok confirm rasa tak selesa dan sakit pinggang. Lagi satu tuk tuk tak mampu naik hingga ke atas gunung.
Sebelum pergi, pastikan bawa tiket Kulen National Park yang telah dibeli di kaunter tiket di bandar Siem Reap semalam. Harga USD20 seorang. Kalau tak beli tiket di bandar Siem Reap, boleh juga beli tiket di ticket office dekat entrance National Park.
Sampai di ticket office, driver tunjukkan tiket pada petugas. Ada gerai-gerai makanan dan toilet di sini.
Dari entrance tadi, kena masuk naik atas lagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Hanya ada satu jalan sahaja. Jalan inilah untuk naik dan turun. Sebab tu kena naik paling lewat pukul 11.00 pagi. Lepas tu biasanya jalan digunakan untuk laluan turun.
Pemandangan jalan di dalam hutan nampak menarik juga dengan suluhan cahaya matahari dari celah-celah pokok. Rasa nak berhenti ambil gambar. Tapi nanti habis berdebu satu badan dan muka. Sebab kawasan ini sangat berdebu. Sampaikan daun-daun pokok di sekitar jalan berwarna merah penuh dengan selaput debu.
Perhentian pertama kami di Kulen National Park ialah The Giant Overhanging Rock. Driver berhentikan kereta di tepi jalan. Kemudian dia keluar bersama kami jalan kaki sampai ke tebing. Dekat saje, tak sampai 5 minit dah sampai. Driver beri kami masa 10 minit saje bergambar di sini. 10 minit saje? Mana cukup.
Menariknya di sini, kami disajikan pemandangan luas taman negara dari tebing batu gergasi.
Tempat ini terletak di satu kawasan yang dikenali sebagai Mahendraparvata iaitu sebuah kota purba era Empayar Khmer yang ditemui pada tahun 2012.
Ada di satu kawasan, permukaan tanahnya seperti permukaan berbatu-batu seperti permukaan bulan. Menarik.
Sebenarnya aktiviti wajib di sini ambil gambar di tepi tebing batu besar yang menghadap hutan hijau. Memang menarik.
Tapi kena berhati-hati sebab angin agak kuat di sini. Jangan berdiri terlampau dekat dengan tebing. Takut tiba-tiba ditiup angin kuat, badan tak balance, habis selamat jatuh laju ke bawah.
Setel ambil gambar, kami kembali ke kereta dan sambung perjalanan menuju ke Preah Ang Thom (Reclining Buddha). Dari tempat letak kereta, kami lalu deretan gerai-gerai yang menjual pakaian, makanan dan barangan kraftangan. Wife berminat dengan salah satu skirt jual kat sini, lepas tawar menawar dapat lah harga murah.
Ada juga bunga lotus dan duit dijual untuk upacara sembahyang di kuil.
Selepas deretan gerai, naik anak tangga menuju ke kuil.
Di tepi anak tangga, berderet peminta sedekah duduk minta sedekah daripada pengunjung.
Bermacam ragam penduduk tempatan boleh dilihat di sini.
Yang menjual pun ada.
Kami jalan mengikut orang saje sambil melihat aktiviti sekeliling. Tak pasti laluan yang betul.
Bila sampai di satu kawasan, kena buka kasut dan topi sebab dah nak masuk ke dalam kuil.
Naik tangga lagi, kemudian kami beratur masuk ke dalam kuil yang terletak di atas batu besar.
Di dalam kuil itu letaknya sebuah patung buddha tidur yang besar berukuran 8 meter dan merupakan patung buddha terbesar di Cambodia. Patung ini diukir dari batu gunung.
Cepat saje kami melepasi kawasan ini sebab tak tahan bau colok.
Terus turun tangga. Cepat-cepat ke parking dan keluar dari kawasan kuil ini.
Perjalanan diteruskan dan perhentian kami seterusnya ialah The River of a Thousand Lingas. Dari tempat parking, jalan masuk sikit sampai jumpa anak sungai.
Di sepanjang sungai inilah dipanggil River of Thousand Lingas. Sebab di dasar sungai ini kita boleh lihat hasil pahatan atau ukiran di batu-batu simbol 1,000 lingas diukir.
Ukiran ini adalah bertujuan bagi penghormatan kepada tuhan Hindu iaitu Siva oleh si petapa dahulu kala.
Masa kami di sini, ada ukiran yang boleh dilihat dengan jelas dan ada juga yang agak kurang jelas. Ini mungkin disebabkan kedudukan cahaya matahari.
Terdapat banyak ukiran bermotifkan mitos Hindu seperti Dewa Shiva, Vishu, Brahma, Lashmi dan binatang seperti lembu dan katak boleh dilihat di dasar sungai ini.
Menurut lagenda, sungai ini dianggap suci dan mampu menyuburkan tanah kerana air yang mengalir melalui ukiran ini menuju ke Angkor dan akhirnya ke Tasik Tonle Sap.
Kemudian kami berjalan melalui denai hingga jumpa sebuah kolam mata air yang sangat jernih dan berwarna turquoise.
Kolam ini digelar Spring Water dan saiznya kecil lebih kurang 2 meter diameter.
Kemudian ke arah sungai semula dan jalan menyusuri tepi sungai pula untuk meninjau apa lagi yang ada di sini.
Nampak macam takde apa yang menarik depan sana, kami ambil keputusan patah balik menuju ke kereta. Kemudian kami dibawa ke destinasi terakhir di Kulen National Park hari ni iaitu Kulen Waterfall.
Dari tempat letak kereta kena jalan kaki melalui gerai-gerai pakaian dan makanan. Ramai juga peniaga-peniaga makanan datang usha semua pengunjung yang baru sampai order makanan.
Kejap saje jalan, kami dah sampai di air terjun level 1. Di sini air terjunnya rendah dan cetek saje. Tinggi lebih kurang 4 ke 5 meter. Sesuai untuk family dan kanak-kanak.
Ada banyak pondok-pondok di tepi air terjun untuk bersantai dan berkelah. Tapi pondok ni bukan free ye, kena charge. Harga tu tak pasti berapa sebab tak check.
Memandangkan sekarang musim kering di Cambodia, jadi air terjun kurang air. Menurut driver kami, kalau musim hujan air terjun cantik sebab banyak air.
Selesai jenguk air terjun level pertama, kami turun ke bahagian bawah dengan menuruni anak tangga ke air terjun level 2 pula.
Air terjun inilah yang menjadi tarikan utama. Tingginya lebih kurang 15 ke 20 meter dan lebih cantik. Seperti yang dijangka, airnya agak kurang berbanding pada musim hujan.
Airnya sejuk dan jernih walaupun bila dilihat dengan mata kasar nampak warna coklat. Ini kerana warna pasirnya yang menjadikan warna air nampak keruh.
Orang agak ramai. Aku ada stand by bawa baju konon nak mandi. Bila tengok ramai orang rasa kurang selesa pulak. Jadi ambil gambar saje dan sekodeng.
Lebih kurang sejam lebih kami di sini. Dalam pukul 1.00 lebih kami beredar. Kali ni kena naik anak tangga tadi. Mengah dibuatnya sebab tangganya curam. Tadi masa datang turun tangga, best la. Bila naik tangga semput. Ni akibat lama tak bersenam.
Sampai kereta, terus gerak balik. Dalam perjalanan kami layan tidur. Lepas 1 jam lebih, driver berhenti di bangunan Angkor Enterprise. Kami nak beli tiket masuk ke Angkor Wat untuk esok.
Kami terus ke kaunter tiket. Harga USD37 untuk pass satu hari.
Kena ambil gambar muka untuk diletakkan pada tiket kita nanti. Masa pegawai nak serahkan tiket pada kami, baru dia perasan yang dia tersalah cetak tarikh. Patut tarikh esok dia tercetak hari ini. Lepas jumpa supervisor dia, Insyaallah esok takde masalah. Supervisor dia tebuk siap-siap pass tarikh esok dan tulis note di sebelah tarikh yang dia tebuk tu.
Selesai beli tiket, kami sambung semula perjalanan terus ke hotel. Balik hotel bersihkan badan, solat dan rehat sekejap. Perut lapar, kami makan maggie saje dulu. Isi perut sebelum makan malam nanti.
Dalam pukul 6 lebih aku WhatApps driver tuk tuk minta ambil kami bawa pergi makan malam dan nak jalan-jalan di Night Market.
Selesai solat maghrib, driver tuk tuk dah sampai dan dia bawa kami makan di Backpackers Muslim Restaurant. Kedai ni dekat saje dengan Muslim Kitchen Restaurant tu. Dia turunkan kami dan minta kami WhatApps kalau dah selesai.
Masa kami masuk, takde sorang pelanggan pun ada di sini. Risau juga, takut tak sedap. Kami duduk saje dan order. Tengok harga makanan lebih murah dari kedai yang kami makan sebelum ni. Dan harga semua menu tu termasuk nasi dan air sirap.
Kami order tomyam dan aku try menu lok lak. Lok lak ni daging masak black pepper.
Masa tunggu makanan, tuan kedai bagi kami banana cup cake. Free katanya. Cup cake tu dia buat sendiri. Alhamdulillah, rezeki.
Perut lapar sangat waktu ni, makanan sampai so ape lagi, meh la makan.
Makanan di sini sedap juga rasanya. Siap sediakan nasi tambah dan air teh o ais seteko tanpa extra charge pun. Permurah kedai ni. Semoga dimurahkan rezeki dan ramai pelanggan datang makan di sini.
Selesai makan, kami message driver tuk tuk. Sebelum tu kami tapau nasi goreng utk buat sarapan sebelum ke Angkor Wat awal pagi esok. Tak lama tunggu, dia sampai dan terus bawa kami ke Night Market. Kami minta dia jemput semula pukul 9.30 malam. Tak nak balik lewat sangat sebab esok nak bangun awal pagi nak pergi tengok sunrise di Angkor Wat.
Kami jalan-jalan di sekitar Night Market.
Meriah juga. Ada banyak kedai jual souvenir, kraftangan, barangan art, baju-baju dan gerai-gerai makan.
Masa jalan-jalan tu, wife jumpa beg buluh yang dia nak. Tawar-tawar dapat budget kami, beli beg satu.
Lalu satu kedai souvenir ni, tanya harga key chain. Tanya je, tak minta tawar pun tapi dia sendiri tawar bagi murah. Kira-kira, takut duit USD tak cukup. Kalau kami nak beli kena banyak sebab niat nak beli untuk ofis mate wife.
Pujuk punya pujuk kami tetap tak nak beli, last sekali dia marah-marah dan menyumpah kami kot dalam bahasa dia sebab kami tak beli. Eh! Boleh pulak nak paksa-paksa orang macam tu. Padahal bukannya kami minta tawar pun. Dia sendiri yang terus turunkan harga.
Dekat pukul 9.30 kami tunggu di tempat yang dijanjikan. Ingat nak cover Pub Street sekali malam ni tapi dah janji pukul 9.30 dengan driver. Macam nak extend, tapi bila fikir balik kena bangun awal pagi esok terus tak jadi.
Balik hotel je la. Memang trip kali ini paling relaks pada kami. Tiap hari waktu siang ada peluang balik hotel berehat. Biasanya trip kami keluar awal pagi balik lewat malam. Hotel biasanya untuk tidur saje.
Sampai di hotel, settle apa yang patut dan kami pun tidur. Mungkin sebab faktor umur juga senang saje lena. Sambung hari ke tiga.
Perbelanjaan hari ke dua :-
Naik tuk tuk harga lebih murah, tapi ambil masa lama nak sampai. Dengan kondisi jalan tak berapa elok confirm rasa tak selesa dan sakit pinggang. Lagi satu tuk tuk tak mampu naik hingga ke atas gunung.
Sebelum pergi, pastikan bawa tiket Kulen National Park yang telah dibeli di kaunter tiket di bandar Siem Reap semalam. Harga USD20 seorang. Kalau tak beli tiket di bandar Siem Reap, boleh juga beli tiket di ticket office dekat entrance National Park.
Pemandangan jalan di dalam hutan nampak menarik juga dengan suluhan cahaya matahari dari celah-celah pokok. Rasa nak berhenti ambil gambar. Tapi nanti habis berdebu satu badan dan muka. Sebab kawasan ini sangat berdebu. Sampaikan daun-daun pokok di sekitar jalan berwarna merah penuh dengan selaput debu.
Dalam pukul 6 lebih aku WhatApps driver tuk tuk minta ambil kami bawa pergi makan malam dan nak jalan-jalan di Night Market.
Selesai solat maghrib, driver tuk tuk dah sampai dan dia bawa kami makan di Backpackers Muslim Restaurant. Kedai ni dekat saje dengan Muslim Kitchen Restaurant tu. Dia turunkan kami dan minta kami WhatApps kalau dah selesai.
Kami jalan-jalan di sekitar Night Market.
Perbelanjaan hari ke dua :-
- Driver kereta - USD55
- Skirt - USD5
- Angkor Wat Ticket - USD37 x 2 = USD74
- Makan malam + tapau - USD9
- Handbeg buluh - USD11
Total = USD154
No comments:
Post a Comment