Total Pageviews

Penang - Day 2

Trip JJCM - Roti Canai Transfer Road, Laksa Tempurung, Jeruk Madu Pak Ali, Mee Goreng Sotong Bangkok Lane & Sany Char Kuew Tiaw


Ahad - 27.08.2017


Di hari ke dua, selesai solat subuh dan bersiap, kami terus keluar menuju ke destinasi makan ke lima untuk trip ini dan yang pertama untuk hari ini iaitu Roti Canai Transfer Road. Jarak hanya 1 km dari hotel. Kami keluar awal untuk memudahkan dapat meja. Kalau sampai sekitar jam 8 lebih kena tunggu meja. 

Pukul 7.15 kami dah sampai di roti canai transfer road. Dah ada pelanggan lain yang datang juga. Ada dalam 3 meja. Gerai masih tengah bersiap sedia untuk mulakan operasi. Untuk pengetahuan, gerai ini dibuka jam 7 pagi hingga tengahari.


Kami order roti canai kuah kari ayam 2 dan roti bakar telur 1. Air biasa kami teh o nipis kurang manis untuk aku manakala wife aku tiada lain milo panas. Kuah kari di sini ada dua. Satu kari ayam dan satu lagi kari daging. Boleh pilih ikut selera masing-masing. Nasi lemak daun pisang pun ada jual di sini.



Pada aku roti bakar telur separuh masak tu biasa saje. Tapi roti canai dan kuah kari tu memang sedap rasanya. Tak rugi datang makan di sini. 



Kuah kari campur sambal yang agak pedas. 

Harga boleh tahan mahal juga. Roti bakar telur harganya RM4.00 satu set. Roti canai kuah kari ayam atau daging pula harganya RM8.00 satu pinggan. So kiralah sendiri berapa total semua. Satu meja tu ada 4 orang. Dorang kena semua dalam RM50.00. Dengar dorang cakap "ni breakfast paling mahal kita makan". Sekali sekala bolehlah layan. Kita datang Penang bukan selalu. Kami pun datang kembali selepas 3 tahun.



Selesai makan kami terus balik ke hotel. Sambung tido. Mengantuk wei, tak cukup tido. Ditambah perut dah kenyang, makin berat mata ni dibuatnya. Kami lepak di hotel sampai pukul 12 tengahari dan terus check-out.


View dari hotel

View dari hotel

Lepas check-out kami terus pergi ke Laksa Tempurung yang tak jadi pergi semalam. Malas pulak nak makan nasi kandar lagi. Nak ke laksa tempurung ni dari jalan besar kena masuk satu lorong kecil yang turun ke bawah menuju ke pantai. 



Sebab lokasi laksa tempurung ni terletak di tepi pantai. Jadi boleh menikmati pemandangan laut sambil makan laksa.




Aku order laksa 2 dan cendol mangga 1 kemudian tambah popia mangga goreng. Rasa laksanya sedap juga. Cendol mangga pun sedap. Popia mangga tu pun ok juga. Saje nak try. 

Self service

Laksa dan cendol mangga

Popia mangga

Selain gerai laksa, ada juga gerai-gerai lain yang jual menu lain seperti char kuew tiaw, pisang goreng dan makanan ala-carte seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.



Lepas makan, cadang nak ke Feringhi. Tapi tak jadi. Masa mencemburui kami. Jadi kami singgah di Kedai Pak Ali Jeruk Madu Asli yang berdekatan dengan lokasi kami ketika ini. Tujuan nak beli jajan untuk diberikan kepada ofismate wife aku.




Selesai ber shopping kami terus ke Bangkok Lane di Georgetown untuk destinasi makan kami seterusnya iaitu Mee Goreng Sotong




Kami order satu mee goreng sotong dan satu mee rebus sotong. Harga RM7.00 setiap satu pingan. Pada aku rasa kedua-dua mee sotong ni sedap. Tapi aku lebih suka yang goreng lagi. Recommended.

Dua-dua sedap

Mee rebus

Mee goreng

Misi makan kami masih belum berakhir lagi. Tak sah kalau datang ke Penang tak makan char kuew tiaw kan. Seterusnya kami pergi ke Sany Char Kuew Tiaw di Bayan Lepas. Ada yang kata sini paling sedap. Maka harus cuba. Laluan destinasi makan kami memang agak berterabur. Tak ikut laluan sehala langsung. Sebab main ikut suka dan mana terfikir. Rugi petrol dan masa sikit.


Kali ni kami hanya makan char kuew tiaw saiz kecil saje 2 pinggan. Cukuplah sekadar merasa. Perut dah kekenyangan sangat-sangat sebenarnya. Bayangkan jarak masa sangat pendek antara satu makanan dengan makanan lain. Tapi tetap nak rasa semua. Bukan selalu datang Penang. Ok, bebalik semula pada rasa char kueh tiaw di Sany ni memang sedap. Recommended.



Lepas makan kami terus gerak pulang ke Kuala Lumpur melalui jambatan kedua Penang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.




Alhamdulillah, traffic tak terlalu perlahan walaupun banyak kenderaan di beberapa tempat. Selamat sampai di rumah pukul 11.30 malam. Sekian dulu trip makan kali ini (sambil selak kalender tengok bila cuti lagi untuk plan trip makan seterusnya).


2 comments:

  1. Salam singgah sini dan follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih sebab sudi singgah dan follow. Semoga memberi manfaat. :)

      Delete