Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 5

Summer Road Trip - The Remarkables, Million Dollar Cruise, Glenorchy, Devil's Staircase & Te Anau  


Sabtu - 24.11.2018


Pada hari ke-lima pengembaraan di bumi New Zealand, kami bangun seawal 5 pagi dan bersiap. Pagi ni aku masak nasi goreng untuk breakfast. Setelah selesai semua apa yang patut, kami check-out dan terus menuju ke destinasi pertama hari ini.


Destinasi kami pagi ini ke The Remarkables yang jaraknya sejauh 25 km dari Butterli Lodge, Queenstown. Cuaca pagi ni nampak cantik. Awan semakin berlalu pergi sedikit demi sedikit dan menampakkan langit biru. Semoga berkekalan. Tapi bila check whether forecast, dijangka akan hujan sepanjang hari.


Naik ke The Remarkables melalui jalan di tepi cerun, berliku dan berselekoh tajam. Sila berhati-hati memandu. 



Pemandangan sangat cantik. Beberapa kali kami berhenti ambil gambar. Pantang nampak ada ruang selamat, mesti berhenti. Yang bestnya hanya kami saje waktu ni. Takde kenderaan lain pun yang lalu sini sama ada turun atau naik. Sunyi sepi.


The Remarkables ni terkenal dengan aktiviti bermain ski yang dibuka pada musim sejuk. Terdapat 3 gunung yang terdapat di kawasan ini. Dinamakan The Remarkables oleh Alexander Garvie pada tahun 1857.


The Remarkables menawarkan pemandangan indah Queenstown daripada pelbagai arah. Walaupun kawasan ni digunakan untuk bermain ski pada musim sejuk dan mendaki pada musim panas, kita boleh drive naik ke atas dan menikmati pemandangan Queenstown dan kawasan sekitarnya.



Kami target drive sampai ke atas. Sampai di satu kawasan ada kesan tanah runtuh. Ada ruang lalu, aku teruskan drive. Naik ke atas, jumpa tanah runtuh lagi. Kali ni ruang agak sempit dan ada saliran air mengalir. Ruang yang ada itu tepi gaung. Kalau termakan sikit, memang selamat jatuh ke bawah.


Pada mulanya, aku nak cuba teruskan. Tapi wife aku halang. Jadi kami tak teruskan perjalanan sampai ke atas. Kami patah balik turun semula. 



Sekali lagi nampak ruang berhenti kami berhenti ambil gambar dan menikmati pemandangan sekitar. Cantik sangat pemandangan dari atas ni. Ketika kami di atas ni, cuaca ada sebahagiannya mulai mendung dan sebahagian lagi cerah.


Selesai bergambar kami beredar dari situ. Perjalanan turun kami masih disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun jalan berliku dan selekoh sangat tajam. 



Sila berhati-hati ketika memandu menuruni gunung demi keselamatan diri. Nasib baik musim panas jalan tak licin. Aku bayangkan kalau drive pada musim salji pasti lebih mencabar dengan jalan yang licin.


Semasa kami turun masih tidak bertembung dengan kenderaan lain. Mungkin masih terlalu awal agaknya kami ke sini.


Kami sambung perjalanan menuju ke Queentown semula untuk aktiviti hari ini. Sayang sebenarnya nak tinggalkan The Remarkables ni sebab pemandangan di sini sangat indah.


Sampai di bandar Queenstown, kami terus cari parking. Kalau boleh nak cari free parking. Kami dijangka menghabiskan masa 3 jam di sini. Kebanyakkan kotak-kotak parking ada had masa dan memandangkan hari ini hari Sabtu, jadi parking masih kena bayar.


Kebetulan pagi tadi masa kami nak ke The Remarkables ada nampak kereta park berhampiran kawasan perumahan yang tak jauh dari Wharf. Jadi wife suggest park di situ saje. Free tak perlu bayar dan tak risau kena saman.


Kemudian kami menuju ke Queenstown Trail di sepanjang Lake Wakatipu. Nampak cantik, bersih dan kemas bandar Queenstown ni. Bangunannya juga agak menarik



Semasa jalan-jalan di Queenstown Trail, kami lihat suasana agak meriah di sini. Kebetulan ada bazaar. Ramai penjual yang jual pelbagai jenis barang. 



Pertama kali tengok pasar mat salleh. Kemas dan menarik.



Di sini juga ada banyak kaunter-kaunter yang menawarkan pelbagai jenis package tour sama ada yang biasa atau extreme. Sebelum ke NZ, kami plan nak ambil shotover jet. Tapi terpaksa cancel sebab budget tak mengizinkan.



Memandangkan masih awal untuk tour kami, jadi kami pergi ke Patagonia Chocolates Cafe dulu untuk minum pagi. Masuk ke dalam dan order hot chocolate yang famous tu, cappuccino dan churros. 


Menarik sangat dalam cafe ni. Ada pelbagai jenis dessert yang mengoda nafsu dan ice cream dengan pelbagai jenis perisa. Ikut hati rasa nak order saje.



Selesai order, kami pilih duduk di meja luar. Boleh menikmati pemandangan tasik dan bandar Queenstown sambil melihat gelagat orang ramai. Rasa minuman dan churrosnya memang sedap.


Selesai makan, masa masih awal lagi jadi kami jalan-jalan melihat kawasan sekitar yang berdekatan.



Cuaca kelihatan seperti semakin berawan dan mendung. Beginilah keadaan cuaca di New Zealand ni. Cepat sangat berubah.


Pukul 10.40 pagi kami ke kaunter Million Dollar Cruise. Tunjuk booking receipt untuk tukar tiket tour pukul 11.00 pagi. Aku booked Million Dollar Cruise melalui www.bookme.co.nz dengan harga NZD19.50 seorang. Aku beli 2 bulan sebelum ke New Zealand. 


Masa tunggu nak naik cruise, ternampak harga tiket walk-in di Counter Ticket Office tertulis NZD39 seorang. Harga tiket walk-in tu sama dengan harga beli di www.bookme.co.nz untuk dua orang. Terasa berbaloi beli awal walaupun rasa agak terikat dengan waktu tour. Bila dah beli awal tak boleh nak skip. Kalau skip rasa rugi pula biar tiket burn. 


Tiba time tour start, kami semua naik cruise. Cruise ni ada dua tingkat. Tempat duduk di bawah dan view lebih luas boleh lihat dari deck atas. Kami lebih banyak habiskan masa di atas. Boleh tengok pemandangan 360 darjah. Tapi sejuk gile di atas ni.


Tour bermula dari Queenstown Wharf kemudian melalui Queenstown Garden, Queenstown Golf Course dan sepanjang kawasan perumahan Kelvin Heights.



Sepanjang pelayaran menyusuri tasik ini, kapten akan menerangkan maklumat berkaitan setiap ceruk atau tempat yang dilalui masa dalam cruise ini. Setiap tempat ada ceritanya tersendiri. 

Kelihatan gondola di atas gunung.

Tour ini mengambil masa 90 minit dan cruise berlayar agak perlahan bagi memberi peluang penumpang menikmati pemandangan dan mengambil gambar dengan tenang.


Tour ini dipanggil dengan nama Million Dollar Cruise kerana menurut kapten, semua rumah-rumah yang mengelilingi Lake Wakatipu ini bernilai jutaan dollar dan harga tanah di kawasan ini tersangat mahal. Bayangkan sebahagian rumah berviewkan lake manakala sebahagian lagi berviewkan The Remarkables. Patutlah mahal.



Kapten ada tunjukkan mana-mana rumah orang terkenal yang ada di sini antaranya pelakon terkenal Wolverine iaitu Hugh Jackman dan siapa lagi entah aku dah lupa. Almaklumlah, sibuk ambil gambar.



Pemandangan memang sangat cantik di sekitar Lake Wakatipu ini. Dengan pemandangan tasik dan gunung-ganang. Tapi malangnya cuaca masa ni mendung. Jadi sedikit suram dan kurang awesome.



Sampai di satu bahagian tasik yang agak cetek, kita boleh lihat kejernihan air tasik ini yang sangat jernih. Menurut kapten, air Tasik Wakatipu merupakan nombor dua air terjernih di dunia selepas air di Antartika. Kata kapten lah, aku rasa...yeke?!. 



Kalau bernasib baik boleh nampak ikan trout di sekitar Willow Islands. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Tak nampak pun ikan trout berenang-renang. Cuma nampak itik saja yang berenang riang di tasik ini.



Kapten akan berhenti di satu spot untuk penumpang ambil gambar berlatar belakang The Remarkables. So bagi handphone atau kamera pada kapten kemudian keluar ke hujung cruise. Kapten akan tolong ambilkan gambar sesiapa yang nak bergambar di situ.

Kemudian cruise akan melepasi Hilton Hotel sehingga ke hujung Lake Wakatipu. Kemudian nampak jambatan yang melintasi Kawarau River dengan pemandangan indah berlatar belakang The Remarkables. 




Selepas sampai ke penghujung lake, cruise akan pusing balik menyusuri Frankton Arms kembali ke Queenstown Wharf mengikut laluan sebelah lain.



Pada aku agak berbaloi juga tour ini sebab dapat melihat dan menyaksikan pemandangan sekitar Lake Wakatipu daripada sudut lain. Harganya juga tak terlalu mahal.



Cuma mungkin pergerakkan cruise yang agak perlahan kadang kala buat rasa bosan. Dan mungkin juga perasaan bosan tu disebabkan aku dah kesuntukkan masa untuk cover tempat lain sebenarnya. Ditambah pula dengan cuaca yang semakin mendung dan kelam menjadikan rasa agak sedih sedikit.



Semasa pelayaran menuju ke Wharf kebetulan dapat tengok aktiviti shotover jet sedang dijalankan. Di wharf ni ada bermacam-macam kaunter aktiviti air yang boleh kita join kalau berminat dan ada duit. Antaranya jetboating, kayak, rafting dan banyak lagi.



Sampai di wharf, sekali lagi kami pergi ke Patagonia Chocolates Cafe. Kali ni tujuan kami nak beli ice krim. Dengar cerita ice cream di sini sedap. Wife pilih perisa coklat dan disalut dengan white chocolate kemudian top-up dengan sprinkles. Harga NZD8.00. 


Kami lepak sekejap di meja luar cafe menikmati ice cream sambil menyaksikan pelbagai gelagat manusia yang semakin bertambah. Memang sedap rasa ice creamnya. Cuma sprinkles tu agak manis sikit. Ada macam-macam top-up lain sebenarnya boleh dipilih selain daripada sprinkles. 


Semakin meriah suasana di sepanjang Queenstown Trail ni. Ada street performance berhampiran dengan cafe. Best kalau boleh lepak lama lagi di sini.


Lepas habis makan ice cream, kami terus ke Cookies Time pulak. Tak jauh jalan kaki dari wharf tadi. Sambil tu jenguk-jenguk kedai sepanjang jalan ke Cookies Time. Pada aku Queenstown ni nampak best dan happening. Kalau boleh nak spend lama sikit dan jalan-jalan sekitar bandar Queenstown. 



Selepas 5 ke 10 minit jalan kaki, kami sampai di Cookies Time. Dekat saje. Masuk saje kedai terus terasa excited dengan suasana kedai yang happening. Sesuai untuk mereka yang berjiwa muda.


Kami terus pilih cookies mana yang ingin dibawa pulang. Ada macam-macam pilihan dan harga agak affordable pada aku. 


Cookies Time ni ada jual pelbagai jenis biskut, ice cream dan shake. Nampak semuanya seperti sedap-sedap belaka. Kami suka rasa cookiesnya. Memang sedap. T-shirt dan cenderahati Cookies Time pun ada. 



Kami beli 2 paket biskut untuk bawak balik dan ice cream untuk makan on the way ke kereta.


Selesai membeli, kami terus jalan menuju ke kereta untuk ke destinasi seterusnya. On the way ke kereta, kami lalu di kedai burger yang famous di Queenstown tu iaitu The Fergburger. Memang ramai orang di kedai tu. Dengarnya dia guna daging halal. Kami tak pergi pun, hanya lalu saje. Singgah beli air mineral dan jajan sikit.


Sampai kereta, kami terus gerak menuju ke Lake Hayes. Cuaca waktu ini kelihatan semakin mendung. Tak sampai separuh perjalanan, hujan pun turun. Bila tengok hujan yang semakin lebat dan cuaca kelihatan kelabu kami batalkan niat ke Lake Hayes. Sebab bila cuaca macam ni pasti view tak menarik. 

Jadi, kami patah balik terus ke Glenorchy. Jarak dari Queenstown dalam 46km. Perjalanan kami menuju ke Glenorchy ketika ini tidak hujan tapi awan mendung sepanjang jalan. Check weather forecast, hujan di Glenorchy dan kawasan sekitarnya sepanjang hari. Redha dengan ketentuanNya.


Perjalanan kami ke Glenorchy disajikan dengan pemandangan yang sangat indah kerana jalannya melalui sepanjang tepi Lake Wakatipu hingga ke hujung tasik dan di sebelahnya pula pemandangan gunung ganang. Sangat memukau mata.


Sampai di satu tempat masa on the way, tiba-tiba nampak pokok bunga lupin banyak di tepi tasik daripada jalan raya. Kebetulan ada ruang untuk berhentikan kereta. 


Apa lagi, kami ambil kesempatan berhenti dan ambil gambar. Banyak juga pokok bunga lupin di sini. Selain kami ada juga beberapa orang lain sedang melepak dan bergambar di sekitar sini.



Lepas bergambar kami sambung semula perjalanan. Cuaca semakin kelabu dan kelam. Tak lama kemudian hujan renyai-renyai pun turun. Ketibaan kami di Glenorchy disambut dengan hujan, mendung dan kabus. Sedih sebab tak dapat tengok view cantik.


Glenorchy dikenali dengan nama "Gateway to Paradise" kerana menjadi laluan untuk ke Routeburn Track dan South West New Zealand World Heritage Area.



Disebabkan pemandangan yang indah, Glenorchy telah menjadi pilihan ramai pengarah sebagai tempat lokasi penggambaran filem diantaranya seperti Lord of The Ring - The Fellowship of The Ring, Vertical Limit, The Chronicle of Narnia - Prince Caspian dan X-Men Origins - Wolverine.



The Willow Trees Of Glenorchy

Glenorchy di kelilingi gunung-gunung, tasik, sungai, hutan beech dan berada di tepi Mount Aspiring National Park dan Fiordland National Park. Sebab tu pemandangan di sini sangat indah kalau cuaca baik.

Sedihnya, cuaca hujan dan berkabus semasa kami di sini. Jadi pemandangan nampak agak kelam dan berkabus. Walaupun cuaca hujan, pada kami pemandangan masih kelihatan agak cantik dan nampak mistik.


Selepas bergambar di jeti kami ke sebelah kanan sebab wife nampak ada banyak pokok bunga lupin. Dia memang pantang nampak bunga lupin. Mesti takkan lepaskan peluang ambil gambar. Aku layankan saje.



Agak lama juga kami di sini walaupun hujan. Akhirnya aku ajak wife beredar dari sini menuju ke destinasi seterusnya. Seperti biasa, kena ajak banyak kali baru dia nak gerak. 



Dari Glenorchy menuju ke destinasi seterusnya, kami lalu jalan yang sama iaitu Glenorchy - Queenstown Road menuju ke Queenstown untuk top-up minyak. Selesai isi minyak di Queenstown, kami ambil State Highway 6A (Frankton Road) dan kemudian masuk State Highway 6 (Kingston Road) menuju ke Te Anau yang dijangka mengambil masa lebih 3 jam dengan jarak 219 km.


Kali ni kami teruskan perjalanan tanpa berhenti dimana-mana sehinggalah sampai di Devil's Staircase iaitu salah satu The Most Scenic Roads in New Zealand. Kami berhenti di ruang yang selamat. 



Jalan yang digelar dengan nama The Devil's Staircase ini terletak di antara kawasan pergunungan, Wakatipu Lake dan The Remarkables. Memang nampak cantik dan menarik view jalan yang berliku-liku di antara gunung dan tasik ni.




Selepas bergambar kami sambung perjalanan semula. Tak lama kemudian berhampiran Kingston kami berhenti di satu point untuk view Lake Wakatipu.


Kami sambung semula perjalanan dan memasuki bandar Kingston. Berhenti sekejap untuk toilet break. Kemudian sambung lagi perjalanan. Perjalanan yang masih jauh.



Tapi tidak lama selepas perjalanan baru dimulakan, ternampak pulak ladang kambing yang menarik perhatian kami. Ladang yang cantik ini masih terletak di kawasan Kingston. Jadi kami berhenti ambil gambar sebagai kenangan. 


Bukan senang nak ambil gambar kambing pada jarak dekat. Sebab kambing ni akan lari kalau nampak kelibat manusia. Oleh kerana pada hari tu aku pakai baju hijau, wife beri cadangan agar aku menyamar jadi seperti rumput. 

Aku pun cuba merangkak mendekati kambing dengan cuba menyembunyikan muka. Jadi kambing ni semua datang dekat sambil memerhati dengan pelik kelibat berwarna hijau di depan mereka. Akhirnya berjaya juga dapat gambar kambing memandang kamera lebih dekat. 


Selesai ambil gambar, perjalanan di sambung semula melalui Fairlight.



Tak lama kemudian kami masuk ke bandar kecil Garston. Sekali lagi kami berhenti sekejap untuk rengang dan luruskan pinggang sambil lihat bangunan di bandar Garston.




Kami tak lama di sini. Kembali sambung perjalanan melalui Nokomai. View jalan seperti menarik perhatian, jadi kami berhenti sekejap untuk bergambar di tengah jalan.


Selepas bergambar kami sambung kembali perjalanan melalui Athol. Cuaca di sini semakin mendung. View gunung ganang semakin menghilang.



Kali ni kami tidak berhenti di mana-mana pun disebabkan tiada apa yang menarik sangat. Tambahan hari dah mulai menghampiri senja. Kami cuba sedaya upaya untuk sampai ke destinasi awal sebelum hari gelap.

Di Fairlight

Di Lowther

Perjalanan kami diiringi dengan awam mendung sepanjang jalan. Tak lama kemudian kami memasuki kawasan Mossburn. 

Sampai di Mossburn

Di Centre Hill

Masih di Centre Hill

The Key

Setelah menempuh perjalanan hampir 4 jam, akhirnya kami selamat sampai di Te Anau


Sampai saje di Te Anau kami terus ke Mainly Seafood. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum kedai tutup pukul 9.00 malam.



Kami order take away fish & chip dan mini spring rolls untuk makan malam nanti.


Kemudian kami terus ke tempat penginapan untuk malam ni di Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park. Kami telah maklumkan kepada pihak Holiday Park akan sampai lewat, jadi kunci dan maklumat kabin sudah diletakkan dalam box depan pintu reception. Ambil kunci dan terus ke kabin untuk simpan barang.


Selesai simpan barang kami keluar semula ke bandar Te Anau untuk top up minyak. Selesai isi minyak kami singgah di tepi Lake Te Anau layan view sunset cantik sekejap. Badan dah letih dan mengantuk sangat sebenarnya waktu ni. Jadi mood nak berjalan dah ke laut.


Pekan Te Anau terletak di tepi tasik dengan latar belakang Mount Luxmore dan Muchison. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antara yang menarik perhatian aku ialah glow worm tour dan Milford track. Tapi semua package ni agak mahal.


Lepas ambil gambar sunset, kami kembali ke Holiday Park. Agak besar juga kawasan holiday park ni dan lengkap dengan segala kemudahan.


Selepas selesai apa yang patut, kami makan malam fish & chips dan spring rolls yang ditapau tadi. Portionnya agak banyak dan kami berdua tak mampu habiskan.


Selesai makan kami terus tido. Letih dan mengantuk yang amat sangat. Esok kena bangun awal lagi. Begini hari-hari kami di NZ ni. Bangun seawal pagi dan balik ke penginapan lewat malam. Sambung hari ke-enam. 👈

Perjalanan kami hari ini.

Perbelanjaan hari ke lima :-
  1. Patagonia Chocolate Cafe - NZD22.00
  2. Million Dollar Cruise - NZD19.50 x 2 = NZD39.00
  3. Ice Cream - NZD8.00
  4. Cookie Time - NZD25.00
  5. Beli air mineral & jajan - NZD7.50
  6. Petrol Queenstown - NZD60.00
  7. Mainly Seafood - NZD28.00
  8. Petrol Te Anau - NZD10.00
  9. Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park - NZD76.00
Total - NZD275.50



1 comment:

  1. Tolong tanya hari ke 6 dan selanjutnya di nz apakah ada? Thanks

    ReplyDelete