Total Pageviews

Japan - Day 4


Isnin - 27.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Takayama, Shirakawa-go, Nakabashi Bridge, Old Town, Toyama


Hari ke 4. Sambungan kejadian hari ketiga akibat terlepas train terakhir ke Takayama semalam, aku naik bas ke Toyama.

Sampai di Toyama pukul 5.00 pagi. Minah Jepun yang duduk sebelah wife aku tunjukkan kat mana Toyama Station nak ambil train pertama ke Takayama pukul 5.38 pagi.

Terus cari coin locker nak simpan beg. Lepas tu terus cari platform train ke Takayama. Alhamdulillah sempat naik train. Tepat 5.38 pagi train gerak. 

Yang lucunya train ke Takayama ni cuma satu gerabak je. Mula-mula wife aku ingat tu train pekerja. Nasib baik aku tanya kat officer tu. Kalau tak tengok je train tu gerak.

Bila sampai kat Toyama Station ni barulah tau besar juga bandar Toyama ni dan barulah tau yang kat Toyama Station ni ada shinkansen. Bila ternampak perkataan shinkansen baru aku terfikir mesti ada shinkansen dari Nagoya atau pun Yokohama. Tension juga rasanya.

Nampak signage shinkansen

Tapi takpelah. Semuanya dah jadi. Sekarang cuma berharap sempat sampai ke Takayama sebelum pukul 8.00 pagi. Kalau tak melepas tour yang aku booked.

Train gerak tak laju. Lepas tu berhenti kat setiap station. Tapi takde orang pun yang naik. Sampai kat satu station ni (tak ingat dah namanya) kena tukar train untuk ke Takayama. Barulah naik train panjang sikit.

Aku risau train lambat sampai. Masa tunggu train transfer kat station tadi tu aku cari public phone nak call hostel bagitau yang aku datang untuk tour. Tapi tak jumpa. Akhirnya dengan muka tebal aku minta tolong salah sorang passenger yang naik dengan aku minta dia call kan hostel guna handphone dia. Nasib baik dia sudi membantu. Try call sampai dapat. 

Apa pun situasi yang akan berlaku semua kena tunggu aku sampai Takayama dulu.

Sementara tu layan pemandangan sepanjang perjalanan ke Takayama yang sangat cantik dulu. View gunung ganang, air sungai yang jernih dan sawah padi yang baru nak ditanam memang terasa tenang dan sangat memukau pandangan mata.

Sampai di Takayama Station pukul 7.50 pagi. Berlari kitorang pegi cari J Hopper Hida Takayama Guest House. J Hopper ni hostel yang aku booked untuk bermalam di Takayama dengan harga 6,600 yen satu malam. 

Untuk aktiviti hari ini aku pegi ke ShirakawagoBooked tour Shirakawago melalui J Hopper juga. Dapat diskaun 500 yen. Harga untuk tour 4,000 yen seorang. Untuk guest J Hopper dapat diskaun 500 yen so kena bayar 3,500 yen seorang. 

Tapi aku tak dapat nak bermalam di J Hopper sebab aku dah terlepas train semalam. Aku booked bilik private shared bathroom ryokan style. Melepas nak rasa ryokan kat Takayama.

Kembali semula cerita hari ini, masa berlari tu aku nampak bas warna merah. Wife aku tahan tanya pegi Shirakawago kan. Driver tu kata ye tapi kena naik kat Takayama Station. Bengang tak dengar. Aku punyalah berlari kejar masa, sekali tunggu kat Takayama Station je. Baik aku terus tunggu situ je masa dah sampai tadi. Macam-macam kejadian terjadi kerana Mt. Fuji dan Shirakawago ni.

Sebenarnya wife aku ada bagitau yang berkumpul di Takayama Station tapi aku yang kata tunggu kat hostel sebab kita ambil package tour dengan hostel. So memang salah aku lah.

Aku jalan kaki balik ke Takayama Station. Sampai situ check nama semua. Aku bagitau aku tak bayar lagi. Aku akan bayar kemudian lepas balik nanti. Senang je dorang faham dengan situasi yang terjadi pada kitaorang.

Tepat pukul 8.00 pagi bas terus bertolak ke Shirakawago. Sepanjang perjalanan akan melalui banyak terowong untuk sampai ke situ. Lebih kurang 14 buah terowong kalau tak silap aku. Perjalanan mengambil masa satu jam dari station tadi.


Antara terowong yang dilalui

Bas akan berhenti di Observatory Point dulu untuk 30 minit. Dari sini boleh nampak view keseluruhan perkampungan Shirakawago. Ambil gambar lepas tu merayau kat kedai cenderahati. Berkenan dengan fridge magnet kat situ tapi aku tak beli. Nanti beli kat bawah je. Mungkin harga lebih murah.

View keseluruhan Shirakawago daripada Observatory Point

Pokok masih gondol

Cukup 30 minit bas bergerak masuk ke kawasan perkampungan pulak. Kami semua diberi masa 1 jam 30 minit untuk melawat kawasan sekeliling. Tour guide ada sediakan map untuk rujukan. 

Jambatan masuk



Shirakawago adalah sebuah perkampungan kecil yang terdiri daripada rumah-rumah tradisional Jepun yang dikenali "Gassho-zukuri". Gassho-zukuri dikenali dengan atap rumah yang menggunakan jerami dan bentuk seperti tangan sedang mengenggam dan berdoa bagi orang Jepun. Jerami atap rumah sangat tebal untuk menampung salji tebal pada musim sejuk. 






Shirakawago adalah salah satu kawasan yang menerima paling banyak salji di Jepun. Kawasan ini juga di kelilingi dengan gunung-ganang dan sungai. Permandangan waktu musim sejuk adalah paling menarik dan perkampungan ini juga telah mendapat pengiktirafan UNESCO's World Heritage. Memang wajib pegi.




Kalau datang waktu musim luruh pemandangan pun mesti cantik dengan warna warni daun maple di kawasan gunung dan sekeliling.

Pada musim sejuk suhu boleh mencecah sehingga -15 darjah celcius. Pada musim panas pula suhu kepanasan boleh mencecah sehingga 35 darjah celcius. Fuh! Panasnya.

Jalan kawasan sekeliling sambil ambil gambar. Ada rumah yang dah dijadikan muzium. Ada yang dah jadi kedai cenderahati. Ada juga yang dijadikan sebagai tempat membuat kraftangan dengan demo sekali. Kalau berminat boleh cuba dan beli.


Cili kering

Masuk rumah muzium kena bayar entrance fee. Sekiranya berminat boleh cuba tea ceremony. Kena charge jugak ye. Aku nak jugak try tea ceremony tapi tak sempat.


Kesian. Sampai teleng kepala dia


Napa termenung bang oii

Cuaca sangat cantik hari ini. Dengan warna langit biru tanpa awan. Cuaca pun tak lah terlalu sejuk. Hanya bila angin bertiup yang buat cuaca rasa sejuk sikit. Ronda satu kampung sambil ambil gambar.




Waktu ni bunga sakura tengah meriah berkembang. Tapi sayang tak banyak pokok sakura yang ada. Perkampungan ni memang cantik dan nampak tradisional sangat. Terasa aman damai dan tenang je di sini.



Pada aku 1 jam 30 minit memang tak cukup. Bila masa dah nak hampir habis, kelam kabut kitorang cari fridge magnet. Aku masuk semua kedai souvenir. Ada memang ada tapi takde yang secantik macam kedai kat Observatory Point tadi tu. Menyesal tak beli tadi.




Janganlah sedih. Ada rezeki kami datang lagi.

Lagi 15 minit nak cukup masa yang diberi, aku gerak balik ke bas. Bila semua orang dah naik bas terus gerak balik ke Takayama. Perjalanan balik ambil masa 1 jam.


Bas berhenti di Takayama Station. Aku terus gerak ke J Hopper untuk settle kan semua bil dan nak tumpang mandi. Nasib baik orang kat J Hopper tu bagus belaka. Dorang siap bagi bilik untuk kitaorang rehat dan bersiap sekejap. Nak makan minum pun boleh je ambil kat dapur dorang.


Selesai mandi, badan pun dah segar semula, kitaorang terus ke Old Town untuk aktiviti seterusnya di Takayama. 

Bandar Takayama sangat cantik, bersih dan tenang. Terasa ketenangan masa berjalan-jalan di bandar ni. Kereta pun tak banyak dan serabut.



Sebelum sampai ke Old Town akan jumpa Nakabashi Bridge dulu. Nakabashi bridge merupakan mercu tanda yang paling dikenali di Takayama. Festival floats (yatai) diadakan pada setiap musim bunga dan luruh dan menjadi tarikan utama para pengunjung. Festival ini merupakan salah satu daripada 3 festival yang popular di Jepun. 



Pada pertengahan bulan April sekitar jambatan ini akan penuhi dengan bunga sakura, pada musim panas dipenuhi warna kehijauan, pada musim luruh dengan daun yang berwarna warni manakala pada musim sejuk dipenuhi dengan salji.

Tapi aku terlewat seminggu. Kalau tak aku berpeluang melihat bunga sakura yang berkembang disekitar Nakabashi Bridge ni. Mesti cantik pemandangan waktu tu. Takde rezeki.




Lepas jalan sekitar jambatan terus nampak Old Town. Ramainya orang waktu ni. Terutamanya rombongan pelancong dari negara China. Rasa serabut pun ada.


Old Town merupakan sebuah bandar Takayama lama yang masih mengekalkan bangunan lama yang cantik seperti Zaman Edo. Terdapat banyak rumah-rumah lama, kedai, coffea house dan kedai sake yang masih dipertahankan tradisinya. Kedai-kedai dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.






Kalau malas nak jalan kaki melawat kawasan sekitar ada beca manusia Jepun atau dikenali Rickshaw ride. Harga 5,000 yen seorang untuk 30 minit. 






Sambil jalan sambil singgah masuk mana kedai yang rasa tertarik nak masuk. Masa masuk satu kedai ni ternampak ada jual lemon with honey macam yang aku beli masa di Korea. Memandangkan stock kat rumah dah nak habis so aku beli satu kotak untuk bawak balik. Kat kedai tu ada jual ice cream, so belikan untuk wife aku ice cream vanilla with raspberries. Ice cream ni memang sedap gile wei! 


Di kawasan ni memang banyak kedai jual ice cream. Mana-mana akan nampak orang sedang makan ice cream dan ice cream kat Jepun ni memang semuanya nampak menarik, tertarik, ko memang deboom. So sambung jalan lagi. Macam-macam ada. Macam-macam jumpa. 

Apa ko tengok sampai teleng kepala tu.

Samurai pun ada

Masa jalan-jalan ada nampak satu restoran ni. Tengok menu yang diletak kat luar. Menu semua nampak confident boleh makan. Terus masuk. Almaklumlah dari semalam tak makan nasi. Hanya makan biskut dan coklat untuk alas perut. 

Seronok sangat dapat betul-betul makan kali ni. Sedap juga makanan kat kedai ni. Portion pun banyak. Masing-masing tak larat nak habiskan. Dah terlampau kekenyangan. Tambah dengan mengantuk lagi. Rasa nak terus tido je kat dalam kedai tu.

Green tea dorang bagi free

Menu yang kitorang order

Tempura. Yummy!!

Selesai makan terus jalan ke Takayama Station nak ambil train balik ke Toyama sambil layan view bandar Takayama. Bandarnya memang cantik, bersih dan rasa sangat ketenangan bila berada di sini. Sekali lagi jumpa macam-macam benda di sini.

Tak lenguh ke tangan tu abg buncit oii

Pakcik dapat ikan la..

Abg polis, tolong beli eskrem sugi satu. Sedap tak puas la..

Letter box bentuk handbag

Patung ni boleh nampak dimana-mana sahaja di Takayama

Secara jujurnya memang terasa sangat tenang bila berada di Takayama ni. Terasa sangat seronok dan selamat berada di sini. Kedai-kedainya pun sangat menarik.

Sambil jalan sambil tengok-tengok fridge magnet. Ada juga sangkut beli dua fridge magnet. Kat Jepun ni fridget magnetnya memang cantik-cantik. Kualiti pun ok. Bukan jenis buat cincai macai macam setengah tempat terutamanya macam kat Vietnam. Tapi harga kat sini boleh tahan mahal kalau convert. Kalau duit yen memang standard rate sini.




Di Jepun kita boleh jumpa vending machine di mana mana sahaja. Memang berlambak banyak. Macam-macam dorang jual. Air minuman, snack, rokok, ice cream dan macam-macam lagi. Kalau rasa dahaga tak perlu susah susah nak cari kedai. Boleh beli je di vending machine yang diletakkan di merata-rata tempat.


Sampai di Takayama Station kena tunggu sekejap untuk naik train ke Toyama Station. Sempat juga merayau-rayau kawasan sekitar sebelum dorang benarkan dan panggil masuk ke platform.

Nak internet free boleh surf di sini

Bila train dah nak sampai pegawai yang jaga gate masuk baru benarkan kami semua masuk ke platform. Tunjuk JR pass kat dorang, terus masuk, bila train sampai terus naik dan bermula perjalanan pulang ke Toyama.

Takayama Station

Sepanjang jalan balik ke Toyama layan pemandangan yang sangat cantik. Pemandangan air sungai berwarna hijau yang sangat jernih dan bersih. Ditambah dengan pemandangan gunung-ganang yang cantik. Memang memukau pandangan mata yang memandang. Tapi makin lama mata semakin mengecil. Makin kecil dan kecil dan akhirnya aku tewas dan tertido sampai lah ke Toyama.

Sampai Toyama Station terus cari Hotel yang aku booked. Malam ni aku stay kat Toyama untuk aktiviti esok pulak. Aku booked Hotel Route-Inn Toyama Ekimae harga 7,850 yen untuk satu malam. Bilik kecil tapi bersih. Ok lah untuk stay satu malam dan yang paling penting dekat dengan train station.





Masa wife aku tengah kemas beg untuk esok aku pegi keluar survey Toyama Station. Biar esok senang tak payah nak mencari cari lagi. Boleh terus pegi. Almaklumlah bila kena keluar pagi buta ni takut juga terlajak tido. Kenapa aku nak kena survey Toyama Station padahal aku tadi dari Toyama Station, tu nanti sambung di entri hari seterusnya.

Basikal untuk disewa...guna coin utk buka lock dia...kalau tak silap 500 yen

Malam makan maggie cup dan burger shrimp beli kat Lotteria masa pegi survey Toyama Station tadi lepas wife aku selesai kemas beg semua. Barang yang nak pakai esok siap-siap keluarkan. Yang tak pakai sumbat jadi satu beg.



Settle semua hal kemas dan makan terus tido. Sambung hari kelima.

Perbelanjaan hari ke empat :
  1. Lemon with honey - 1,000 yen
  2. Ice cream - 350 yen
  3. Makan di Old Town - 3,100 yen
  4. Fridge magnet - 420 yen x 3 = 1,260 yen
  5. Lotteria - 470 yen
Total - 6,180 yen


No comments:

Post a Comment