Total Pageviews

Japan - Day 6


Rabu - 29.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Arashiyama Bamboo Forest, Fushimi Inari, Kinkaku-ji Temple (Golden Pavilion), Osaka


Hari ke 6. Pagi ni lewat sikit. Macam biasa lepas breakfast biskut cicah milo terus check out. Simpan beg kat hostel. Selesai semua terus gerak keluar. 

Hari ni merayau rayau sekitar Kyoto saje. Aktiviti pertama hari ni ke ArashiyamaAku pilih ke Arashiyama awal pagi sebab takde waktu operasi dan takde entrance fee. 

Dari hostel terus keluar jalan kaki ke Kyoto Station. Ambil train JR Sagano Line berhenti di Saga-Arashiyama Station. Masa dalam train jumpa student dari Malaysia. Dia pun nak pegi ke destinasi yang sama. 

Sampai di Saga-Arashiyama Station terus keluar jalan kaki lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk sampai ke Arashiyama Bamboo Forest. 

Anak Jepun yang baik

Map Arashiyama

Masa jalan kaki ke Bamboo Forest akan jumpa Nonomiya Shrine dulu. Singgah tengok apa yang ada di Nonomiya Shrine dan ambil gambar. Sekejap je kat sini. Shrine ni pun kecil je.





Lepas tu kitorang terus gerak jalan kaki ke depan lagi. Tak lama jalan dah boleh nampak lorong dengan pokok buluh tinggi. Maknanya dah sampailah di Arashiyama Bamboo Forest.

Arashiyama adalah salah satu tarikan utama yang terletak di barat Kyoto. Sangat terkenal dengan hutan buluh dan menjadi tarikan utama kepada pengunjung untuk datang ke sini.



Ikut walking path sepanjang Bamboo Groove sambil ambil gambar. Awal pagi dah ramai yang datang. Jangan harap nak ambil gambar kosong. Laluan buluh ni memang cantik dan menarik. Dengan buluh ni juga mereka gunakan untuk menghasilkan produk seperti bakul, cawan, kotak dan tikar.




Kat sini juga menjadi pilihan kepada para pengantin untuk membuat sesi fotografi mereka. Ala-ala pre-weeding photo gitu. Memang view lorong buluh ni cantik dan nampak macam dalam studio yang biasa kita tengok. 


Kemudian perjalanan diteruskan dan jumpa Tenryuji Temple pulak. Aku tengok dari luar je. Tak singgah pun. Jalan ke depan lagi jumpa taman. Banyak pokok maple yang masih hijau. Cantik.

Arashiyama juga terkenal dengan persekitaran alam semulajadi dan gunung ganang yang cantik. Menjadi tarikan terutama pada awal April ketika musim sakura dan pada minggu ke dua bulan November ketika musim luruh dengan warna warni daun maple. 




Terus jalan ke depan jumpa sungai dan di belakangnya gunung ganang yang cantik. Tambah cantik lagi kalau musim luruh sebab kebanyakkan pokok-pokok tu adalah pokok maple. Tetiba rasa kuat nak datang waktu musim luruh pulak.




Jalan sepanjang sungai sambil tengok pengunjung yang tengah naik boat, yang tengah mendayung sampan pun ada. Best dan menarikkan sambil menikmati pemandangan indah. Kalau aku ada banyak masa nak juga dayung sampan sepanjang sungai ni. 


Kemudian jalan merentasi Togetsukyo Bridge masuk ke kawasan macam hutan. Jambatan ini nampak cantik dengan berlatar belakangkan gunung ganang dan hutan. Lebih-lebih lagi pada musim luruh dengan warna warni pokok maple. Terdapat sebuah taman di tepi sungai dengan pokok sakura bersebelahan dengan jambatan. Mesti cantik waktu cherry blossom.   



Ibu dan anak

Ikut laluan tepi sepanjang sungai. Kalau nak ke Zen Temple kena ikut laluan ni. Tapi aku tak pegi pun. Memang banyak temple di kawasan ini. 

Terus lagi jumpa jalan masuk ke Monkey Park Iwatayama. Aku tak pegi juga sebab nampak macam kena masuk dalam lagi dan jalan masuk pun nampak macam berbukit. Lagi pun nak menjimatkan masa. 



So jalan terus lagi sepanjang tepi sungai dengan pokok maple yang masih berwarna hijau segar. View sepanjang jalan ni pun cantik sangat. Kalau nak berbasikal ronda kawasan ni pun boleh.

Kalau berminat nak menyusuri sungai ini boleh ambil Hozugawa River Cruises dari Kameoka ke Arashiyama. Belayar sepanjang Sungai Hozugawa dengan menaiki bot tradisional yang dipandu tukang perahu yang mendayung menggunakan tiang buluh. Perjalanan menyusuri sungai ini mengambil masa 2 jam. Lamakan 2 jam. Sebab perjalanan ini agak santai dengan tujuan untuk memberi pengunjung menikmati alam semulajadi sepanjang sungai ini. Harga 4,100 yen seorang. 

Satu lagi cara dengan menaiki Saga Scenic Railway atau lebih dikenali dengan panggilan Romantic Train. Perjalanan sejauh 7 kilometer dengan menggunakan train antik lama akan membawa penumpang melalui sepanjang Sungai Hozugawa antara Arashiyama ke Kameoka dan kawasan pergunungan dengan kelajuan 25 kilometer sejam. Train bergerak perlahan agar dapat memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati pemandangan alam semulajadi dengan lebih tenang. Harga 620 yen.

Kalau ada masa aku nak naik Romantic Train dari Arashiyama ke Kameoka. Lepas tu dari Kameoka aku naik bot balik ke Arashiyama. Mesti bestkan. Lagi best kalau waktu autumn. Pasang angan-angan nak datang waktu autumn pulak lepas ni kalau ada rezeki.


Rasa macam dah jauh sangat aku jalan kat sini. Memandangkan aku pun kejar masa sebab plan cuba nak habiskan semua attraction di Kyoto hari ni juga, so aku ambil keputusan patah balik dan gerak semula ke train station tadi untuk ke destinasi seterusnya. 

Jalan kaki ke Saga-Arashiyama Station akan melalui deretan kedai-kedai makan, cenderahati dan macam-macam lagi. 



Di tengah-tengah perjalanan ke Saga-Arashiyama Station akan jumpa subway Raden Station. Tapi memandangkan aku ada JR pass lebih baik aku naik JR Lines. So aku tak perlu nak bayar apa-apa lagi. Cuma kena jalan sikit. 



Ada banyak gerai makanan kat sini. Sempat juga aku beli takoyaki kat station ni. Takoyaki yang aku beli tu memang sedap sangat-sangat. Jalan-jalan depan lagi nampak mochi. Singgah beli nak try rasa. Sedap juga tapi wife aku tak berapa suka sebab dia tak berapa suka makanan manis.

Takoyaki. Sedap gile!

Mochi

Sambung jalan kaki ke Saga-Arashiyama Station sambil ambil gambar kawasan sekitar yang cantik dan bersih. Dah masuk musim bunga maka banyaklah bunga-bunga yang sedang kembang cantik.


Sampai di Saga-Arashiyama Station aku terus ambil train balik ke Kyoto Station semula kemudian ambil train JR Nara Line berhenti di Inari Station.

Dari Inari Station dekat je jalan kaki dah sampai ke Fushimi Inari Shrine iaitu destinasi kedua aku hari ini. 

Fushimi Inari Shrine adalah sebuah kuil Shinto yang terletak di Selatan Kyoto. Terkenal dengan beribu Tori Gate yang berwarna merah terang sepanjang laluan ke dalam hutan Gunung Inari yang dianggap suci. Terdapat patung musang di kawasan kuil kerana musang di anggap sebagai utusan.






Tori Gate yang dibina sepanjang laluan adalah sumbangan daripada individu dan juga syarikat. Pada Tori Gate ada dicatit nama penderma, tarikh dan nilai sumbangan penderma. Kos paling rendah ialah 400,000 yen untuk satu Tori Gate yang paling kecil dan yang paling besar melebihi satu juta yen.






Untuk naik ke puncak gunung mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam bergantung kelajuan dan stamina individu. Terpulang samaada nak naik sampai atas atau pun tidak. Aku cuma ambil Tori Gate yang pendek sebab nak kejar masa untuk ke destinasi lain pulak lepas ni.



Habis Tori Gate pendek tu aku patah balik. Singgah kedai cederahati beli fridge magnet. Lepas tu terus ke Inari Station semula ambil train balik ke Kyoto Station sekali lagi.



Sampai di Kyoto Station aku terus pegi kaunter bas beli 1 day pass berharga 500 yen. One day pass sangat berbaloi kalau kita naik bas melebihi dua kali. Sekali naik bas tambang 230 yen. Dengan one day pass boleh naik sesuka hati untuk tempoh satu hari.


Kounter beli one day pass

One day pass

Lepas beli one day pass aku terus ke platform B nak ambil bas no 205 untuk ke Kinkakuji Temple (Golden Pavilion). Destinasi ketiga aku hari ini. Perjalanan agak jauh dengan mengambil masa 40 minit.


Berhenti di Kinkakuji-Michi bus stop. Jalan kaki lebih kurang 5 hingga 10 minit. Masuk kena beli tiket. Entrance fee 400 yen seorang. 

Ni tiket masuk. Semua bahasa Jepun.

Jalan ikut laluan jalan kaki masuk ke dalam taman. Tak lama lepas tu boleh nampak Kinkakuji. Memang cantik. Temple di dalam taman dan dikelilingi kolam. Kita hanya boleh jalan dan ambil gambar disekeliling tasik sahaja. Takde sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam temple tersebut.





Kinkakuji (Golden Pavilion) adalah sebuah kuil Zen yang terletak di Utara Kyoto. Yang menariknya dua tingkat atas temple ini disaluti dengan emas dan dibina menghadap kolam besar.



Gadis dan jejaka Jepun

Selesai ambil gambar terus gerak keluar. On the way ke jalan keluar akan melalui taman-taman. Jalan terus lagi jumpa tea garden. Taman di sini sangat cantik dan ada juga waterfall kecil di taman ini.



Keluar dari pintu exit ada kedai-kedai souvenir. Singgah kejap walaupun nak cepat. Sempat beli baju I Love Japan untuk officemate wife aku harga 1,000 yen dan fridge magnet untuk aku jadikan kenangan. Ada t-shirt tulisan Jepun cantik tapi takde color hitam. Cuma ada color putih dan warna yang aku tak suka. Tak dapat nak beli. Kecewa.

Selesai membeli, terus pegi ke bus stop. Tunggu bas balik ke Kyoto Station semula. Sampai di Kyoto Station terus ke platform D ambil bas no 100 atau 206 nak ke Kiyomizudera Temple. Aku ambil no. 206. Perjalanan mengambil masa 15 minit. 


Naik bas berhenti Kiyomizu-michi bus stop. Waktu operasi Kiyomizudera Temple pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang. Aku sampai dah pukul 5.00 lebih. Disebabkan kelam kabut kejar masa, kitorang main masuk lorong tanpa tengok map terlebih dulu. Jauh ke dalam kitaorang pegi. Masih tak jumpa bayang atau tanda-tanda yang betul. Dalam mencari tu jumpa lah macam-macam.



Sekali kitorang tersalah masuk lorong. Jumpa mat salleh  kat satu temple ni terus tanya dia. Mat Salleh ni dah bertahun lamanya tinggal di Jepun. Dia bagitau kat kitorang direction yang betul. Patah balik kena melintas baru jumpa laluan yang betul. 

Aku follow signage Yasaka-dori tu. Rupanya mana ada anak panah. Kena melintas.


Nak ke Kiyomizudera Temple aku lalu kat lorong Yasaka Shrine. Kiranya melalui Higashiyama District. Higashiyama District adalah kawasan bercerun dengan lorong sempit. Kebanyakkan bangunannya dibina dengan kayu dan kedai-kedainya masih mengekalkan tradisional lama Kyoto. 



Sepanjang jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai menjual makanan tempatan, kraftangan, cenderahati dan bermacam-macam lagi. Terdapat juga cafe dan restoran. Kebanyakkan kedai-kedai ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 atau 6.00 petang. 


Masa aku lalu ada kedai yang dah tutup. Jalan kaki lalu Yasaka Shrine dengan permandangan matahari sedang terbenam sangat cantik. Suasana sekitar pun sangat cantik. Jalan naik membukit. Agak penat dan mengah juga. 





Jalan terus naik ke atas. Akan jumpa sebuah taman cantik. Aku tak masuk pun. Hanya ambil gambar dari luar. Teruskan perjalanan sambil berharap masih boleh masuk ke dalam temple walaupun tau temple dah nak tutup confirm memang tak dapat masuk.


Sampai atas Kiyomizudera Temple dah tutup. Tak sempat nak masuk. Hanya ambil gambar dari luar. Dengan view sunset. Cantik. Lepak jap kat atas ni. Dah gelap sikit turun semula ke bawah. 




Lalu semula kedai-kedai tadi. Singgah beli fridge magnet, makan ais krim vanilla with japanese lemon. Kat kedai aku beli ais krim ni ada sample macam keropok. Aku try sedap. Try yang lain punya lah pedas yang amat. Makan ais krim konon nak cover pun masih tak hilang lagi rasa pedas tu. Power gile. Aku beli seinbei perisa kari harga 432 yen satu. Aku beli 4 bungkus.



Selesai membeli semua barang-barang tadi terus jalan turun arah ke jalan besar. Jalan sambil layan view Higashiyama. Rumah dan kedai-kedai kat sini memang cantik-cantik belaka. Nampak masih mengekalkan tradisi diorang. View waktu malam pun tetap cantik. Kitorang singgah dan jenguk-jenguk mana kedai yang masih bukak sambil ambil gambar suasana malam. 





Turun bawah semula ingatkan nak pegi Gion nak cari Geisha. Dah dekat sangat dari sini. Tapi bila tengok jam dah pukul 8.00 lebih. Aku nak kena gerak ke Osaka. Malam ni aku akan stay kat Osaka. 

Sampai bawah tunggu bas balik ke Kyoto Station. Sempat beli takoyaki harga 500 yen. Sampai Kyoto Station pegi balik hostel ambil beg dulu. Lepas tu terus gerak ambil train JR Tokaido terus pegi ke Osaka Station. Perjalanan lebih kurang 30 minit.

Sampai di Osaka Station cari Subway Tanimachi Line nak ke Tanimachi Kyuchome nak check in Hotel. Mula-mula aku cari Tanimachi Line ikut direction signboard. Makin lama direction hilang. Tengok map pening kepala tak faham. Tanya orang lepas tu aku hilang arah lagi. 

Pergi semula ke arah tempat yang mula-mula aku sampai tadi. Tanya pegawai yang jaga kaunter, dia bagi direction sama macam yang aku ikut signboard tadi. Tapi kali ni aku cuba turun tangga bawah pulak. Akhirnya jumpa signboard Tanimachi Line warna purple. Kalau sebelum ni aku naik tangga sebab tu tak jumpa. Macam mana nak jumpa, takde arrow pun suruh naik ke atau turun tangga. Signboard mati kat situ.

Lama juga aku cari subway Tanimachi Line ni. Bila dah sampai timbul satu lagi masalah masa nak beli tiket. Kat skrin takde tulis Tanimachi Kyuchome Station. Biar betul! Station ni tak wujud ke atau aku yang salah tengok. Pegi kat kaunter, mula-mula dorang pun macam tak faham atau tak tau, aku pun tak pasti. Check punya check rupanya perkataan Tanimachi Kyuchome adalah Tanimachi9-chome kat sini. Kyu tu macam bermaksud 9. Tensen aku. Macam-macam hal. Banyak sangat buang masa kat sini.

Sampai hotel terus check in. Malam ni aku booked Hotel Weekly Uehonmachi dengan harga 5,850 yen untuk 1 malam. Aku akan stay 2 malam di sini. Hotel dekat juga dengan subway station. Hotel nampak old school tapi agak besar. Bilik air kecil tapi tetap bersih. Jadilah. Asalkan dapat tido dan merehatkan badan cukuplah. Dah bersyukur sangat.


Malam makan apa saje yang ada. Hanya untuk isi perut. Badan dah letih. Otak dah fikir nak tido je.




Sambung hari ketujuh.

Perbelanjaan hari ke enam :
  1. Takoyaki di Arashiyama - 550 yen
  2. Mochi di Arashiyama - 300 yen
  3. Fridge magnet Fushimi Inari - 450 yen x 2 = 900 yen
  4. One day pass - 500 yen x 2 = 1,000 yen
  5. Entrance fee Kinkakuji - 400 yen x 2 = 800 yen 
  6. T-shirt I love Japan - 1,000 yen
  7. Fridge magnet - 420 x 2 = 840 yen
  8. Ice cream - 350 yen
  9. Seinbei - 432 yen x 4 = 1,728 yen
  10. Takoyaki - 500 yen
Total - 7,968 yen



No comments:

Post a Comment