Total Pageviews

Japan - Day 5


Selasa - 28.04.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Tateyama Kurobe Alpine Route, Kyoto


Hari ke 5. Pukul 4.00 pagi alarm handphone dah berbunyi. Selesai bersiap dan breakfast terus keluar seawal pukul 5.00 pagi. 

Dalam entri hari ke 4 aku ada bagitau yang aku keluar pegi survey Toyama Station. Itu pun kalau masih ingat lagi dan ada orang baca entri tu. Huh! Ini lah sebabnya. Aku nak cari Dentetsu-Toyama Station. Supaya aku boleh terus pegi ke station ni tanpa perlu tercari-cari dikala pagi buta tapi dah terang ni.

Toyama manhole cover

Dentetsu-Toyama Station terletak di bangunan tinggi sebelah Toyama Station tu

Plan nak ambil 1st train ke Tateyama pukul 5.30 pagi dari Dentetsu-Toyama Station. Sebab nak cepat sampai di Tateyama. Kalau lambat sampai takut ramai sangat orang nanti kat sana lepas tu kena beratur panjang dan akan ambil masa yang lama pulak nanti untuk aktiviti hari ni.

Dentetsu-Toyama Station

Local train

Sampai Dentetsu-Toyama Station dalam pukul 5.10 pagi. Terus beli tiket. Harga 1,200 yen seorang. Train ni tak covered by JR. 

Beratur beli tiket.

Train tiket ke Tateyama

Tidak dibenarkan masuk sebab train tak sampai lagi

Tepat pukul 5.30 pagi train bergerak ke Tateyama Station. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Tateyama. Walaupun awal pagi, dah ramai orang yang naik 1st train ni. Jangan ingat kau sorang saje yang nak awal. Orang lain pun nak awal juga. 

Train ke Tateyama

Sepanjang perjalanan mata dijamu dengan pemandangan gunung ganang, perkampungan pendalaman dan matahari terbit yang sangat indah. Ingatkan nak tido tapi rasa macam rugi je kalau tertinggal view cantik sepanjang laluan keretapi ni. Tapi makin lama mata pasti makin mengecil dan akhirnya terlelap juga untuk seketika.

Sunrise

Sawah padi

Sakura nun jauh di sana

Bridge

Hari ini adalah highlight kepada percutian aku ke Jepun untuk kali ini. Hari ini juga merupakan aktiviti yang paling aku tunggu-tunggu sekali iaitu Tateyama Kurobe Alpine Route

Sampai di Tateyama Station pukul 6.30 pagi. Terus beratur panjang beli tiket. Tiket boleh beli di Toyama Station tadi. Tapi aku beli di Tateyama sebab aku guna kredit kad. Malas nak bawak cash banyak sangat. Di Toyama Station hanya terima bayaran secara tunai sahaja.

Kaunter tiket di Tateyama Station ada dua. Satu kaunter reservation dan satu lagi untuk mereka yang walk in macam aku. Kalau nak cepat sikit bolehlah buat reservation tiket dulu sebelum datang. 

Aku ambil tiket sehala dari Tateyama Station hingga ke Ogizawa. Harga 8,290 yen seorang. 

Kaunter beli tiket alpine route

Harga tiket mengikut destinasi

Tiket

Untuk tiket terpulang samaada nak bayar sekali terus atau bayar di setiap station pun boleh. Route juga boleh ambil sehala, return atau dari Tateyama ke Murodo kemudian balik ke Tateyama semula atau pun dari Ogizawa ke Murodo dan balik ke Ogizawa semula. Nak mulakan route dari Ogizawa ke Tateyama pun boleh. Destinasi bergantung kepada pilihan individu.

en_map

Untuk info lanjut boleh check di website www.alpen-route.com/en/

Selesai beli tiket terus pegi ke ofis baggage delivery. Ada disediakan baggage delivery service. Harga 1,600 untuk satu beg. Takkan nak bawak beg roda besar-besar ni sekali. Sebenarnya aku ada dua beg. Bila dah keluar sweater dan winter coat aku cuba juga jadikan satu beg. Yang mana tak muat aku sumbat dalam beg kecik dan angkut sekali. Beg nanti aku collect kat Shinano Omachi.
  
Baggage delivery service counter

Delivery service fees

Selesai urusan beg terus beratur tunggu turn naik cable car dari Tateyama Station ke Bijodaira. Awal pagi pun dah kena beratur panjang gile nak naik cable car. Kalau sampai lambat lagi pasti bertambah ramai orang dan makin panjanglah kena beratur. 

Tateyama Station

Beratur naik cable car

Live update skrin

Sebelum aku teruskan cerita perjalanan ini, aku nak berkongsi sedikit info berkenaan aktiviti hari ini. 

Kurobe Alpine Route adalah laluan unik dan menarik yang melalui Utara Alps Jepun dengan menaiki pelbagai jenis pengangkutan seperti cable car, trolley bas dan ropeway. Laluan ini siap pada tahun 1971 dan menghubungkan Bandar Toyama di Wilayah Toyama dengan Bandar Omachi di Wilayah Nagano. Laluan antara bahagian Tateyama Station dan Ogizawa ditutup untuk kenderaan persendirian. Laluan ini juga ditutup untuk semua kenderaan dari bulan Disember hingga pertengahan April.

Biasanya laluan ini hanya dibuka dari pertengahan April hingga November.

Laluan Kurobe Alpine Route yang akan ditempuh

Tarikan utama Tateyama Kurobe Alpine Route ini adalah pemandangan indah Gunung Tateyama dan sebahagian Taman Negara Chubu Sangaku. Permandangan berbeza-beza ikut musim. 

Pada musim bunga, salji masih tebal di Midagahara dan Murodo. Di Murodo salji yang tebal dan tinggi membentuk dinding salji (snow wall) sehingga ketinggian 20 meter. Snow wall ini dibuka kepada pejalan kaki dari pertengahan April hingga pertengahan Jun sahaja.

Pada musim panas, mata disajikan dengan pemandangan indah dengan bunga alpine sekitar Jun hingga Ogos manakala pada musim luruh warna warna daun luruh sepanjang lereng gunung-ganang pada bulan September hingga Oktober.

Kurobe Dam akan melepaskan air pada bulan Jun hingga pertengahan Oktober. Hanya pada waktu ni pemandangan dam sangat cantik. 

Kita sambung kembali kepada catatan perjalanan aku hari ini. Perjalanan dari Tateyama Station ke Bijodaira hanya mengambil masa 7 minit sahaja dengan menaiki cable car.

Cable car dari Tateyama ke Bijodaira



Sampai di Bijodaira turun dari cable car lepas tu terus beratur untuk naik bas ke Midagahara. Perjalanan mengambil masa 30 minit.


Masa beratur nak naik bas tu, wife aku tanya kat salah sorang pekerja di situ. Boleh tak jalan keluar ke Bijodaira nak tengok apa yang ada kat situ. Dia kata boleh tapi laluan banyak kena tutup sebab masih bersalji. Bila dia kata boleh kitorang pun merayaulah kat area situ. Takde ape sangat pun. Memang salji masih tebal mengeras. 

Kalau datang waktu musim panas boleh jungle trekking di sini. Terdapat pelbagai spesis burung, tumbuhan hutan dan juga pokok cedar besar setinggi 20 hingga 30 meter dengan lilitan 6 hingga 10 meter boleh dilihat di Bijodaira ni.

Bijodaira turut dikaitkan dengan lagenda 'Beautiful Woman Cedar'. Pada tahun 1,300 tahun yang lalu ada seorang pemuda yang membuka Gunung Tateyama telah bertunang dengan seorang puteri yang sangat cantik. Wanita dilarang masuk ke Gunung Tateyama. Puteri tersebut terlalu sedih sebab kena berpisah dengan kekasih hatinya. Lalu dia pergi memanjat hingga ke Bijodaira dan menceritakan kisah sedihnya kepada sebatang pokok cedar. Puteri memberitahu pada pokok tersebut ' sekiranya pokok ini mempunyai hati, sila tunaikan hajatnya'. Tidak lama kemudian hajat puteri tersebut tertunai dan akhirnya pasangan ini berkahwin dan hidup dengan bahagia. Disebabkan itu pokok tersebut dikenali sebagai 'Bijosugi' atau "Beautiful Woman Cedar' dan kawasan ini dikenali sebagai 'Bijodaira'.

Bijodaira

Awas! Ada beruang!

Map jungle trekking

View salji masih belum cair sepenuhnya

Beautiful Woman Cedar

Bila takde apa yang menarik sangat kitorang balik semula ke station tadi untuk beratur naik bas. Masa sampai memang ada bas tengah tunggu kitaorang rupanya. Tunggu kitorang?! Salah aku ke? Tak kot. Sebab tadi wife aku tanya pekerja tu, dia kata boleh je kalau nak pegi jalan-jalan. Nasiblah yang lain terpaksa tunggu kitorang. Sambil buat anak mata pusing naik ke atas dan turun ke bawah.

Bijodaira Station

Bus to Midagahara dan Murodo

Naik bas terus gerak ke Midagahara pemandangan sangat cantik. Laluan salji yang masih tebal dan pemandangan gunung-ganang memang cantik sangat-sangat. SubhanAllah. Ditambah lagi dengan cuaca yang sangat cantik hari ini dengan langit biru.

Pokok dan salji tebal

Ada air terjun di situ

Gunung ganang

Gunung ganang bersalji

Gunung ganang lagi

Sampai di Midagahara, sesiapa yang nak berhenti di sini boleh turun. Sesiapa yang nak teruskan perjalanan ke Murodo pun boleh. Kitorang mestilah berhenti. Pekerja yang jaga Midagahara Station bagitau bas kami ke Murodo pukul 9.45 pagi. Dalam tempoh tu suka hatilah nak buat ape dan pegi mana. Tapi di kawasan situ saja ye.

Bas di Midagahara

Midagahara Station

Kitorang merayaulah ke kawasan sekitar dan ambil gambar semua. View kat sini pun dah cantik. Ada hotel kat sini. Sesiapa yang rasa nak stay lama bolehlah menginap di sini. 

Bangunan tu adalah Midagahara Hotel

View

View salji dan gunung

Midagahara Station dari jauh

View lagi

Laluan bas dari atas Midagahara

Ranting

Bila dah dekat tempoh masa yang diberi, semua yang turun sama dengan kitorang tadi kembali berkumpul tunggu bas semula. 

Bas dari Murodo

Tepat pukul 9.45 pagi bas sampai. Perjalanan diteruskan ke Murodo yang mengambil masa 20 minit. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Murodo lagi cantik. Sangat cantik!

View dari dalam bas

View lagi

Salji nan luas

Jentolak

View lagi

Sampai di Murodo dah boleh nampak snow wall yang tinggi. SubhanAllah! MasyaAllah! Cantiknya. Sukar nak diungkap dengan kata-kata. Hanya mata yang melihat saja yang dapat mengambarkan betapa indahnya ciptaan Mu Ya Allah.



Ramai gile orang kat Murodo ni. Mula-mula kitaorang pegi bahagian lain dulu. Cantiknya permandangan salji putih yang tebal dan dikelilingi gunung ganang. Matahari terik waktu ni. Mata silau sangat akibat kesan cahaya matahari dengan putih salji. Dinasihat gunakan cermin mata hitam (sunglasses) untuk elakkan silau. Kalau tak guna memang tak boleh nak bukak mata sebab terlampau silau.







Lama juga aku kat sini dekat 2 jam. Sempat buat snowman lagi kat atas ni. Saje lepas gian sebab hari tu masa winter trip ke Korea tak berkesempatan nak buat snowman. Tu yang terbakar kulit aku. Padahal suhu waktu ni 6 darjah celcius. Tapi tak sejuk sangat. Mungkin sebab berada di puncak dekat dengan matahari. Kebetulan pulak cuaca cerah dan cahaya matahari agak terik juga. Aku bukak winter coat. Cuma pakai sweater je. Dinasihatkan sesiapa yang nak pegi sini lebih baik sapu sunblock. Jangan jadi macam kitorang sampai terbakar kulit. Terus gelap kulit muka dan tangan.




Aku tengok ramai juga orang yang datang berski di sini. Kebanyakkan dorang naik sampai ke puncak tinggi sana tu lepas tu turun dengan berski. Nampak macam best je bila tengok. Tapi nampak seram pun ada sebab tinggi dan macam curam je. Rasa nak try ski pun ada tapi masa tak cukup. Di Murodo ni pun ada hotel kalau ada sesiapa yang berminat nak stay untuk beberapa hari di sini. 





Yang kecik-kecik tu orang tengah berski

Rasa dah terlalu lama sangat kat sini. Kitorang terus turun nak pegi ke bahagian snow wall. Tapi sebelum tu dari tempat yang kitorang pegi tadi tu akan jumpa satu bahagian snow wall jugak tapi snow wall ni takdelah setinggi yang satu lagi tu. Cuma yang menariknya snow wall ni semuanya salji termasuklah laluan jalan kaki. Laluannya pun takdelah sepanjang snow wall yang lagi satu tu.





Selesai bergambar kat situ, kitorang gerak nak ke snow wall utama yang menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai. Kena masuk balik dalam station tu dulu. Kemudian keluar balik ikut jalan keluar lain untuk ke snow wall. Boleh ikut signboard. Keluar je daripada jauh dah nampak ketinggian dinding salji tu. 


Jalan sepanjang laluan jalan kaki snow wall tu sampailah hujung. Ada dua laluan. Satu untuk laluan bas dan satu lagi untuk pejalan kaki. Jauh juga. Keadaan jalan agak sedikit menuruni bukit. So takdelah penat sangat. Boleh jalan dengan relax dan bersantai. Dinding salji bermula dari rendah hingga ke yang paling tinggi. Waktu aku datang ni paling tinggi yang dicatat ialah 19 meter.







Snow wall dengan ketinggian 19 meter


Sampai di hujung laluan tu masuk sebelah kanan. Terbentang luas kawasan yang bersalji putih dan gunung ganang. Pemandangan sangat cantik. Putih warna salji dan biru warna langit. Nak balik ke station semula boleh guna laluan ni jugak. Tapi salji sangat tebal untuk jalan kaki. Asyik tenggelam je kaki. Tambah dengan keadaan yang agak sedikit berbukit. Memang mengahlah juga dibuatnya.

Nampak orang ramai masuk ke kanan

Bangunan tu adalah Murodo Station





Bila susah nak berjalan kitorang pun terus keluar dari kawasan bersalji tadi tu patah balik semula ke station ikut laluan snow wall. Kali ni jalan kaki balik ke station agak mencabar sebab seperti menaiki bukit. Jalan dengan kemengahan. Sesekali rasa macam nak putus nyawa pun ada. Tapi kuatkan juga semangat. Aku kesian bila tengok makcik-makcik tua yang senasib dengan kitorang. 






On the way nak ke station sebelah kiri ada laluan untuk ke kawasan lapang yang dipenuhi salji. Kalau ikut laluan yang kat hujung snow wall tadi tu akan keluar di sini. Kat sini ada panaroma road. Aku tak pegi sebab dah tak larat nak jalan ala-ala mendaki tadi. Nak sambung masuk tempat bersalji tu lagi memang aku tak laratlah. 


Wife aku masuk. Tengok dia jalan pun aku dah letih. Kesian nampak dia pun tercunggap-cunggap jalan kat salji. Kejap dia berhenti rehat pastu sambung balik. Last-last dia patah balik sebab dah tak larat sangat. Dia kata rasa tak larat sangat macam nak putus nyawa rasanya. Dahlah bersalji lepas tu jalan ala mendaki. Secara jujurnya memang penatlah aktiviti ni. Tercunggap jugalah sebab jalan agak membukit. Ditambah lagi kita berada di tempat tinggi dengan ketinggian lebih 2,000 kaki dengan oksigen yang semakin berkurangan memang akan membuatkan kita rasa cepat penat.





Ni hasil kerja aku sementara tunggu wife aku meredah salji.

Dah penat berjalan meredah salji dan rehat sekejap ambil nyawa. Agak-agak dah ok sikit terus balik station semula. Sampai station wife aku terus beratur panjang sementara aku pegi merayau dan ambil semula beg di coin locker untuk naik tunnel trolley bus ke Daikanbo. Disebabkan aku dah lama kat sini aku tak pegi pun view point kat sini. Takut lambat plak aku nak abiskan aktiviti ni. Orang ramai gile nak naik trolley bas ni. Kena beratur panjang. Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja.



Di Daikanbo takde ape sangat. Cuma naik ke observation deck di tingkat dua kat station ni jugak untuk tengok view dari atas. 


Dari observation deck boleh lihat pemandangan luas Japan Alps dan tasik yang terbentuk oleh Kurobe Dam. Dari sini juga boleh lihat Gunung Kashimayarigatake setinggi 2,889 meter dan gunung ini merupakan antara 100 gunung yang terkenal di Jepun. Selain itu kita juga boleh melihat Harinoki Daisekkei iaitu salah satu daripada 3 koridor salji di Jepun di mana salji tetap kekal ada walaupun pada musim panas.




Tak lama kat sini sebab takde ape sangat boleh dibuat selain tengok view. So terus beratur untuk naik ropeway ke Kurobedaira pulak.

Ropeway


Daikanbo Station daripada ropeway

View daripada ropeway



Di Kurobedaira ni pun hanya pegi ke observation deck tengok view dari atas je. Penat juga naik turun tangga. Tapi kali ni aku tak pegi sebab dah tak larat akibat keletihan yang melampau. Wife aku je naik untuk ambil gambar. 




Menurut wife aku, lepas je naik anak tangga lepas tu keluar daripada stesen ada kawasan lapang yang dipenuhi salji dikelilingi gunung ganang dan tasik Kurobeko. Kawasan lapang tersebut sebenarnya merupakan taman botani. Pokok-pokok yang tubuh di sini adalah jenis tumbuhan di kawasan tanah tinggi. Memandangkan salji masih tebal maka salji sajelah yang ada di sini. Mungkin pokok-pokok mulai tumbuh semasa musim panas. 





Masa wife aku tengah jenguk-jenguk apa yang ada kat luar stesen tu, sambil aku tunggu dia kat dalam stesen ni, aku sempat juga merayau tengok apa yang ada kat dalam ni. Ada gerai-gerai makanan dan souvenir. Ingat macam nak juga cari makanan apa yang boleh dimakan kat sini. Tapi bila semua dalam bahasa Jepun so aku terus batalkan niat tu.


Bila wife aku dah masuk ke dalam stesen semula. Kitorang terus decide gerak ke stesen seterusnya. Kat sini pun kitorang tak lama sangat sebab takde ape sangat. Cuma tengok view je. So kitorang terus beratur untuk naik cable car ke Kurobe Dam. 



Naik cable car 5 minit berhenti di Kurobeko. Lepas tu kena jalan kaki ke Kurobe Dam. 





Sampai di Kurobeko Station kena jalan kaki untuk ke Kurobe Dam. Oh ya, lupa nak bagitau yang di setiap station yang kita berhenti ada disediakan rubber stamp setiap stesen. So kalau berminat bolehlah stamp kat mana-mana kertas yang ada. Macam kitorang cop kat kertas A4 je. Ada yang cop kat broucher alpine route yang dorang bagi masa beli tiket awal tadi. Tak semua stesen aku chop sebab ada yang terlupa juga. Mana kitorang nampak je dapat chop.





Penat gile jalan kaki dari Kurobeko nak ke Kurobe Dam melalui laluan terowong. Agak jauh jugak kena berjalan. Jalan menaik macam mendaki bukit rasanya. Ditambah dengan angin sejuk yang agak kuat dan suhu pun terasa sejuk. Wife aku dah tak larat sangat-sangat. Banyak kali dia berhenti rehat kejap.



Setelah berhempas pulas bersama nyonya dan aso-aso lain akhirnya sampai juga di Kurobe Dam. Kena kuatkan semangat untuk teruskan perjalanan yang meletihkan ini.

Kat sini angin agak kuat buat cuaca makin sejuk. Kalau tadi aku dah bukak winter coat, sampai sini aku kena pakai balik sebab tak tahan sejuk.

Bila dah sampai di hujung terowong, keluar daripada terowong terus nampak Kurobe Dam yang besar. Pemandangan memang cantik. Tapi sedihnya air tasik masih membeku dan banyak batang-batang pokok yang masih terperangkap menjadikan tasik nampak bersepah dengan sampah sarap. Ini telah memcacatkan pemandangan indah tasik Kurobe tersebut.





Jalan ikut laluan sepanjang Kurobe Dam jalan kaki ke stesen di nun jauh hujung sana tu. Jauh gile ok! Tapi gagahkan juga. Sambil jalan sambil ambil gambar. Bila letih berhenti kejap sambil tengok pemandangan. Tapi tak boleh lama sangat nak berhenti lepak sebab sejuk gile dengan angin lagi. Mana boleh tahan.





Kurobe Dam terletak di ketinggian hampir 1,500 meter dari aras laut dan merupakan empangan tertinggi di Jepun. Tasik di belakang empangan ini menampung sebanyak 200 juta meter padu air. Ketinggian empangan ini adalah 186 meter tinggi dan sebanyak 10 meter padu air akan dilepaskan setiap saat di empangan ini dan ianya mampu menjana satu billion KWH tenaga elektrik setahun.

Tapi masa aku datang ni salji masih membeku. So empangan masih belum dibuka untuk perlepasan air tasik Kurobe ni. Biasanya empangan akan dibuka pada penghujung bulan Jun hingga Oktober setiap tahun. So tak dapatlah aku tengok air yang dilepaskan tu.




Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pemandangan Tasik Kurobe dengan pandangan Japan Alps dengan menaiki bot. Pleasure Boat dibuka kepada pengunjung bermula pada 1 Jun hingga 10 November setiap tahun. Dengan menaiki bot kita akan melalui perjalanan sepanjang tasik yang berada di ketinggian 1,448 meter dari aras laut sejauh 11.5 km yang mengambil masa 30 minit sahaja.

Mesti pemandangan waktu itu sangat cantik. Bila mana gunung ganang sudah pun dipenuhi dengan pokok-pokok yang berdaun dan tasik yang berwarna kehijauan dan bersih. Aku dapat bayangkan betapa bestnya kalau berpeluang naik boat menyusuri tasik ini.




Di empangan ini juga disediakan observation deck untuk pengunjung melihat pemandangan keseluruhan empangan. Tapi kena mendaki 220 anak tangga naik ke atas tu. Kita juga boleh melihat empangan ini lepaskan air dari sini. Jika bernasib baik kita boleh tengok pelangi hasil kesan daripada perlepasan air sebanyak 10 tan setiap saat daripada empangan. Bayangkan, betapa banyaknya air yang keluar. Memang deras gile.

Aku tak naik atas pun sebab dah terlampau penat dan tak larat. Gila nak naik tangga setinggi tu. Nak jalan pun dah tercunggap-cunggap minta udara. Ni tambah lagi naik tangga. Memang tak sanggup aku hari ni. Tapi view dari atas ni memang cantik kalau berpeluang naik. Sedih dan agak rugi juga sebenarnya tak dapat naik.


Tu dia observation deck kat atas tu

Ni tangga naik atas. Tu pekerja tengah bekerja

Tengok je dah gayat.

Kat sini juga ada dibina Monument untuk memperingati mereka yang telah mati semasa proses pembinaan empangan ini. Tapi entah kenapa aku tak ambil pulak gambar monument ni. 

Akibat daripada masalah ekonomi yang melanda Jepun pada perang dunia ke 2, Jepun telah menghadapi kekurangan tenaga elektrik yang teruk. Untuk menjana tenaga tambahan kerajaan Jepun telah melabur dalam kuasa hidroelektrik. 



Seramai 10 juta orang bekerja untuk pembinaan empangan ini dan seramai 171 orang telah kehilangan nyawa semasa proses pembinaan. Bahagian yang paling sukar ialah pembinaan terowong untuk trolley bus.


Sampai kat hujung Kurobe Dam tu ada kedai makan dan kedai souvenir. Singgah kedai souvenir. Dapatlah beli fridge magnet untuk dijadikan kenangan-kenangan. Lepas tu terus beratur untuk naik tunnel trolley bus ke Ogizawa. Perjalanan ambil masa 16 minit. 



Ogizawa ialah station terakhir. Sampai terus ambil bas ke Shinano Omachi nak ambil beg dan train untuk ke destinasi seterusnya. 




Masa on the way nak beli tiket bas, wife aku tengok bas akan gerak dalam masa 10 minit lagi. Next bus kena tunggu lambat lagi. Lambat lagi tu. Memandangkan destinasi aku seterusnya masih jauh jadi aku tak boleh tunggu lama lagi. Kitorang terus berlari kejar cari kaunter tiket.



Kitorang sempat sampai sebelum bas bergerak. Tapi kena beratur pulak untuk beli tiket sebab ramai juga yang nak beli tiket bas. Minta-minta bas janganlah penuh masa sampai giliran kitorang nanti. Harga tiket 1,360 yen seorang. Bas ke Shinano Omachi tidak termasuk dalam tiket yang kita beli awal pagi tadi untuk alpine route. Tiket alpine route cuma sampai Ogizawa saje dan tiket ini juga tak covered by JR pass.


Alhamdulillah, sempat beli tiket bas. Ngam-ngam bas nak gerak. Naik atas bas dah penuh  tapi dorang ada standby tempat duduk bahagian tengah laluan. Boleh bukak dan jadi kerusi kecil. Penuh sepanjang laluan tengah tu dengan kerusi kecik. Mereka memang gunakan segala ruang yang ada sebaik mungkin. Tak kisahlah jadi aku selamat sampai. Pengalaman pertama naik bas duduk kat laluan tengah. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Shinano Omachi.




Sampai di Shinano Omachi terus pegi ambil beg di Alps Roman-kan office. Makcik yang jaga kedai tu kata beg kitorang adalah beg yang paling berat antara semua beg yang ada. Mau taknya, segalanya sumbat satu beg. Kembung beg tu jadinya kitorang buat. 

Lepas tu check train ke Matsumoto Station ada lagi 45 minit. Tukar baju dan kemaskan beg nak bagi ringan. Daripada satu beg terus jadi dua beg semula.








Settle kemas beg merayau kat sekitar station nak cari makanan. Ada kedai udon tapi takut tak sempat nak makan pulak. Last-last aku beli waffle je kat convenient store yang ada kat station tu untuk isi perut.


Destinasi aku seterusnya ialah Kyoto. Dari Shinano Omachi aku ambil JR Oite Line pegi ke Matsumoto Station. Perjalanan mengambil masa 1 jam. 


Najib naik train biasa di Jepun

Dari Matsumoto Station ambil train JR Limited Express Shinano pegi ke Nagoya Station. Perjalanan mengambil masa 2 jam. 



Kerja pembersihan sedang dijalankan

Train ke Nagoya

Antara vending machine yang merata-rata di Jepun

Sampai di Nagoya Station aku ambil shinkasen Hikari terus ke Kyoto. Perjalanan ambil masa 45 minit.


Bandar Nagoya di waktu malam







Sampai Kyoto dah malam. Badan pun dah letih sangat dengan aktiviti yang sangat memerlukan tenaga dan stamina yang kuat tadi, ditambah dengan bangun awal pagi, maka kitorang decide terus check in hotel, berehat dan tido je.

Untuk malam ni aku stay di Piece Hostel Kyoto. Harga 7,400 yen satu malam. Jarak 6 minit jalan kaki dari Kyoto Station. 







Letak beg, cuci muka, makan terus tido. Selamat malam Kyoto. Sambung hari keenam.

Perbelanjaan hari ke lima :
  1. Dari Toyama Station ke Tateyama Station - 1,200 yen x 2 = 2,400
  2. Tiket sehala Kurobe Alpine Route - 8,290 yen x 2 = 16,580
  3. Baggage Delivery Service - 1,600 yen
  4. Bus dari Ogizawa ke Shinano Omachi - 1,360 yen x 2 = 2,720
  5. Waffle - xingat harga
Total - 23,300 yen


17 comments:

  1. Salam..
    Nak tya sket..bag drop kat tateyama station tu direct ke shinano omachi jea ke...kalau amik kat ogizawa boleh ke
    Pasal nanti route saya dr ogizawa trus naik bas ke nagano
    kena turun amik beg n kena tgu bas lain atau bas boleh tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,
      Takde baggage delivery service ke Ogizawa. Tapi ada baggage delivery service ke Nagano. Tapi service ini hanya dari Dentetsu Toyama Station sahaja dan biasanya start bulan September ke October sahaja. Awk boleh check kat website ini for more info https://www.alpen-route.com/en/transportation/baggagedelivery

      Delete
    2. ok tq..xbaca abis website tu ari

      Delete
  2. salam,
    very nice photo. Dari idea nak ke Korea terus nak ke Japan lepas tengok gambar ni semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      tq. Jepun mmg best. korea pun best juga... :)

      Delete
  3. comel je snowman tu. Gambar kat murodo tu cantik2 semua walaupun semua nampak putih salji...

    ReplyDelete
  4. Salam
    Nk tnya sbb kami pun teringin main salji wKtu raya ni tp xtau tmpat yg sesuai.nmpak mcm snow wall ni menarik n sesuai Blh share full itenarary start dr airport . Terima kasih 😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. raya hujung bln 6, mungkin salji dah cair sebab bulan tu musim panas.

      Delete
  5. Salam tanya sikit, maksudnya dr matsumoto, awak patah balik ke kyoto ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...bukan patah balik. Kami datang dari Toyama. Kemudian dari Matsumoto ke Kyoto untuk explore attraction di Kyoto pulak.

      Delete
  6. sdg kumpul info...antara blog yg sgt2 lengkap dan senang explanationnyer...

    tq for sharing...and keep writting bos....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pn. lieyalatif sudi singgah. semoga dapat info yang dicari.

      Delete
  7. Sdra, Sdra selesai Kurobe Alpine Route tu dlm pukul berapa ya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang pukul 3 lebih. kami ambil masa lama sangat di Murodo. Mgkn boleh selesai lebih awal.

      Delete
  8. Salam. Maaf . Nak tanya. Dr hari 1st smpai hari ke 4. Sy baca tak brp byk guna kan JR pass tu. So berbaloi ke kalau beli pass tu. Pn nak dkt 1k lbh jgk 1pass / pax. & kedua ialah, tentang hotel. Every place kne check in 1 hotel utk 2/3 hari kan. Pre book dkt sana / dr malaysia kte dh book awl² kesemua hotel ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Depends pd lokasi yg dipilih. Lokasi saya semua jauh2. Jadi berbaloi sbb total harga tiket melebihi harga pass. Pass valid utk 7 hari. Kami di sana 10 hari. Ada macam2 pass. Survey lokasi dan harga tiket dulu samaada berbaloi atau tidak guna pass. Hotel semua saya book awal sebelum ke sana.

      Delete