Total Pageviews

Japan - Day 9


Sabtu - 02.05.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Ashikaga Flower Park, Asakusa, Sensoji, Hachiko Statue, Shinbuya

Hari ke 9. Hari terakhir berjalan-jalan di Jepun. Rasa macam sedih juga bila ingat esok nak balik ke Malaysia semula. Dalam masa yang sama nak cepat habiskan trip ni sebab badan dah letih tahap gaban. Sepanjang 9 hari keluar awal pagi seawal 5 atau 6 pagi kemudian balik pukul 11 malam. Manalah tak letih dan mengantuk badan. Rasa balik Malaysia nak claim semula tido yang kurang sepanjang masa di Jepun.

Hari ni tak ikut itinerary yang aku buat awal. Terpaksa tukar atas kengkangan masa. Sepatutnya hari ni aku ke Hitachi Seaside Park. Tapi orang rumah aku tengok kat instagram, bunga tulip nampak dah kurang menarik. 

So hari ni pegi ke Ashikaga Flower Park yang sepatutnya pegi semalam kalau ikut itinerary tapi tak jadi sebab lambat sampai dari Osaka.


Ke Ashikaga Flower Park kena ambil train berhenti di Tomita Station. So, dari Hotel ambil JR Keihin-Tohuku/Negishi Line pegi ke Tokyo Station kemudian transfer JR Utsunomiya Line Rapid pegi ke Oyama (Tochigi) Station. Perjalanan ambil masa 1 jam. Dari Oyama Station ambil JR Ryomo Line berhenti di Tomita Station dan perjalanan ambil masa hampir 40 minit.

Orang terlampau ramai dari Oyama Station. Semua nak pegi ke Tomita Station. Padat sepadatnya dalam train. Semuanya nak pegi ke Ashikaga Flower Park. Almaklumlah hari ni hari sabtu. So ramailah warga Jepun yang turun bersama pengunjung daripada luar datang mengunjungi taman ini.  

Dari Tomita Station kena jalan kaki lebih kurang 20 minit ke Ashikaga Flower Park. Jauh jugak dari train station. Tapi jalan kaki dalam suasana yang sangat meriah sebab jalan dengan orang yang sangat ramai. Jalan sambil melihat gelagat orang ramai membuatkan perjalanan tak begitu terasa sangat akan jauhnya.


Harga tiket bergantung pada musim. Bermula daripada harga 300 yen hingga ke 1,700 yen. Memandangkan aku datang waktu peak season iaitu waktu bunga wisteria sedang cantik berkembang, maka harga tiket masuk paling mahal iaitu 1,700 yen. Tapi aku dapat diskaun 100 yen sebab aku ambil pamphlet JR masa kat Tomita Station.

Masa keluar je daripada train tadi ada orang edarkan pamphlet. Nasib baik aku ambil walaupun pamphlet tu dalam bahasa Jepun. Sebab pamphlet tu ada voucher discount 100 yen. So aku bayar tiket masuk 1,600 yen seorang.




Selesai beli tiket, kitorang terus masuk ke dalam taman. First kitorang jumpa kedai-kedai yang jual macam-macam benda. Antara yang menarik tu ada kedai jual strawberry. Harganya pun ok pada aku. Wife aku dah plan nak beli untuk bawak balik masa keluar nanti. 

Jalan ke depan lagi sikit jumpa kedai menjual pokok-pokok bunga dan cenderahati yang bertemakan tumbuhan. Wife aku jadi gila kejap tengok pokok-pokok bunga kat kedai tu sebab semuanya nampak comel-comel sangat. Mulalah dia plan nak beli itu nak beli ini.




Tapi tak boleh dilayan sangat sebab nanti lambat. So teruskan perjalanan masuk ke dalam taman nak tengok dengan mata kepala sendiri apa yang ada di sini dan bunga yang kitorang tak penah tengok seumur hidup kami selama ini.

Ashikaga Flower Park popular dengan bunga wisteria atau dipanggil fuji di Jepun dan mempunyai beberapa warna seperti biru, putih, kuning dan merah jambu. 



Bunga wisteria biasanya berkembang penuh pada awal bulan Mei. Selain bunga wisteria terdapat juga banyak bunga-bunga lain yang turut ada di sini. Taman ni memang sangat cantik dengan dipenuhi bermacam jenis bunga. Maka hari ini aku istiharkan aku jadi mamat bunga untuk setengah hari. Dalam hati ada taman.






Taman ni memang sangat cantik dan tenang. Sesuai untuk beriadah dan berkelah. Orang-orang Jepun ramai berhanami di taman ni. Terutamanya yang tua.





Di sini terdapat satu pokok wisteria yang sangat besar dan telah berusia lebih 100 tahun. Ranting-ranting dan dahan-dahan pokok ini dijadikan sebagai kayu sokongan untuk membentuk seperti khemah besar atau payung untuk bunga wisteria. Terdapat juga terowong panjang yang dipenuhi dengan bunga wisteria berwarna putih dan kuning.






Seumur hidup aku, ini kali pertama aku tengok bunga wisteria. Macam bunga dalam movie Avatar. Aku tahu pasal bunga ni pun masa aku survey berkaitan dengan musim bunga di Jepun. Sebab bunga ni lain dari yang lain dan aku pun tak pernah tengok, maka aku masukkan Ashikaga Flower Park dalam itinerary aku. 

Kalau tengok betul-betul bunga wisteria ni seakan-akan bunga orkid. Cantik sangat. Bunga dia panjang terjuntai.




Kitaorang macam biasa, plan sekejap je datang taman ni. Akhirnya berjam juga kitaorang kat sini. Semua kawasan nak pegi. Taman ni pun agak besar jugak. Nampak situ cantik nak pegi situ. Nampak sana tu cantik nak pegi sana pulak. Semua tempat nak pegi. Memang leka bila berada kat taman ni.






Semua bunga pun kitorang nak ambil gambar. Kebanyakkan yang datang kat sini pun ramai juga photographer-photographer dengan kamera lens yang dasat-dasat. Kalau banding dengan kamera aku memang jauhlah beza macam langit dan bumi. Tapi ada aku kisah. Ambil gambar sebelah dorang pun aku takde hal. Tetap bangga dengan camera aku yang lens kecik ni.





Tak boleh layan sangat taman ni. Kitaorang terpaksa pegi juga. Kalau layan memang tak dapat melawat tempat lain. Tapi tersangkut juga kat kawasan lain sebab jumpa kolam yang cantik dan bunga bunga lain yang cantik juga.




Rasa best sangat kat taman ni. Cuaca pun cantik hari ni. Dengan langit biru. Sebenarnya besar lagi taman ni. Ada lagi kat bahagian belakang. Tapi aku tak pegi. Sebab takut tak cukup masa. So kitorang terus gerak ke depan arah jalan keluar melalui bahagian lain pulak dan jumpa lagi bunga lain.




Ada juga aku berdiskusi dengan wife nak spend lama kat sini saje atau nak juga pegi tempat lain. Kalau nak pegi juga ke tempat lain tak boleh nak cover satu taman ni. Sebahagian hati kitorang nak je spend masa lama kat sini sambil menikmati keindahan bunga-bunga di sini sambil berhanami dengan orang lain dan sebahagian lagi rasa nak tengok juga attraction lain kat Tokyo ni. 



Akhirnya, kitorang decide nak melawat kat tempat lain pulak. At least hajat kitorang nak tengok bunga wisteria atau aku panggil bunga avatar ni dah tercapai kira dah cukup puas hati sangat. Maka, dengan perasaan yang agak sedikit sedih dan berat hati kitorang melangkah keluar daripada taman ni.


Masa nak keluar sempat juga singgah beli strawberry ice cream. Harga 300 yen. Gerai-gerai jual makanan juga ada kat sini. Ikut hati nak juga cari apa-apa makanan yang boleh makan then lepak jap kat sini tapi memandangkan masa berjalan dengan sangat pantas maka batalkan je niat murni tu. Teruskan juga perjalanan mencari jalan keluar daripada taman ini.


Dah sampai kat pintu exit, singgah pulak kat kedai pokok bunga yang kitorang pegi masa nak masuk tadi. Cair tengok pokok yang cantik-cantik dan comel kat kedai ni. Semua cantik belaka. Last last wife aku beli pokok bunga harga 380 yen sepasu dan pokok kaktus dua harga 780 yen setiap satu. Tak tau le boleh hidup ke tak dengan cuaca Malaysia nanti. Tawakal je. Tengok accessories kat kedai ni semuanya buat rasa geram. Harga boleh tahan mahal jugak. Lagi-lagi kalau convert. Memang menangis.







Pastu singgah kat kedai awal tadi beli strawberry Jepun harga 300 yen satu. Kitaorang borong 4 packs nak bawak balik Malaysia. Wife aku hantu strawberry sikit. Banyak juga beli barang kat sini. Tak boleh layan sangat nanti duit keluar macam air.


Terus gerak jalan kaki ke Tomita Station nak pegi ke Oyama Station. Punyalah ramai orang yang tunggu train. Sampai di Oyama Station aku terus tanya Shinkansen ke Tokyo. Masa sampai tadi pagi aku ada ternampak perkataan Shinkansen kat station ni. Confirm shinkansen berhenti kat sini. Bengang juga bila tau ada shinkansen. Kalau masa aku datang naik shinkansen boleh jimat sikit masa.





Dari Oyama Station aku naik Shinkansen ke Tokyo. Tapi kali ni aku tak berhenti di Tokyo. Aku berhenti di Ueno Station. Dari Ueno Station aku ambil Subway Ginza Line berhenti di Asakusa


Untuk ke Sensoji Temple akan melalui Nakamise Shopping Street dan Shin Nakamise Shopping Street. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah makanan tempatan dan souvenir.




Asakusa terkenal dengan Sensoji Temple dengan lampu merah besar di pintu masuk utama. Orang jangan cakaplah, memang ramai gile kat sini. Penuh dan padat sepanjang lorong jalan kaki ke arah Sensoji Temple ni.




Jalan-jalan sekeliling sambil ambil gambar. Sensoji Temple ni memang terkenal dengan lampu merah besar di pintu masuk temple ni. Maka wajib bergambar dengan lampu besar ni. Tapi orang punyalah ramai nak ambil gambar kat sini. Memang takde peluang langsung nak ambil gambar kosong. 




Masa ambil gambar lampu ni aku nampak wife aku tengok bawah lampu tu ada ape. Dia kata ada gambar naga. Memula wife aku ambil gambar naga tu tapi tak dapat full. Last-last aku pegi ambil siap baring kat lantai bawah tu sebab nak dapat gambar full. 

Maka orang ramai pun jadi pelik dan dorang pun tengok apa yang ada kat bawah tu. Sekali lepas tu ramailah orang menongeng-nongeng ambil gambar naga tu juga.


Sambil ambil gambar sambil jengok-jengok gerai-gerai makanan yang ada di kawasan sekitar. Ternampak macam menarik je satu gerai ni jual pisang coklat. So aku try beli satu. Harga 200 yen. Aku beli satu je. Wife aku tak suka sebab dia tak berapa suka sangat makan pisang. Dia makan untuk takat merasa je. Rasa pisang coklat ni ok jugaklah.


Lepas tu jalan-jalan lagi jumpa pulak gerai jual crab. Hari tu tak dapat nak rasa crab kat Osaka sebab kesuntukkan masa. So kitorang try beli satu kat sini. Harga 500 yen secucuk. Beli secucuk je untuk rasa. Memang sedap weii!



Lepak kejap makan. Lepas makan terus jalan keluar dari temple ni. Jalan menuju ke arah Nakamise Street. Nak tengok apa yang ada kat situ. Orang padat sepanjang jalan.




Berdekatan dengan Asakusa dan Sensoji Temple boleh nampak Tokyo Skytree dengan ketinggian 634 meter. Sumida River juga agak dekat. Hanya 20 minit berjalan kaki sahaja. Tapi aku tak pegi pun Sumida River sebab tak cukup masa.




Aku cuma ambil gambar Tokyo Skytree dari Nakamise Street kemudian jalan sepanjang Nakamise Shopping Street cari lagi fridge magnet. Tertangkap juga dua. Cari souvenir murah-murah untuk bagi kawan yang rapat saja. Tapi mana ada yang murah. Key chain saiz kecik pun mahal ya ampun.  



Lepas tu beli trolley beg besar harga sangat murah 5,250 yen sahaja. Memang aku cari beg ni sebab beg kitaorang dah terlalu padat. Akhirnya jumpa juga yang murah dan berkualiti. Memang berbaloi baloi.


Lepas ronda dan membeli belah sikit di Asakusa, terus gerak ke Asakusa Station nak pegi ke Roppongi Hills. Mesti sampai sana sebelum matahari terbenam. 

Dari Asakusa Station ambil Ginza Line pegi ke Higashi-Ginza Station kemudian transfer Hibiya Line berhenti di Roppongi Station. 


Roppongi Hills adalah kompleks bangunan yang mempunyai pejabat, pangsapuri, kedai, restoran, hotel, muzium, observation deck dan banyak lagi. Kebanyakkan syarikat di sini daripada sektor kewangan dan IT terkenal di Jepun.





Mori Tower berada di tengah-tengah Roppongi Hills dengan ketinggian 238 meter dan merupakan bangunan tertinggi di Roppongi Hills. Di sini terletaknya obsevation deck untuk Tokyo City View yang terbaik. Terdapat juga open deck di atas bumbung dan hanya dibuka jika cuaca baik sahaja.







Aku hanya dapat ambil gambar dari bawah je. Nak naik observation deck tak dapat sebab orang terlalu ramai hari tu. Untuk beli tiket sahaja kena beratur hampir satu jam. Tiket harga 1,800 yen seorang. Bila ditimbal balik aku tak boleh nak tunggu lama sebab aku ada tempat lain nak pegi lepas ni. 






Wife aku memang nak sangat naik atas sebab view bandar sangat cantik dari sini dengan permandangan Tokyo Tower. Tapi tak sanggup nak tunggu beli tiket sahaja kena tunggu satu jam.

Dengan perasan kecewa kitaorang bergerak turun balik ke bawah. Hanya ambil gambar dari bawah lepas tu terus gerak ke subway station nak ke Shibuya






Dari Roppongi Station ambil Hibiya Line berhenti di Ebisu Station untuk transfer JR Yamanote Line berhenti di Shibuya.




Shibuya adalah salah satu bandar yang terkenal berwarna warni dan paling sibuk di Tokyo. Ada banyak tempat shopping, tempat makan dan kelab malam.



Keluar saja daripada Shibuya Station akan jumpa Statue of Hachiko. Anjing yang terkenal setia menunggu tuannya setiap hari di Shibuya Station. Hachiko tetap setia menunggu tuannya selama bertahun-tahun walaupun selepas tuannya meninggal dunia. Nak ambil gambar kosong kat sini memang susah. Sentiasa ada saje orang yang melepak di kawasan ni.



Jalan ke depan sikit jumpa persimpangan Shibuya yang popular sebagai tempat melintas yang dibanjiri paling ramai penjalan kaki setiap kali lampu hijau. Persimpangan ini juga cantik dihiasi dengan iklan lampu neon dan skrin video iklan besar.



Entah berapa kali aku melintas kat simpang ni. Ulang alik. Ambil gambar. Video pun entah berapa kali aku record. Aku rasa bukan kitorang saje yang buat keje macam ni. Mesti ramai juga yang buat benda yang sama macam kitorang.




Tak cukup dengan tu, aku pegi Starbucks ambil video view dari atas. Memula nak beli coffee. Tapi bila aku naik atas pegi kat tingkap cermin dia macam line clear je, so aku selamba ambil video tanpa beli coffee dia. Dapatlah beberapa shot tengok orang ramai macam semut melintas jalan.





Rasa macam dah cukup masa kat sini, kitaorang terus gerak ke Shibuya Station nak balik ke Hotel dan makan malam. Sebab kes malas nak survey so kitaorang decide makan malam kat kedai sushi di area Hotel je. 

Dari Shibuya Station ambil JR Yamanote Line berhenti di Shinagawa Station kemudian transfer JR Keihin-Tohuku/Negishi Line berhenti di Kamata Station. 

Malam ni dinner sushi lagi tapi di kedai yang lagi satu. Tapi rasa kurang puas sikit makan. Rasa kedai semalam lagi sedap. Selesai makan terus balik Hotel nak kemas beg semua. 




Esok kena keluar awal pagi. Flight balik pukul 10.00 pagi. So at least kena sampai di Airport paling lambat pukul 8.00 pagi. Wah! Sedih nak tinggalkan Jepun.

Selamat malam Jepun! Hari ke sepuluh.

Perbelanjaan hari ke sembilan :
  1. Tiket masuk ke Ashikaga - 1,600 yen x 2 = 3,200 yen
  2. Ais krim strawberry - 300 yen
  3. Bunga purple - 380 yen
  4. Cactus - 780 yen x 2 = 1,560 yen
  5. Strawberry - 300 ye x 4 = 1,200 yen
  6. Coklat pisang - 200 yen
  7. Crab - 500 yen
  8. Fridge magnet - 450 yen x 2 = 900 yen
  9. Beg trolley - 5,250 yen
Total - 13,490 yen

No comments:

Post a Comment