Total Pageviews

Japan - Day 10


Ahad - 03.05.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Sayonara Japan

Hari ke 10. Keluar dari hotel seawal 6.00 pagi ambil JR Keihin-Tohoku Negishi Line dari Kamata Station ke Tokyo Station tambang 220 yen. Memandangkan semalam hari terakhir aku guna JR Pass jadi hari ni semua kos pengangkutan guna cash. 

Flight aku akan berlepas pada pukul 10.00 pagi. So aku kena sampai di airport sekurang-kurangnya paling lewat pukul 8.00 pagi. At least aku tak kelam kabut.


Sama macam hari pertama aku ambil Keisei Tokyo Shuttle Bus dari Tokyo Station ke Narita Airport.

Memandangkan Tokyo Station ni besar, jadi satu hal juga pagi tu aku nak mencari kaunter tiket shuttle bus ke airport. Ingatkan semalam nak survey dulu untuk memudahkan aku hari ini. Tapi disebabkan badan dah rasa letih so kitorang ambil keputusan terus balik ke Hotel.

Seperti yang dijangka memang menggagau juga cari kaunter tiket shuttle bas ni. Dengan masalah komunikasi lagi. Ditambah lagi dengan masa yang agak suntuk. Kelam kabut juga jadinya. Cari punya cari setelah ke pelusuk sana sini, rupanya kaunter tu di bahagian luar. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga.

So beli tiket bas dari Tokyo Station ke Narita Airport harga 1000 yen seorang. Perjalanan ambil masa sejam. 


Bas sampai kitorang terus naik. Tepat jam 6.55 pagi bas bergerak. Setelah beberapa minit bas bergerak aku tanya dekat wife mana kamera. Dia jawab aku yang pegang. Tetiba ku rasa cuak sebab kamera takde kat tangan aku. Aku cuba-cuba ingat balik. Aku dah mula risau takut tertinggal dekat kaunter. 

Dengan rasa cemas aku minta driver tu tolong call kaunter minta dorang check kalau-kalau ada kamera tertinggal kat kaunter. Aku jadi resah tak keruan. Ulang alik daripada tempat duduk aku ke driver depan. Macam kecoh satu bas aku buat. 

Last last aku dengan muka tebal minta tolong sorang passenger ni warga Jepun minta dia tolong call kan Tokyo Station minta dorang check. Tapi pihak Tokyo Station kata tak jumpa. So dorang akan check lagi dan bagi tahu kemudian. 

Mamat Jepun ni memang baik sangat. Dia bagitau kat dorang kalau jumpa minta dorang tolong simpankan. Dia janji lepas dia balik dari Hong Kong dia akan pegi check dengan Tokyo Station, kalau kamera tu betul ada dia akan tolong pos kan pada aku. So dia minta email aku nanti untuk keep in touch.

Masa tengah cuba tenangkan hati tetiba terdetik aku nak check beg wife aku. Bila bukak, tup tup kamera tu ada dalam beg. Baru aku teringat, aku masukkan kamera masa wife tengah beratur. Walaupun dah jumpa aku diam-diam je tak bagitau sesapa even mamat jepun tu sebab aku dah buat kecoh tadi. 

Sampai di Narita Airport, kitorang terus check in. Selesai hal check in terus pegi cari restoran tempura halal. Aku ada terbaca satu blog dorang bagitau ada restoran tempura halal di Narita Airport ni. Memandangkan masa ada lagi, jadi aku pun merayau cari restoran tersebut untuk sarapan.

Sebenarnya masa takdelah nak ada sangat tapi buat-buat ada jugak. Sampai restoran terus order. Sampai makanan terus makan laju laju sebab kitorang tak masuk kastam lagi. Makanan memang sedap. Tak puas pulak makan sebab makan dalam keadaan kelam kabut. Masa tak berapa banyak yang tinggal.




Selesai makan terus masuk kastam. Nasib baik kastam tak lama. Tapi bila dah selesai kastam masa on the way ke Gate berlepas dorang dah buat panggilan akhir flight kitorang. Dalam pada tu sempat juga beli mochi dan baulu disalah satu kedai di sekitar kawasan tu. Tapi baulu ni tak sempat sampai tanah air, dalam flight dah habis kena belasah sebab lapar.


Selesai semua boarding, mata dah mengantuk gile. Wife aku terus tido. Flight nak berlepas kena tunggu turn sebab traffic agak sibuk pagi tu. Lebih 30 minit juga tunggu turn untuk berlepas.



Sampai turn flight berlepas. Kitorang terus tido sebab tak cukup tido dan badan pun dah keletihan. Alhamdulillah flight smooth sepanjang perjalanan. Takde berlaku pergolakan udara sampailah selamat mendarat di KLIA2. 

Kesimpulan Pengembaraan

Apa yang boleh aku katakan, pengalaman selama 10 hari 9 malam trip ke Jepun ni memang satu pengalaman yang sangat menarik dan tak mungkin aku lupakan. Aku dah jatuh cinta dengan negara Jepun. Dengan alam semulajadinya yang sangat cantik dan istimewa, makanannya yang sedap, orang-orang Jepun yang sangat baik hati dan suka membantu, kemodenan teknologinya, sistematik, kebersihan yang tak dapat dinafikan, keselamatan sangat terjamin, tradisi yang masih dikekalkan dan macam-macam lagi walaupun bilik hotel kecil dan harga sangat mahal.

Tips

Tips untuk trip ke Jepun ni, senang saje sebab pengangkutan untuk ke tempat-tempat attraction sangatlah mudah dan menepati masa. Kalau malas nak buat research kenal pasti tempat mana nak pegi kemudian gunakan applikasi hyperdia memang tepat dan senang gile.

Perbelanjaan atau budget pula bergantung kepada individu. Kalau nak tiket harga murah rajin rajinlah cari time Airasia buat promotion. Ada yang penah dapat semurah RM 300 ke RM 400 tiket return. 

Hotel pulak, memang tak dapat dinafikan harga hotel di Jepun ni memang sangat mahal. Dahlah mahal, kecik pulak tu. Kalau nak murah boleh jugak cari dorm atau hostel. 

Pengangkutan, kena pastikan kemana destinasi yang hendak dikunjungi. Kalau berbaloi guna JR Pass baik guna JR Pass. Kalau nak melawat sekitar Tokyo sangat berbaloi kalau beli Card Tokyo Subway untuk 3 hari dengan harga 1,500 yen. Dengan kad ni boleh naik semua lines Metro dan Toei Subway Lines. Kad ni boleh dibeli di JTB Bukit Bintang dan kemudian exchange di Tokyo Station. Untuk info boleh check kat website http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/travel/ 

Kalau melawat Osaka pulak ada one day pass berharga 2,300 yen. Naik train. Kyoto pulak boleh beli 1 day pass atau 2 day pass untuk naik bas. Nak naik berapa kali pun suka hatilah. Memang berbaloi. Pengangkutan awam di Jepun ni sangat bagus sebab menepati masa. 

Makanan pulak, memandangkan Jepun adalah negara bukan Islam maka agak sukar mencari makanan halal. Boleh bawak makanan dari Malaysia siap siap. Bawak ikan bilis kering ke atau beli je lah lauk lauk segera Brahim's. Nasi boleh beli kat convenience store di Jepun. Macam aku, aku bawak sikit makanan siap siap dari sini macam maggie cup, bubur instant, roti, sambal ikan bilis, serunding dan coklat untuk tambah energy. Of course 100 plus tak di lupa. 

Bagi mereka yang takde masalah dengan makanan Jepun pasti senang. Tapi pastikan yang kita makan tu seafood lah. Sebab kalau yang  berdaging ni kita tak tau cara sembelihannya. Udon diyakini boleh makan sebab supnya bukan lah campuran daging. Soba, sushi, takoyaki atau apa apa sahaja yang berasaskan seafood. Sushi di Jepun sangatlah sedap. Rugi kalau tak makan. Kalau nak rasa ramen ada satu kedai di Asakusa ada sajikan ramen halal. Kalau nak cuba boleh lah pegi situ.

Boleh juga cuba rasa mochi rasanya agak manis dan kenyal, senbei sejenis cracker dan jangan lupa juga beli ais krim. Ada pelbagai perisa termasuklah green tea dan rasa ais krimnya sangatlah sedap dan soft.

Pakaian pula, memandangkan masa aku ke Jepun ni dah masuk musim bunga dan hampir nak masuk musim panas, jadi cuaca tidaklah terlalu sejuk. Cuma standby jacket biasa saje. Tapi bila time berangin tu yang membuatkan rasa sejuk.

Insyaallah kalau ada rezeki aku pasti akan datang lagi ke Jepun. Lain musim lain kecantikkannya. Mungkin aku akan pilih musim luruh (autumn) pulak lepas ni....SAYONARA JAPAN...!! Semoga bertemu kembali.

Perbelanjaan hari ke 10 :
  1. Kamata Station ke Tokyo Station - 220 yen x 2 = 440 
  2. Airport Shuttle Bus - 1000 yen x 2 = 2000
  3. Makan tempura soba - 860 yen
  4. Mochi - 700 yen
  5. Fukuwatashi Senbei - 1,000 yen
Total = 5,000 yen


Perbelanjaan keseluruhan :
  1. Tiket AirAsia return untuk 2 orang - RM 2,034.80
  2. Hotel serata Jepun 10H9M - RM 2,028.95 (65,450 yen)
  3. JR Pass - RM 950.50 x 2 = RM 1,901.00
  4. Souvenir, makan, kos tambang lain, locker, entrance fee - RM 3,360.83 (108,414 yen)
Total = RM 9,325.60


No comments:

Post a Comment