Total Pageviews

Japan - Day 8


Jumaat - 01.05.2015

Trip Dalam Hati Ada Taman : Kiyomizudera, Tokyo, Odaiba


Hari ke 8. Hari ni tukar segala plan sampai tak tau mana satu nak pegi. Wife aku nak pegi ke Kiyomizudera di Kyoto memandangkan hari tu tak sempat masuk. 

Tapi dalam masa sama attraction di Osaka langsung tak pegi kecuali pegi ke Namba semalam. Itu pun dapat tengok-tengok sikit dan makan malam je. Pening mana satu nak pegi. 

Nak ke Osaka Castle bukak pukul 9.00 pagi. Lama lagi nak tunggu. Akhirnya pegi ke Kiyomizudera Temple sebab bukak pukul 6.00 pagi sementara tunggu Osaka Castle bukak. 

Macam pelik dari Osaka nak ke Kyoto lepas tu patah balik ke Osaka. Sebab ada JR pass maka aku suka suka plan macam ni.

Check out Hotel awal. Simpan beg di coin locker di Osaka Station. Dari Hotel ambil train di Tanimachi Kyuchome Station pegi ke Higashiumeda Station (240 yen) kemudian jalan kaki ke Osaka Station. Dari Osaka Station ambil JR Kyoto Line Rapid terus ke Kyoto. Perjalanan hanya 20 minit sahaja.

Sampai di Kyoto terus ambil bas no. 206 ke Kiyomizudera Temple, tambang 230 yen sehala. Perjalanan hanya 15 minit sahaja. Kali ni aku turun di Gojo-zaka bus stop. Melintas, lepas tu jalan terus naik bukit sebab kawasan ni agak berbukit sedikit lebih kurang 10 ke 15 minit untuk sampai ke Kiyomizudera Temple. Sepanjang perjalanan naik ke atas ada banyak deretan kedai yang menjual bermacam-macam jenis barangan dan makanan.




Perjalanan naik ke atas akan menjadi lebih lambat kalau banyak menyinggah dan meninjau kedai-kedai yang ada sepanjang jalan. Semua kedai nampak menarik. Pasti buat semua orang rasa nak singgah. Aku sempat juga tengok souvenir dan beli ice cream perisa vanilla dan strawberry harga 300 yen. Pagi-pagi kitorang dah makan ice cream.

Sedap!

Teruskan perjalanan ke Kiyomizudera Temple. Akhirnya, hari ni berjaya masuk melawat temple yang paling popular di Kyoto setelah hari tu tak berjaya masuk sebab lambat sampai. Sampai terus masuk jalan-jalan tengok apa yang ada dan menarik di kawasan sekitar. 



Di bahagian belakang dewan utama Kiyomizudera terdapat sebuah kuil bernama Jishu Shrine yang didedikasikan kepada dewa cinta dan jodoh di sini. Di hadapan kuil ini ada dua buah batu setinggi 18 meter. Menurut kepercayaan dorang, sekiranya sesiapa berjaya menemui jalan dari satu batu ke batu yang lain dengan mata tertutup dikatakan akan membawa tuah dalam mencari cinta. 


Jalan lagi jumpa kayu-kayu kecil yang ditulis dengan ucapan dan hajat si penulis cantik disusun tergantung. Aku cuba cari yang tulis dalam bahasa melayu. Kot kot ada. Tapi jumpa yang dalam english dan indon je. Yang lain banyak bahasa jepun dan cina.




Tu baru ronda-ronda kawasan luar. Nak masuk ke dalam lagi kena bayar tiket. Harga tiket masuk 300 yen seorang. Waktu awal macam ni pun orang dah ramai sangat-sangat yang datang. Ditambah lagi dengan rombongan budak-budak sekolah. 



Sebelum masuk ke kawasan yang kena bayar tiket tadi tu ada beberapa kuil lain. Tak tau le aku namanya. Banyak juga. Yang tengah renovate pun ada. Tapi yang paling menarik ialah pagoda tiga tingkat yang berwarna merah terang.

 


Di hadapan pagoda tu ada sebuah dewan besar yang dikenali sebagai Dewan Zuigudo. Dewan ini dibina khas untuk ibu buddha. Nak masuk ada bayaran lain. Di dalam dewan ada seperti tanah berwarna hitam. Tanah itu pada mereka melambangkan rahim seorang ibu. Macam-macam dorang ni.

Aku paling suka tengok senibina bumbung bangunan pagoda dan kuil mereka ni. Nampak menarik dan warna pun merah terang menyala. Ditambah dengan langit biru. Cantik untuk seni foto.






Teruskan perjalanan lagi ke kawasan sekitar. Masuk kawasan Kiyomizudera Temple. Ada yang ambil peluang sembahyang di kuil ini. Lepak dan melihat view bandar dan hutan dari sini. Sebab kuil ni terletak di tempat tinggi. Dari sini nun jauh hujung di sana ternampak satu pagoda tiga tingkat berwarna merah yang dikelilingi dengan pokok-pokok. Pagoda dikenali dengan nama Koyasu. Sesiapa yang melawat sampai ke sana dipercayai mudah dan selamat bersalin. Macam-macam kepercayaan dorang ni.



Teruskan lagi perjalanan. Sampailah di view yang paling popular. Wah! Memang cantik view kat sini. Waktu ni nampak hijau dengan daun-daun pokok.

Kiyomizudera adalah salah satu kuil yang terkenal di Jepun. Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage Site pada tahun 1994. Terkenal kerana dibina dengan menggunakan kayu bertingkat di atas lereng bukit setinggi 13 meter tanpa menggunakan paku. 





Permandangan sangat cantik ketika musim sakura dan pada musim luruh dengan warna warni daun maple sambil menikmati keseluruhan bandar Kyoto dari jauh.


Terdapat Air Terjun Otowa yang terletak di bawah dewan utama Kiyomizudera. Pengunjung boleh menggunakan cawan yang dilekatkan dengan kayu panjang untuk diminum terus daripada cawan tersebut. Air tersebut mempunyai tiga saliran dan setiap saliran konon memberi manfaat yang berbeza iaitu panjang umur, kejayaan di sekolah dan bernasib baik dalam kehidupan cinta. Sesiapa yang minum ketiga-tiga saliran dianggap tamak.





Ronda sekeliling lepas tu terus turun ke bawah. Lalu balik di kawasan Higashiyama sambil tengok kedai senbei yang aku beli hari tu. Nak tambah lagi bawak balik Malaysia. Tuan kedai ingat lagi aku masa bayar.




Jalan turun ke bawah sambil menengok-nengok souvenir lagi. Memang macam-macam ada. Kedai dorang ni semua nampak menarik. Betul-betul buat orang rasa nak singgah masuk. Sampai kat satu kedai jus singgah beli fruit juice. Harga dah tak ingat.



Jalan depan lagi wife aku berkenan dengan kipas Jepun. Dia beli satu untuk kenangan harga 1,080 yen. Memula nampak kat kedai lain dia tak heran pun dengan kipas-kipas ni. Tapi entah kenapa dia berhenti kat kedai ni sebab kedai ni eja price jadi praice. Pastu corak yang dorang display ada yang dia berkenan. Tu yang tersangkut beli akhirnya.



Teruskan perjalanan lagi ke bawah. Sepanjang jalan turun tu boleh jumpa ramai juga pelawat yang datang pakai kimono. Ada yang memang asli orang Jepun dan ada juga pelancong dari luar yang berjalan-jalan dengan memakai kimono. Nak dapat feel jadi orang tempatan la tu. Banyak kedai-kedai yang menyediakan khidmat sewa kimono ni. Harga dari 5,000 yen hingga lebih.

Selain jumpa pelawat yang berkimono, jumpa juga pasangan pengantin yang sedang buat pre-wedding photo. Jumpa geisha tengah buat foto shoot pun ada. Sempat jugalah aku menyibuk-yibukkan diri ambil gambar dorang ni untuk dijadikan tatapan. Eh! bukan. Jadikan kenangan.

Geisha gebu

Pasangan pengantin

Teruskan lagi perjalanan hingga sampai ke bawah. Terus tunggu bas di bus stop berdekatan. Alhamdulillah tak perlu tunggu bas lama sangat. Yang best jadual bas di Jepun ni memang ikut jadual dan sampai tepat pada masanya. Bas sampai terus naik dan balik ke Kyoto Station. 


Dari Kyoto Station terus ambil train balik ke Osaka Station. Memandangkan sampai di Osaka Station dah pukul 12 lebih kitorang terpaksa cancel kan plan ke Osaka Castle sebab nak kejar balik ke Tokyo sebelum hari gelap.


Dari Osaka Station ambil beg, lepas tu terus gerak ke Shin-Osaka ambil Shinkansen Hikari terus ke Tokyo. Perjalanan ambil masa 3 jam. 






Wife aku reserved seat minta view Mt. Fuji. Dari Osaka ke Tokyo kena duduk sebelah kiri untuk view Mt. Fuji. Dalam train wife aku tanya kat pekerja train pukul berapa sampai di area Mount Fuji. Dia bagitau pukul 3.45 petang. Bila dah dekat nak sampai wife aku standby. Tapi nasib tak berapa menyebelahi dia. Awam meriah menutupi puncak Mount Fuji. Aku pulak layan buat taik mata tido je sepanjang perjalanan ke Tokyo.




Sampai di Tokyo pukul 4.10 petang. Terus pegi simpan beg di coin locker. Lepas tu terus ambil train JR Yokosuka Line pegi ke Shimbashi Station. 



Di Shimbashi Station transfer train Yurikamome Line berhenti di Odaiba Kaihinkoen Station tambang 320 yen tak covered by JR pass untuk ke Odaiba. Dalam train aku pilih berdiri dan ambil yang depan sekali sebab nak tengok view bandar Tokyo dari dalam train. Landasan train ni jalan di celah-celah bangunan. Itu yang menariknya. Driver di bahagian belakang. So kita berpeluang tengok view dari depan.







Sampai di Odaiba Station terus tanya kat pekerja situ mana nak cari Mr. Gundam si robot besar tu. Terus kitorang gerak berdasarkan arah yang ditunjukkan tadi. 

Jalan kaki lebih kurang 15 ke 20 minit juga. Masuk ke shopping mall Divercity Tokyo Plaza jumpa foodcourt. Foodcourt nampak menarik tapi tak bolah nak singgah sebab kejar masa. Terus cari pintu keluar sebelah kiri. Keluar je dari shopping mall terus nampak Mr. Gundam (Robot Statue) yang berdiri besar dengan megahnya kat bahagian luar Divercity Plaza.




Susah nak ambil gambar kosong sebab ramai orang. Almaklumlah hari cuti tambahan dekat hujung minggu. Selesai sesi bergambar dengan Mr. Gundam terus gerak nak cari Ms. Statue of Liberty pulak. Tak tau arah mana nak pegi mencari. Kitorang main belasah je.




Masa jalan tu terserempak dengan sorang Mat Salleh yang tengah lalu lalang, aku terus tanya kat mana statue of liberty. Tak nak buang masa. So patah balik, ikut arah yang dia tunjuk tadi. Waktu ni matahari dah mula terbenam. View memang cantik sangat. 





Macam-macam design bangunan cantik-cantik ada kat sini. Yang paling menarik sekali bangunan Fuji TV.

Odaiba ialah sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay. Kini menjadi tarikan pelancong dengan pelbagai pilihan tempat untuk membeli belah, tempat makan dengan dikelilingi bangunan-bangunan tinggi dan senibina yang menarik.





Jalan terus ikut laluan. Dari jauh dah nampak bayang Ms. Statue of Liberty. Tapi waktu ni dah senja. So kualiti gambar agak kurang sikit. Tak dapat aku ambil gambar terang. Orang pun ramai yang nak bergambar. Tensen aku dibuatnya.








Selesai dengan Ms. Statue of Liberty, aku gerak ke tempat lain pulak. Ambil gambar Rainbow Bridge. Lepas tu kitorang lepak di atas batu tepi pantai buatan sambil menikmati sunset dan tunggu sampai hari makin gelap. 









Tengok view bandar Tokyo dari pantai Odaiba. Cantik sangat dengan cahaya lampu daripada bangunan, Tokyo Tower dan Rainbow Bridge.



Hari dah gelap, terus kitaorang gerak nak balik ke Tokyo kemudian nak check in Hotel. Dari pantai tadi ambil train di station berdekatan iaitu Odaiba Station. 

Masa mula-mula datang ke Odaiba tadi aku berhenti di Odaiba Kaihinkoen Station. Kena jalan kaki 15 ke 20 minit. Kalau tadi turun kat Odaiba Station lebih dekat. Jalan kaki 5 minit dah sampai. So untuk ke Odaiba better berhenti di Odaiba Station.




Dari Odaiba Station aku ambil train berhenti di Shimbashi Station (320 yen) kemudian transfer JR Yokosuka Line pegi ke Tokyo Station ambil beg. Yang bestnya melilau juga cari coin locker beg kitaorang simpan tadi. Setelah mencari sampai ke hulu ke hilir akhirnya jumpa juga.


Lepas ambil beg terus ambil JR Keihin-Tohoku Negishi Line pegi ke Kamata Station nak check in Hotel. Dua malam terakhir ni aku stay di Grand Park Hotel Panex Tokyo. Harga 18,800 yen untuk dua malam. Dari Kamata Station ke Hotel hanya ambil masa 5 minit jalan kaki. 






Selesai hal check in dan simpan beg dalam bilik, kitaorang terus keluar nak dinner. Tadi masa ke Hotel ada lalu dua kedai sushi. Pegi satu kedai sushi ni tapi dah nak tutup. Dah tak terima pelanggan lagi. Pegi lagi satu kedai, Alhamdulillah masih terima pelanggan. So kitaorang terus masuk duduk. 







Sushi kat kedai ni memang sedap. Memang lain rasanya berbanding di Malaysia. Wife aku yang tak makan ikan salmon dan tuna mentah pun boleh selamba makan. Takde rasa ikan atau hanyir pun. Harga pun lebih murah jika dibanding dengan Malaysia.




Lepas kekenyangan makan kitaorang terus balik Hotel. Memula ingatkan nak jalan-jalan juga kawasan situ tapi dah tak larat. Mata pun dah mengantuk satu hari berjalan dari pagi sampai malam selama 8 hari mau tak letih.

Balik Hotel masing masing terus tido. Sambung hari ke sembilan hari terakhir di Jepun.

Perbelanjaan hari ke lapan :
  1. Train ke Higashiumeda Station - 240 yen x 2 = 480 yen
  2. Coin locker di Osaka - 700 yen
  3. Bas ke Kiyomizudera return - 460 yen x 2 = 920 yen
  4. Tiket masuk Kiyomizudera - 300 yen
  5. Ice cream - 300 yen
  6. Seinbei - 432 yen x 3 = 864 yen
  7. Fruit juice - tak ingat
  8. Kipas - 1,080 yen
  9. Tiket train ke Odaiba - 640 yen x 2 = 1,280 yen
  10. Coin locker di Tokyo - 600 yen
  11. Dinner sushi - 1,962 yen
Total - 8,486 yen


No comments:

Post a Comment