Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 6 Part 2

Summer Road Trip - Tutoko Bridge, The Chasm, Homer Tunnel Lookout Point, Gertrude Valley Lookout, Monkey Creek, Falls Creek Waterfall, Hollyford Valley Lookout, Lake Gunn Campsite, Lake Gunn Viewpoint, Cascade Creek Campsite, Mirror Lakes, Eglinton Valley Viewpoint, Gore & Surat Bay


Ahad - 25.11.2018


Sambungan daripada post New Zealand : South Island - Day 6 Part 1

Dari parking Milford Sound kami terus gerak menuju ke Te Anau melalui jalan yang sama masa datang tadi. Sepanjang jalan Milford Sound (State Highway 94) menuju ke Te Anau ada banyak tempat menarik yang boleh disinggahi. Terpulang pada individu mana nak singgah dan apa yang ingin dilihat. 

Tak sampai 10 minit perjalanan, kami nampak signboard Tutoko Bridge. Jadi ape lagi, haruslah kami singgah. Mari kita lihat apa yang ada di sini.

Kalau berminat boleh hiking 2 jam 30 minit

Jarak Milford Sound ke Tutoko Suspension Bridge hanya 4.5 km saje. Kami berhenti di tepi jalan pada ruang yang selamat dan terus menuju ke jambatan yang merentasi Tutoko River. 


Jambatan ini dibina pada tahun 1970 dan telah digantikan pada tahun 1981 dengan lebih kukuh bagi menangani peningkatan lalu lintas. Pada tahun 2010 pemulihan sepenuhnya telah dibuat bagi memelihara sejarah jambatan ini. 



Jambatan ini dibuka kepada pejalan kaki dan kita boleh menikmati pemandangan Sungai Tutoko yang jernih dan sangat bersih. Selain itu, boleh juga menikmati alam semulajadi di sekitarnya.



Kami jumpa family melayu di sini. Pakcik, makcik dan seorang anak perempuannya. Kami berborak sambil ambil gambar. Tak lama lepas tu kami dan family tu beredar dari sini menuju ke destinasi lain pula.

Lebih kurang 5 minit memandu kami berhenti pula di The Chasm. Jarak hanya 6 km dari Tutoko Bridge tadi. Ada ruang parking yang besar disediakan. The Chasm menjadi salah satu tempat persinggahan wajib kebanyakan pelancong yang melalui jalan ini.


Dari parking kena jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 10 ke 15 minit. Bergantung kepada kelajuan kaki berjalan.


Masuk ke dalam hutan ikut laluan yang disediakan. Aku suka hutan ni. Hutan mossy forest. Nampak hijau, cantik, bersih dan terpelihara.



Nyamannya suasana di dalam hutan ni. Hijaunya dan indahnya bumi New Zealand. Bertuahnya penduduk negara ini. Tak perlu keluar jauh-jauh semata-mata nak melihat keindahan alam semulajadi. Tapi lain negara lain budaya dan keistimewaannya.



Tak jemu kami menikmati mossy forest di sini. Flora dan faunanya sangat cantik. Pokok-pokok renek dan lumut yang tumbuh menumpang pada pokok besar menjadikan hutan ini nampak misteri dan mistik. 



Selepas 10 minit jalan kaki akan kedengaran bunyi air terjun. Kemudian akan nampak formasi batu yang menarik dan dicelahnya ada air terjun mengalir dengan deras sekali.


Kemudian kami ke depan sikit ada jambatan. Di sebelah kiri jambatan kami dapat lihat formasi batu yang lebih menakjubkan dan air terjun mengalir lebih deras dari yang tadi. Air terjunnya sangat jernih dan bersih seperti warna hijau zamrud.


Di sebelah kanan pula kami dapat lihat air Sungai Cleddau yang deras mengalir di celah-celah batu. Cantiknya pemandangan sungai dan hutan di The Chasm ni. Pada aku wajib singgah tempat ni kalau ke Milford Sound.



Lebih menarik pada pandangan aku formasi batunya lain daripada yang lain. Tak pernah aku nampak rupa batu sebegini. Bukti kekuasaan Allah yang menciptakan alam ini dalam pelbagai bentuk untuk kita hayati, nikmati dan syukuri.


Kami semua hanya menyaksikan keindahan sungai dan hutan daripada jambatan saje. Deras sangat air sungai yang mengalir di celah-celah batu tu.



Tak lama lepas kami ambil gambar ada group baru datang. Bertambah ramai orang di kawasan ni. Nasib baik dah puas bergambar baru dorang sampai. Kalau tak, susah nak ambil gambar. Tempat popular mesti ramai yang datang.



Setelah puas menikmati pemandangan, kami gerak kembali ke parking untuk sambung perjalanan semula sambil menikmati sekali lagi mossy forrest. Yang menariknya sampai di parking ada van jual coffee. Dapat coffee time sejuk ni memang layan. Tapi kami tak beli pun.



Kami sambung perjalanan menuju ke Homer Tunnel. Kelihatan awan mendung sudah memenuhi langit. Walaupun cuaca mendung, pemandangan sepanjang jalan menuju ke terowong tetap sangat cantik. 


Kami disajikan dengan batu gunung ganang yang tinggi dan sangat besar. Di celah batu gunung kami dapat saksikan banyak air terjun yang mengalir. Terlalu banyak. Menjadikan pemandangan sangat mengagumkan. Amazing! 



Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Walaupun cantik tapi nampak seperti bahaya. Takut ada batu runtuh. Kita doa yang baik-baik saje. InsyaAllah semuanya baik dan dilindungi olehNYA.


Jarak Homer Tunnel dari The Chasm tadi hanya 8 km saje. Jalan rayanya berbengkang bengkok dan laluannya di tepi gaung. Sila berhati-hati memandu. Sebelum sampai di terowong kami berhenti di satu Lookout Point. Ada ruang selamat untuk park kereta. Dari lookout ni boleh nampak view jalan raya yang kita lalu tadi dengan gunung ganang. Memang cantik sangat view dari sini. Kalau tadi kita lihat dari dalam kereta, kali ni kita boleh menikmati pemandangan dari luar. Lebih puas hati.



Dari lookout point kita boleh nampak pintu terowong dari jauh. Terowong yang bakal kami lalui sebentar lagi. Terowong yang menembusi gunung yang sangat besar bagi menghubungkan jalan dari Te Anau ke Milford Sound. 


Begitu gah gunung batu besar berdiri. Terasa kerdilnya diri ini. Semasa kami di sini ada beberapa ekor burung kea hinggap di kereta kami dan kereta pelancong lain. 


Selepas ambil gambar dan menikmati gunung batu di lookout point, kami beredar dan menuju ke arah terowong. Kena berhenti untuk tunggu giliran memasuki terowong. Jadi kami ambil kesempatan ini keluar dari kereta untuk bergambar dan menikmati udara luar.


Kereta kuning tu polis yang jaga di luar terowong

Beberapa minit lagi lampu hijau nak menyala, semua orang kembali semula ke kereta masing-masing untuk bersiap sedia memasuki terowong.



Keluar dari terowong, kami lalu semula jalan masa datang tadi. Tetap masih tak jemu mata ini melihat pemandangan gunung ganang di sini. Tetap rasa kagum dengan keindahannya walaupun view inilah kami lihat tadi. Kecantikannya mempesonakan kami. 



Selepas dua kilometer keluar dari terowong, kami nampak satu lookout point. Sekali lagi kami berhenti, kali ini di Gertrude Valley LookoutParking kereta, kemudian jalan sikit ada satu kawasan luas berbatu. 


Maka terbentang di depan mata pemandangan luas gunung dan puncak bersalji. Waktu ni awan mendung semakin memenuhi langit. Berdoa semoga janganlah hujan. Masih banyak lagi tempat nak singgah. 


Cantik sangat pemandangan di sini. Ada track untuk day hiking. Masa kami di sini ada sekumpulan mat salleh sedang berehat sambil menikmati makan tengahari. Syok tengok dorang makan sambil layan view yang sangat awesome.


Selepas bergambar dan menikmati panorama di sini, kami pun beredar menuju ke destinasi seterusnya. Best sangat sepanjang jalan Milford Sound. Kiri, kanan, depan dan belakang semua pemandangan gunung ganang, bukit bukau dan hutan saje. Rasa tak nak keluar dari jalan ni. Nak tengok view macam ni hari-hari.



Tapi tak sampai 5 minit aku drive, kami berhenti lagi di Monkey Creek sebab nampak bas pelancong dan ramai orang berhenti di sini. Jarak lebih kurang 4 km dari Gertrude Valley Lookout tadi. 



Lepas parking kereta kami jalan kaki menuju ke anak sungai yang cetek. Cantik sangat sungai di sini. Airnya sangat bersih dan jernih. Ramai pelancong isi air sungai ni dalam botol sebab airnya selamat untuk diminum. 



Kami duduk di tepi gigi anak sungai sambil main air dan menikmati keindahan alam. Sejuk gile airnya. Bunyi air sungai yang mengalir terasa begitu mendamaikan. Tenang saje rasanya.



Di kawasan ini ada banyak burung kea. Burung ni sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Pantang nampak burung kea, pasti semua tak lepaskan peluang merakam aksinya. Yang bestnya masa ni, burung kea bertenggek atas kereta kami. Jadi semua orang tertumpu di kereta kami. Dahlah kereta kami penuh dengan beg, baju dan tuala bergantung. Memang nampak jelas sebab cermin kereta terang. Rasa kelakar pulak.


Setelah puas bermain air di sungai tadi, kami jalan kaki melintas jalan, tukar ke sungai di seberang sana pula. Kalau dari Milford Sound sungai ni di sebelah kiri. Aliran sungai yang sama, cuma saje ke sini sebab viewnya lain sikit. 



Tak ramai orang ke sini. Lepas kami datang, tak lama kemudian adalah beberapa orang lain datang. Di sini boleh nampak view Hollyford Valley. Memang cantik view gunung ganang bersama sungai.



Sekejap saje kami di sini, selesai ambil gambar kami terus beredar sambung semula perjalanan. Selepas 5 km drive kami berhenti di Falls Creek Waterfall. Jarak semua dekat-dekat saje. Tak sempat nak panas bontot duduk dalam kereta.

Tanah runtuh

Aku park kereta di tepi jalan. Dari tepi jalan dah boleh nampak air sungai yang agak deras mengalir dicelah batu. Sangat bersih dan jernih airnya. Sungai yang dikelilingi pokok dan pergunungan. Cantik sangat.




Kami turun ke bawah menuju ke sungai. Banyak batu-batu besar. Kena berhati-hati. Kami lepak sekejap, kemudian ambil gambar dan main air. Geram tengok air sungai ni. Rasa nak terjun mandi saje tapi sejuk gile. Aku rasa kagum sangat dengan sungai dan air terjun di New Zealand. Semuanya bersih dan dijaga.


Selepas seketika kami di sungai, kami naik semula kemudian melintas ke seberang jalan dan menuju ke arah jambatan di depan sana. 


Kami ke sini sebab ada air terjun. Air terjun ni diberi nama Christie Falls. Betul-betul berada di tepi jalan. Ramai orang di sini sibuk merakam gambar air terjun. Agak tinggi juga.


Yang paling menambat hati adalah airnya yang berwarna hijau zamrud. SubhanaAllah, cantiknya. Kagum sangat. Rasa tak puas tengok air yang cantik ni. Macam nak terjun tiruk saje.


Ada track kalau sesiapa nak hiking yang ambil masa 2 jam pergi balik. Kalau lama di sini boleh cuba. Tapi kami peruntukkan satu hari saje untuk cover semua tempat di sepanjang Milford Sound ni. Memang tak berkesempatan.


Lepas puas menyaksikan keindahan air terjun berwarna hijau zamrud tadi, kami kembali semula ke sungai tadi. Rasa tak puas menikmati keindahannya. Kali ni wife ajak ke bahagian lain pula. Dia kata ada jalan turun dari atas jalan raya dekat dengan tempat parking kami.



Wife ajak ke bahagian ini sebab warna airnya nampak lebih menarik dari yang mula-mula tadi. Kami lepak seketika di sini sambil membayangkan berada di sini pada musim luruh. Mesti cantik dengan daun yang berwarna-warni.


Selepas habis berangan, kami beredar dari sini sebab perjalanan kami sangat jauh hari ini. Naik semula ke atas dan terus mulakan perjalanan semula. Tak sampai 3 km drive, aku nampak signboard Hollyford Valley Lookout

Aku berhenti tepi minta wife turun tengok ape yang ada. Aku tak turun sebab takut nanti kami lama di sini. Jauh lagi perjalanan kami. Wife turun kejap ambil gambar pemandangan Hollyford Valley. Nampak beberapa gunung antaranya Mount Lyttle dan puncak gunung lain yang bersalji.


Dari sini boleh nampak Hollyford River dari kejauhan. Cantik juga view. Di platform lookout point ada information board tentang tempat ni dan sejarahnya. Kalau rajin silalah baca.


Selesai wife ambil gambar, terus dia balik ke kereta dan kami sambung semula perjalanan. 



Kali ni agak jauh sikit, selepas 10 km kami berhenti di Lake Gunn Campsite. Itu pun selepas nampak ada satu lorong di sebelah kanan. Takde sesiapa pun masuk sini. Kami gamble masuk sebab nak riki mana tau ada toilet. Sambil tu boleh jenguk apa yang ada. Kena masuk agak dalam juga sampai jumpa tasik. 




Memang ada toilet di sini tapi sama ada sanggup guna atau tidak saje. Bila wife tengok toilet jenis tu memang dia takkan masuk. Sanggup tahan selagi boleh tahan. 


Disebabkan tak jadi buang air, jadi kami terus ke tasik layan pemandangan. Tak tau kenapa kami suka sangat pemandangan penghujung Tasik Gunn ni. Mungkin sebab air tasiknya yang jernih dan berwarna kehijauan telah menambat hati kami. 




Ditambah dengan pokok berwarna warni di tepi tasik yang seakan seperti pada awal musim luruh. Cantik sangat. Kalau langit biru dan tenang tidak berangin mesti boleh nampak reflection. Pasti lebih awesome pemandangannya.


Jujurnya, kami terasa amat tenang di sini. Meriah dengan bunyi burung bersiulan. Sesekali daun berguguran di tiup angin sangat indah suasana ketika itu. Ya Allah, rindunya saat berada di sini.


Tapi kami tak boleh lama sangat di sini. Setelah puas bergambar dan menikmati keindahan tasik dan alam sekitar, kami beredar keluar dari sini sambung perjalanan kami. Selepas 3 km perjalanan dari campsite tadi, kami berhenti di Lake Gunn Viewpoint pula. 


Di sini kami dapat lihat pemandangan Lake Gunn yang lebih luas dengan refleksi gunung ganang di permukaan tasik. SubhanaAllah, cantiknya. Aku rasa pagi tadi tasik ni yang aku nampak masa on the way ke Milford Sound tu. Tapi aku rasa refleksi pagi tadi lebih cantik sebab waktu tu cuaca lebih cerah dan cantik. Tidak seperti sekarang, cuaca mendung.



Sekejap saje kami di sini. Lepas ambil gambar, kami sambung semula perjalanan. Di depan sikit, tak sampai 2 km kami berhenti di Cascade Creek Campsite

Box kecil tu untuk bayar duit campsite

Kami masuk ke dalam ikut jalan tidak berturap. Nampak anak sungai. Berhenti singgah sekejap di Elington River yang mengalir ke tasik.


Kemudian masuk lagi ke dalam di kawasan campsite. Besar dan luas kawasan campsite ni. Ada kemudahan toilet, tempat masak dan air bersih disediakan. Sesuai untuk kerusi roda.

Toilet


Kami pusing keliling kawasan campsite ni dengan kereta. Menarik juga kalau camping di sini. Dapat menikmati view hutan dan gunung ganang. Hirup udara segar. Mesti sejuk gile waktu malam. Di campsite ni tempat mulanya untuk aktiviti Lake Gunn Nature Walk. Kalau banyak masa boleh trekking. Mesti best. 



Habis satu campsite ni kami pusing, kemudian keluar dari sini dan sambung perjalanan kami lagi. Kali ni lama sikit dalam kereta. Selepas 15 minit perjalanan dengan jarak 18 km dari campsite tadi, kami singgah di Mirror Lakes yang merupakan salah satu tempat popular dan wajib pergi.


Park kereta di tepi jalan, kemudian kena jalan kaki masuk ke dalam ikut laluan yang disediakan lebih kurang 5 minit. Kami terus menuju ke penghujung laluan sebab target kami nak tengok signage mirror lakes.


Sampai saje di hujung, Alhamdulillah, kami rasa sangat teruja sebab dapat tengok refleksi tulisan mirror lakes dengan jelas di permukaan tasik walau pun tak 100% airnya tenang. Terima kasih Ya Allah.



Bukan senang nak dapat refleksi tulisan mirror lakes tu. Sama ada disebabkan angin bertiup dan mengakibatkan air tasik bergelora atau disebabkan itik yang suka berenang-berenang di tasik ini terutamanya berdekatan dengan signage mirror lakes. 


Seronok bila sebahagian misi berjaya. Itik tetap ada berenang di tasik ni. Kebetulan masa kami sampai itik berenang jauh sedikit dari signage tu. Tapi kami hanya dapat refleksi pada tulisan saje. Refleksi pemandangan lain seperti gunung di permukaan tasik tak begitu kelihatan disebabkan cuaca mendung dan berangin. 



Mirror Lake ni hanyalah sebuah tasik yang kecil. Tasik ini menjadi terkenal dikalangan pelancong kerana refleksi Earl Mountain dan tumbuhan sekitar di permukaan tasik jika cuaca baik dan tenang tidak berangin. Disebabkan refleksi cantik itulah tasik ini mendapat nama mirror lakes.



Semasa sedang ambil gambar pemandangan di platform ni, kami jumpa semula couple cina yang kami jumpa di Glenorchy semalam. Dorang baru nak ke Milford Sound dan akan bermalam di sana. Borak-borak sekejap dengan mereka. Kemudian kami bergilir ambil gambar berdua. Tak lama lepas tu, kami gerak menuju ke kereta melalui laluan tadi. 


Cantik laluan yang disediakan. Bersih, kemas dan terjaga sangat. Di tepi sepanjang laluan ini adalah tasik. Aku singgah juga dibeberapa tempat lain ambil gambar tasik disebabkan kecewa sikit tak dapat refleksi gunung. Berusaha juga nak dapatkan refleksi. Wife layankan saje.



Sampai di kereta kami terus beredar dari sini. Kami hanya makan makanan daripada lunch box yang kami dapat tadi dalam kereta saje sambil teruskan perjalanan. Tiada masa nak lepak untuk makan sambil menikmati alam semulajadi. Kalau kami berhenti makan di tempat yang cantik, memang takkan jadi makan. Kami sanggup tangguhkan makan. Lebih gemar ambil gambar dan menikmati pemandangan.

Memandangkan perjalanan hari ini masih jauh, pada mulanya kami cadang tidak akan berhenti dimana-mana lagi. Lagi pun hampir semua tempat kami dah singgahi. Tapi akhirnya kami tewas juga selepas 5 km perjalanan dari Mirror Lake tadi, kami berhenti di Eglinton Valley Viewpoint pula.


Eglinton Valley ni terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran Lord of The Rings terutamanya pergunungan Eglinton yang dijadikan sebagai Misty Mountain dalam episod Fellowship of The Ring.


Dari sini kami dapat saksikan padang yang sangat luas dan pemandangan lembah Eglinton serta pergunungannya. Sekejap saja kami di sini. Ambil gambar dan kemudian beredar. 



Selepas 10 minit perjalanan meninggalkan Eglinton Valley Viewpoint tadi, kami ternampak ada banyak pokok bunga lupin di sebelah kanan jalan. Nampak ada beberapa kereta berhenti dan ada ruang untuk parking kereta terus aku berhentikan kereta. 


Kena turun sikit dan kemudian redah parit kecil untuk ke kawasan luas di tepi Sungai Eglinton. Ada diletakkan sebatang kayu untuk melintas parit kecil tu. Di sini banyak tumbuh pokok lupin liar di merata-rata kawasan sekitar. 




Masing-masing yang datang sini terus jadi gile bunga. Baik yang lelaki dan perempuan semua sama. Pelbagai ragam dan terlatah semasa mengambil gambar dapat dilihat. Masing-masing dengan pose tersendiri.



Aku jadi jurugambar wife. Layankan saje pelbagai pose yang dibuat untuk disimpan sebagai kenangan. Datang jauh-jauh dan belanja wang yang banyak haruslah dinikmati sepuas-puasnya.



Yang menariknya di sini, view lupin bersama lembah Eglinton dan sungai. Ada bermacam-macam warna lupin di sini. Warna purple muda dan tua, pink pekat dan pink cair, warna krim pun ada. Mau tak gile kebanyakkan perempuan-perempuan yang ada di sini.



Cantik juga aku tengok bunga lupin ni bila tumbuh banyak. Patutlah menjadi pujaan pelancong yang datang ke New Zealand pada hujung musim bunga dan awal musim panas. Di sini kawasannya luas, jadi tak perlu berebut atau nak tunggu turn ambil gambar dengan lupin.


Lepas layan wife ambil gambar bersama lupin, aku ajak dia beredar dari sini. Seperti biasa, kena ajak banyak kali baru dia nak gerak. Kalau tidak, buat tak layan saje. Mana boleh lama sangat sebab perjalanan destinasi akhir hari ni masih jauh lagi.

Dengan berat hati, wife akur meninggalkan padang lupin yang luas ini. Kami sambung perjalanan sehingga ke Te Anau. Singgah sekejap di Caltex Te Anau untuk topup minyak dan meneruskan perjalanan menghala The Key. Setelah perjalanan hampir satu jam, kami nampak ladang rusa di Hillside. Berhenti sekejap ambil gambar rusa.


Kemudian kami sambung perjalanan sehingga ke Acton berhampiran Mossburn. Selepas 30 minit drive, aku berhenti sekejap di sini sebab nampak banyak pokok bunga kuning. Saje nak bagi peluang wife ambil gambar bersama bunga kuning walaupun dia sebenarnya tak kisah pun. 



Sekejap saje di sini, lepas bergambar kami kembali sambung perjalanan. Selepas 20 minit perjalanan, kami sampai di pekan kecil Lumsden



Berhenti sekejap tengok pekan kecil yang kelihatan sunyi sepi seperti tiada penghuni. Cuma berhenti ambil gambar bangunan, kemudian kami beredar.



Perjalanan disambung kembali. 


Selepas 8 minit drive kami mulai memasuki Saint Patricks. Berhenti sekejap sebab nampak ladang kambing. 


Kali ni nak cuba berusaha sedaya upaya dapatkan gambar kambing dekat. Sebenarnya ini salah satu aktiviti supaya perjalanan yang panjang dan jauh tidak menjadi bosan. Kena enjoy!




Selepas agak berjaya dan puas hati kami kembali sambung perjalanan yang banyak perhentiannya ini. Aku drive selama 15 minit kemudian kami sampai di pekan kecil Riversdale. Perlahankan kereta, suruh wife ambil gambar pekan dari dalam kereta saje. 


Teruskan perjalanan. Tak lama drive, kami melalui Croydon Bush pula. Perjalanan kami kali ini tiada lagi pemandangan gunung ganang. Langit mendung meriah memenuhi langit di sana sini. Redha.


Yang paling banyak kami temui kali ni adalah ladang-ladang yang terbentang luas saje. Tetap cantik hijau bumi Tuhan. Kami hanya lihat ladang kambing dan lembu dari dalam kereta. 


Sehingga sampai di satu ladang ni, aku berhenti minta wife keluar ambil gambar lembu. Aku nak gambar lembu yang ada tompok-tompok putih. Baru trademark lembu New Zealand. Wife redha layankan saje kehendak aku.




Lepas tu sambung semula perjalanan. Kenalah enjoy selagi boleh. Tak lama drive kami masuk ke bandar kecil Gore. Cantik pula rumah-rumah di sini. Berkenan sangat dengan kawasan perumahan di New Zealand ni.



Disebabkan wife nak ke toilet, jadi kami singgah di Gore. Aku keluar daripada kereta untuk misi mencari toilet. Wife tunggu dalam kereta sebab tak tahan sejuk. Memang sejuk gile kat luar ni. Angin pun kuat.


Sambil cari toilet sambil tengok apa yang ada. Nampak menarik juga bandar kecil ni. Tapi tak nampak pun orang berkeliaran di sekitar. Cuma ada sorang budak saje tengah sibuk main seorang diri. Sunyi sepi. Mungkin sebab dah lewat petang.


Gore merupakan 'official home of country music in New Zealand' dan mempunyai tarikan istimewa untuk peminat muzik negara ini. Setiap bulan Jun, Gore menganjurkan New Zealand Gold Guitar Award digabungkan bersama New Zealand Line Dancing Championships.


Selain itu, Gore juga terkenal dengan brown trout (ikan trout coklat). Pada musim bunga dan musim panas merupakan masa yang terbaik untuk menangkap ikan trout di Sungai Mataura. Bandar ini kena dengan jiwa aku yang berjiwa pemuzik.


Lepas ronda sikit Gore aku kembali ke kereta. Jumpa toilet tapi not in service pulak. Jadi kena tahan dulu. Kami beredar dari Gore menuju ke destinasi terakhir hari ini. 

East Gore

Kali ni kami tak singgah di mana-mana. Dah lewat petang. Hanya menikmati pemandangan sepanjang jalan dalam kereta sambil dengar lagu retro yang kami bawa dari Malaysia. Lagi pun takde ape yang menarik sangat untuk singgah.

Lihat cahaya matahari tu

Di Pukerau

Menarik pula pokok-pokok sepanjang jalan di Pukerau ni

Masa ni pukul 8.45 malam


Cahaya senja

Masuk pekan Clinton

Di Clinton

Di Clinton

Perjalanan kami agak mencabar apabila kena melalui jalan tak berturap yang sangat jauh. Ini telah menyebabkan perjalanan kami semakin lambat. Wife aku dah membuta kat sebelah. Aku kena tahan sehingga ke destinasi. Kami dah terlalu lewat sangat.


Setelah menempuh perjalanan yang jauh dengan jarak 469 km, akhirnya kami selamat sampai di tempat penginapan malam ini di Catlins - Newhevan Holiday Park, Surat Bay pada pukul 10.00 malam.



Lepas check-in, kami terus kemas ape yang patut. Kemudian bawak semua bahan masakan pergi ke dapur nak masak makanan untuk dinner malam ni. Masak sempoi dan cincai saje. Sardin, telur dadar dan salad. Walaupun simple tapi nikmatnya dapat makan nasi tak dapat digambarkan.

Jauh gile perjalanan hari ni. Mata mengantuk tak usah nak kata, terpaksa tahan memandangkan wife tak nak jugak drive. Dia pun mengantuk juga sebenarnya. Pantang masuk dalam kereta. Kejap nanti toleh tengok dia dah terlelap.

Selesai makan, kami terus tido sebab dah keletihan yang amat sangat. Esok kena bangun awal lagi. Sambung hari ke-tujuh. 👈


Perjalanan kami hari ini.

Perbelanjaan hari ke enam :-
  1. Milford Sound Cruise - NZD45.00 x 2 = NZD90.00
  2. Caltex Te Anau - NZD50.00
  3. Catlins - Newhevan Holiday Park - NZD77.00
Total - NZD217.00


No comments:

Post a Comment