Total Pageviews

New Zealand : North Island - Day 12 Part 1

Summer Road Trip - The Hobbiton Movie Set Tour 


Sabtu - 01.12.2018


Di hari ke 12, seawal pukul 6.00 pagi baru kami bersiap. Sebenarnya kami agak lewat pagi tu. Lepas mandi dan bersiap, kami terus ke dapur untuk breakfast. Host kami sedang tunggu kami di ruang tamu sebelum dia keluar. Host kami ni buat kerja part time jaga orang tua. Jadi di sebelah pagi pada hari tertentu dia akan pergi bersihkan dan beri makan pada orang tua yang dijaga itu.

Memandangkan kami akan keluar selepas host kami keluar bekerja, jadi host kami minta kami keluar rumah ikut pintu belakang. Sebab pintu depan dia dah lock siap-siap. Host kami pelawa kami datang semula selepas lawatan kami pagi ni. Dia kata boleh mandi-mandi dan makan. Tapi disebabkan jadual kami padat hari ni dan destinasi semua jauh-jauh belaka, jadi kami beritahu yang kami tak dapat datang balik sebab tak sempat. Baikkan host kami.

View dari jendela dapur

Selepas berborak sikit dan ucap selamat tinggal, kami pun terus breakfast. Breakfast pagi tu kami makan roti sapu jem yang dibuat sendiri oleh host kami, buah peach dan hot chocolate. Terasa puas sangat makan pagi tu sebab rasa seperti makan di rumah sendiri.

Selepas makan kami kemas-kemas sikit dan cuci semua pinggan dan cawan yang kami gunakan dan kemudian baru kami keluar. Kena tinggalkan rumah dalam keadaan bersih dan kemas walaupun itu rumah orang lain. Kena jaga imej bangsa, agama dan negara kita bila berada di negara orang agar orang luar akan pandang respect pada negara dan bangsa kita. Jangan tinggalkan tahi dan nama buruk di negara luar.


Masa keluar kami ikut pintu belakang. Sempat juga singgah tengok taman di belakang rumah host kami. Segar bugar semua tanaman beliau. Ada sayuran, bunga dan buah-buahan. Best style rumah mat salleh ni. Belakang rumah pun cantik, kemas dan teratur.



Masuk dalam kereta, tanpa berlenggah kami memulakan perjalanan pertama hari ini iaitu ke The Shire's RestJarak dari Ivy Cottage (penginapan kami) ke The Shire's Rest hanya 15 kilometer dan dijangka mengambil masa 20 minit.



Sampai sana terus cari parking. Masa kami sampai sudah ada banyak kereta di sini walaupun kami ambil tour yang pertama hari tu. Cuaca ketika ini sangat mendung hanya menanti bila-bila saje hujan turun. Sedih dan kecewa juga. Tapi apakan daya kalau itu sudah suratan takdir. Kami redha dan enjoy saje walau apa keadaannya.

Lepas park kereta, kami terus masuk ke dalam bahagian kaunter tiket untuk redeem receipt booking yang kami dah beli secara online sebelum datang ke New Zealand.



Selain tiket, mereka ada beri peta perkampungan Hobbiton untuk rujukan pengunjung. Kami ambil tour yang pertama pukul 8.40 pagi. Mujur sempat sampai sebelum tour kami bermula.


Lepas dapat tiket kami ke tandas terlebih dulu. Masa ni kami jumpa satu group dari Malaysia yang akan join tour yang sama. Lepas pergi tandas, hajat hati ingat nak ke cafe, tapi bila sampai saje di cafe tengok ramainya orang. Terus tak jadi.


Tak lama kemudian group tour pertama dikehendaki menaiki bas Hobbiton berwarna hijau untuk ke The Hobbiton Movie Set yang jaraknya tak sampai 1 kilometer.


Setiap bas ada seorang tour guide yang akan memberi penerangan sepanjang tour nanti. Dalam perjalanan menuju ke movie set, ada tayangan video berkenaan The Hobbiton Movie Set oleh pengarahnya sendiri iaitu Peter Jackson.



Dari The Shire's Rest ke The Hobbiton Movie Set hanya mengambil masa tak sampai 5 minit pun. Memandangkan cuaca sangat mendung ketika ini, semasa turun kami diberikan sebatang payung kongsi berdua untuk standby jika hujan turun masa tour nanti. Setelah semua dah turun daripada bas, kami semua dikehendaki mengikut tour guide kumpulan kami yang bernama Sarah.


The Hobbiton Movie Set ini merupakan sebuah perkampungan hobbit dalam filem trilogi The Lord Of The Rings (LOTR). Sesiapa yang tengok filem ini pasti rasa teruja dan kagum dengan keindahan suasana perkampungannya dan kecomelan rumah serta prop lain yang ada di sini kerana bentuknya yang kecil dan cantik.




The Hobbiton Movie set ni terletak di sebuah ladang keluarga yang terletak kira-kira 8 kilometer Barat Hinuera dan 10 kilometer barat daya Matamata di Waikato, New Zealand. Movie set ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan popular terutamanya bagi peminat LOTR.




Kisah terciptanya The Hobbiton Movie Set ini bermula apabila Peter Jackson telah mendapat hak cipta menerbitkan filem trilogi The Lord of The Rings yang diadaptasikan daripada novel popular yang ditulis oleh novelis terkenal J.R.R. Tolkien.




Pada tahun 1998, Peter Jackson mula mencari lokasi sesuai untuk siri ini melalui udara dan telah ternampak ladang keluarga Alexander seluas 500 hektar di Matamata. Permandangan indah dan bentuk muka bumi yang berbukit bukau serta kelihatan seperti England purba dirasakan sangat sesuai untuk dijadikan perkampungan hobbit sama seperti gambaran di dalam novel LOTR.




Setelah rundingan bersama pemilik berjaya dibuat, pada tahun 1999 bermulalah kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan di ladang ini. Sebanyak 37 lubang hobbit dibuat termasuk taman, jambatan, kilang, restoran, pub dan lain-lain lagi bagi menampakkan seperti perkampungan sebenar hobbit.




Set asal yang dibina tidak bertahan lama kerana dibina menggunakan kayu lapis dan polystyrene. Sebahagiannya telah dimusnahkan selepas selesai pengambaran. Namun pada tahun 2010 set ini dibina semula secara kekal untuk pengambaran filem The Hobbit : Unexpected Journey dan pengambaran filem ini telah dimulakan pada tahun 2011.




Untuk melawat The Hobbiton Movie Set ini kena ikut tour. Tak boleh datang sini tanpa ambil tour. Tak boleh datang sendiri atau nak 'DIY'. Lawatan tour telah bermula pada tahun 2002 dan masih berterusan sehingga kini. Tour ini sangat popular dan kena booking awal bagi mengelakkan fully booked. Jangan cuba nak walk-in. Nanti sampai sia-sia saje.




The Hobbiton Movie Set Tour ni, ada terdapat tiga pilihan lokasi boleh diambil. Yang pertama dari The Shire's Rest. Kita kena datang sendiri ke sini dan kemudian kena naik bas hobbiton berwarna hijau. Dari The Shire's Rest ke movie set sangat dekat. Tak sampai 5 minit dah sampai. Tour yang ada bermula dari pukul 8.40 pagi hingga 3.30 petang dan masa tour hanya 2 jam saje.




Tour ke dua dari Matamata I-site. Yang ni kena naik bas dari Matamata I-site dan jarak sedikit jauh untuk ke movie set. Mamamata I-site ni terletak di kawasan bandar Matamata. Jadi sesiapa yang malas nak bawak kereta sendiri pergi ke The Shire's Rest boleh ke sini saje.



Dari Matamata I-site, tour bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang dan mengambil masa 3 jam. Kenapa tour ni lebih sejam? Sebab satu jam tu perjalanan pergi dan balik dari Matamata.

 

 

Biasanya harga untuk kedua tour ni sama. Untuk booking dan maklumat lanjut boleh ke website www.hobbitontours.com. Kami beli 4 bulan sebelum pergi ke New Zealand dengan harga NZD84 seorang.






Tour yang ketiga pula, boleh ambil dari Rotorua. Dari sini bayaran lebih mahal kerana jarak lebih jauh untuk ke movie set. Masa tour juga lebih lama sebab perjalanan jauh iaitu 4.5 jam masa tour yang diambil termasuk pergi dan balik.




Pilihan kami pasti yang paling dekat iaitu dari The Shire's Rest. Sebenarnya ada banyak lagi tour termasuk private tour dan tour with meal combo pun ada. Harganya juga pasti lagi mahal. Tapi yang tiga tour di atas ni adalah yang paling standard.




Sepanjang pengembaraan di perkampungan hobbit ini, tour guide akan berhenti dan memberi penerangan berkaitan di beberapa lokasi yang menjadi spot utama dalam pengambaran filem LOTR dan The Hobbit.




Perkampungan hobbit yang berbukit bukau dan dikelilingi dengan landskap hijau dan indah serta rumah hobbit yang comel sangat memikat pandangan mata semua pengunjung. Nampak lebih menarik bila setiap pintu-pintu rumah hobbit diwarnakan dengan pelbagai warna berbeza.


Rumah Samwise Gamgee



Dan dalam banyak-banyak rumah, rumah Bilbo dan Frodo Baggins paling ditunggu dan jadi rebutan pengunjung mengambil gambar.




Di halamam rumah hobbit pula ada bermacam-macam barangan untuk aktiviti harian seperti kerusi, taman bunga dan lain-lain seakan keadaan rumah sebenar. Memang geram bila tengok. Bak kata pepatah omputih dan orang muda mudi sekarang 'every corner is picturesque'. Semua orang tak berhenti mengambil gambar termasuk kami.



Sesiapa yang pernah tengok filem ni pasti akan terbayang semula babak-babak yang berlaku di spot tertentu. Secara tak langsung terus rasa rindu nak tengok balik cerita LOTR.

 

Yang tak bestnya, kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Hanya dibenarkan mengambil gambar di depan dan halaman rumah saje.


Selepas ke rumah Bilbo kami di bawa ke The Green Dragon Inn, sebuah restoran yang ada di perkampungan hobbiton ni.




Perjalanan ke The Green Dragon In seperti melalui hutan. Cantik view hijau di sekeliling. Kami dan group melayu adalah group yang paling belakang sekali kerana paling sibuk ambil gambar. Ambil gambar dalam keadaan laju dan kelam kabut.

 

 

Jadi sesiapa yang ke sini ikut tour ni, sila terus ambil gambar. Sebab kita tidak akan kembali semula ke tempat-tempat yang dilawati tadi. Biarpun jadi orang yang paling belakang dan tak dengar penerangan tour guide sepenuhnya pun tak apa, asalkan tak menyesal tak ambil gambar.




Waktu ni hujan semakin lebat. Namun ia tidak menghalang kami mengambil gambar. Tetap sibuk ambil gambar sekitar laluan kami menuju ke The Green Dragon In.




Walaupun cuaca kelam dan pemandangan pun jadi kelam kami tetap enjoy. Ditambah dapat group melayu yang sekepala dengan kami, memang riuh jadinya. Tudung wife kemek dan rambut basah akibat kena hujan tetap tidak mematahkan semangat kami. Nak buat macam mana redha saje. Janji ada gambar untuk kenangan.



Sampai di The Green Dragon In, kami terus masuk ke dalam.


Di sini, pengunjung akan diberikan minuman percuma. Boleh pilih nak minum apa saje. Tapi kami as muslim hanya boleh minum ginger beer sahaja kerana hanya itu minuman yang non-alcoholic.



Sedap juga rasa air ginger beer tu. Sejuk-sejuk minum ginger beer terus rasa nak terkucil. Kami minum sambil lepak dan ambil gambar kenangan dengan group Malaysia yang sama dengan kami.


Kemudian kami melawat sekitar restoran pula. Interior restoran ini sangat menarik dan nampak klasik. Semua diperbuat daripada kayu.




Di sini kami dibenarkan melawat kawasan sekitar di dalam dan di luar dengan bebas tanpa pantauan tour guide.




The Green Dragoon Inn adalah lokasi terakhir tour kami di hobbiton sebelum kami semua dikumpulkan semula untuk ke bas dan kembali ke The Shire's Rest. Tour yang mengambil masa 2 jam ini terasa sangat singkat bagi kami. Memang tak puas rasanya.




Sekali lagi aku tekankan, sesiapa yang ambil tour ini, sila terus ambil gambar walaupun masa tu tour guide sedang beri penerangan. Ini sebab kita takkan dapat ulang balik tempat yang kita dah lawati tadi. Kalau tunggu nanti, memang akan melepas ambil gambar. Hanya simpan dalam memori saje. Rugi!



Jadi sebelum rasa menyesal mengundang ambillah gambar sepuasnya walaupun kita tertinggal di belakang. Itulah yang berlaku kepada kami sampai kena panggil dengan tour guide. Dan group kami digelar 'the missing group'.




Selamat tinggal The Hobbiton Movie Set. Tercapai juga hajat datang ke sini walaupun terlalu singkat.




Ada jodoh dan rezeki, kita jumpa lagi.



Setelah semua orang dalam group kami telah berkumpul, kami jalan menuju ke bas dan kembali semula ke The Shire's Rest.



Sampai di The Shire's Rest, kami terus ke kedai souvenir. Sebagai peminat LOTR memang jadi rambang mata bila tengok koleksi cenderahati yang ada di sini.

 

 

Aku beli t-shirt Hobbiton Movie Set harga NZD50. Harga ni kalau convert dekat RM150 untuk sehelai t-shirt saje. Wife pula nak mug yang ada gambar Legolas. Harga satu NZD10. Pejam mata bayar.




Lepas bayar kami tak keluar lagi dari sini, malah masih tengok-tengok lagi apa yang ada. Akhirnya tertewas lagi, kami beli satu poskad untuk diposkan ke Malaysia. Harga poskad dan stamp NZD7.



Tak boleh dilayan sangat. Lama pula di sini. Selesai membeli kami terus menuju ke kereta dan beredar dari sini untuk sambung kembali pengembaraan kami ke destinasi lain hari ini.

Dari The Shire's Rest kami ke Matamata I-Site sebab wife aku nak ambil gambar bangunan I-Site. Mulanya aku tak nak layan tapi malas nak tengok muka tak puas hati, jadi aku layankan saje. Jarak dari The Shire's Rest ke Matamata I-Site 16 kilometer, lebih kurang 20 minit.


Sampai di pekan Matamata disambut dengan hujan renyai. Turun sekejap ambil gambar di Matamata I-Site dan pekan Matamata.


Inilah Matamata I-site yang wife nak tengok sangat

Dapat juga tengok sikit keadaan pekan Matamata. Sekurangnya kami tahu bagaimana keadaannya walaupun tak sempat nak explore sebab hujan.




Disebabkan entri ini sangat panjang dan penuh dengan gambar, jadi kita sambung di New Zealand : North Island - Day 12 Part 2. šŸ‘ˆ


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Seronok baca.. Tp ni travel bulan bape.. Kot sy ada terskip.. Dh penah pg bulan July tp disebabkan lupin tu yg nk pg lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih sudi baca. Kami pergi hujung bulan November hingga awal Disember.

      Delete