Total Pageviews

South Korea : Jeju - Day 3

Trip Memburu Autumn - Jeju : Seongsan Ilchulbong Peak, Udo Island, Seopjikoji & Pheonix Island


Isnin - 31.10.2016


Hari ketiga seawal pukul 4.30 pagi kitorang bertolak dari Hotel. Sebelum keluar tengok weather forecast cloudy hari ni. Aktiviti pertama tengok sunrise di Seongsan Ilchulbong Peak. No. GPS. 7103312Nampak seperti tiada harapan tengok sunrise. Tapi dah sampai sini kena teruskan juga sama ada matahari keluar ke tidak. 

Jarak agak jauh dari Hotel sebab tu kena keluar awal. Lebih kurang sejam juga nak sampai ke sana. Keluar awal pagi, jalan masih lengang. Best drive waktu ni.

Sekitar pukul 5.30 pagi sampai di Seongsan Ilchulbong. Parking kereta, lepas tu sesi memanjat bermula. Disebabkan masih awal pagi, jadi kitorang takde bayar entrance fee. Kaunter tak bukak lagi.

Naik ke atas ni sememangnya menguji stamina. Aku ok lagi. Wife aku paling kesian. Slow-slow dia naik. Agak-agak bila dah mengah sangat tu dia berhenti kejap ambil nafas.


Sambil tengok-tengok view sekitar. Dapat juga hilangkan rasa mengah tu sekejap. Lebih kurang 20 minit juga wife aku ambil masa nak naik ke atas ni.

Masa di bawah tadi memang sejuk gile. Ditambah dengan angin kuat. Bila mula mendaki naik tangga makin lama badan pun semakin panas. Terus bukak jaket.


Bila sampai atas, rasa lega sangat. Baru boleh tarik nafas panjang. Ada disediakan tempat duduk untuk menikmati matahari terbit. Orang sudah ramai di atas ni masa kitorang sampai.


Seperti yang dijangka, hari ni tak nampak matahari terbit sebab awan penuh sepenuhnya. Cahaya pun takde. Walaupun awan penuh, masing-masing tetap setia duduk menunggu. Menikmati suasana pagi di sini. Redha dengan rezeki yang dah ditentukan. Mungkin ada hikmahnya. Ayat sedapkan hati sendiri.


Seongsan Ilchulbong Peak terjadi akibat letusan gunung berapi di dasar laut lebih 100,000 tahun dahulu. Juga dikenali dengan Sunrise Peak. Terdapat satu kawah besar di bahagian atas Seongsan Ilchulbong Peak. Kawah ini berukuran lebih kurang 600 juta diameter dan 90 meter tinggi. Dengan 99 batu-batu tajam sekitar kawah, ia kelihatan seperti sebuah mahkota gergasi. Ditengahnya kelihatan seperti mangkuk.



Menurut sumber, Seongsan Ilchulbong Peak adalah tempat kedua matahari terbit selepas Jepun. Setelah puas menikmati udara pagi di atas dan bergambar, pengunjung mulai ramai yang beredar. Kitorang pun ambil keputusan turun. 


Turun kena ikut laluan lain. Ada disediakan tangga yang cantik untuk turun. Tak sama dengan laluan naik tadi. Bila tengok tangga turun baru tahu betapa tingginya bukit ni.



Perjalanan turun yang jauh tidak begitu terasa sebab sibuk bergambar dan menikmati pemandangan sekeliling. Pemandangan sepanjang laluan turun tangga sangat cantik. Tadi masa datang masih gelap, bila balik hari dah terang baru nampak pemandangan bandar dari atas dengan jelas.




Pada aku, walaupun cuaca kelam hari ni tapi view masih cantik. Bayangkan kalau cuaca cantik dan cerah. Mesti superb. Pemandangan di bahagian bawah juga cantik. Dengan padang yang luas menghijau. Sungguh memukau pandangan mata. Rasa begitu tenang sekali.



Selain daripada melihat matahari terbit, Seongsan Ilchulbong juga terkenal dengan Jeju Woman Diver Performance. Penyelam wanita atau Haenyeo ini menyelam di lautan tanpa menggunakan alatan khas seperti penyelam skuba untuk mencari hasil laut seperti kerang, abalone dan rumpai laut.


Haenyeo hanya memerlukan apungan untuk menandakan lokasi mereka dipermukaan, cangkul rumput untuk mengali abalone dan kerangan yang berpaut pada batu serta jaring untuk menyimpan hasil tangkapan.


Dengan hanya berbaju skuba dan cermin mata, haenyeo terjun ke kedalaman 20 meter dengan menahan nafas selama 2 hingga 3 minit. Apabila kembali semula ke permukaan, haenyeo akan membuat bunyi seperti siul. Ini merupakan cara unik haenyeo ini bernafas.  


Woman diver performance hanya ada pada pukul 1.30 petang dan 3.00 petang sahaja. Jadi aku akan datang semula ke sini untuk tengok haenyeo petang nanti. Plan nak makan abalone di sini nanti. Sebelum tu kita teruskan aktiviti yang lain dulu. 

Seongsan Ilchulbong Peak turut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pada aku memang wajib datang. Ada tiket masuk dikenakan sebanyak KRW 2,000 seorang. Tapi aku masuk free sebab datang awal pagi. Kaunter belum dibuka lagi.


Bila sampai di bawah, kitorang singgah di kedai beli fridge magnet dan keychain harga KRW 9,000. Beli air jus limau harga KRW 4,000. Di Jeju pada musim luruh merupakan musim buah limau juga. Sebab tu di merata-rata kedai ada banyak orang jual limau dan air jus limau. Sedap tau air limau tu. Pure. Oleh kerana kitorang dari Malaysia, Ahjumma di kedai tu bagi kitorang dua biji limau free. Limau dia manis.

Lepas beli, kitorang singgah pula di kedai 7-Eleven. Cari makanan untuk breakfast. Tadi cuma makan biskut dan coklat untuk tenaga semasa mendaki. Beli onigiri dan banana milk. Harga KRW 5,800. Selesai membeli terus pergi ke kereta nak gerak ke Udo Island pula. 

Untuk ke Udo Island kena ambil feri di Terminal Ferry Seongsan Harbor. Set No. GPS. 7825671. Jarak lebih kurang 15 minit sahaja. Parking masih banyak kosong lagi masa kitorang sampai. 

Terus pergi beli tiket. Sebelum beli tiket kena isi borang declaration dahulu yang diletakkan di kaunter di bahagian tengah. Setelah borang sudah siap diisi, tunjukkan borang tadi bersama dengan passport baru boleh beli tiket di kaunter tiket. Harga tiket KRW 14,000 pergi-balik untuk dua orang. Harga termasuk ferry fare return, admission fee dan service charge.



Memandangkan hampir pukul 9.00 pagi, jadi kitorang terus berlari ke feri. Takut terlepas ferry pukul 9.00. Aku tengok jadual feri satu jam satu pada bulan November. Kalau terlepas feri pukul 9.00 terpaksa tunggu feri pukul 10.00. Buang masa pula di sini nanti.



Alhamdulillah dapat juga kejar ferry tu. Dorang ok. Nampak kitorang lari, masih boleh tunggu. Bukan kitorang saje yang berlari. Ada beberapa penumpang lain juga yang lari sama. Naik feri terus ke tingkat atas. Tingkat bawah hanya untuk kenderaan sahaja. Boleh duduk di luar atau dalam feri. Tempat duduk di bahagian dalam kena buka kasut dan duduk bersila. Takde kerusi disediakan. Menarik.




Perjalanan ke Udo Island mengambil masa lebih kurang 15 minit. Sampai saje di Udo Island kitorang jadi blur sekejap. Seperti mati arah. Tak tau mana nak pergi. Yang ada cuma kedai-kedai sewa kenderaan saje untuk keliling pulau. Nampak ada bas tapi aku tak nampak di mana tempat nak beli tiket atau nak bertanya.



Ada nampak satu motor kecik comel. Cuba tanya berapa sewanya. Sekali harga KRW 30,000 untuk dua jam. Dua jam mana cukup untuk kitorang nak merayau satu pulau. Itu pun dah kira mahal bagi aku. Tak masuk dalam budget, so tak boleh ambil. Tapi nampak macam menarik. Nak juga rasa. Tak penah jumpa motor tu di tempat lain. Syarat nak sewa kenderaan bermotor mesti ada lesen international. Aku confirmed ada. Nak sewa basikal pun boleh. Tapi nanti keletihan mengayuh pula. Banyak lagi hari nak guna kaki ni. 


Ni yang memikat hati. Tapi tak masuk budget.

Kitorang plan ambil bus tour saje. Murah sikit. Wife aku tanya seorang mamat korea ni, mana nak ambil bus tour. Mamat tu tunjuk kat mana. Tapi wife aku tetap masih blur sambil tu pergi juga ke tempat yang mamat korea tu tunjuk tadi. 

Masa sampai tempat tu ada seorang minah ni, wife aku tanya mana nak ambil bus tour. Lepas tu minah tu tunjuk beli tiket pada dia. Nak tau tak di mana tempat beli tiket tu. Sekali tempat beli tiket kat dalam van dah. Berdekah-dekah kitorang gelak. Minah tu senyum je. Pada aku macam kelakar. Yelah, tempat tiket dalam van. Bukannya di kaunter dan dalam van tu juga driver dia duduk. Mungkin sebab sejuk kot.


At least buat la pondok kecil ke buat kaunter. Proper sikit. Orang senang nak cari. Ini macam beli tiket haram pun ada. Bila dah beli tiket, driver bus tu terus bawak kitorang naik bas untuk tour. Kitorang berdua saje penumpangnya. 

Untuk menjelajah sekitar Udo Island terdapat beberapa pilihan. Antaranya dengan menyewa basikal, scooter atau bus tour. Harganya macam kat bawah ni:

1. Sewa basikal - 1 jam KRW 2,000 / 3 jam KRW 5,000. 
2. Sewa scooter - bergantung jenis scooter bermula daripada KRW 20,000.
3. Bus tour - KRW 5,000.
4. Shuttle bus - KRW 800. 

Untuk scooter, wajib ada lesen international. Selain itu, boleh juga gunakan kereta yang dibawa dari tanah besar. Harga bawa kereta menggunakan feri daripada KRW 8,800 - KRW 16,500 bergantung pada jenis kereta. 

Bus tour akan bawa kita ke 4 station. Harga KRW 5,000. Bus akan datang setiap setengah jam. Biasanya tour akan mengambil masa selama 2 jam.



Station pertama bas berhenti di Geommeolle Beach dan Udobong Peak. Pantai Geommeolle ni kecil saje lebih kurang 100 meter panjang. Nama pantai ini bermaksud pasir hitam dalam dialek jeju kerana hampir keseluruhan pantai kelihatan hitam dan kelabu.




Memang nampak kelabu je pantai ni. Ditambah dengan cuaca yang kelam. Kecewa juga sikit. Walaupun kelam pemandangan masih tidak menghampakan. Tetap cantik.

Nun di sana kelihatan tebing tinggi dikatakan mempunyai bentuk menyerupai lembu yang sedang baring. Jika diperhatikan ada gua laut di tebing itu.



Pantai ini tidak sepenuhnya terbentuk daripada tanah berbatu tetapi ada beberapa kawasan ladang, padang rumput dan hutan yang ditumbuhi pokok renek. Lain musim lain juga tumbuhan renek di sini.

Di pantai ini juga ada aktiviti sukan air seperti speed boat dan jet ski. Harga speed boat KRW 10,000 seorang manakala jet ski KRW 10,000 - KRW 20,000 seorang. Selain aktiviti air, di sini ada kedai ice-cream Jimmy kalau tak silap aku. Orang kata must eat ice cream peanut dia. Kitorang tak cuba. Lagi satu benda yang orang kata wajib makan seafood noodle dan hallasan fried rice. Harap ada rezeki tergolek boleh repeat Jeju dan Udo Island. Boleh cuba seafood noodle di sini. Amin. 


Dari sini ada laluan hingga ke rumah api di hujung tebing. Memang jauh. Ramai juga yang mendaki bukit sampai ke rumah api. Ikut hati aku nak pergi. Tapi memandangkan masa yang kitorang peruntukkan di Udo Island ni hanya setengah hari sememangnya tak sempatlah nak pergi. 

Banyak aku skip kat sini. Tak turun ke bawah pantai, tak daki bukit, tak naik speed boat dan juga masuk gua. Rasa kempunan pun ada. Biasanya kalau aku ke suatu tempat aku akan buat semua benda yang ada di situ. Baru dapat rasa pengalaman. Takde kempunan bila balik nanti.


Lebih kurang setengah jam kitorang di sini. Bas kejap lagi nak datang, jadi kitorang gerak ke bus stop tadi nak ambil bas untuk ke station kedua yang aku tak tau namanya. 

Masa turun bas kami semua disambut oleh seekor anjing di depan pintu bas. Terkejut wife aku sampai aku kat belakang dia tertolak hampir jatuh ke arah driver bas. Wife aku memang fobia sangat dengan anjing. Bila orang ramai tengok, dorang pun tolong halaukan anjing tu suruh pergi jauh sikit. Barulah wife aku turun daripada bas.

Nampak orang jalan masuk ke dalam, kitorang pun follow. Beberapa minit jalan, akan nampak padang hijau yang luas. Tapi kitorang tak pergi situ. Kitorang terus ke arah lain dan jumpa pantai dan sebuah kedai.



Pantai ni berbatu. Semua batu-batu di sini berwarna hitam. Aku tak perasan pun ada pasir di sini. Di sini juga ada haenyeo. Mungkin disebabkan pantai ni berbatu, jadi banyaklah hasil laut jenis kerang-kerangan ada di pantai ini. 

Masa aku kat sini takde haenyeo yang pergi menyelam. Cuaca tak berapa baik waktu tu. Ombak agak kuat. Pantai ni tak sesuai untuk mandi manda sebab berbatu. Airnya nampak hitam. Tak pasti sama ada memang warnanya hitam atau disebabkan cuaca yang kelam. 



Masa merayau tu ada nampak Ahjumma tengah bakar siput. Aku menyibuk tengok dan ambil gambar. Lepas tu Ahjumma tu usha suruh aku beli. Kitorang tengok macam pelik sebab tak pernah makan siput tu. Ahjumma tu kata sedap dan suruh try beli satu dulu. Harga KRW 5,000. Try makan boleh juga telan. Rasanya kenyal-kenyal sikit. Ok jugak. Not bad. 

Sebab tekak boleh terima maka aku tambah satu lagi. Jadi total semua KRW 10,000. Makan siput tu kena cicah dengan sos yang dorang bagi untuk tambah lagi rasa. Dorang juga ada bagi seaweed ke alga fresh. Campur dengan sos, gaul-gaul baru makan. Kalau tak campur sos rasanya tawar. Bila kunyah terasa keranggupan seaweed yang segar tu.




Lepas makan kitorang merayau pula sekitar kawasan tu tapi bahagian lain. Ikut laluan berbatu di tepi kedai makan tadi. Kena berhati-hati sebab batunya tajam. Kena memanjat sikit. 




Kemudian akan jumpa padang hijau yang aku nampak masa datang tadi. Aku suka pemandangan di sini. Cantik. Dengan rumput yang hijau, batu berwarna hitam dan pokok bunga renek yang cantik menambah kecantikkan kawasan ini. Cukup satu pakej. Macam dalam filem pun ada. 




Lama juga kitorang lepak sini. Bergambar bagai. Yang paling tak best, anjing pula sibuk temankan kitorang. Dah la wife aku fobia. Tak selesa dibuatnya. Anjing tu sebenarnya mesra dan manja tak kacau orang tapi risau takut tersentuh. Macam mana nak samak. Kan leceh. Cuaca masa ni hujan renyai-renyai. Tapi nasib baik kejap je. Tak perasan lens camera kena air.




Puas bergambar di sini, tengok jam kejap lagi bas nak datang. Jadi kitorang pun gerak balik ke bus stop untuk ke station ketiga pulak iaitu Hagosudong Beach

Sampai di pantai ni, kitorang terus ambil gambar. Tengah setting tripod untuk ambil gambar berdua, tetiba datang seekor anjing. Terus cepat-cepat angkut tripod dan kamera. Takut anjing tu datang dekat. Tak pasal-pasal kena samak camera dan tripod nanti.

Time orang sibuk ambil gambar time tulah anjing ni datang dekat kitorang. Time ni juga anjing tu jumpa tulang dekat area kitorang tengah ambil gambar. Tulang tu bukannya dia makan. Tapi dia buat main golek-golek, gesel-gesel. Pening aku tengok anjing ni. Terus blah dari situ.




Pantai Hagosudong ni berpasir dan berbatu. Lautnya agak cetek dan pasirnya halus lembut. Airnya pun nampak bersih. Pantai ni mesti akan nampak lebih cantik kalau cuaca cantik. Cuaca kurang baik pun masih nampak cantik juga.



Tak lama kitorang stay di sini. Lebih kurang 30 minit saje. Takde apa boleh dibuat di sini selain menikmati pemandangan dan ambil gambar. Bila bas sampai kitorang terus naik untuk pergi ke station ke empat iaitu Seonbinbaeksa atau Udo Sanho Beach.

Pantai Seonbinbaeksa nampak lebih cantik. Warna airnya yang biru tapi agak dalam tak sesuai untuk mandi manda. Dikatakan pemandangan pantai ni lebih cantik dan unik berbanding Lautan Mediterranean, Laut Pasifik atau mana-mana laut yang lain. Pendapat masing-masing. Dari sini aku nampak gunung. Aku rasa itu Gunung Hallasan mungkin. 




Aku di sini sekejap saje. Memula ingat nak terus balik ambil bas. Masa tengah tunggu bas tu, nampak satu kedai ni ramai orang beratur. Wife aku sibuk pergi siasat apa yang menarik di kedai tu sampai ramai sangat orang. Rupanya tu kedai ice-cream. 

Yang bestnya ice-cream tu dihias jadi patung. Comel. Nampak menarik. Aku belikan untuk wife. Lepas tu wife aku perasan ramai pulak orang ambil gambar dengan mamat sorang ni. Mungkin dia celebriti kot. Banyak gambar dia dengan siapa entah tampal di kedai tu. Mamat ni lah yang decorate ice-cream tu jadi comel. Letak mata, telinga, siap bertopi bagai.



Kitorang lepak kejap di meja luar sambil menikmati ice-cream comel tu dikala cuaca dingin sejuk. Rasa dia ok juga. Tengah makan datang pula si anjing nak bermanja. Melompat lagi wife aku dibuatnya. Kacau betul. Pindah duduk kat dalam baru dapat ketenangan.

Lepas selesai makan ice-cream kebetulan bas pun sampai, tanpa buang masa kitorang terus naik. Dah habis 4 station, driver bas minta tiket tadi. Bas bawa kitorang ke tempat feri. Sampai ngam-ngam feri nak jalan. Nasib hari ni semua dapat time hujung-hujung. So apa lagi, semua orang pun berlari dengan harapan feri sudi tunggu kitorang semua. Dorang memang ok, boleh saje tunggu kitorang sebenarnya. Kita saje yang rasa cuak, takut kena tinggal. Kalau tertinggal kena tunggu satu jam lagi ye. Harap maklum.




Sampai di Terminal Ferry terus pergi ke kereta. Kena bayar parking KRW 4,500. Destinasi seterusnya ke Seopjikoji. No. GPS. 7820080. Jarak tak berapa jauh. Lebih kurang 20 minit dah sampai. 

Sepatutnya kalau ikut itinerary, lepas Udo Island pergi tengok haenyeo. Tapi masa sampai di Terminal Ferry masih awal. Jadi kitorang decide pergi ke Seopjikoji dulu.

Sampai Seopjikoji, parking kereta. Parking kat sini agak susah sikit sebab banyak kereta. Biasalah tumpuan pelancong. Dapat parking, pergi tunaikan segala hajat yang tertangguh lepas tu makan apa yang ada dalam kereta. Janji dapat isi perut. Selesai makan, ayuh mulakan penjelajahan.

Tak dinafikan ramai gile manusia di sini. Bergambar pun susah. Di permulaan penjelajahan kita akan disambut dengan seekor penyu. Bukan penyu hidup tapi batu yang berbentuk penyu. SubhanAllah. Sangat menakjubkan. Terfikir juga batu ni terjadi sendiri atau orang yang susun jadi menyerupai penyu. Jawapan aku sendiri tak tau. Kuasa Allah tiada yang mustahilkan.


Lepas tu jalan ke depan lagi. Batu yang berbukit diselaputi rumput hijau, pokok bunga renek dan lumut kuning kot. Aku pun tak pasti. Cantik. Ada observation deck di atas tu.



Seopji adalah nama lama kawasan ni. Koji adalah dialek jeju bermaksud benjolan secara tiba-tiba di atas tanah. Terdapat pelbagai bentuk berbeza batu gunung berapi yang masih terpelihara. Seopjikoji adalah sebuah bukit yang luas dengan pemandangan laut dan padang hijau.


Seopjikoji terkenal sebagai lokasi penggambaran drama 'All In'. Aku tak tengok cerita tu. Wife aku pun tak tau pasal drama tu. 

Ikut laluan pejalan kaki yang disediakan. Nanti akan nampak rumah candy yang comel. Macam cerita hansel and gretel pula rasanya. 


Aku rasa rumah candy ni dulu adalah sebuah church dimana penggambaran drama 'All In' dibuat. Kini telah dijadikan candy house. Tapi sayang candy house ni kelihatan seperti sudah tidak terurus. Tak silap aku church tu dulu pernah musnah akibat taufan dan kemudian dibina semula.


Teruskan perjalanan. Di kiri dan kanan laluan akan nampak batu-batu kecil yang disusun bertingkat-tingkat. Macam-macam orang jeju ni.




Jalan terus ke depan lagi, di atas bukit ada sebuah rumah api. Boleh naik ke atas tu menggunakan tangga yang disediakan. Naik perlahan-lahan, ambil masa. Jadi tak terasa penat sangat nanti. Jauh lagi perjalanan. Banyak tenaga nak digunakan lagi lepas ni.


Dari rumah api boleh tengok view sekitar Seopjikoji dari atas. Bird eyes view kata omputih. Pemandangan sangat cantik dengan view laut yang terbentang luas dan padang hijau. Cuma cuaca yang kurang cantik. Kelam. Dari sini boleh nampak Seongsan Ilchulbong.

Pemandangan belah kanan



Pemandangan belah kiri




Turun daripada rumah api kena ikut tangga belah lain. Turun senang. Tak perlukan tenaga yang banyak. Nak laju-laju pun boleh. Kalau jatuh tergolek tanggung sendiri.


Lepas turun tangga tadi, jalan terus ikut laluan jalan kaki. Nampak ada satu kawasan lapang yang hijau. Kitorang lepak di situ kejap melayan pemandangan laut sambil bergambar sakan. 




Aku suka kawasan ni. Nampak cantik. Dengan batu hitam, rumput hijau, pokok bunga kecil dan pokok lalang menambahkan seri dan memukau pandangan mata. Tenang dan damai saje berada di sini.




Lepas puas berposing, kitorang teruskan penjelajahan. Di depan padang tadi naik bukit sikit, ada sebuah Glass House. Glass house ni direka oleh Tadao Ando. Terletak di sebahagian daripada Pheonix Island Resort di kawasan Seopjikoji. 




Dibina dengan menggunakan exposed concrete, kaca dan keluli. Di tingkat satu rumah ini ada galeri dan kafe. Di tingkat dua pula restoran mewah dengan pemandangan pulau jeju berdekatan.




Aku cuma masuk di tingkat satu rumah kaca ni. Masuk Zippo Museum. Zippo Museum merupakan muzium pemetik api atau lighter. Tak sangka pula lighter pun ada muziumnya sendiri. Aku masuk sini pun sebab wife aku ada di dalam muzium sementara tunggu aku pergi tandas.



Banyak juga lighter yang dipamerkan di sini. Daripada zaman dulu sampai sekarang. Ada pelbagai design boleh dilihat. Muzium ni takdelah besar mana, kecil saje. Ada souvenir juga dijual. Tapi harga boleh tahan juga mahalnya. Siapa peminat lighter bolehlah beli untuk buat collection.




Kitorang tengok-tengok kejap saje dalam muzium ni. Dalam muzium ni ada cafe. Bau kopinya pergh, memang harum dan sedap. Aku tak beli sebab takut minum kopi nanti sakit kepala pula.




Lepas tu keluar daripada bangunan ni, jalan terus ikut laluan jalan kaki. Seopjikoji ni berbukit jadi suhu di sini agak sejuk dan berangin. Memang seronok jalan dalam keadaan cuaca yang nyaman macam ni.



Di depan nanti akan jumpa pula satu bangunan iaitu Genius Loci. Genius Loci adalah sebuah muzium yang direka oleh Tadao Ando iaitu arkitek sama yang mereka rumah kaca tadi. Merupakan muzium alam semulajadi untuk dijadikan tempat meditasi.


Bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ni. Jadi kitorang tak masuk. Kalau free mungkin masuk. Hanya jenguk-jenguk di bahagian luar saja.

Tak sangka besar juga kawasan Seopjikoji ni. Rasa macam sudah lama berada di sini. Jadi plan nak keluar. Masa jalan nak keluar tu tetiba nampak satu lorong. Cantik juga. Kiri kanannya dipenuhi pokok lalang. Semak samun pun nampak cantik di sini.




Ada nampak orang keluar masuk dari situ. Tapi tak ramai. Kitorang pun tertanya ada apa di situ. Akhirnya daripada niat nak balik pergi juga tengok nak tahu apa yang ada di sana.

Jalan punya jalan masih tak nampak apa-apa lagi. Cuma nampak apartment-apartment cantik di bahagian luar. Teruskan jalan lagi. Gigih sungguh rasanya. Padahal masing-masing dah sakit kaki.

Setelah lebih kurang 15 minit jalan kaki barulah nampak satu struktur batu yang besar disusun bertingkat-tingkat tinggi. Selalu nampak yang kecil. Kali ni yang besar punya. Aku tak pasti batu ni semulajadi tersusun macam ni atau disusun oleh manusia jadi begini.



Lepas tengok-tengok dan bergambar sekejap kitorang decided keluar daripada sini. Badan dah letih. Mata dah mula mengantuk. Almaklumlah keluar dari awal pagi tadi sampai ke petang. Hari pun dah nak malam. Perjalanan balik pun agak jauh.

Plan nak tengok haenyeo tak menjadi sebab habiskan masa di sini. Tak sangka juga yang Seopjikoji ni besar. Takkan nak pergi separuh lepas tu pergi tengok haenyeo. Terpaksa korbankan haenyeo.

On the way balik tu akan lalu Sinyang Beach. Agak terkenal dan pemandangannya cantik. Dalam itinerary aku patut singgah pantai ni. Tapi kitorang dah tak kisah dan peduli lagi sebab dah kepenatan. Rasa nak cepat balik.

Aku drive separuh jalan dah start mata mengantuk. Tapi Alhamdulillah selamat juga sampai ke hotel. Nasib baik wife aku ada. 

Sampai hotel bersihkan diri, makan maggi cup saje malam tu. Lepas makan rehatkan badan dan tidur. Sambung hari ke empat.

Perbelanjaan hari ketiga :

1. Fridge magnet  & keychain - KRW 9,000
2. Jus limau - KRW 4,000
3. Onigiri & banana milk - KRW 5,800
4. Tambang feri - KRW 7,000 x 2 = KRW 14,000
5. Udo bus tour - KRW 5,000 x 2 = KRW 10,000
6. Makan siput - KRW  10,000
7. Ice cream - KRW 5,000
8. Parking terminal feri - KRW 4,500

Jumlah perbelanjaan - KRW 62,300


2 comments:

  1. السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
    nak tahu lah kalau kita masuk kereta ke Udo Island guna feri harga yang awak bagi tu tuk kereta dan pnpang sekali atau asing harga dia. kereta lain harga kita lak lain harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. harga kereta lain dan tambang penumpang akan dikenakan juga.

      Delete