Total Pageviews

South Korea : Seoul - Day 6

Trip Memburu Autumn - Seoul : Gangchon Rail Park, Itaewon, Namdaemun Market & Myeongdong    


Khamis - 03.11.2016


Hari ke enam sepatutnya pergi ke Naejangsan tapi aku tukar. Tak larat nak bangun awal pagi. Sepanjang 5 hari di Korea bangun pukul 4 atau 5 pagi. Hari ni rasa nak tido lama sikit.

Lepas breakfast di hostel lebih kurang pukul 9 lebih baru keluar. Rasa nikmatnya dapat breakfast yang proper. Padahal makan roti dengan cornflakes saje. Walaupun hanya roti tapi sedap.

Hari ni kitorang akan ke Gangchon Rail Park. Dari hostel jalan kaki ke Subway Dongdaemun History & Culture Park Station ambil Line 4 berhenti di Chungmuro Station transfer Line 3 ke Oksu Station. Kemudian transfer lagi Gyeongchun Line menghala ke Mangu Station berhenti di Gimyujeon Station. Perjalanan ambil masa selama sejam dari Oksu Station ke Gimyujeon Station. Jauh. Jadinya tido saje dalam train. 


Keluar saja dari Gimyujeon Station dah boleh nampak Gangchon Rail Park. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Terus beli tiket harga KRW 25,000 untuk dua orang. Trip pukul 11.00 pagi dah habis. Kitorang dapat trip pukul 12.00 tengahari punya. Terpaksa kena tunggu.



Sementara tunggu tu merayau-rayau kawasan sekitar. Ada cafe di sini. Tapi kitorang tak layan pun. Masih kenyang makan breakfast tadi.


Kebetulan kat sini ada pokok-pokok yang mana daunnya dah berwarna merah. Dapat juga tengok daun autumn. Kesian. Kat Jeju tak dapat tengok kecuali di Mount Hallasan. Itu pun banyak yang kuning saje.




Wife aku terus jatuh cinta dengan dedaun autumn. Kenapalah kau cantik sangat. Kalau di Malaysia ada macam ni betapa seronoknya dapat menikmati kecantikkan mu.




Gangchon Rail Bike ni ada dua jenis. Harga berlainan. Untuk dua orang harga KRW 25,000 dan satu lagi untuk empat orang harga KRW 35,000. Trip setiap satu jam. 1st trip bermula seawal pukul 9.00 pagi dan yang terakhir pukul 6.00 petang. Setiap trip mengambil masa 50 minit dengan berbasikal, 20 minit rehat dan 20 minit menaiki romantic train.


Apabila masa untuk trip pukul 12.00 hampir dekat, kami semua beratur menunggu giliran menaiki basikal. Group empat orang akan dilepaskan terlebih dahulu untuk menaiki basikal masing-masing. Selesai group 4 orang, yang couple pulak.



Setelah semua sudah menaiki basikal, baru satu persatu dilepaskan untuk memberikan jarak antara satu sama lain.




Apabila Line Gyeongchun iaitu landasan keretapi yang menghubungkan Seoul dan Chuncheon dibuka pada Disember 2010, landasan keretapi yang telah beroperasi selama 70 tahun ini telah tidak diperlukan lagi.




Jadi pada bulan Ogos 2012, landasan ini dibuka untuk akitivi berbasikal pula. Landasan ini menghubungkan antara Gimyujeong Station dan Gangchon Station dengan jarak kira-kira 8 km.




Kini, Gangchon Rail Park adalah tarikan pelancong yang popular di mana pengunjung boleh berbasikal di sepanjang landasan keretapi lama sambil menikmati pemandangan sekitar Bukhangang River.




Pengikut dan sesiapa yang tengok Running Man mesti tahu tempat ni. Aku tak tau sebab aku tak mengikuti langsung Running Man. Wife aku yang cadangkan tempat ni. Dia pun bukannya follow Running Man tapi dia tengok kat channel mana entah cerita pasal travel. Terus google then masukkan dalam itinerary.



Aku sangkakan aktiviti ini memenatkan sebab perlu gunakan tenaga untuk mengayuh. Tapi rupanya tidak. Kayuh tapi rasa ringgan sangat. Laju saje basikal tu bergerak.

Setelah beberapa minit mengayuh dengan menempuh 3 buah terowong dengan mode yang berbeza akhirnya sampai ke tempat berehat. Semua diminta turun. Sesiapa yang nak membuang boleh membuang dulu. Ada disediakan tandas di sini. Nak beli makanan dan minuman ringan pun turut ada di sini.



Masa yang diberikan sangat pendek. Selesai semua diminta naik romantic train pula. Train ni akan bawa kita ke station terakhir iaitu Gangchon Station. 




Apabila sudah sampai, semua diminta turun dan kemudian kena jalan kaki untuk naik shuttle bas yang disediakan. Shuttle bas ini akan membawa semua ke Gimyujeon Station semula.



Sebelum tu, sesiapa yang berminat boleh beli gambar yang mereka ambil masa trip tadi di photo booth. Harga KRW 10,000. Aku beli untuk kenangan. 


Walaupun harganya agak mahal tapi pada aku kualitinya sangat berbaloi. Gambar tadi siap dibingkaikan menggunakan bingkai kaca dan dimasukkan ke dalam kotak yang cantik. Tidak dinafikan kualiti barang yang orang Korea dan Jepun jual sememangnya baik. Mereka buat sesuatu dengan bersungguh. 



Selepas beli gambar tu, kena jalan kaki untuk naik shuttle bus. Lebih kurang 10 ke 15 minit juga berjalan. Macam selalu kitorang antara orang yang lambat. Bas pun dah bergerak. Tak sampai lagi di tempat ambil bas. Terus kitorang tahan kat tengah jalan. Nasib baik dorang ni ok, nak berhenti.


Lebih kurang 15 ke 20 minit perjalanan ke Gimyujeon Station. Sampai terus gerak ambil train balik ke Seoul. Dari Gimyujeon Station ambil train yang menghala ke Mangu Station. Kitorang turun di Oksu Station dan tukar Line 3 ke Yaksu Station. Kemudian transfer lagi Line 6 ke Itaewon pula. Perut dah lapar minta diisi. Itaewon ni banyak makanan halal. Senang sikit nak cari. Malas nak fikir-fikir lagi. 

Train station pun cantik, bersih dan kemas


Sampai di Itaewon keluar Exit 3, jalan sikit lepas tu belok kanan. Nak cari kedai makan. Sambil jalan sambil tengok menu. Last kitorang masuk ke kedai Murree sekali lagi. Order Rameon dan Bibimbap. Rasanya masih ok sedap tapi bibimbap tu portionnya sikit. Meriah lagi makan di Dubuyo Malaysia.

Bukti dah kelaparan. Semua gambar blur.

Selesai makan, terus gerak ke station semula nak pergi ke Namdaemun Market. On the way ke station beli egg bread harga KRW 1,000. Saje nak rasa. Aku saje yang makan. Wife aku tak suka sebab rasa telur. Dah telur memang le rasa telur. Biasalah perempuan ni cerewet sikit pasal bau dan rasa. Sebenarnya nak beli kuih ikan tu tapi dah habis. Melepas.


Dekat nak sampai station singgah pulak beli kebab ayam di kedai Ankara Picnic. Harga KRW 5,000. Ramai juga orang. Yang bestnya ramai juga orang Korea yang beli. Pandai juga dorang ni makan kebab. Ingatkan reti makan makanan dorang je. Dah terbuka sikit dorang ni. Orang muda je.




Dari Itaewon Station pergi ke Samgakji Station tukar dan ambil Line 4 ke Hoehyeon Station. Tujuan ke Namdaemun Market ni sebenarnya nak cari baju winter untuk next trip aku nanti. Mana tau ada yang murah. Jenuh juga mencari. Cari yang kualiti ok tapi murah. Kalau harga lebih kurang kat Malaysia baik takyah. 

Alhamdulillah dapat juga satu winter coat untuk aku. Wife aku saje masih tak dapat lagi. Selain tu wajib beli air 3 in 1 honey lemon dan seaweed. Honey lemon tu aku beli 2 kotak kali ni. Harga KRW 10,000 sekotak. Harga seaweed pulak KRW 12,000 untuk perasa kimchi manakala original KRW 10,000. Wife aku pulak memang nak cari sudu dan chopstick korea tu. Harga KRW 5,000 satu. Aku beli dua. Masa 1st trip dulu tak sempat beli. 

Satu je wife aku tak dapat beli mangkuk ke periuk warna hitam yang biasa dorang guna untuk sup dan bibimbap tu. Ada jumpa masa kat Jeju, harga pun ok tapi tak beli ingatkan ada kat Seoul. Sekali cari tak jumpa.

Selesai membeli belah di Namdaemun Market kitorang pergi ke Myeongdong pula. Sambung cari winter coat wife aku pulak sambil nak merasa streetfood di situ. Myeongdong ni memang meriah sangat. Orang ramai gile waktu ni. Jenuh juga berjalan. 


Dari satu kedai ke satu kedai masuk. Tapi tak jumpa juga baju yang wife aku nak. Akhirnya misi mencari baju tak berjaya malam ni. Misi makan saje yang dapat. Tapi cuma makan ais krim dan scallop cheese saje. Harga scallop tu KRW 10,000 manakala harga ice cream tu KRW 2,000. Tengok harga boleh tahan juga. Kalau convert menangis juga dibuatnya. Tapi pejamkan saje mata yang mana masih boleh bayar.





Ada nampak lobster cheese tu sangat menarik. Tapi perut kenyang sangat pulak. Takpe kita simpan untuk malam lain pulak ye. Harga lobster tu KRW 15,000. Kira murahlah harga tu berbanding harga lobster di Malaysia kan.



Kaki dah penat berjalan, badan pun dah letih, ditambah hari dah makin malam, mohlah kita balik hostel. Esok nak kena bangun awal pagi. Nasib baik hostel tak jauh sangat dari sini. Dari Myeondong Station ambil Line 4 terus ke Dongdaemun History & Culture Park Station.

Sampai hotel settle apa yang patut lepas tu tido. Sambung hari ketujuh.

Perbelanjaan hari ke-enam :

  1. Gangchon Rail Park - KRW 25,000
  2. Photo Frame Rail Park - KRW 10,000
  3. Makan di Iteawon - KRW 16,000
  4. Kuih telur - KRW 1,000
  5. Kebab ayam - KRW 5,000
  6. Winter coat - KRW 59,000
  7. Honey lemon - KRW 20,000
  8. Seaweed - KRW 22,000
  9. Sudu & chopstick - KRW 10,000
  10. Scallop cheese - KRW 10,000
  11. Aiskrim - KRW 2,000
  12. Topup T-Money - KRW 8,000
Total perbelanjaan - KRW 188,000


No comments:

Post a Comment