Total Pageviews

South Korea : Seoul - Day 7

Trip Memburu Autumn - Seoul : Naejangsan National Park   


Jumaat - 04.11.2016


Hari ke tujuh seawal 4 pagi dah bangun siap-siap nak keluar. Lebih kurang pukul 5 lebih juga keluar dari hostel. Sebelum keluar tu sempat juga singgah pantry hostel minum apa yang ada dalam peti sejuk tu. Roti tak keluar lagi. Tak bagitau dorang yang kitorang keluar awal buta hari ni.

Sebab kaki dah letih banyak sangat berjalan, kitorang jalan ke subway pun melenggang saje. Guna escalator pun tak seperti orang kejar train. Dengar bunyi train datang kitorang biar saje train tu jalan dulu. Malas nak berkejar-kejaran. Redha saje kalau terlepas train awal. Kaki dah letih sebenarnya. Kasi rest sikit. Nanti nak guna untuk jalan jauh.

Memang kitorang terlepas train awal. Terlepas sikit. Tapi buat-buat relaks saje. Kena tunggu next train. Konon nak kejar 1st bus, memang tak dapat. Ikutkan saje pukul berapa sampai. Dah tak mampu nak ikut jadual.

Hari ni kitorang pergi ke Naejangsan National Park yang sepatutnya pergi semalam tapi ditukar pada hari ini. Kitorang pergi ke Naejangsan dengan menaiki bas express. Dari Seoul kena ambil bas di Terminal Express Bus ke Jeongeup Bus Terminal kemudian ambil bus no. 171 ke Naejangsan National Park.


Dari Dongdaemun History & Culture Park Station ambil Line 4 berhenti di Chungmuro transfer Line 3 berhenti di Terminal Express Bus Station. Dari station tadi pergi ke Terminal Bus ikut saje direction untuk beli tiket. Sampai di kaunter tiket pukul 6.20 pagi. Terlepas bas pertama. Dapat tiket pukul 7.00 pagi dengan harga KRW 14,600 seorang.




Tepat pukul 7.00 pagi bas bergerak ke Jeongeup Bus Terminal. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Jadi kita tido saje di sepanjang perjalanan. Pukul 10.00 pagi sampai di Jeongeup Bus Terminal.



Lepas tu terus keluar ke jalan besar pergi ke bus stop berhadapan Tony PC Zone untuk ambil bas no. 171. Harga tambang KRW 1,400 seorang. Masa ni kitorang berlari mengejar bas sebab bas dah mula nak gerak. Terlepas bas yang ni kena tunggu next bus pulak. Buang masa. Aku lambat sebab pergi membuang dulu.


Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Jeongeup Bus Terminal tadi. Bas akan berhenti di sebelah convenient store C&U berhadapan Cafe Brown. 



Lepas tu kena jalan kaki lebih kurang 15 hingga 20 minit ke entrance. Kiri kanan dipenuhi dengan deretan kedai dan gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Sebelum masuk kena bayar tiket entrance berharga KRW 3,000 seorang.



Di sebelah kaunter tiket ada Tourist Information Center. Boleh pergi situ untuk ambil map. Kalau ada apa-apa musykil boleh tanya. Aku cuma ambil map dan tanya mana tempat yang wajib aku pergi dan cantik. Jadi dorang tunjukkan pada aku lokasi yang aku tanya tadi.


Nak masuk dalam tu ada dua pilihan. Sama ada nak jalan kaki atau naik shuttle bus. Harga tambang shuttle bus KRW 1,000 sehala seorang. Pilihan aku sudah pasti jalan kaki. Kalau naik bas macam mana nak menikmati dedaun dan ambil gambar kan.


Jadi kitorang pun jalan kaki masuk ke dalam. Jangan fikir jauh. Tapi set kan diminda untuk enjoy the view sambil ambil gambar. Tanpa kita sedar dah sampai ke destinasi. Jarak lebih kurang 2.6 km sehala. 




Tapi sayang masa aku datang bukanlah waktu peak autumn di sini. Macam aku mention sebelum ni, autumn di Korea tahun ni agak lambat. Jadi masih banyak lagi daun yang masih hijau.



Ada juga yang sudah bertukar warna. Tapi tak semeriah yang diharapkan. Ini saja rezeki yang aku dapat. Alhamdulillah dapat tengok sikit pun jadilah daripada langsung takde. Ayat sedapkan hati.




Pengunjung ramai gile yang datang hari ni. Memang susah nak ambil gambar kosong. Sana sini orang. Bila jumpa port cantik ambil gambar, nanti ada saje orang yang tunggu nak juga ambil kat situ. Jadi bertabahlah.




Naejangsan adalah gunung yang terletak di Wilayah Jeolla-do. Merupakan antara gunung yang terbaik dan popular untuk menyaksikan keindahan dedaun berwarna-warni atau 'foliage' pada musim luruh.




Terdapat air terjun yang terkenal seperti Dodeok Fall dan Geumseon Fall. Tapi air terjun ni kena trekking jauh. Selain itu terdapat juga kuil Baekyangsa dan kuil Naejangsa.


Dari entrance tadi jalan kaki sejauh 2.3 km akan jumpa Woohwajeong Lake. Di tasik ini ada sebuah pagoda yang merupakan antara photo spot yang popular. Ramai gile orang. Masa aku kat sini ada satu kejadian di mana handphone salah seorang pengunjung terjatuh ke dalam tasik. Kesian tengok.  




Jalan ke depan lagi sampai kat spot photo pagoda bersama dedaun autumn. Ramai juga orang yang ambil gambar kat area ni. Bertabahlah ye.





Tak jauh dari tasik ni, jalan kaki sikit dah sampai cable car station. Ikutkan plan aku naik cable car. Tapi entah macam mana rasa tak nak naik pulak. 



Satu hal kena beratur. Hal kedua pulak rasa nak jimat duit pun ada. Walhal memang dah masukkan dalam budget. Hal ketiga pulak sebab rasa macam dah lewat. Kawasan lain tak pergi lagi ni. Terutamanya spot yang mesti kena pergi.






Jadinya kitorang tak jadi naik cable car. Tapi rugi juga tak dapat tengok view dari observatory. Tu satu saje yang tak dapat. Sambung lagi jalan sampai ke depan lagi. Ke arah 'Maple Tree Tunnel'. Sebelum tu akan lalu di spot menarik juga iaitu 'Nature Love Road'. 





Biasalah, dalam hidup kadang-kadang kita tak dapat semua yang kita nak. Kalau dapat semua memang satu bonus untuk kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Apa pun yang penting berusaha. Lepas tu tawakal.



Di Korea pada musim luruh merupakan musim buah persimmon juga. Mana-mana boleh nampak pokok buah ni. Menariknya pokok ni hanya tinggal buah sahaja takde daun pun. Gerai-gerai pun banyak yang menjual persimmon.



Walaupun tak semua dedaun di Naejangsan bertukar warna, tetapi ada juga di bahagian-bahagian tertentu yang meriah dengan daun yang berwarna-warni. Masih boleh menikmati keindahan musim luruh di sini. Cantiknya sukar diungkap dengan kata-kata.


Kitorang layan foliage autumn sepuas-puasnya. Mahal beriban-riban kena bayar nak datang sini semata-mata nak merasai dan melihat sendiri autumn di Korea ni. Wife aku kata nanti kalau rindu boleh tengok gambar. Meh layan gambar daun-daun yang sempat diambil.






Jalan punya jalan sampai la ke 'Maple Tree Tunnel'. Tapi masih hijau lagi.


Setelah berjalan sampai ke hujung, kitorang ambil keputusan untuk patah balik. Hari pun dah semakin petang. Nanti lambat pulak sampai ke Seoul. Memula ingat nak naik shuttle bus balik. Sekali tengok ramai orang beratur. Terus tak jadi. Sambung jalan kaki sampai ke depan sambil layan view yang sama sekali lagi. 



Dalam perjalanan pulang tu masih juga sambung layan lagi dedaun autumn. Siap petik susun-susun ambil gambar. Petik simpan bawak balik pun ada. Yang kelakar wife aku tanya, nanti dia tak minta kena pulang balik ke. Daun je kot. Ingat batu puaka ke.





Kalau ikut hati memang tak nak balik. Tapi hari dah petang kena gerak pulang juga.









Sampai di entrance sambung lagi jalan kaki sampai di tempat nak ambil bas balik ke Jeongeup Terminal Bus. Ambil bas no. 171 di tempat yang sama masa turun tadi pagi.


Masa kitorang sampai di tempat ambil bas no. 171 tu dah ramai orang yang beratur. Bas memang dah ada. Bas yang sama pun banyak kat belakang tunggu turn jalan. Bas depan dah penuh. Kena beratur panjang tunggu bas. Ramai orang nak balik time ni.


Kitorang sampai di Jeongeup Terminal Bus pukul 5.00 petang. Terus beli tiket balik ke Seoul. Sekali onni yang jaga kaunter tu kata kena bayar KRW 21,500 seorang. Terkejut aku. Setahu aku KRW 14,600. Tadi pagi pun bayar harga tu. Jauh beza tu harganya. Kemudian wife aku explain ni bas lain. Bas 'special' onni tu bagitau.


Aku minta bas yang harga KRW 14,600 tapi cuma ada pukul 7.00 malam katanya. Lama lagi. Nak tak nak terpaksa beli juga sebab tak nak menunggu lama kat situ. Lambat balik lambatlah sampai Seoul nanti. Jadi aku beli tiket pukul 5.30 petang dengan harga KRW 21,500 seorang. 

Kalau aku sampai awal dapat kejar bas pukul 5.00 dapatlah tiket yang harga murah tu. Rupanya harga tiket bergantung pada masa. Kalau nak tau bas ini pukul berapa boleh tengok dekat tanda harga di kaunter tu warna sama pada masa dan harga. Maksudnya time yang warna merah harga yang warna merah juga. Time warna hitam harga warna hitam. Time hijau harga warna hijau.

Selesai beli tiket pukul 5.30 terus naik bas sebab bas dah sedia menunggu. Dah dekat nak gerak. Memang 'special' lah bas tu seperti yang onni tu cakap tadi berbanding dengan bas masa kitorang datang pagi tadi. Ruang duduk yang lebih selesa dan luas. Penumpang pun tak berapa ramai. Bertambah selesa nak tido. 



Tak lama lepas tu bas pun bergerak. Kitorang pun apa lagi tido saje sepanjang perjalanan. Tapi kali ni jalan jem masa mula masuk Seoul. Daripada tempoh 3 jam jadi 4 jam baru sampai di Terminal Express Bus sekitar pukul 9.30 malam. 

Tensen aku sebab dah lewat sangat. Plan malam ni nak makan di YangGood Restoran tu. Wife aku cakap macam tak sempat je nak pegi makan situ. Tapi aku kata sempat. Jadi kitorang pergi juga ke YangGood Restaurant. Kedai kambing bakar tu. Kitorang pernah datang sini masa 1st trip dulu tu. Memang hajat akan datang ke sini semula kalau pergi Korea.

Jadi dari Terminal Express Bus kitorang ambil Line 3 ke Seoul National University Education transfer Line 2 berhenti di Yeoksam kemudian keluar Exit 6.

Sampai di restoran tu agak ramai juga orang melayu masa tu. Terus duduk dan order. Tapi sedih sebab menu yang kitorang nak tu dah habis. Kes sampai lambat la ni. Terpaksa order yang lain pulak dan sup kambing. Mungkin perut dah lapar sangat makan pun tak berapa feel. Kedai pun tengah kemas-kemas nak tutup.




Lepas makan kitorang terus balik hostel. Badan dah letih sangat. Dari awal pagi sampai lewat malam mana tak letih dibuatnya. Dari Yeoksam Station ambil Line 2 terus ke Dongdaemun History & Culture Park Station balik ke hostel. 

Sampai hostel terus settle ape yang patut then tido. Sambung hari kelapan. Hari terakhir di Seoul.

Perbelanjaan hari ke-tujuh :

1. Tambang ke Jeongeup - KRW 14,600 x 2 = KRW 29,200
2. Tambang ke Naejangsan - KRW 1,400 x 2 = KRW 2,800
3. Entrance fee - KRW 3,000 x 2 = KRW 6,000
4. Tambang ke Jeongeup - KRW 1,400 x 2 = KRW 2,800
5. Tambang ke Seoul - KRW 21,500 x 2 = KRW 43,000
6. Makan malam - KRW 31,000

Total perbelanjaan - KRW 114,800


4 comments:

  1. Sgt menarik trip ni. Saya banyak mendapat tips dari sini sebab cerita terperinci sekali . Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih kerana sudi baca entri yang panjang berjela tu.

      Delete
  2. Tuan terbaik perincian trip tuan. macamana solat kat sana tuan? boleh bentang kat mana2 je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ya...boleh solat dan bentang sejadah dimana2 saje tempat yang dirasakan sesuai dan bersih.

      Delete