Total Pageviews

South Korea : Jeju - Day 5

Trip Memburu Autumn - Jeju : Mount Hallasan, Cheonjeyeon Waterfall, Seonimgyo Bridge & Dongdaemun Design Plaza  


Rabu - 02.11.2016


Hari ke lima seawal pukul 5.45 pagi baru keluar gerak ke Mount Hallasan. Kali ni lengkap berpakaian baju sejuk. Harap mampu bertahan. Sampai di Mount Hallasan lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lagi sekali kena bayar entrance fee KRW 1,000. Percubaan kali kedua. Nampak tak kegigihan kami di situ.


Sampai sana tanpa membuang masa terus mulakan pendakian. Cuaca hari ni tak sesejuk semalam. Bila pakai baju lengkap yang sepatutnya, cuaca tak sejuk sangat pulak. Semalam pakai ala kadar, cuaca sejuk yang teramat. Sabar je la.


Kitorang cuba mendaki sejauh mana boleh. Pastinya tak dapat sampai ke puncak sebab kesuntukan masa. Hari ni dah kena balik ke Seoul. Flight tengahari nanti.

Kitorang bagi tempoh pada diri sendiri menikmati Mount Hallasan sehingga pukul 8.00 pagi sahaja. Lepas tu kena patah balik semula. Itu pun akan mengambil masa juga. Kena pulangkan kereta pukul 11.30 pagi.

Kali ni hutan kelihatan semakin gondol. Daun-daun semakin banyak yang sudah gugur ke tanah. Mungkin sebab angin kuat semalam. Agak kecewa sikit. Kitorang mengharapkan daun-daun yang berwarna-warni. Semakin tinggi kami naik semakin gondol pokok-pokok semua. Sedih!




Pada aku, trail Yeongsil ni tak berapa susah. Agak santai juga. Mungkin sebab dulu aku kaki gunung. Jadi trail macam ni sangat biasa pada aku. Dah lama aku tinggalkan dunia pendakian gunung ni. Rindu sangat dengan aktiviti tu.


Mount Hallasan terletak di hujung selatan Semenanjung Korea dengan ketinggian 1,950 meter dan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Terbentuk akibat daripada aktiviti gunung berapi. Tetapi gunung ini adalah gunung berapi yang tidak aktif. Gunung ini dipenuhi dengan pokok alpine.




Terdapat tujuh laluan untuk mendaki dan menikmati pemandangan di Gunung Hallasan ini sama ada sampai ke puncak atau tidak. 

Gwaneumsa Trail (utara) - Jarak 8.7 km. Jangka masa yang diambil 5 jam. Laluan ini sampai ke puncak. Dikatakan antara laluan tercantik ketika musim luruh dengan daun yang berwarna-warni dan pada musim sejuk pula dipenuhi dengan salji.

Seongpanak Trail (timur) - Jarak 9.6 km. Jangka masa yang diambil 4.5 jam. Laluan ini juga hingga ke puncak dan agak panjang serta landai. Amat sesuai untuk beginner. Pemandangannya cantik pada musim bunga dengan dipenuhi bunga azaleas.

Eorimok Trail (barat Laut) - Jarak 6.8 km. Jangka masa yang diambil 3 jam. Tidak sampai ke puncak. Laluannya yang pendek dan mudah untuk beginner. Cantik pada musim bunga. Di mana padang rumput berhampiran dihiasi dengan bunga azaleas merah. 

Yeongsil Trail (barat Daya) - Jarak 5.8 km. Jangka masa yang diambil 2.5 jam. Merupakan laluan yang paling pendek. Juga tidak sampai ke puncak. Dipenuhi dengan bunga azaleas pada musim bunga dan pada musim luruh meriah dengan daun berwarna-warni bermula pada bulan Oktober.

Donnaeko Trail - Jarak 7 km. Jangka masa yang diambil 3.5 jam. 

Eoseungsaengak Trail - Jarak 1.3 km. Jangka masa yang diambil 30 minit sahaja.

Seokgulam Trail - Jarak 1.5 km. Jangka masa yang diambil 50 minit.

Sumber curi dari internet

Untuk mereka yang kurang berdaya saing tapi berminat nak mendaki boleh ambil laluan yang lebih pendek yang kurang daripada 10 km dan mengambil masa tidak sampai satu hari. Pendaki dinasihatkan memulakan pendakian pada awal pagi jika merancang naik hingga ke puncak. 


  

Pukul 8.00 kitorang patah balik turun. Masa turun tu nampak seekor rusa tengah makan rumput. Excitednya dapat tengok lebih rapat rusa di dalam hutan secara live.


Sampai di bawah terus gerak ke tempat seterusnya iaitu Cheonjeyeon Waterfall. No. GPS. 7606331. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dekat je. Tak jauh sangat.

 Parking penuh masa nak balik


Kena bayar entrance fee KRW 2,500 seorang. Masuk saja nanti akan nampak signage arah 3 air terjun dan jarak yang perlu ditempuh. Ke air terjun pertama kena turun anak tangga.



Cheonjeyeon Waterfall turut dinamakan 'The Pond of God', adalah air terjun 3 peringkat. Menurut lagenda Korea, tujuh bidadari akan turun dari langit pada waktu malam dan mandi di kolam air terjun ini.

Peringkat pertama merupakan air sejuk yang mengalir keluar dari siling gua dan menjadi air terjun. Dikatakan air terjun ini hanya ada jika hari hujan. Kalau tak hujan takdelah air terjun tu. Tapi pemandangan masih tetap cantik. Dengan batu-batuan dan air yang mengalir ke air terjun ke 2.




Air terjun di sini tidak boleh mandi. Hanya untuk dilihat sahaja.


Kemudian kena naik tangga semula dan jalan kaki di atas laluan berkayu yang disediakan menghala ke air terjun kedua. Cantik dan kemas laluan yang disediakan.




Di sini baru nampak air terjun. Dengan dikelilingi pokok-pokok hijau. Cantik. Air terjun ini hanya dapat dilihat dari jauh. Dari platform yang disediakan.




Selesai bergambar di air terjun ke-dua, kitorang pergi pula ke air terjun ke-tiga iaitu yang terakhir. Dalam perjalanan ke air terjun terakhir akan jumpa Seonimgyo Bridge. Kitorang cuma singgah sekejap dan ambil gambar sahaja. Tak pergi merentas ke seberang sebab takut tak cukup masa. Dapat tengok jadilah.



Kitorang teruskan perjalanan ke air terjun ke-tiga. Perjalanan agak jauh. Kali ni banyak turun tangga. Bayangkan bila balik nanti memang masak kena naik tangga pulak.




Sampai saje di air terjun ke-tiga, rasa macam hampa pun ada. Air terjunnya biasa-biasa saje. Dahlah jauh datang ke sini. Tambah lagi kecewa jarak melihat lagi jauh daripada air terjun ke-dua tadi. Takpelah, kalau tak sampai kita pun tak tau keadaannya macam mana kan.




Sekejap saje kitorang kat sini. Selesai bergambar terus gerak balik ke bandar Jeju untuk pulangkan kereta. Jenuh juga naik anak tangga yang tinggi dan banyak ni. Takpe. Naik slow-slow supaya tak terlalu letih dan mengah.



Sebelum sampai ke kereta sempat juga singgah beli souvenir. Beli key chain harga KRW 3,000.


Sampai kereta terus set No. GPS. 751800 yang pihak Lotte-rent-a-car bagi masa hari pertama . Perjalanan ambil masa hampir sejam juga.




Sebelum sampai kitorang singgah di station minyak untuk penuhkan semula minyak kereta. Syarat pulangkan kereta kena pastikan minyak diisi penuh sepertimana masa kita dapat pada hari pertama. Tambah KRW 22,000 saje bagi penuh.


Sampai di Lotte-rent-a-car, turunkan barang semua, bagi kunci kereta, settle. Disebabkan kitorang ambil insurance cover semua, jadi dorang tak check langsung kereta pun. Tapi kalau tak ambil insuran penuh dorang akan check betul-betul kereta. Ada nampak orang korea ni masa dorang pulangkan kereta dorang betul-betul check.

Selesai hal kereta terus naik shuttle bas yang pihak Lotte-rent-a-car sediakan ke airport. Free ye bas ni.


Sampai di airport terus check-in dan tunggu waktu boarding. Flight delay sikit hari ni. Perut lapar, kitorang beli shrimp burger kat Lotteria. Jadilah buat isi perut. Flight depart pukul 1.30 petang. Sampai di Gimpo Airport Seoul pukul 2.45 petang. Terus cari locker untuk simpan beg. Konon nak pergi ke Incheon Grand Park. Harga locker yang paling besar KRW 2,000. Tapi hampeh sebab boleh muat satu beg saje. Beg lagi satu tak muat. Masa kat Jepun boleh je muat dua beg. Hampeh betullah Korea ni. 

Terpaksa cari lagi satu. Ada jumpa tapi agak jauh sikit. Masa nak bayar tu tengok jam macam tak sempat je nak ke Incheon Grand Park. Sampai sana dah dekat nak gelap. Last-last kitorang cancel. Tukar plan. Terus balik ke Seoul check-in hostel. Badan agak letih juga. Mana taknya, setiap hari keluar awal pagi balik lewat malam. Lama-lama badan pun out. Burn la KRW2,000 tadi. Takpelah. Anggap je KRW2,000 tu macam RM2.00. Padahal dekat RM8.00 ok.

Kitorang terus ambil AREX pergi ke Seoul Station. Sepanjang perjalanan kitorang tido dalam train. Mengantuk wei. Sampai di Seoul Station terus ambil subway Line 4 dari Seoul Station ke Dongdaemun History & Culture Park Station. 

Sampai hostel terus check-in. Dapat bilik terus baring-baring. Kalau dah dapat tilam memang habislah kan. Rasa malas nak keluar. Kitorang lepak rehatkan badan dalam bilik sampai hari dah gelap.


Di Seoul kitorang stay kat Hwa Shin Hostel Dongdaemun untuk 5 hari 4 malam. Harga KRW 216,000. Kitorang ambil bilik private dengan bilik air sekali. Saiz kecil tapi ok dan bersih. Ada breakfast juga disediakan. Aku recommend sangat hostel ni. Service pun bagus. Yang jaga front office tu pun ok sangat.




Pukul 6.30 petang baru keluar nak jalan-jalan kat Dongdaemun Design Plaza dan makan ikan bakar yang memang lama kami mengidam. Rindu wei. Disebabkan kitorang duduk area Dongdaemun jadi kitorang jalan kaki je pergi ke kedai ikan bakar tu. Ikut laluan subway. Keluar exit 1, Line 2 (hijau). 

Keluar dari Exit tu terus jumpa Dongdaemun Design Plaza. Kebetulan hari tu ada exhibition lampu. Macam-macam design lampu yang sangat kreatif dipamerkan. Sangat menarik. 




Perut dah lapar sangat, jadi kitorang tak lepak lama di Plaza ni. Terus pergi cari kedai ikan bakar tu. Kali ni kitorang takde tengok direction langsung ke sana. Main ingat-ingat je. Padahal bukannya ingat sangat. 



Tapi Alhamdulillah, ingatan tu masih ada lagi. Berjaya juga jumpa kedai ikan bakar tu. Malas nak fikir panjang, terus masuk kedai yang pertama. Kedai dulu juga. Terus order ikan dan sotong masak sambal tu. Kenyang gile makan malam ni. Kiranya malam ni barulah betul-betul makan. Selama beberapa hari di Korea kitorang hanya makan ala-kadar saje buat isi perut.


Lepas makan terus gerak balik hostel. On the way balik tu sempat juga beli sweater. Lepas tu singgah kejap di Dongdaemun Plaza tengok pameran lampu tadi. Tak lama kemudian balik ke hostel then tido. Sambung hari keenam

Perbelanjaan hari kelima :

1. Entrance fee Mount Hallasan - KRW 1,000
2. Entrance fee Cheonjeyeon - KRW 2,500 x 2 = KRW 5,000
3. Keychain - KRW 3,000
4. Isi petrol - KRW 22,000
5. Shrimp burger - KRW 6,800
6. Locker - KRW 2,000
7. Makan malam - KRW 16,000
8. Sweater - KRW 15,000

Total perbelanjaan - KRW 70,800


No comments:

Post a Comment