Total Pageviews

South Korea : Seoul - Day 8

Trip Memburu Autumn - Seoul : Seoul Grand Park, Yonsei University, Ewha Womans University & Myeongdong


Sabtu - 05.11.2016


Hari ke lapan sepatutnya pergi ke Daedunsan Provincial Park tapi sekali lagi terpaksa tukar sebab kaki dah tak larat. Nak kena jalan, daki dan panjat tangga di sana nanti. Kaki dah terlalu sakit. Setakat bangun pagi tu ok lagi. Kemampuan kaki ni yang paling aku risaukan. Tinggi nak panjat tangga tu nanti. 

Naik tangga subway pun dah tangkap betis. Apa lagi nak naik tangga gunung. Dengan sedih dan berat hati terpaksa aku batalkan. Padahal inilah aktiviti yang paling aku nantikan sebenarnya.

Disebabkan tak jadi pergi ke Daedunsan jadi tak perlulah bangun awal pagi. Lepas breakfast di hostel, pukul 9 lebih baru kitorang keluar untuk mulakan aktiviti hari ini. Macam-macam yang dirancang. Pergi sana, pergi sini tapi tak tau lah sama ada sempat atau tidak. Semua tempat memburu autumn di sekitar Seoul.


Aktiviti memburu daun autumn hari ini di mulakan dari bawah kemudian naik ke atas berdasarkan map subway. Destinasi pertama hari ni ke Seoul Grand Park. Dari Dongdaemun History & Culture Park Station ambil Line 4 terus ke Seoul Grand Park Station. Keluar ikut Exit 2.



Orang ramai gile naik train tadi. Sepenuh-penuhnya manusia. Rupanya ramai yang turun di Seoul Grand Park. Kebetulan hari ni ada larian. Aku rasa larian ni sempena pelancaran model baru kereta Hyundai kot.



Bertambah ramai orang di taman ni. Terutama golongan muda. Family pun ramai juga yang datang bawa anak-anak. Al-maklumlah, cuti hujung minggu.


Ada 2 pilihan masuk ke dalam taman ni. Sama ada dengan menaiki shuttle bas atau jalan kaki. Shuttle bus kena bayar KRW1,000 seorang dewasa.


Seoul Grand Park yang berkeluasan kira-kira 9.1 juta m2, terdiri daripada kawasan untuk pendidikan, alam semulajadi dan hiburan. 


Di taman ini terdapat Zoo Seoul yang terbesar di Korea dengan 3,700 haiwan daripada 330 spesies, Seoul Land iaitu taman hiburan, Taman Rose dan Zoo Kanak-kanak di Theme Garden, National Museum of Contemporary Art serta tapak perkhemahan.



Seoul Grand Park terletak antara lereng bukit berhutan dan merupakan tempat yang sesuai untuk bersantai. 



Misi Seoul Grand Park adalah membantu haiwan dan manusia menjadi bahagia dan mencapai matlamat menjadi sebuah taman budaya bertaraf dunia.


Taman ni nampak besar sangat. Wife aku macam dah give up nak jalan jauh-jauh lagi. Aku bagi semangat kita jalan sikit saje lagi. Tak perlu nak explore seluruh taman ni. Dia pun follow. Jalan ke depan sikit jumpa Seoul Zoo. Aku tak masuk. 



Di sebelah kanan pula Theme Garden. Garden ni berpagar. Masuk kena bayar. Di Theme Garden ni ada Taman Rose dan Zoo Kanak-kanak. 


Tengok dari luar cantik gile daun autumn kat dalam tu. Kitorang plan nak masuk. Masa cari pintu masuk terjumpa daun autumn kat luar terus terlupa.




Sambung lagi perjalanan sehingga jumpa sebuah tasik. 


Nampak cantik pulak kat tasik tu dengan dedaun ginkgo yang sudah jatuh berguguran. So apa lagi, jadi port kitorang ambil gambar di situ. Dengan aksi kuak lentang, shot cover album dan macam-macam aksi kitorang buat untuk kenangan.




Kawasan ni pun jadi tempat bersantai dan melepak. Yang berkelah pun ada. Dating tak payah cakaplah. Sememangnya tempat yang sangat sesuai untuk berdating.




Setelah puas melayan wife aku berposing bagai, kitorang gerak ke tempat lain pulak. Jalan depan sikit, berhenti lagi sebab jumpa pulak daun berwarna oren.




Wife aku terus lupa diri. Padahal tadi kata tak nak jalan jauh lagi. Tapi bila tengok pokok yang cantik terus hilang letih. Aku layankan saje.




Sambung semula perjalanan. Kali ni nampak Seoul Land iaitu taman tema. Kitorang cuma lalu saja. Dengarlah orang menjerit-jerit dalam tu. Mungkin tengah main roller coaster. 


Jalan ke depan lagi. Nampak lereng bukit. Seperti hutan. Banyak pokok berdaun merah pulak. Cantik.


Semua pokok di kiri kanan jalan sudah bertukar merah.




Kemudian kitorang berhenti di lereng bukit.






Seriously memang cantik. Nak tak nak kena move on. Takkan nak habiskan masa kat sini saje. Kena gerak juga dari sini.




Sambung semula perjalanan menuju pintu keluar.



Jalan depan lagi, nampak hutan pulak. Berhenti lagi ambil gambar. Ikut hati nak masuk ke dalam. Tapi dah lama kat sini. Park ni besar gile. Masih tak jumpa pintu keluar.




Jalan depan Management Office. Berhenti sekejap sebab kat area depannya cantik. Daun-daun merah dan kuning yang dah berguguran memenuhi tanah.




Sambung semula perjalanan.


Akhirnya sampai juga pintu keluar. Jenuh jalan kaki. Kaki pun dah letih sangat. Jauh wei jalan kaki. Itu pun aku tak cover semua taman ni.

Yang warna merah tu laluan kitorang

Sampai di luar, perut dah lapar. Macam-macam makanan yang ada dijual. Tapi nak mencari yang halal tu susah la. Banyak juga gerai yang jual serangga. Baunya tak usah cakap lah. Lalu depan gerai tu aku dan wife dah pening. Kitorang beli potato saje untuk isi perut. Jadilah.


Dari Seoul Grand Park kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Yonsei Univeristy. Ambil subway dari Seoul Grand Park Station Line 4 berhenti di Sadang transfer Line 2 berhenti di Sinchon. Kemudian keluar ikut Exit 2 atau 3. Keluar dari exit tadi terus nampak ramai orang. Rupanya ada street performance.



Jalan kaki lebih kurang 15 ke 20 minit untuk ke Yonsei University. Kiri kanan ada deretan kedai. Baju fashion trendy paling banyak. Memang happening. 


Aku pergi ke Yonsei ni sebab wife aku tengok gambar cantik masa musim autumn.



Memang cantiklah dengan pokok kuning di kiri kanan laluan pejalan kaki. Bangunan dalam tu pun cantik juga. Tapi wife aku tak larat nak masuk katanya. Akhirnya kitorang patah balik ke subway station.


Konon nak naik subway ke Ewha Womans University. Jalan punya jalan, akhirnya jalan kaki dari Yonsei University ke Ewha Womans University. Menapak jauh. Apa lagi muncung le wife aku sebab dia dah tak larat nak jalan.

Lorong masuk ke Ewha University meriah dengan kedai, gerai dan pokok yang berdaun kuning di kiri kanan. Akhirnya kat sini aku jumpa beg yang memang aku aim nak beli di Korea ni. Harga murah KRW 10,000. 


Sampai saja di Ewha Womans University, terus terpukau dengan keindahan autumn di sini. Meriah dengan dedaun yang sudah bertukar warna. Orang pun meriah. Ramai gile. Paling ramai golongan muda.








Kitorang tak dapat explore keseluruhan kawasan university ni sebab hari dah semakin nak gelap. Cepat sangat gelap. Tensen aku. Banyak tempat tak dapat nak cover. Daripada banyak list nak pergi tadi hanya 3 tempat ni yang berjaya.



Bila hari semakin nak gelap, kitorang pun gerak balik ke subway. Dari Ewha Womans University ambil Line 2 ke Euijiro 3(sam)-ga transfer Line 3 berhenti di Chungmuro Station transfer lagi Line 4 berhenti di Myeongdong. 

Tujuan aku ke Myeongdong sebab nak beli CD album BTS dan Wings yang anak sedara aku kirim. Sebelum tu pergi ke ATM Bank Global yang ada tanda Cirrus untuk keluarkan duit. Lepas keluarkan duit masa nak pergi ke kedai CD tu nampak orang ramai kat jalan raya. Rupanya dorang tengah buat demonstrasi pasal skandal Perdana Menteri Korea. Pengalaman pertama pada aku melihat demonstrasi besar-besaran di luar negara. Yang kecil-kecilan tu biasa.

Lepas beli CD terus pergi ke Dongdaemun nak makan ikan bakar semula malam ni. Nak makan puas-puas. Sebab lepas ni tak tau le aku akan datang semula ke Korea atau tidak. Mula-mula tu ingat nak singgah makan lobster cheese tapi sebab wife aku dah lapar sangat so dia kata terus makan nasi saje. Melepas nak merasa. Tapi jimat jugak duit aku. Sebelum balik tu singgah beli kueh beras di kawasan Myeongdong ini.


So dari Myeongdong Station ambil Line 4 terus berhenti di Dongdaemun History & Culture Park. Keluar Exit 2. Terus tuju kedai ikan bakar tu. Sampai kedai terus order. Kali ni order ikan lain dengan sotong masak merah lagi.



Selesai makan, kitorang terus gerak balik ke hostel. Kaki dah letih. Lagi-lagi wife aku. Dah tak larat sangat. On the way ke hostel sempat juga beli sweater untuk wife aku. Singgah 7-Eleven beli banana milk untuk bawak balik. Wajib beli ni..!!

Sampai hostel terus kemas beg. Esok kena keluar awal pagi check-out. Flight pukul 11 pagi. Aku enjoy di Korea ni tapi rasa tak sabar nak balik sebab badan dah letih, kulit wife dah kering sebab terlupa nak bawak pelembab dan rindu makanan Malaysia. Selesai mengemas kitorang tido. Sambung hari ke sembilan iaitu hari keberangkatan pulang ke Malaysia.

Perbelanjaan hari ke lapan :

1. Potato - KRW 2,000
2. Beg - KRW 10,000
3. Makan malam - KRW 17,000
4. Kueh beras KRW 10,000
5. Sweater - KRW 10,000
6. Banana milk - KRW 7,800

Total perbelanjaan - KRW 56,800


2 comments:

  1. Saya baru terjumpa blog ni. Sanggup tu baca semua entri mengenai trip ke Korea dalam masa sehari. Saya boleh geng dengan wife encik lah sebab tak jemu-jemu ke Korea. Kalau boleh, setiap musim, setiap bulan nak pergi Korea. Hahaha.

    Btw, cantik sangat semua gambar yg encik ambik ni. Mantap betul skil fotografi! Encik pakai kamera apa? Tetiba rindu autumn trip ke Korea bulan Oktober tahun lepas. Tak sampai seminggu sy balik ke Malaysia, encik dengan wife pulak mai Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca entri yang panjang berjela tu. Skill biasa je sebab view dah sememangnya cantik kat sana. Main petik je. Sy guna camera DSLR CANON EOS 600D je.

      Delete